Monday, December 17, 2012

Mari Menutup Aurat

Oh seperti biasa tajuk lebih over dari cerita sebenar.

Anyway, I memang mempunyai sedikit masalah dengan orang yang suka berdakwah tak kena tempat. Especially set-set yang semberona klik share dan SEBARKAN benda-benda tak diketahui kesohihannya. Macam kes In Sha Allah or InsyaAllah tu lah. Aku peduli hapa tulisnya macam mana. Janji sebut tu, bunyinya betul sudah.

Satu lagi yang I menyampah adalah set-set yang suka menagih like. Berapa juta like saya boleh dapat untuk kalimah Allah ni? Kau ingat kau like banyak-banyak dapat pahala ke? Baik pergi berzikir. Ada jugak faedahnya.

But there are people yang genuinely berdakwah (and I am not referring to Ustazah Ebi Adabi), which for me bagus lah sebab ada orang-orang macam ni. Mencerca dan berdakwah adalah dua perkara yang berbeza ye Ustazah. Orang yang genuinely berdakwah ni selalunya adalah set-set yang humble lagi non-patronizing. Niat diorang nak cari pahala disamping mengajak ke arah kebaikan. Bukannya nak cari glamer or nak tunjuk pandai. Ketahulah yang perbuatan tu sia-sia belaka.

Ok berbalik kepada tajuk asal. As I mentioned dalam post-post yg sebelum ni, aurat laki ni mudah. Tapi yang mudah tu lah yang paling susah nak ikut. Sebab tu lah aku ni masih lagi pakai seluar pendek sesingkat-singkat alam. Ish apa nak jadi tak tau. Orang kata old habit die hard. Nasib lah time ni musim winter. So tak kuasa la nak berseluar pendek bagai.

So disebabkan ini ni selalu sangat letak gambar bercelana pendek kat FB ni kan, maka akan ada la suara-suara yang menegur perihal diriku yang tak menutup aurat ni (including adik aku yang Ustaz tu). Tapi most of the teguran tu adalah yang dalam bentuk baik-baik, yang selalunya tidak akan dibalas dengan kata-kata kejian dan caci maki yang bersifat defensive. Ye lah, benda betul takkan la nak marah pulak kan? Dah terang-terang aku tunjuk aurat. Diam sudeh!

Lepas tu kan, ada la jugak kawan-kawan kat FB I tu kena benda yang sama. Yes, you should know yang some of my friends adalah terlebih daring. Gambar pakai spentot pun nak letak kat FB. Malu pulak bila dok berkomen kat status. Boleh tak pakai elok sikit?

Ok kawan FB yang sorang ni telah mengupload gambarnya kat pantai. Of course dia pakai swimming tight yang atas lutut tu with terbonjol sana sini macam jantan dot dot dot. Lepas tu kan, ada la sorang pompuan ni (or makcik) ni komen guna capital letters, "TOLONG JAGA AURAT!!". Khennnnnn? I masa tu dah ready nak reply, "Yang kau tengok sapa suruh?". Memang suka cari gaduh kan aku ni? Tapi entah macam mana hati aku tergerak nak klik profile perempuan tu. So, I pun kliklah profile dan tengok gambar-gambar dia.

Rupa-rupanya...

Perempuan itu adalah....

EMAK DIA!!!!!

Nasib baiklah aku tak carut di situ. Kalau tak mrasa potong kek!

Yang kau tu pun satu, dah tahu ada emak dalam FB, gambar-gambar yang tak senonoh macam tu jugak yang kau nak upload kan? Dah le FB dia tu penuh dengan bahasa pondan/adik-adik. Segala mak nyah nok semua keluar. Apa lah perasaan mak kau bila baca benda-benda macam tu. Mrasa rahim kembang kuncup!

So moral of the story? Jangan add mak kandung dalam FB. Add mak hayam sudeh!!!

Thursday, December 13, 2012

Neelofa Mengandung??

Kan tajuk?? Tapi ni bukan fitnah ye. Ni betul ok. I Ada bukti ok.


Taraaaaaa!!

See I told you. Kau ado patient nama Neelofa? Takde khennn?

Rupanya Neelofa ni nama yang sangat common among the paku pakis dan set-set Maria Mariamah. So if you think nama Neelofa tu sangat glamer, rentikanlah perbuatan yang tak berfaedah tu ye.

Bye!! *matilah entry simple~

Sunday, December 09, 2012

Syaitan Apakah Semua Ini?




Ok. Ni cerita basi. It was in newspaper on Thursday. Geramnya bila I baca!!

So si mak budak (nama Yassen) ni, nak anak dia jadi hafiz. Maka dia pun hantar la anak dia ni pergi mengaji kat local mosque. So mak dia ni target lah yang si budak ni kena hafaz 35 pages dalam masa 3 bulan githoooo.

Tapi, this poor kid only managed to remember one chapter sahaja after a year. Maka murkalah bondanya, lalu dipukul budak ni sampai mati. Bley?

What do you expect? He is only 7 for godness sake!! Give him sometimes, nanti lama-lama banyak la yang dia hafaz.

Even kawan I yang kapir tu pun kata, "Seems like the mother herself need to learn and understand Koran. Did she know that killing innocent child is a deadly sin?"

Hambik kau, terdiam I di sittiewww!

So saya dengan ini mencadangkan agar peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat' dimansuhkan serta merta!! Matilah takde kaitan lagi.

Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 03, 2012

Syukur

Orang selalu kata, bersyukur dengan apa yang ada.

Bila jiran baru beli sofa baru, uols pi mengadu kat laki uols yang uols malu dengan sofa rumah yang dah nak reput tu. Laki uols kata, "Sabaq na Tipah hoi. Abang ni kerja jaga je. Syukurlah yang kita ni masih ada sofa". It is normal human instinct yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Tapi kalau mampu, nak beli kilang sofa pun, belilha. Takde sapa yang larang. Tapi kalau tak mampu, buat la cara tak mampun. Ukur baju kena la badan sendiri ye tak?

Bila ada kawan kita yang keje gomen dapat bonus, maka kita-kita yang kerja swasta ni mulalah meroyan-royan kat FB dan twitter menyatakan ketidakpuasan kita. Kerajaan pilih kasih, kata kita. Maka kawan kita tu pun kata, "Rezeki tu masing-masing. Bersyukurlah dengan apa yang korang ada".  Hai akak, takde sapa dengki dengan bonus you tu. Yang kitorang dengki adalah kerja you tu tak seberapa, jual Avon je lebih. Apalah guna dapat bonus banyak-banyak kalau mentaliti kerja serupa syaitonnn akak hey? *matilah I kena pelangkung dengan gomen staff~

Bila ada kenalan yang tengah sakit, ada diantara mereka ni mengamalkan konsep kuberserah dan bersyukur sebab masih bernyawa. Ye bang, bersyukur bersyukur jugak, tapi selagi boleh ikhtiar tu kita ikhtiar lah ye. Contohnya, dah tahu kencing manis, cut down your sugar intake lah kan? Walaupun kita ni kena percaya qadar dan qadar, tapi kena la ada usaha dan ikhtiar untuk menjadi lebih baik. Same goes to people yang sentiasa susah. Memang la kita kena bersyukur dengan apa saja rezeki Allah bagi, tapi at the same time, kita kena la jugak usaha untuk improvekan hidup kita. You ingat rezeki tu nak datang bergolek-golek depan you kalau you bangun pun time matahari dah tinggi?

I pun ada jugak kadang-kadang mengeluh pasal banyak benda. Mostly about why I have to work to earn money. It is not that I don't like my job. I love my job!! I just hate the fact yang I ni terikat dengan kerja. Tak boleh kerja sesuka hati and so on. Because I need to earn, otherwise tak berasap la dapur rumah I you. It is the time like that (yang muncul ketika stress), I start to wonder why people yang bodoh piang lagi bangang maksima like Paris Hilton tu kaya raya dan tak perlu risau pasal kerja, bills and so on. Kerjanya menghabiskan duit mak bapak jer. Why lah I weren't born in that Hilton family? And why people like Britney Spears yang can barely hold a tune boleh kaya raya dengan menyanyi lip sync je. Tak adil kan?

Kawan I cakap, bersyukur la kau tak lahir dalam keluar kapir tu nyah hey. Bukan ke lahir dalam agama Islam tu anugerah yang terbesar? Gituhhh!! Terus I tercampak atas sejadah dan insap 5 hari.

Lepas tu, kawan I si Madir tu post lah pulak benda ni kat twitter:

"Aku bersyukur sangat yang Rosnah Mat Aris tu bukan mak aku!!"

Sanggup ke korang ada mak macam ni??
Yes, I have to agree with him. Syukur sangat yang mak aku bukan macam ni. Ish ish ish!!

PS: Tak tau apa kaitan Rosnah Mat Aris dengan semua ni? BYE!