Tuesday, July 31, 2012

PM Takes The Tube




Even the Prime Minister himself takes the tube. I wonder if Pak Jib and Mok Mah will do the same.

Selamat berpuasa!! Matilah time puasa pun nak mengata orang. Ish!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 29, 2012

Sentap Mak Nak!!

This is my 600th post. Dah bertahun tulis blog, baru banyak ni je mampu tulis. Tak mampu nak update hari-hari sebab banyak lagi kerja yang berfaedah yang perlu dibuat. Kau ingat aku ni kerja mengangkang je ke nyah hey? I have life you know!! *matilahhhhhhh~

I was tad upset yesterday. In fact hari ni pun I am still a little bit upset. Thank God Tommy Hilfiger ada sale. At least I have other thing to think about rather than the thing that upset me.

Hoh kenapakah Cik Kunang-Kunang oi?

Here's the story.

Saya ada kawan. Let's call dia ni as P (bukan la bermakna dia ni pelacur ok!). Masa I kenal si P, dia baru je break up. Dia ni pernah kawin, ada 2 anak. Tapi dah lama bercerai. They want different thing katanya. So after divorced, dia single for a while. Lepas tu in relationship balik. Tapi biasalah. Dia sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut salji time pukul 11pagi. After 3 years, diorang berpisah with the same reason jugak la. Lagipun P cakap ex dia tu too young and kurang matang katanya.

So, I sebagai kawan, kata kat dia. Takpa la. Enjoy la your single time. At least you boleh berzina dan berkongket-kongketan secara rambang. Baik punya nasihat kan?? Dan memang dia ikut pun cadangan bernasku ittew!

After a while, dia bagitau kat I yang dia can no longer do stuffs like this, i.e berzina-zinaan secara rambang ni. Dia kata dia lonely. Terasa kosong. Mengenangkan umurnya yang dah dekat-dekat asar tu, dia kata dia perlukan teman hidup. So dia decided untuk in relationship balik. Maka gigih la dia mencari jodoh di situ sana sini.

And finally dia bagitau I yang dia dah found someone. Pucuk muda Brazilian katanya. Si tua ni memang suka yang muda-muda gituh. Tak sedar diri yang kubur dah kata mari. Whatever rock your boat lah, I kata dia. Maka bahagia la dia melayari bahtera percintaan dengan budak Brazillian ni.

Few days ago, I ajak jumpa dia. So I tanya lah dia how's everything with that Brazilian tu? Initially P refused to talk about it. Tapi in the end dia bagitau jugak. P told that the feelings are mutual. Suka sama suka. So both of them confessed to each other la isi hati isi perut segala. Bila dah suka, untuk mengelakkan sebarang komplikasi di masa hadapan, si Brazilian telah membuka pekung di teteknya.

Rupa-rupanya si Brazilian celaka ni adalah pendatang haram gitooo kat sini. Jadinya, si P dan budak Brazilian ni tak jadi nak bersama akhirnya bak kata Zainab Zain. P kata it is complicated. Ye lah, bila dah pendatang haram means tak dapat la diorang nak gi berbulan madu kat luar England. Tu satu hal. The fact that si Brazilian ni pendatang haram jugak made P wonder whether cinta si Brazilian ni adalah chenta suchee atau cinta sekadar di pinggiran yang mana bukan for better and for worst, maybe for better and until I get British citizenship, lepas tu gua cabot la. Tapi P kata, maybe cinta budak tu ikhlas, tapi P can't help to feel yang dia dipergunakan gitu. I tanya la dia, so do you still keep in touch with that Brazilian. Dia kata, dia tried not to. Nanti lain pulak ceritanya, kata P. Then I cakap lah, laaaa kenapa? Just keep it casual lah. At least bila you gersang, boleh la you buat konsert masih ada yang sudi. P kata nanti takut perasaan suka itu akan terbit kembali. Fair enough.

Disebabkan P ala-ala meroyan sikit, maka I cakap la kat dia yang nanti I datang rumah dia. Nanti boleh la kita tengok olympic's opening ceremony sama-sama. Dia pun ok. Lagipun I malas nak tengok kat rumah dengan puaka 2 ekor tu. Tak habis-habis dengan negative comments pasal olympic. Sometimes, this negative vibe really pissing off. Sakit telinga aku. Itu tak kena. Ini tak kena. Nak je I goncang diorang. Ye lah, olimpik bukannya selalu. Dah la kita tuan rumah.

So, I pun siap-siap la nak keluar ni and I texted P bagitau yang I tengah siap and will be in 20 minutes. Tiba-tiba dia reply kata si Brazilian celaka tu on the way ke rumah dia. I'm like..hah? How come? P kata, si Brazilian tu 'begged' to come over and P just can't say no to it. Ikut hati nak je I kata, of course la you can't say no if budak tu offer kuih karipap pusing dia untuk your after dinner kan? But instead I replied, takpe la..you enjoy yourself and I tengok opening ceremony at rumah je. 

P texted back kata sorry. I'm like you sorry?? You sorry?? Well you better be because I'm so effing pissed now! Gituh. Tapi itu kata hati. Yang keluar kat textnya lain. I replied, takpe lah...it's ok, kita jumpa lain kali. 

I'm not very good in confronting people. Kat mulut lain. Dalam hati ni, Tuhan je yang tahu betapa nak meletupnya I. I don't care lah dia nak berkongket dengan sapa dan bila pun. Tapi I paling pantang bila orang cancelled plan last minute. Kalau sebab ada kematian ke, emergency ke takpe jugak. Tapi sebab si Brazilian tu uols. And the fact yang dia tak boleh kata NO tu menyebabkan sakit hati I bertambah-tambah. How dare you to choose si celaka tu over me!! Up to the point I rasa nak call polis and bagitau yang kat rumah si P tu ada pendatang haram. Biar kau kena deport balik ke slum kat Brazil sana, Bitch! *matilah emo*

I pun tak tahu why I was so sentap pasal this petty thing. Obviously la hidup dia, suka hati la dia buat apa. I have nothing to do with it. Tapi yang buat I rasa terkilan adalah, bila dia sedih pandai dia cari kita mengadu nasib. You ingat I ni kleenex?

Entah. Makin I pikir, makin sakit hati pulak. Apapun P, I hope you happy with whatever decision you make.

Friday, July 27, 2012

Insensitivelah Sangat!!

Setengah orang ni kan suka lah sangat letak statement kat FB hal-hal berkaitan agama. Some people are so good at it that apa yang dia tulis tu boleh la dijadikan tauladan. Some people are just jahil, tapi sebab nak menunjukkan that he or she is care lah, maka akan keluar la statement separa jahil yang bakal mengundang cemuhan oleh orang-orang (yang jahil jugak) seperti diriku yang bermulut tak berinsurans ni.

One of my friend..eh friend ke? Takdak la kawan baik mana pun. So, dia ni telah la update kat FBnya yang kejam itu dengan kata-kata seperti berikut:

"Baru sedar yang Olympic diadakan dalam bulan puasa. Tak sensitif langsung London ni!"

Ekkkk? Yang paling puaka adalah reply dari kawan-kawannya with the comment like;

"Dajal di London".

"Ingat Yahudi peduli?"

Hamboi boi boi berani diorang kutuk bandaraya London yang kusayangi dan dicingtahi ini?? So, akak pun join la acara berbalas pantun tu dengan mukadimah, "Sensitip? Tang mana yang tak sensitipnya?"

Kaedah la sangat!! So, just because the olympic is in Ramadhan, maka puak ni dituduh tak sensitive. Kalau ikut hati I, nak je tulis, yang nabi berperang badar time bulan puasa tu, tak sensitive ke baginda? Ikut hati la. Tapi tidak la pulak I tulis macam tu. Kang kilat petir segala, tak pasal-pasal I disumpah jatuh tergolek sewaktu mengejar bas 83 yang cilaka tu!

Kita ni suka sangat la perbesarkan benda yang tak perlu. I'm pretty sure when they decided to held the game on that date four years ago, they were unaware of that date accidentally jatuh dalam bulan Ramadhan. Lagipun, takde kerja diorang nak check calendar Islam bagai masa nak tetap tarikh tu. Cantik ke kita nak demand?

So what if it in Ramadhan? I'm sure it will not effected much to the Muslim athletes (yang boleh dibilang dengan jari tu). Nak I sebut lagi pasal nabi gi perang time bulan ramadhan? Kalau larat puasa, puasa lah. Kalau dah tak larat, up to akan memudaratkan diri sendiri, so jangan la puasa. I dulu first time puasa time summer kat London, ada la kantoi 5 hari. Nak buat macam mana, dah tak biasa. Siap demam and tonsillitis Time winter ganti lah balik.

Ramadhan ke tak, life must go on. Lagipun the world does not revolve just around us..the muslim. Ni tak, sikit-sikit tak sensitif. Sikit-sikit dakyah yahudi. Atuk kamu! Yang kamu tu dok letak gambar tonggang botol kicap tu...sensitive lah sangat!! Pengaruh yahudi juga ke? Adakah kawan yahudi you yang telah menghasut you minum? Bingai kuasa kuda laut!!!

Anyway, I'm excited about the Olympic's opening ceremony tonight.


Walaupun I bukan rakyat Britain, tapi I totap nak menyokong Tom Daley dan Mark Cavendish!! Go team GB!! *matilahhhhh lupa diri kan?? Ampunnnnnnnnn~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 25, 2012

Entry Mengurangkan Pahala Puasa




Tsk...tsk...tsk.

I accidentally found this picture while browsing on FB. Saja nak mengurangkan pahala puasa aku kan?

There is no word can describe betapa kejinya iklan ni. Orang yang design benda alah ni patut disumbat vontotnya dengan chopsticks, lepas tu letak gam uhu or superglue banyak-banyak. Baru la lebih melekat kan?



Yang ni pun sama jugak.

Kaitan Janji Ditepati dengan hari merdeka?? Adakah lagu temanya Janji Manismu - Aishah??

What is wrong with this people? Sambutan hari merdeka ni kan untuk semua rakyat, tak kira bangsa, agama dan parti politik. For them (gov/BN) to do dumb thing like this is tad ridiculous. Patutnya time-time macam ni la nak memupuk perpaduan kaum, bukan berkempen untuk meraih populariti. And why is it do we need to have new theme, logo and theme song for every hari merdeka? Penghayatannya kurang. Benda-benda yang tak berfaedah je yang lebih.

Is ERDEKA perkataan baru??

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 20, 2012

Politicurse

I must say that I am not very good in talking about politic. Sangat tak tahu. Unlike some people who always claimed that they knew this rahsia besar, that rahsia sulit lah and so on, sudahnya habuk pun takdak. Kalau dah tau, habaq la kan?? Dok makan sorang buat apa? Boleh?

But nevertheless, we can't deny that hidup kita ni memang dikelilingi politik. Kat masjid ada politik. Kat gereja ada politik. Even pakcik driver bus transport for London yang cilaka ni pun ada jugak politiknya. Sebab tu la tak habis-habis nak strike as if mereka je yang kerja time olympic nanti. Yang aku kena kerja time christmas, time turun salji segala terkedek-kedek macam penguin kerja tatkala semua orang tak datang kerja with alasan salji tebal, tak pernah pun I mintak bayaran lebih tau!! Orang yang bagi suggestion untuk strike ni patut disumbat juburnya dengan chopstick!!

Dalam hospital tempat aku kerja ni pun ada jugak politiknya. I try not to get involve with any of this crap sebab benda macam ni sangat menyakitkan hati, so I better safe myself from penyakit kemurungan seperti yang dialami oleh Pakcik #1. Kat hospital ni, ada banyak polisi yang kena ikut, for a better care katanya. For me, some policies are good to be implemented. Some are just bonkers. Yang lebih menyakitkan hati adalah some of this policy making people never did clinical job. So what made them perfect for this policy making job is beyond me. For example this 4 hours policy in A&E. So patient need to be seen, taking history, take the blood, get the blood result, x-ray and decision making whether to discharge or admit them to the ward has to be done in 4 hours. Masalahnya, some of this illness like mabuk akibat telan air setan berperisa Heineken perlukan more than 4 hours tanpa perlu bazirkan katil kat ward tu. Just bagi saline and ask them to lie down for few hours. Lepas tu they will get sober and able to go home on their own.

Tu belum masuk yang kat maternity lagi. If your c-section bulan ni lagi banyak dari bulan lepas, mrasa kena buat report tunjuk sebab why lah ada peningkatan dalam c-section. Thing is, benda ni kan totally out of our control. Do you think all this doctors saja-saja nak buat c-section? It is all for patient's beneficial jugak kan?

Kat FB dan twitter pun tak kurang jugak politiknya. Nak nak pulak bila dah ada khabar-khabar kentut kata pilihanraya dah dekat. Maka ramai lah dok menyatakan sokongan kat parti-parti dan pemimpin-pemimpin pojaan sepuluh nescafe masing-masing. Naik menyampah pun ada bila baca status si gemuk kawan aku kat FB tu. Tak habis-habis dok hidup Umno, hidup melayu..hidup KJ, Kerry Jalaklenteng. Sekali pang bagi baru tau! Tu belum masuk part kata if PR menang, habis hak orang melayu semua tergadai. Ish! Kesian sungguh orang insecure macam ni. I don't think lah puak-puak the like Lim Guang apo bondo nama dia tu nak buat lagu tu. Ye la, majoriti rakyat Malaysia kan Melayu, takkan la dia gila nak buat macam tu ye tak?

But then again, kenapa kita nak nafikan hak bangsa lain? Bukan ke mereka tu rakyat Malaysia jugak? Mereka pun lahir kat Malaysia jugak kan?? Ni bukannya zaman pasca merdeka or zaman yang ku berjanji bulan dan bintang. Isn't it the time for us berdiri sama tinggi and duduk sama rendah as bangsa Malaysia? No wonder lah bangsa-bangsa lain ni ada je yang tak puas hati dengan orang Melayu. Habis tu, kalau dah dilayan seperti second class citizen, sapa yang tak sakit hati? If you're in their shoes, how do you feel. Beli rumah pun ada harga bumiputera dan harga bukan bumiputera. Apa hak kamu nak kata dia non-bumi? Dia lahir kat Zimbabwe ke? Oh his/her ancestor were from China or India. Kau feeling ancestor kau asal tanah Melayu la?? Teremo di situ.

Sekolah pun tak payah la nak berjenis-jenis kebangsaan sangat. Bukannya uols lepas habis belajar tu kena balik Cina dan India sana nak membanting tulang kan?? I think kalau setakat nak belajar bahasa ibunda or sejarah asal usuk, kat sekolah kebangsaan biasa pun boleh buat. If persatuan guru-guru cina ni bertegas jugak nak kekalkan sekolah-sekolah cina, so suka hati diorang la. Dengan syarat sekolah tu diswastakan. Or jadi sekolah persendirian. Bukan ke banyak sekolah macam tu, like International School? Even sekolah pondok pun diuruskan secara persendirian ok.

Ketaksuban some people to their 'dear leader' can be very annoying sometime. Macam Nik Aziz tu, bless him for not being like other typical Menteri Besar. Dah bertahun dok tadbir Kelantan tu, rumahnya tetap la macam gitu jugak. Unlike some people dah le terang-terangan songlap duit rakyat, pastu buat rumah sebesar-besar alam tanpa rasa bersalah kat Bukit Cerakah kan? If Nik Aziz did songlap duit tu saya tak tahu la. Siapa la yang tahu kan? Dia kronisme? Well who doesn't? Semua yang jadi pemimpin or menteri ni mesti la nak bagi kaya suku sakat masing-masing. Otherwise, do you think KJ will be where he is now kalau Pak Tidolah bukan his bapak mertua? I don't think so lah.

I get the point that you adore Nik Aziz to bit, tapi jangan la taksub sangat. Dia tu manusia biasa je. Bukannya nabi. Ni tak, sikit-sikit 'Ohhhh Tuan Guru kata macam ni macam ni..'..sikit-sikit 'Oh Tuan Guru berpesan this and that'. Kau dah kenapa? Yang Tuan Guru cakap tu pun ada jugak yang tak betulnya, sebabnya dia pun manusia biasa. Kalau dia cakap something yang berunsur dakwah, semua tu kan datang dari Al-Quran, datang dari Allah. Tak payah la nak taksub sangat. I still tak tahu kenapa dia dipanggil Tuan Guru. Probably sebab pengetahuan ilmu agama dia tinggi (berbanding aku yang serba jahil ni). Growing up in the family yang memang kuat Pas (tapi takde la sampai I ni tak dibenarkan bergaul dengan budak-budak yang parent dia bukan Pas...over tau!!), I used to follow my parents to all the ceramah-ceramah politic and non politic. I've seen and heard all the nasty things they ranting about government yang I pun tak tahu la betul ke tak. I even saw people berebut-berebut nak minum air basuh tangan ustaz-ustaz yang saya pun tak tahu kenapa. Ambik berkat lah kot? God knows! My parents read Harakah. Jarang nak beli utusan segala. Tapi tidak le mak bapak aku taksub sampai macam tu sekali. I know niat some people yang nak sebarkan dakwah kat twitter facebook semua tu baik, nak ingatkan sesama saudara. Tapi I must say that most of them don't have the right attitude untuk menyebarkan dakwah. Most of them sounds very patronising. Macam mana la orang nak terima dakwah tu cik kak oi. Kita nak bagi nasihat pun ada la jugak caranya ye dak?

Yang tak habis-habis dengan 1Malaysia ni pun annoying jugak. Apa perlunya produk-produk 1Malaysia kalau bukan nak mengkayakan kroni?? Tepung 1Malaysia. Hah kenapa? Tepung adabi tu tak cukup bagus ke?? Now keluar pulak kedai kain 1Malaysia. Penting gila ada kedai kain ni. Globe silk store, Kamdar dan Jakel tak cukup bagus untuk rakyat Malaysia, maka keluarlah produk kedai kain 1 Malaysia ni. Tender kedai kain ni, sah sah la dapat kat geng-geng yang ada bau-bau taik kucing dengan Abang Najib dan Kak Mah kan? Patutnya wajibkan all the menteris including Kak Mah pakai baju yang dibuat from kedai kain 1 Malaysia ni. I doubt la yang diorang ni akan buat. The thing about menteris and all this politicians ni, diorang ever so often claimed themselves as berjiwa riwa. To what extend yang berjiwa rakyat tu, I pun tak tau. Kalau setakat pose-pose pegang cangkul rasmi balairaya tu bukannya berjiwa rakyat bang Najib oi!! Lepas ni apa pulak? Tandas 1Malaysia??

Aku nak tengok menteri mana yang sanggup pakai spender ni!!!

Politician kat UK ni, selamba je naik tube, naik bas, naik basikal pergi kerja. Menteri kita? Kalau tak suruh polis trafik buka laluan time jalam jem memang tak sah la kan. Dok sibuk suruh rakyat berjimat cermat, tapi diri sendiri shopping sana sini. You suruh rakyat naik kenderaan awam, you sendiri naik LRT pun haram. Berjiwa rakyat menatang apa macam ni?

Ok lah enough about my ranting. Apa pun esok dah start puasa for us in the UK ni. Yang kat Malaysia puasa on Saturday. Selamat berpuasa to all my brothers and sisters. Semoga ibadat puasa kita ni diterima Allah. Ish contradict sangat kan dengan entry mengumpat hiks.

Friday, July 13, 2012

Award lah konon?

Lovely kah? Tak bermoral ada la.

Award apa lah tak tau. This is more like penderaan mental. Hahaha. Jangan marah naaa Kak Lurpak oi. I will try my best untuk menjawab soalan-soalan puaka ni. Sudah kah anda bersedia??

Sediaaaaa!! *rasa macam nak bagi penampar*

What is your favourite dessert?

Too many actually. But I can never say no to creme brulee, cheese cake, chocolate mousse and lemon meringue pie.

When you're upset, what do you do?

I'll shut myself away from anyone. I close my eyes and listening to my mellow playlist. Not necessarily that I have to cry, but it does help sometime. Istighfar (eh I do istighfar ok walaupun I ni nampak jahil dikejauhan tau) and keep telling myself that everything will be all right. I will feed myself will all the high sugar and chocolaty stuffs and I blog about it.

What was your favourite pet?

My the late kucing, Tompok, though he was not that spotty, but I still call him Tompok. I just love the name. So kampung kan nama?

What do you prefer to wear, black or white?

I like colours. Lots and lots of colour. I am basically comfortable with any colour (except glittering gold and silver). But if I have to choose, I prefer black because it is just oh so elegant. Besides, white is for a virgin. Eh matilah membuka pekung di dada 36DD kan?

What is your biggest fear?

Mati tanpa sempat bertaubat. Walaupun sound cliche, but I always have this anxiety about dying and after life. Tapi bertaubatnya tidak jugak. But I always pray to God supaya I ni dimatikan dalam iman and dekat with my beloved people. Demand tak? I only can pray, tapi semua tu ditangan Allah. Apa yang dah ditetapkan olehNya, saya redha. Selain daripada tu saya jugak takut ular. Poisonous or not just get it away from me!!! Tengok cerita Snake On The Plane tu pun dah cukup to make me jumping on the couch and scratching (dan tarik rambut) tangan Pakcik #1.

What is perfection to you?

To wake up every morning and eat my mum's nasi lemak.

What is your attitude mostly?

I always think that I am the quite and shy type of person. Percayalahhhhhhh. Tapi most people said that I ni kepochi and funny. Sangat tak kena kan?? But whatever it is, I am full of character dan ia sentiasa bertukar mengikut cuaca. Mostly I am the happy go lucky type of person. Please please please love me!!

What is your guilty pleasure?

Shopping!! Especially shoes. Tak dapat makan pun tak pa. Teruk kan I ni? Kalau bukan shopping, it will be Hummingbird's red velvet cupcake. Ahhhhh memang guilty pleasure. Takkan seks kot? Hish kamu ni!

So, begitu la serba sedikit pasal saya. Disebabkan saya tamak haloba, saya tak nak pass award ni kat orang lain. Boleh macam tu?? Hahaha. Selamat hari Jumaat!!!

Wednesday, July 11, 2012

Cemburu Dengan Rakan

Source from Hazrey

Kesian kan perempuan atas ni? Tertekan hanya semata-mata ada perempuan lebih cantik, lebih pandai dan lebih kaya dari dia. Gila la besar masalah ni. *sarcastic*

I think everyone of us pernah rasa macam ni. Semua orang pernah rasa insecure dengan kekurengen diri sendirieww. We feel that padi di seberang lebih menjadi, lebih kuning keemasan, lebih 'subur' dari kita yang belah sini yang asyik kena serangan siput gondang walaupun dah berkoyan-koyan sembur pesticide.

I dulu pun pernah jugak rasa diri ni kurang hensem. Udah la hitam. Main bola pun tak pandai. Did I mentioned that satu sekolah panggil I pondan? Off course la I sedih. There were the time, ada jugak setan-setan dok bagi suicidal thought, but I never went that far. For me cry was (and still) the best medicine, especially bila ada masalah-masalah yang boleh buat jantung explode macam ni. 

Ada jugak mengadu kat mak kandung (bukan kat mak ayam ye adik-adik semua). Mak aku simple je. Bila orang kata, diam je. Bila depa penat nanti, depa beghenti la mengata. Masalahnya, they never seems to get tired mak oi.

Lepas tu, terus rasa malas nak meluahkan isi hati dan perut kat mak sendiri. So I started to write in my diary. Diary tu sangat sensasi ok. Penuh dengan cerita mengeji orang lain dan juga cerita-cerita fantasi. Ni kes syok kat orang, tapi apa kan daya si dia itu merak kayangan. Aku ni ayam kondem je. Mana la nak seiring dan sejalan gituh. Dalam diary tu jugak ada segala notes from tazkirah Subuh, Maghrib, Isyak serta lirik-lirik lagu yang bagi semangat seperti Hero by Mariah penjual Kari, Stay The Same by Joey Makantayar dan tak lupa jugak lagu Viva Forever dari gadis rempah walaupun takdak kaitan. Yang tak bestnya pasal diary ni adalah bila ada orang curi baca, including mak kau sendiri. Ape daaaaaa, tak menghormati my privacy langsung!

The only thing yang I rasa bangga sikit with myself, I ni sedikit pandai berbanding budak-budak kampung yang lain (hamboiiii matilah balik kampung nanti kena parang). Walaupun takdak la sepandai Shayda Makmok atau Tengku Shahrul (tu diah nama penuh), tapi pandai la dari jantan cilaka lain yang hanya tahu main bola dan goncang bola sendiri.

Tapi tu semua cerita lama. Dulu lain, sekarang lain. Dulu hitam dan buruk. Sekarang pun masih hitam, tapi sedikit hensem la berbanding budak kelas aku yang dulu dikatakan paling handsome, sekarang? Hensem lagi biawak. Ish perasan sungguh kan I ni?

Kecantikan dan kekayaan ni tak kekal. Tapi pasal pandai tu boleh dipupuk. Kena rajin usaha lebih sikit la. Anggap la tu sebagai cabaran untuk berjaya. Once you dah berjaya, I am sure you boleh apply kerja-kerja yang hebat dan menjadi double triple kaya dari perempuan tu. Bila dah kaya, dah banyak duit, pergi la register masuk gym dan pergi buat facial untuk cantik.

I just hope it's worth it. Ye lah, somehow I think why are we even bothered dengan kelebihan orang lain? Truth is I am no good in this either. Tapi takde la sampai nak tulis surat masuk surat khabar ni ha. Most of us dapat tangani situasi ni dengan matang. All you need to do is STOP comparing yourself with others. Once you do, you will be more happier. Percayalaaaaahhhhhhhhhhh!!!

Tuesday, July 10, 2012

My Heart Is Not Swarovski Crystal


Hati bukan kristal konsepnya uols. Serta merta muka I menjadi iras-iras Julia Rais. Kau mampu? Jadi ketahuilah, walaupun aku bermulut cilaka dan perwatakan garang persis Nyonya Mansur, tapi hatikiew ibarat kristal yang dilambung tak pecah, tapi jatuh berkecai gitu. Ye lah, aku ni bila time macam period, mulalah nak terasa sentap bagai. Tapi very rare occasion ye adik-adik semua.

Kisahnya one of my university's friend telah shared article about hukum bersalin dengan doctor lelaki. Untuk bacaan lanjut, boleh klik kat SINI, SINI dan SINI.

Dari apa yang aku paham from that article, rumusannya:
  1. Haram bagi perempuan bersalin dengan doktor lelaki. Kena bersalin dengan doktor muslimah. Seandainya tak dapat doktor muslimah, doktor wanita. Kalau dah darurat, baru dibenarkan dengan doktor lelaki.
  2. Pemeriksaan bulanan tidak tergolong dalam keadaan darurat, maka tidak boleh diperiksa oleh doktor lelaki.
  3. Psychologically, ia akan memberi kesan mudarat jika wanita diperiksa oleh doktor lelaki kerana ia akan menimbulkan keinginan terhadap sesuatu selain dari suami, yang dipanggil syahwat.
Ok. Seriously pening baca ayat-ayat tak le blah article ni. Maybe sebab aku ni tulis tunggang langgang, bila baca yang tulis skema terasa seperti diputar belit. My bad!

Macam mana nak cakap eh? 

Aku personally tak berapa setuju la dengan artikel ni. Sebab isi dia terlalu longgar dan tak menyeluruh. It is easy to say yang haram tu haram. Tapi when it comes to medical field ni, apa benda yang tak darurat?? 

Bagi aku, patient have the right untuk pilih doktor mana yang dia nak. If the hospital tak mampu nak sediakan ikut kehendak dia, it is dia redha with mana-mana doktor yang available or pergi private lah.

Tapi tu patient. How about kami-kami yang lelaki yang pilih bidang sakit puan ni? Oh please, kami ni bukan la kemaruk sangat nak tengok bini orang punya private part, especially when internet nowadays is way too advance. Beraneka jenis karipap kau boleh tengok internet. Google je nak karipap jenis apa. Inti kentang? Inti sardin? Inti kelapa? Semua ada. So tidak la ku hadap sangat karipap bini kau tu abang Talib hoi. I personally chose this field because I love babies. Not just that, because I am good at it. 

I always thought yang my job ni adalah sebahagian dari my ibadah. Ye lah, I ni bukannya baik sangat. Sembahyang pun hit and miss. So, bila ada orang pointed out yang kerja I ni berdosa sebab I tengok patient yang bukan mahram, tidak ke terasa di hati gitu? Kita buat baik pun salah ke?

Not to mention bila I gave my point of view kat wall kawan I tu, tiba-tiba datang lakinya menyerang I. Dia kata, if you are good, think as a good muslim guy can think...banyak lagi medical field hok ore laki boleh buat, kenapa nak buat O&G? Kelantan kau di situ!!! *matilahhhhhhhhh~

Dia kata lagi hospital boleh je nak tetapkan hanya doktor perempuan je kat labour room. Kementerian pulak boleh buat guideline yang hanya membenarkan perempuan saja yang ambik bidang O&G.

Ikut sedap mulut je cakap. I assumed dia tak tau yang Ibnu Sina pun ada buat kajian dalam bidang O&G yang mana sampai sekarang hasil tulisan dia tu menjadi rujukan sarjana barat sampai la sekarang. Kalau dia tak buat observation dan periksa pesakit perempuan, do you think he can wrote that??Speaking of haram la kan? 

Ok. Macam ni lah. Aku quote apa yang telah diquotekan oleh sahabat saya, Hamidah T-Rex The Wiser kat blog dia.
  1. Islam dari segi bahasa bermaksud selamat/sejahtera.
  2. Islam dari segi istilah pulak bermaksud sejahtera, selamat, adil dan mementingkan kemaslahatan umum.
Memang la kalau ikutkan wanita muslimah kalau nak bersalin memang kena bersalin dengan doktor muslimah. Tapi kalau tak ada doktor muslimah, doktor perempuan. Kalau dua-dua takdak, kena doctor muslim. Tapi kalau kita kena bergolok gadai nak pergi ke private center semata-mata nak doktor muslimah, tak ke tu menyusahkan? Kalau tak mampu macam mana pulak? Nak kena berhutang ke semata-mata nak beranak dengan doktor muslimah? Bukan ke tu semua dah lari dari konsep Islam itu sendiri?

Tapi, kalau suami mampu, dia wajib sediakan doktor muslimah untuk isterinya, dan doktor muslim untuk dirinya. Tu kalau mampu. Kalau tak mampu tak payah. Kita berbalik kepada konsep Islam tadi.

Paham tak?

Kalau tak paham, kita ambik contoh kata you kat hospital and bini you sarat nak beranak ni. Kat wad bersalin tu bukannya bini you sorang je beranak, ramai lagi orang lain yang nak beranak. Ada sorang doktor lelaki dan sorang doktor perempuan muslimah bertugas. Doktor lelaki datang nak check bini you, you refused. You kata you nak doctor perempuan muslimah. You marah-marah semua orang sebab tak dapat nak sediakan doctor muslimah untuk your wife. Since keadaan tengah tegang, maka doktor muslimah ni terpaksa tinggalkan patient yang dirawat semata-mata nak tengok bini you.

So, basically you bukan saja memalukan diri you (terpekik marah-marah macam pak-pak arab yang sengal taik unta tu!), tapi you secara tak langsung memalukan agama Islam. Ye lah, kita ni orang Islam selalu kata kena mencontohi sifat Rasulullah la, kena bersabar la, kena berakhlak mulia la, tapi bila datang benda-benda yang kita kurang ilmu macam ni, kita lupa yang akhlak Islam tu perlu dijaga anytime, anywhere. Tu belum masuk part yang you telah berlaku tidak adil kepada pesakit lain yang terpaksa diabaikan kerana nak memenuhi tuntutan you yang nakkan doktor muslimah tu. Bukan ke tu dah lari dari konsep adil dan mementingkan kemaslahatan umum tu cik abang oi?

Darurat tu pulak bukan terhad time sakit nak beranak je. Ketahuilah yang mengandung ni berisiko. Tinggi atau rendah, ia tetap suatu yang berisiko. Monthly check up is important to make sure that we are all how to manage the patient so that we can be well prepared for the delivery. Selain tu, pemeriksaan bulanan ni jugak untuk memantau perkembangan maknya dan anaknya throughout the pregnancy agar tak jadi kes-kes high risk seperi pre-eclampsia, growth restriction dan sebagainya. Untuk mengetahui benda-benda ni memang memerlukan dedicated doctor in O&G dan a good sonographer (ehem!) as well. You cannot simply suruh nurse scan baby tu sebab they are not well trained to do the scan. Nanti kalau misdiagnosed sapa nak tanggung?

Bercakap pasal orang lelaki yang ambik bidang O&G ni pulak, bukan semua orang mampu buat bidang O&G ni. Percayalah yang kepandaian dan kebijaksaan tu adalah kurniaan Allah. Dan saya pun tak pernah mintak yang saya ni pandai lebih (pandai ke?) dalam bidang O&G ni berbanding bidang-bidang lain.

Korang pergi la baca kat link yang aku letak tu. Kelakar ok baca komen-komen. Some of the soalan-soalan untuk article-article yang lain pun aku rasa macam tak perlu. Perlu ke nak discuss pakai contact lense tu haram ke tak? Perlu ke nak discuss pakai braces tu haram ke tak? Tu belum masuk part yang tanya pakai contact lense tu batal puasa ke tak. Allahuakhbar. Diorang ni faham ke tak rongga badan tu apa. Nasib takda yang tanya sah tak mandi wajib pakai contact lense. Kalau ada, memang sakit!

Apa pun, bagi aku, responsibilities are responsibilities. My patients are my responsibilities. Lagipun, memang dah termaktub that I have to provide the service tanpa mengira agama, jantina and skin colours. Dosa ke tak dosa, saya tawakkal je lah. But I do believe yang every good deed tu ada balasannya walaupun sebesar zarah. Yang penting saya buat kerja tu dengan ikhlas, walaupun ada jugak time-time macam nak cepuk je patient dengan batang untuk transvaginal scan tu. Biasalah, kerja macam ni memang ada high and low momentnya. Saya percaya yang Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Last but not least, takziah kepada keluarga Prof Diraja Ungku Aziz atas kembalinya Allahyarhamah Azah Aziz ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakannya di kalangan hambaNya yang dikasihi. Al-Fatihah.

Saturday, July 07, 2012

Dirikiewww Yang Sebatang Kara

Or sebatang kera??

Aku dari dulu tak paham apa menatang KARA tu. Kenapa orang yang ala-ala lonely dan tiada sesiapa kat dunia ni dipanggil sebatang kara? Apa relevannya kara ni dengan orang yang sedemikian?? Ha jawab jawab??

Anyway, aku bukan la nak cerita pasal sebatang kara atau batang buruk. Hazrey pesan, time-time nak raya ni, sila deactivatekan akaun FB masing-masing, kalau tak nak menjadi mangsa kena tag kat tudung bawal, baju kelawar, kuih samperit and what not. Especially lelaki la. Terhina ok kena tag kat batang buruk. Kalau 40 orang dok kata kau batang buruk, bukan ke doa namanya tu (mengikut teori kebanyakan orang Melayu). Mrasa batang kau jadi buruk betul!! Nayaaaaaa oii!

Masa 15 Syaaban baru-baru ni (tetiba guna date hijrah khennn?), selamat jugak saya puasa penuh. Ingatkan akan tumpas di tengah jalan. Maklumlah godaan banyak sangat. First coffee. Ish almost terminum jugak tu. Nasib baik ingat puasa. Aku ni makan tak berapa sangat (sebab tu la ramping). So, kalau tak makan tu small matter. Minum ni jer. Bau coffee je dah boleh buat I longlai you. 

Patient pun boleh tahan jugak macam celakanya (amboi mulut kiew). Time-time I puasa ni la, masing-masing macam berpakat-pakat menjadi geng enam jahanam. Sekor-sekor bertukar menjadi jelmaan syaitonnirrajim!! I was biting my tongue not to mencarut.

Yang buat perangai tu satu hal. Lepas tu ada pulak elemen-elemen yang working against you. I had 3 late booking patients. Ni kes-kes ku tak tahu diriku mengandung, tup-tup dah 6 bulan mengandung rupanya. I seriously tak paham dengan perempuan-perempuan macam ni. Unless you ni memang jenis period irregular tu lain cerita. Tu pun, your body, takkan you tak tahu that your body is changing?? Or you memang jenis tak ambik tahu? All you care is main jongkang jongket tak ingat dunia je.

To add insult on the injury, these 3 makcik bukan setakat high risk with all the setan disease in the world like diabetes, hypothyroid and high blood pressure, all of them are obese too. Regardless the BMI, I normally can manage. I never refused to scan patient walaupun besar macam kayu balak sekalipun. Unlike consultant I yang Firaun tu (sebab asal Mesir), dia suka hati je nak declined patient yang gedabuk-gedabak ni. Biadap sungguh. Yang jadi mangsa sapa?? Mak lah uols yang menjadi bidan terjun. But for whatever reason on that day, I found it difficult to do the scan. Ada je yang tak kena. 3 incomplete anomaly scan in one day are not a good thing. I really hate myself for not be able to do it, for not be able to perform and deliver the job as I supposed to. So terpaksa reschedule datang balik next time with the hope that I can see the baby better. Walaupun the chances are small, sebab makin besar the baby, makin susah nak buat anomaly scan, tapi itu je la option yang ada.

Letih tu jangan cakap. Bila you sakit hati and when all the elements are working against you, hati ni bagai digaru-garu untuk makan sekuat hati. Tapi ku kuatkan juga semangat 46 aku sampai masuk waktu berbuka at 9.22pm untuk kawasan London. Alhamdulillah.

Hari ni pun tak kurang jugak puakanya. Ops matilah hari Jumaat, penghulu segala hari kan? Udah le masuk lambat 5 minit. Eh kau jangan. Walaupun kalau nak diikutkan, bukannya besar pun dosa kalau masuk lambat 5 minit. Kat sini polisi dia senang je. Kau masuk lambat 5 minit, kau balik pun lambat 5 minit lah. Walaupun takde punch in and out, sendiri mau ingat. If you have to work 37.5 hours per weeks, make sure it is 37.5 hours per week. But not when you work with Mak Naga si puaka tu. Aku datang on time pun kena maki, apatah lagi datang lambat 5 minit (walaupun according to jam dia aku lambat 10 minit..dasar jam keling!). Sampai-sampai je dia dok brok brek brok brek pasal patient tunggu la hapa. Hish.

My first patient pagi Jumaat tu, baby dia sangat tak abnormal ok. The baby have omphalocele with cardiac defect. Tapi parent still want to keep the baby which I really applaud for their ketabahan. At the time when all the people dok suruh diorang terminate the baby (including Firaun dan Mak Naga), diorang totap dengan pendirian diorang. Dah orang tu tak nak, buat apa nak menambah anxiety patient with all the cerita yang tak perlu. Aren't we suppose to be positive, walaupun at the time yang negative tu lagi terang dan nyata. Ni bukannya nak bagi harapan palsu kat patient. Patient pun bukannya bodoh. When I spoke with them, they are aware of the outcome. But they still want to keep their baby. So buat apa la nak menambahkan sakit kepala mereka yang sedia ada??

My last patient pulak was a late booker at 29 weeks, a lovely lady. She haven't had any scan and she is tersangat obese with BMI 52. That is the biggest I had so far. This time around, satu hapa pun I tak nampak accept the baby's head. Jantung baby pun nampak ala kadar. The rest of the baby langsung tak boleh scan. I felt sorry for her for not be able to do the scan and had to left her wondering whether the baby is normal or not. Udah le dia tu dah 40 tahun. First baby pulak tu. I pun cakap la kat Firaun tu, is there anything we can do regarding this lady..should we refer her to QCH for another scan or something? Si Firaun ni kata, kalau you pun tak boleh scan, you ingat depa yang kat QCH tu boleh ka? Boleh macam tu? Si Firaun tu kata lagi, she is the one who brought this problem to herself, so she should have known the consequences lah. Hamboiiiii kemain lagi. Macam la dia tu kurus sangat khen? So, kitorang just buat apa yang boleh with the hope that the baby will born normal. 

So pesan I kat uols-uols yang ada plan nak membuat anak, kalau boleh slim-slimkan le badan tu dulu sebelum anda dicarut secara halus oleh your obstetrician. Lagipun orang yang berbadan gempal ni banyak benor masalah dan complicationnya masa mengandung. Sebelum benda yang membawa kegembiraan bertukar menjadi mimpi ngeri, better be safe than sorry ye adik-adik sekalian. 

Sekian.

Thursday, July 05, 2012

The Story of Annoying Bitch

Tu diah lama sungguh tak update kan?

Sorry ya kepada yang mendambakan utusan-utusan update darikiewww iniewww (macam la ramai peminat!). I was away to Dublin and was unable to update regularly while I was there sebab memenuhi tuntutan dan tugas-tugas rasmi seperti mencemar duli kat tempat kanak-kanak Dubliner beronggeng Rokiah, serta kerja-kerja amal seperti ceramah motivasi untuk hadek-hadek yang baru nak naik agar tidak terlalu terikutkan napsu napsi yang nak berparti je 24 jam, kan Seed? But all around, the trip was great walaupun it was raining cats and dogs. Thanks to Seed kerana sudi menerima kehadiran tetamu yang suka suki datang dan buat rumah tu macam rumah sendiri. Aku memang muka tak malu.

Anyway, I am not going to bore you with my journey story. But, I want to tell you about this pondan (ok not pondan yang crossdresser tu) yang sungguh la annoying. Ish tak baik kan I malam-malam nisfu Syaaban ni dok ajak orang mengumpat. Sapa-sapa nak menjaga pahala puasa tu, baca la blog ni esok ye bley? So you have been warned. Jangan cakap I tak bagitau pulak.

I met this bitch accidentally on the bus while I was on the way to the town. My friend apparently knew him. I am not normally detest people just based on the first encounter. Tapi pondan ni adalah kes-kes terkecuali. 

Begini ceritanya.

My friend saw him on the bus, terus la pergi tegur dia. Seriously I can't tell whether he is Malaysian or Indonesian mahupun rakyat Nepal. But when he start to speak English all the way with us, I thought he probably not Malaysian lah. Turned out that he is Malaysian you. Asal Perlis lagi nak habaq mai. Tapi awat tak tau sepatah perkataan bahasa Malaysia tak keluar pun. Padahal baru duduk kat Ireland dalam 2 tahun. Esah dengan Hajah Haleemah yang dah berbelas tahun kat UK ni pun tak macam tu. What about me? I cakap rojak. Macam mana korang baca blog aku, macam tu la aku bercakap. Tapi I always love to speak bahasa with my fellow Malaysian sebab I have to converse in English setiap hari day in day out. So, bila lagi kan? Lain la kalau ada non bahasa speaker among us. That would be rude lah kalau kitorang ni dok cakap BM.

Bercakap English tu satu hal. Lepas tu accent lebih-lebih. Sekejap bunyi Irish. Sekejap bunyi American. Sekejap bunyi ala-ala Pinoy. Kau pernah tak jumpa orang gila macam ni Esah? Hish make up your mind boleh tak?

He asked my friend about summer holiday. My friend told him that he did not have any plan to travel so far. Dia dengan bangganya dok bercerita pasal dia dok pi berjalan sana sini. Tak tahu la betul ke propa. He keep on saying how he love Grand Canaria and he called that place as a mecca of gay. Ish takbur sungguh!! He spoke as if he has been travelling to every corner of the earth. Tapi yang kelakarnya bila my friend ni mentioned that he went to this place yang I pun tak ingat nama dia, si pondan ni blur and tanya kata mana. My friend pun cakap la yang tempat tu dalam Ireland. Terus kawan aku tu kena hina ok sebab travelling dalam Ireland sajork!! I can't help but to roll my eyes. Geography dalam Ireland tu pun flopped, sibuk nak ukur pekan kat Grand Canaria tu kan?

Lepas tu dia cerita pasal dia pergi Greece pulak and how the guys there was so hot that he shagged a lot, walaupun mukanya macam kerbau! Seriously! I wonder la how those guys even attracted to him yang muka kampung tu. Propah sangat. Kau lagi cantik Seed!!

Tak cukup dengan itu, that tasteless bitch tu dengan selambanya mencarut seluar I yang merah menyala (sila rujuk gambar di bawah) tu uols. It was rich to come from him, considering it came for someone yang pakai baju polo hollister warna pink with zero fashion taste. Don't let me started on the shoes. Oh please! I was biting my tongue not to say a word. 

Berani dia carut seluar I??

He probably thought that I was a student too sebab he asked me whether I will be in London for olympic. Of course I'm bloody stay because I have to work. But I didn't mentioned it. And he keeps going on and on about travelling experience dia tu. Owh menyampah betul.

Let me tell you this bitch. 

Orang pergi melancong bukan untuk mencari keseronokkan semata-mata. Tapi untuk menambah pengetahuan pasal negara, sejarah dan culture negara tu. Sebab tu la first rule bila sampai ke sesuatu tempat tu, pi cari museum dulu. Ambik tahu pasal asal usul tempat tu, sapa yang bukak tempat tu. Lepas tu kau nak berkongket sampai terkeluar taik pun lantak kau lah. At least bila kau balik kampung, orang tanya mana asalnya nama negara Greece tu, kau boleh explain that it came from Latin word called Graecia as used by Roman which literally means land of Greek (bukan Grik kat Perak tu nyah hey!). Takkan la bila mak kau tanya, apa yang best kat Greece tu, kau nak jawab lelaki kat Greece tu hot dan pandai main? You might as well want to dig your own grave lepas tu tanam diri sendiri sebelum mak kau parang kau hidup-hidup kan?

Lagi satu, apa la yang hina sangat kalau travel dalam negeri ni? Not all people suka menghabiskan duit biasiswa kerajaan (baca: duit taxpayers) dengan pergi melancong serata benua Eropah yang mahal nak mampus tu. Bawak-bawak la diri kenali your surrounding first. You might be surprise. Ni yang dalam kandang pun tak berapa cam, dok sibuk check kandang sebelah.

Seriously, bagi aku la kan, orang yang pergi melancong sana sini for the sake of party-party liar adalah satu pembaziran yang nyata. Tak tahu la bagi korang. Bagi aku, I travel because I love history. I will read as much as possible about sejarah sesuatu tempat tu before aku travel. When I arrived, museum is a must visit place. Lagi satu aku suka ambik gambar. Tak kisah la gambar bangunan ke, gambar permandangn ke, atau gambar human activities. That is something about it yang dapat memberi kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lastly, of course la untuk relaks-relaks dan sedikit enjoy. Benda-benda macam ni la yang membuatkan cuti tu lebih bermakna. Lagi best kalau dapat pergi dengan orang yang kita sayang. Betul dak?

Ok lah. I dah pening dan mengantuk now. I memang dah niat nak puasa, so I will try my best untuk puasa penuh. Kalau I tak larat, I buka la. Lagipun bukannya puasa wajib. Berbuka dekat-dekat pukul 10 malam you. Time summer ni siang dia panjang. Mrasa puasa 18 jam. So kepada yang berpuasa tu, selamat berpuasa. Semoga segala amalan kita ni diterima oleh Allah.

InsyaAllah.