Wednesday, January 16, 2013

Kalimah Allah ni hak siapa?

Ok, ni isu basi. Tapi aku kan suka kontroversi. Eh rhyme pulak!

Isu ni memang sensitif. Especially kalau pendapat yang dikeluarkan tu adalah dari mereka-mereka yang tak cukup akal. Ni kes tak berapa pandai tapi sibuk nak pendapat yang dua puluh sen. I know it is a free world that everyone entitled to give their piece of mind, tapi boleh tak jangan narrow minded sangat like kawan I kat FB ni. I will tell you why later.

If you ask my opinion on this matter, I don't see any problem pun kalau depa ni nak guna kalimah Allah. Nak guna..guna lah. Tapi tu pendapat aku yang sah-sah la ilmu agama tak tinggi. So my argument will based on logic dan common sense je lah. If you ask me to give ayat-ayat Al-Quran, I can't come out with any.

We shouldn't allow them to use the word Allah, nanti anak-anak kita akan keliru.

Yes keliru. Bukan anak-anak kita. Anak-anak diorang pun keliru. Jadi marilah kita sama-sama pakat keliru ye. Well if it come to that, I guess it is all down to us lah kan how to teach our kids apa bezanya agama kita dan agama dia. Kids are full of curiosity. Kalau kita pandai didik, takkan adalah kes-kes keliru ni. Tak payah guna kalimah Allah pun dah ramai yang murtad. Sapa nak jawab?

Ni semua agenda Kristian nak pesongkan akidah orang Islam.

Have you ever wonder lah kenapa diorang ni teringin sangat nak pesongkan akidah kita? Hebat sangat ke kita sampai diorang nak pesongkan akidah kita. If they think that they have the need to pesongkan akidah kita, bukan ke tu in a way menunjukkan yang diorang mengakui kebenaran agama kita? Sepatutnya, the harder they try to test our faith, the stronger and better Muslim we should become. Datang la dugaan macam mana sekalipun, kita tetap dengan agama kita. Ingat cerita Sumayyah yang sampai suami dan anaknya dibunuh depan mata pun beliau tetap melafazkan Allahuahad? Kalau kita sendiri ragu dengan agama kita...dengan keesaan Allah, tak payah tunggu diorang ni datang pesongkan pun. Diduga oleh Allah dengan dugaan yang kecil pun dah cukup nak buat kita berpaling dariNya.

Kita sebagai orang Islam kena pertahankan nama Allah.

No you are wrong. Kita kena pertahankan tuntutan dan suruhan Allah. Itu yang paling utama. Hukum Allah kau sibuk taknak tegakkan, tapi dok gaduh bila non Muslim nak guna nama Allah. Tak ke pelik namanya? Ibarat seorang remaja rosak akhlak yang marah kalau kita kata kat dia yang mak bapaknya ajar dia tak cukup, tapi at the same time perangai serupa puaka dan langsung tak menjaga nama baik keluarga. Menconteng permanent marker ke muka parent lagi adalah. Zaman sekarang dah tak pakai menconteng-conteng arang ni.

I really hate when people bagi comment out of context regarding this matter. So, betina kat FB I ni pun tulis lah kat wall dia macam ni:

"Sekarang ni Kristian dah boleh guna nama Allah, lepas ni sembahyang kat gereja pun boleh lah sebab tu pun rumah Allah".

Kau merepek apa? Sapa kata tak boleh sembahyang dalam gereja? Sembahyang kat mana-mana pun sah, asalkan tempat tu bersih. Perlu ke I story kan lagi cerita yang weols staff Muslim kat tempat kerja I ni sembahyang dan solat Jumaat dalam chapel? Dan tahukah dia yang masjid-masjid lama kat Turki tu asalnya adalah gereja sebelum ia ditakluk oleh tentera Islam?

"Habislah keliru anak-anak kita nanti. Risau!"

Well, kau kan maknya (bukan mak nyah), takkan kau tak tahu nak didik anak kau dengan basic knowledge agama Islam?

Honestly I am more worried about benda-benda yang tak berfaedah like Idola Kecil, Sinetron Indon, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia dan benda-benda yang tak berfaedah lain. Secara logiknya, we Muslims made more harm to ourselves dari Kristian or yahudi yang asyik kena tuduh nak pesongkan akidah kita. Yang dok menjahanamkan orang Islam pun adalah orang Islam jugak and funnily enough, we allowed it to happen upon our ummah. Yang dok bagi permit bukak rumah urut, kelabu malami, kedai nombor woke tu semua pun Islam jugak kan??

Sekian royanan saya hari ini.

- Posted using BlogPress from my iPad Mini

9 comments:

DeLancrettLurpak said...

Dia bising sebab dia duk dlm negara rasminya adalah Islam. Cuba kau kena campak dkt mana2, kau tak bising dah kot hal cenggini, dapat semayang kat dlm chapel pun dah bersyukur ok!

Takda masalah confuse nyew kalau pegangang diri dah kukuh, gituuuuu

Mrs. Amad said...

tah..merepek..i xde mslh kalo dorg nak guna nama Allah.hakikatnya mmg Allah Tuhan sume orang. Baik agama atau bangsa apa, mmg Allah tu Tuhan Maha Esa.kan..??
U taw x lagu negeri Perak ada nama Allah?dah tu bangsa lain yg tinggal di Perak takleh nyanyi lagu Perak la ye?

--Dilanjutkan Allah usianya Sultan..Adil dan murah, memerintah watan..(lagu Perak)

Anonymous said...

Setuju dengan Izuan. memang pun. orang Islam ni especially Melayu Islam ni yang sibuk dok conteng arang kat agama sendiri. Xsedar. Tak yah gi jauh, tgk kat opis gomen sudah. pakai baju xde lilap lilap, manik bagai pun nak umpat xsudah. Dah tu ada ciri2 Islam ke? Duk umpat sesama sendiri.

Mak Piah said...

The only religion that will rise above in wake of this social madness is the one where it's followers feel absolutely no threat. Not a single scratch, no matter what others throw at you.

:-)

Gua caya sama lu.

ina_manshor said...

salam izuan,
saya pada mulanya sependapat dengan anda. ini kerana persekitaran pekerjaan saya dikelilingi oleh mereka yang bukan islam. mereka yang membaca bible dalam bahasa malaysia dan menggunakan nama Allah sebagai tuhan meraka. tetapi setelah mendengar banyak pendapat saya dapati saya salah. mereka munggunakan nama Allah dan menyatakan bahawa Allah melahirkan anak iaitu Jesus. bagi saya ini adalah salah kerana Allah maha esa iaitu SATU dan tidak melahirkan mahupun dilahirkan.
masing-masing mempunyai pendapat sendiri.dan ini pendapat saya. terima kasih

phat_lee said...

at least benda ni buat parents aware dengan akidah anak2 diorang.

worldpeace said...

i sgt sokong dgn statement u, izuan si kunang2 hihi... dok sibuk melatah2 utk benda2 yg unnecessary. cuba tanya sikit diorang yg dok menyalak nih solat 5 waktu cukup tak, puasa bulan ramadan cukup tak, bayar ke zakat tuh? tuh blum lg test baca fatihah yg jd element utama dlm solat. jgn nk salahkan penggunaaan istilah Allah yg menyebabkan org murtad yer...common on la!

inner refugee said...

Good to have ur blogs again! I was actually worried abt u!!!

I.r.i.s said...

Misss u bitch