Parenting. What do I know about parenting? For someone yang belum beranak pinak macam ibu kucing like moir, parenting skill tu memang lah belum develop, tapi it doesn't mean yang aku ni takde tokoh langsung nak dapat anugerah bapa mithali sempenan sambutan maal hijrah kan?? *Ish tetap ni ada unsur-unsur angkat bakul!
Walaupun from previous entry I wrote that tak semesti children behaviour yang macam setan tu adalah reflection from bad parenting skill, but we can't never deny yang influence tu ada la jugak sikit, kalau tak banyak. But, mostly people will resort that bad parenting skill yang menjadi punca anak menjadi puaka, while good parenting skill menghasilkan anak-anak wawasan. Kata mereka lah, bukan kata saya.
Jadi parent ni susah. Tak boleh too controlling nanti anak memberontak sebab parent overprotective. Tak boleh terlalu laid back or sporting, nanti anak naik tocang menjadi setan gondol seperti dalam cerita P. Ramle, Anakku Sazali. Tu belum masuk part parent yang kuat pukul anak up to the point menjadi abusive. Resultnya? Anak tu menjadi emotional unstable bila dah besar.
Jadi cikgu pun sama macam jadi parent jugak. Some teacher are good, some teacher are bad that you keep cursing them throughout the class hour (tapi dalam hati lah). But I bet niat diorang baik. Nak memastikan yang student-student dia berjaya, walaupun ada small percentage yang could not care less as long as I have the money that pay the bills. Jadi cikgu bukan la suatu kerja yang mudah I belive. Because it is not terhad kepada mengajar sahaja. Yang aktiviti kokonya, yang pergi rombongan cik kiah sambil belajarnya, yang pergi pertandingan berbalas pantunnya dan banyak lagi la aktiviti di luar kelas. Bila time dekat nak exam lagi stress sebab nak kena buat extra class.
I have a friend yang jadi cikgu sekolah rendah ajar budak-budak darjak satu. Ni set-set sekolah kat kawasan bandar la ni. Set-set from SK Aminuddin Baki and Taman Tun yang terkenal with parent mempunyai rumah sebesar One Utama Mall tu. Dia selalu cakap yang his main job no longer teaching, but babysitting. One fine day, ada student yang tak bawak buku latihan ke sekolah. Dia tanya why didn't you bring your buku latihan? Budak tu blame the parent for not packing the bag according to timetable. Ish kecik-kecik dah pandai menjawab. Aku ni since tadika dah pack bag sendiri. So my friend ni mengadu la yang dia ala-ala Nora di persimpangan dilema mengajar budak-budak ni (baru darjah satu ok). If he told them off or warned them about jangan lupa bawak buku and stuff or otherwise you have to berdiri outside my class, the parents will back them up saying that cikgu tak ada hak nak cakap macam tu kat anak saya. And off course la he cannot remind or warn the parent to make sure the kids bring the book. So, back and forth salah cikgu jugak akhirnya. He even told me that one of the parent said, "Alah cikgu pun bukan pandai sangat. Kalau cikgu ni pandai, takdenya cikgu nak jadi cikgu. Sure dah jadi engineer and so on".
Habis kalau semua cikgu ni pandai and jadi engineer or doctor, sapa yang nak ajar anak kau yang bodoh lagi biol tu kan? If it were me, siap aku kerjakan mak bapak budak-budak ni.
Zaman-zaman kita dulu, kalau tak bawak buku latihan, merasalah kena berdiri atas kerusi or atas meja sampai habis waktu pelajaran. Back then I tell you, I was so scared with some of my teachers yang garang mengalah sexually deprived singa betina, especially Ustazah. I don't know why back then I was so scared with Ustazah, sepertimana takutnya budak-budak convent dengan nun. Aku pernah kena tepuk kat dahi dengan menatang yang digunakan untuk padam papan hitam tu, apa benda nama dia? Habis putih muka aku macam tepung gomak, semata-mata aku salah bagi hukum mad untuk ayat pertama surah Yaasin. Hukum mad 'arid lil sukun apa benda tah. My friend yang tertidur dalam kelas kena sumbat lobang idung dia dengan kapur tulis. Tu belum part kena tarik side burn, piat telinga dan jugak the cubit-cubitans without the senggol-senggolan.
Tapi dalam banyak-banyak tu, aku memang tak boleh lupa Cikgu Puziah, cikgu Math masa sekolah rendah. Dalam kelas memang dia garang, tapi kat luar kelas dia baik. She even offer sapa-sapa yang nak belajar extra boleh datang rumah dia every Saturday untuk extra class and she don't even ask a penny. But off course la, being a good student like me and some of my friend, kitorang selalu datang bawak makanan like tepung talam, pisang goreng, karipap (bukan karipap sendiri ye) dan macam-macam lagi sebagai tanda terima kasih. Tapi dalam kelas, dia memang garang. For example, if you salah letak titik perpuluhan, she will titik your dahi dengan kapur tulis. Mrasa dapat tanda nandek hehehe. If you salah tolak, she will tolak kepala you sampai terduduk.
Zaman tu jugak cikgu dibenarkan bedal students dengan bulu ayam i.e feather duster, pembaris panjang (yang weols student panggil roti panjang) dan juga rotan. Public canning was still allowed. Kalau time spot-check, sapa yang simpan kuku panjang macam pontianak, mrasa lah cikgu disiplin akan suruh korang letak tangan atas meja, then kena pukul dengan ruler yang besar gedabak tu. Sakit woo!
Tapi tu lah, despite all the deraan fizikal and mental, tidak la pulak aku pernah mengadu kat parent. Parent-parent back then memang hormat dan mendewa-dewikan cikgu-cikgu ni hatta awak tu cikgu kelas pemulihan sekalipun. It was and still a respectable profession back in the area where my parent lives. Jangan la berani bagitau what had happened or you will face extra denda from my parent. For them, what the teacher did was justified. Dah kau buas mengalahkan binatang, so rasakan! For them, cikgu-cikgu ni ada hak untuk denda (or dera?) for our wrong doing, asalkan tak sampai mencacatkan fizikal tu sudah.
Parent nowaday macam mana nak cakap eh? Sebab aku ni belum beranak pinak, so susah la nak buat perbandingan. But I have heard lots of hearsay yang tak tahu betul ke tak. I have loads of friend yang jadi cikgu. Some of them enjoy it because since I kenal diorang time sekolah or pre-U, memang diorang dah aimed nak jadi cikgu. And they turned out very well in their profession like Ijat and Pian (just to name a few). While some pulak, jadi cikgu sebab last resort. Nak buat macam mana, graduated from sains tulin like Kimia and Biology, it was very hard for them to get a job. So since guru je yang available, why not kan? Lepas tu mula lah stress out pasal all the tanggungjawab as a guru and what not.
Most of cikgu friends said that parent nowadays lebih percayakan anak dari cikgu walaupun anaknya tu jahanam mengalahkan samseng Kampung Dusun dan kaki auta. If their kids gagal dapat good result in their exam or ujian bulanan, they blamed the teacher for tak pandai ajar anak diorang. Padahal dia tak tau yang anak dia tu memang malas nak belajar, not to mention kurang ajar dengan cikgu. Macam mana la ilmu tu nak berkat ye? I even pergi jumpa cikgu one by one mintak maaf and mintak halal all the ilmu that they gave to me before exam. Ye lah, for someone yang bermulut celaka like me ni, off course la I can't never stop buat ketupat about the cikgus kan?? So, bila nak exam tu kena la mintak maaf. Kang fail sapa nak jawab? Walaupun I believe that the teacher's job is to guide you about the syllabus and the rest is all down to you to study by yourself. If you study hard, you'll pass with flying colour.
Off course akan ada sorang dua cikgu yang tak pandai ajar. Bukan bermaksud cikgu tu bodoh. Tapi skill mengajar tu tak best dan membuatkan student rasa boring. But it is not the reason to fail because your teacher was such a boring person. You can always ambik kelas tuition yang berlambak macam mushroom after the rain tu. That was one of the reason why I took tuition class for Physique sebab ku tak faham sebijik haram pun from the class. Ye lah, masuk kelas je cikgu tu bantai pi baca surah al-baqarah dengan terjemahannya, dok pung pang pung pang pasal kejadian ciptaan Allah dan kaitannya dengan subjek Fizik nih. Pastu all the time she was telling us the story about titik hitam di hati. Titik hitam tu ibarat satu dosa atau MAKSIAT (katanya). Jika, dosa itu diulang-ulang, maka titik hitam tu akan bertambah di hati and end up seluruh hati menjadi hitam. Bila hati dah hitam, nak belajar apa pun tak jalan. Can someone tell me, apa kaitannya benda ni dengan Fizik?? Pastu ada la pulak kawan aku (Arwah Aminuddin - Al Fatihah) cheekily asked apa contoh-contoh maksiat tu cikgu? Lepas tu dia dok pung pang pasal MAKSIAT pulak. Dia kata, tipu ibu bapa itu MAKSIAT. Tidak menghormati guru itu MAKSIAT. Berbohong itu MAKSIAT. Melakukan perkara-perkara yang lalai itu MAKSIAT! There you go my typical kelas Fizik.
My parent tak pernah sekali pun nak salahkan cikgu-cikgu if my result tak memuaskan. They blamed it to watching telly sampai tak ingat dunia. Zaman tu, tv rumah I tu hanya ada RTM1 and RTM2 (or sometime TV3 bila hari tak hujan) je yang available. Cerita-cerita like slot Spektra or Pendekar (like Keris Hitam Bersepuh Emas) dah cukup untuk buatkan kami adik-beradik tercongok dan ternganga depan tv sambil memuja betapa hensem dan gagahnya Rusdi Ramli dan Eman Manan. Zaman sekarang?? With all the astro, internet, PS2 dan banyak benda-benda mengarut lain, memang la dapat concentrate dengan study kan?? But nevertheless, jumlah yang dapat straight A lebih banyak dari zaman-zaman I dulu. Zaman I dulu, that A was so sacred that only few yang betul-betul belajar (or genius) baru dapat. Kalau belajar sekadar di pinggiran je, mrasalah dapat F kan? Tapi dalam dok dapat banyak A tu, adakah A yang berkualiti? Or A sekadar di pinggiran jugak? Somehow I think it has to do with the politic dalam kementerian pendidikan tau. Ye lah, asal tukar menteri pendidikan, of course la the sucessor tu nak lebih UP dari the previous menteri pendidikan. I guess they do that by showing off betapa ramai student lulus or dapat A in UPSR, PMR and SPM masa zaman dia jadi menteri pendidikan. Konsep mak tak nak kalah sangat!!
In UK ni pun sama jugak peel mak bapaknya. Ever so often ada je la complaint from the parent in the newspaper pasal how teruknya the cikgu-cikgi dalam mendidik anak-anak puaka diorang tu. Tapi dia tak tahu yang some of the teacher sangat depressed dengan perangai anak-anak diorang. Some even takut nak pergi sekolah. Nowadays, bukannya cikgu yang abusive, tapi student yang terlebih abusive. Off course la tak boleh pukul rotan segala. My friend cakap one of the student threw a table at her bila dia marah that student for saying the F word. Bila dipanggil parent untuk discuss pasal perangai malaun budak ni, disalahkan sekolah yang tak pandai ajar anak dia. Boleh? Dah le sekolah free. Melampau sungguh!!
Jadi parent susah. Jadi cikgu pun susah. So after all, it is a wise decision lah kot for me not to become both??
To Afian, tahniah sebab dapat Anugerah Khidmat Cemerlang bagi kawasan-kawasan Parit Raja dan parit-parit lain yang banyak kat Muor tu serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, dengan ucapan, dah beli ke flight ticket nak pergi umrah ke Borobodur tu??