Wednesday, September 11, 2013

Cerita Dua Puluh Sen

Agak lambat lah kan I nak meroyan pasal harga minyak ni. Why should I care anyway? I am not living in Malaysia. I could ask the same. Why should you care pasal Egypt and Syria? You bukannya duduk sana. Same script, different cast.

If you ask me personally whether wajar ke tak harga minyak tu naik. I must say it wajar. Sampai bila you all semua nak hidup on subsidi?

Jadi, apa point yang I nak cerita kat sini?

Well, first let us start with the janji manismu yang minyak tak akan naik before pilihan raya. Kalau tak boleh berjanji, jangan la berjanji ye tak tak?

Kedua, apa yang you akan buat untuk mengelakkan pihak-pihak kedua dan ketiga dari mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati like harga karipap yang dulu sebijik 20 sen, lepas tu 3 bijik seringgit and now 50 sen sebijik? Apa signifikasinya? You see, harga minyak kat UK ni ikut pasaran dunia. Kadang-kadang GBP1.20. Kadang-kadang GBP0.98. Tapi tidak la pula harga barang naik turun ikut harga minyak kan?

Ketiga, you kata kalau tak mampu nak berkereta sebab minyak mahal, jangan la guna kereta. Naik lah bas. Oh don't get me started on public transport. If you are in KayHell, probably ok la kan? Walaupun KTM Komuter tu kadang-kadang sedikit sengal timetable dia ibarat berak sembelit lagi cepat dari tunggu komuter. Cuba duduk luar KL? Tak payah jauh. Serdang pun jadi lah. Kalau tak ada kenderaan sendiri, ibarat orang takde kaki ok. Lepas tu, untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas, you buat apa? You besarkan jalan. Buat highway. Buat flyover. Jalan yang dulu sesempit lubang kubur, now dah dah jadi 4 lorong. Tapi, masalah kesesakan lalu lintas, tak selesai jugak kan? Dok jem kat situ jugak. You buat jalan-jalan besar tu in a way bukannya nak accommodate orang yang berkereta ke? How lah to encourage people to use public transport like that? Tak payah nak buat underground bagai. All you need to do is increasing the bus frequency and introduce bus lane. Lepas tu jangan bagi pemandu-pemandu kenderaan lain guna bus lane during peak hours like 6am - 10am and 4pm - 8pm, maka tidak la ada kes naik bas pun sama macam tak naik bas. And then, nak ajak orang ramai guna public transport, menteri dan MP pun kena la guna public transport kan? Hello..MP kat UK ni pergi house of parliament naik train and underground je. London Mayor pulak naik basikal.

Yang kat kampung-kampung tu macam mana pulak ye? As si bangang Kinabatangan tu kata, kenaikan harga minyak takkan ada effect kat orang kampung sebab orang kampung tak pakai kereta katanya. Kata kau! If only you know that orang kampung like my father have to have a car or motorcycle nak pergi sana sini as public transport macam celaka. Sejam sekali bas datang ok. Teksi pulak cam haram cekik darahnya. To them, kereta or motor tu adalah satu keperluan. Lain la macam you yang mampu berbini dua tu.

Then lastly, berjimat cermat. How berjimat cermat la your rakyat has to be? Up to the point kena buat food ration ke? Or bagi anak makan maggi? You want the rakyat tu berjimat cermat, but you and your wife are happily jet-setting sana sini and shopping itu ini. Lepas tu buat majlis juta-juta just to celebrate Shah Rukh Khan. Cakap kena la serupa bikin. You nak rakyat berjimat cermat, you pun kena la tunjuk contoh berjimat cermat. 

And enough with all this BRIM, KRIM, SRIM brok brek and what not. If you are serious nak meningkatkan ekonomi and kurangkan defisit, this all rasuah kecil has to stop! If you nak bantu, bantu yang betul-betul miskin and ibu tunggal. You nak bagi baucer buku and rebet telefon semua tu buat apa? Bila dah jadi macam ni, rakyat pulak yang takde pasal kena tanggung sengsara.

My FB friend kata, eleh 20 sen pun bising. It is not about the 20 sen. It is about the whole picture. To you, 20 sen tu probably tak ada apa-apa. To some people yang live on paycheck to paycheck, barely have any saving, 20 sen tu beeeesarrrrrr maknanya. You tak boleh nak judge everything just because you mampu dan berjaya. Try to be in other people's shoes. Hidup ni perit to some people. 

Saya pun tidak la kaya mana, walaupun shopping tak ingat (oh I dah sedikit insaf on that part ok). Back then, kalau baki setakat 10 pence tu I will ask the cashier to keep the change. Nowadays, 1 pence pun haram aku nak kasi. Duit-duit 1 pence tu, dikumpul-kumpul dalam tabung, lepas tu akan dibawa ke Sainbury's berdekatan yang mempunyai coin machine yang akan menukar duit-duit itu kepada baucer-baucer yang akan saya guna untuk beli sayur, itik, ikan dan sebagainya. Saya juga mendaftar menjadi ahli Nectar card untuk mengumpul point bagi setiap pembelian. Point-point tu, walaupun tak banyak, bila sekali redeem, boleh la jugak untuk sengih sampai ke telinga.

Saya juga kuat minum coffee. Costa dan starbucks tu hari-hari kena minum. Kalau tak saya jadi gila. Cuma semenjak saya dah ada filter coffee kat rumah, saya dah jarang nak minum kat Costa Starbucks bagai walaupun hati saya bagai direntap-rentap everytime pergi kerja sebab ada Costa kat hospital main entrance.

Yes, nak berjimat tu ada banyak cara. Tapi what more could you give kan? Sebagai seorang yang lemah iman (saya la tu), at some point you have to say, 'Ahhhhh persetankan semua ini!!' and you walk straight to Hummingbird's cafe and indulge yourself with red velvet cupcake yang berharga GBP5 seketol itu.

Lepas tu menyesal.....

Moral of the story, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Sekian.

5 comments:

Mrs. Amad said...

at first i ingt u setuju la rege minyak naik.macam nak mencarut...pastu i puji u bijak!!beribu ribu taniyaaa..

ashiq hebat said...

Bhahaha..well said.

Last week i went to london. Hope sgt la kot dpt tersempak ngan u masa pergi area london eye tu. Nak bgtau u dpan2 how much i love to read ur blog. Hee.

Keep writing ok! ;)

bookseller said...

sesal kemudian, kurang pendapatan..haha..well said, dik...

Anonymous said...

Cakap pasal public transport kat malaysia ni mmg parah la. Last month sy p bangkok, dgn sng hatinya dr satu tmpt ke tmpt yg lain naik public transport je. Ckp je apa yg x naik. Smua sy naik. Hehe..MRT, BTS, taxi, bus, tut-tut. Hehe...masa menunggu pun paling lama 5 minit. Tp bila blk m'sia, dr airport penang nak ke jeti je terpaksa tunggu bas smpai sejam lbh. Nak naik teksi? Dah la situ white taxi je ada. Mahal nak mamp..dah la public taxi x bleh msk ke airport tu.

Anash said...

that's fact is true
even tho it is bitter

akak tepuk tangan dari jauh untuk mu dik!!!

well say