Friday, March 30, 2012

Peminat Mati Keras




Korang ada peminat blog hantar poskad kad raya bagai?? Ado? Ado? Aku yakin sangat among of your beribu-ribu lemon followers tu, takde sapa sekor yang hantar poskad kat korang khennnnn?? *matilah takbur~

Apa pun, kepada yang hantaq poskad ni terima kasih banyak-banyak na. Owhhhhh aku feeling DIVA sangat hari ni!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Kelas Kau Ustazah!!

Pagi tadi kan, aku ni ala-ala tintong dan sedikit sewel telah update status di facebook (tak habis-habis meroyan kat FB kan?? LOL) macam ni:

"Nak bela anjing lah. At least kalau ada orang datang rompak, boleh suruh anjing tu kejar and kunyah testis diorang!!"

Pagi-pagi buta letak status yang tak berfaedah macam ni, harus aku kena serang kan??

I think most people yang kenal aku, diorang tahu yang aku ni jenis yang acah Mak Esah je. Bukannya betul-betul. Just because I said it, doesn't mean I meant it. Paling lawak bila aku update masa new year hari tu, "Azam tahun baru: nak buat tetek". Tak pasal-pasal dapat ceramah free. Rosak sangat ke aku ni sampai diperlakukan sedemikian rupa?? *sambil buat pose insaf kat pole selepas kena denda RM25 sebab berkelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai~

Berbalik kepada cerita anjing ni, tu diah ambik kau. Bukan main lagi je dua tiga ekor feeling jadi ustazah.

One of my ex housemate masa aku kerja kat HUKM dulu (dia pun keje HUKM jugak) komen kata, "Jangan. Apa yang haram tu harammmmm".

Istighfar aku sekejap. Walaupun aku ni tak pandai agama sangat, setahu aku la kan, yang haram tu adalah memakan daging anjing masak kicap. Pegang anjing tu tak haram. Anjing tu cuma najis yang tergolong dalam kategori berat. So kalau dah pegang, wajib samak tu. Tu je. Apa la yang kau nak pening-pening pikir pasal haram tak haram ni??

Yang haram tu adalah pegang lelaki atau perempuan yang bukan mahram. Walaupun I am sure bf or gf korang tu bukan najis berat (unless kalau perangai dia ada sipi-sipi macam anjing dan pemalas macam babi), tapi haram dipegang selagi tiada ikatan yang sah.

Eleh yang tukang cakap tu pun bukannya betul sangat. Tapi tu lah, I always percaya, nasihat yang berguna tu nilainya tetap sama walaupun datang dari seorang yang kuat main bontot pondan sekalipun!! Kalau benda yang dia kata tu betul lah. Cuma terasa sedikit canggung bila orang yang selalu letak gambar-gambar tunjuk aurat dan tak pakai baju kat fb, sambil letak caption, "OK TAK DADA SAYA?", yang mengundang komen-komen gersang dari adik-adik pondan prepuberty seperti, "Cantik dada abang. Nak jilat boleh?", tiba-tiba nak bagi komen pasal haram halal tanpa hujung pangkal.

Lepas tu, ada pulak berkata yang dia berharap supaya aku ni tetap Izuan Bin (nama bapak aku) walaupun dah lama di perantuan. Aku pun tak tahu la apa kaitan dengan bela anjing. Takkan le aku nak convert semata-mata nak bela anjing? I cannot believe that came from someone yang terkenal with dia punya openess pasal sex life dia serta kuat mencarut sampai ke benda mak dia sendiri. Sempit jugak kepala otak kau ni eh? Tetiba je kau kan??

Aku ni malas la nak lancarkan perang saudara untuk benda-benda macam ni.

Macam ni lah ye. Do I find yang anjing tu comel? Yes. They are one of adorable creature. Period! Tapi tidak le sampai ke tahap nak membela. Aku ni jangan kata anjing, tikus mondok pun tak layak untuk aku bela sebab aku ni jenis pemalas nak jaga binatang. I'm sure kalau aku bela binatang, confirm sekor-sekor keding tak cukup zat.

Lagipun kat UK ni, membela binatang sama mahal macam membela anak. Maintenance tinggi. Kena vaccination lah. Nutrition lah. Insurance lah. Tinggal tak kena hantar gi sekolah je.

Management residential area aku ni pulak memang tak bagi bela binatang-binatang ni. So obviously la the plan untuk membela binatang tu memang totally out of the window.

Do I fancy untuk membela? Yes, ONLY if I have the need for it like for property or self protection. So kalau ada orang cuba merampok rumah I, at least ada anjing sebagai security. Boleh dia cakar-cakar muka dan testis perampok tersebut. Gatal sangat nak rompak rumah orang kan?? Pergi la rompak lanun somalia tu ke?? Ish!

Otherwise, I am more than happy untuk mengutip dana through charity run or marathon for RSPCA demi membela nasib anjing-anjing dan kucing-kucing terbiar ni.

Aku sebenarnya tak faham dengan masalah orang yang mengharamkan benda yang tak haram ni. Sedangkan kita tau yang binatang ni pun makhluk Allah jugak kan. Cuma dia ditakdirkan tergolong dalam najis berat. Tapi as I said la kan, kalau kita pegang, pandai-pandai la nak samak. Nak-nak pulak di zaman moden ni, ada sabun yang dicipta untuk kegunaan menyamak tanpa kau perlu susah-susah nak pi cari tanah. Nama dia sabun taharah.


Kalau nak order, sila klik di SINI

So memang takde alasan untuk tidak menyamak. Hatta kau kat antartika sekalipun, kau still boleh buat samak. So silalah klik kat link yang aku letak tu dan order la banyak-banyak. Boleh buat mandi buih dengan suami isteri masing-masing!!

Anyway, dalam dok seronok bercakap with one of my friend Marcus about how we admiring those cute little creatures, tiba-tiba dia dapat berita yang anjing family dia Ea-Ea died from complications of delivering few weeks back. I hope she will find a better place up there.

R.I.P Ea-Ea

Saturday, March 24, 2012

Orang Gila Kat FB

Ni nak cerita pasal FB lagi nih. Sampai mengigau dalam tidur aku dibuatnya. Aku rasa, it is time for spring cleaning (again!). Lagipun spring dah masuk since 20th March, bunga-bunga cinta pun dah banyak berkembang. So,adalah molek kalau time-time macam ni kita bunag segala mala rakan FB yang tak perlu, especially the crazy one dan yang kuat mengauta. Tak gitu Leha?

Aku memang tak boleh blah dengan orang attention seeker ni. Cukup la aku sorang attention seeker. Kau tak payah la. Kau jadi la menatang lain. Sesumpah ke? Sebab kau memang pandai bertukar-tukar warna macam sesumpah. Sekejap betul, sekejap gila. Bipolar sungguh!

Drama tu jangan cakap la. Asal putus cinta je merempan kat FB. Asal putus cinta je meroyan kat FB dengan karangan SPM kau yang tak berfaedah tu. Yang kelakarnya, ada la dia putus cinta about 18 kali. Tup-tup dia update putus cinta dengan kekasih dia yang kononnya dah berkasih selama 9 tahun. Aik??

Selama aku kenal dia for the past 4 years, adala beberapa kali dia bertukar kekasih. So mana celah pulak muncul malaun yang tiba-tiba dah 9 tahun ni?? Aku yang confuse ke kau yang gila??

Lepas tu, bila bergaduh dengan kekasihnya itu, tak habis-habis dengan drama bunuh diri. Sikit-sikit nak bunuh diri. Kelar tangan dengan pisau roti. Guna pisau betul boleh tak?? Lepas tu message semua orang bagi tau yang dia dimasukkan ke hospital sebab telan panadols. Propa sangat.

Lagi best, upload kat FB tulis, "Saat ini saya berada dekat hospital sebab cuba bunuh diri dengan telan pills. I am so stupid!". Konsepnya la kan?? Bukan ke namanya attention seeker. Lepas 2 hari kononnya masuk hospital sebab bunuh diri, kau nampak dia berjoget lambak dekat kelab malam. Tidak ke kau rasa nak tolak je dia from KB Mall??

KB Mall yang femes

"KB Mall, KB Mall. Telan la aku, ambik la aku. Aku kempunan telur....tetttt!!" (sila isi tempat kosong) *larikkkkkkkkkkkk

Ni kalau ganti Leong Mun Yee dalam acara terjun berirama, sure Malaysia menang emas kat olimpik!!

*sambung cerita balik*

So berbalik to this syaiton, dekat FB dia pulak aku perasan ada 3-4 orang yang selalu bagi sokongan moral bila dia update segala cerita sedih dia kat status update. Tapi, hasil siasatan aku, 3-4 orang tu, mula mempunyai akaun FB on the same date in September 2011. All of them became friend with him on FB on the same date as well!! Masalahnya uols, dia kata dia kenal diorang since 7 years ago tapi satu haram gambar bersama pun aku tak pernah nampak. Padahal dok check in sana sini bersama-sama. Judging from dia punya camwhoringness, I am sure la kalau diorang ni betul-betul kawan, sure akan ada gambar punya kan?? That is what friends do when they were together right?

Rupa-rupanya 3-4 ekor malaun tu adalah orang yang sama, iaitu si drama queen itu sendiri nyah hey!! Kau pernah tak jumpa orang gila yang update status, pastu komen sesama sendiri dengan diri sendiri, tapi bawak watak lain-lain!!! Kau pernah tak jumpa orang gila macam ni Leha??

Recently, dia dah jumpa cinta baru. Baru sangat. Baru 2-3 hari je kut. So bermula la soap opera kisah cinta dia yang tak berbelah bagi kat kekasihnya yang dia dok panggil Oppa tu. Konon feeling korea la. Dok cerita how this person complete hidup dia, how this person buatkan dia rasa dihargai and yada yada yada.

Siap upload gambar cincin pemberian Oppa dia. Phuihhh! Aku pun komen la kat gambar tu, "Baiknya OPAH you bagi cincin!". Lepas tu dia reply, "Izuan, ni bukan opah la, tapi oppa. Oppa tu dalam bahasa Korea maksudnya kekasih". Hek eleh (sambil gerakkan kepala ke kiri dan kanan seperti dalam tarian klasik India)!! Aku tahu la biol. Aku pun tengok jugak drama korea dulu-dulu, zaman Winter Sonata and Autumn in my Heart tu popular macam nak mampus, sampaikan Won Bin dan Jang Nara boleh dijadikan bahan untuk mimpi basah. Eh!! Sekarang je aku malas nak layan cerita Korea since hero-hero dia lebih jambu dan lawa dari heroin-heroin dalam drama tu. Rambut pun lebih bersinar dari perempuan, not to mention lembik. So aku dah malas layan!

Aku memang menyampah dengan orang-orang feeling Korea ni. Padahal kau tu asalnya duduk rumah panjang je nok!! Stay true to your roots. Tak payah nak korea morea sangat. At least aku pernah gi Korea. Kau tu, restoren Korea kat Lembah Pantai tu pun kau tak pernah pergi. Koser lah!! Kawan aku si Leha tu siap boleh cerita pasal sejarah Korea secara terperinci (hasil kajian melalui drama Jewel of the Palace). Dia even boleh buat kimchi sendiri kat rumah hanya berdasarkan drama tu ok!!! Even orang Korea yang aku kenal masa gi Seoul dulu pun tak tau nak buat kimchi. Kau ado??

Dah-dah le berangan Korea tu. Sikit-sikit kat status, saranghae oppa. Sikit-sikit oppa saranghea. OPAH KAMU!!! Orang yang tak memberi manfaat macam ni memang patut dibuang dan diBLOCK. Kurang sikit sakit otak!

Yikes!

Friday, March 23, 2012

Hobi: Baca Blog Gossip

Orang Malaysia memang suka baca gossip eh? Ok let me rephrase that. Kebanyakan orang Malaysia especially melayu are sucker for gossip-gossip terutamanya yang berkaitan dengan artis-artis. Kalau tak, takkan majalah Mango dan majalah Hoi masih laku sampai sekarang? Kalau setakat nak harapkan ruangan Jejaka Hot Minggu Ini, memang lingkup la.


Ni bukan jejaka cun, tapi jejaka LENCUN!!

Gambar ihsan Blog Suci Kudus

Kalau setakat nak letak gambar jantan muka ada sipi-sipi macam siakap goreng with perut melimpah ruah bak banana muffin ni, baik letak gambar beruang. At least ada la jugak educational valuenya. Sampai hari ni aku masih tak faham, kenapa kolum ni wajib ada. Kenapa kena ambik gambar tepi kolam renang macam kat atas ni??

Tu baru majalah Mango. How about Mestika?? Lepas tu kalau hari Ahad mingguan Malaysia, mostly akan baca Pancaindera instead of berita utama.

Kalau dulu-dulu, zaman mak saya, bergossip ni adalah aktiviti yang dibuat ketika pergi basuh kain kat sungai sambil berkemban. Oh yes, masa saya kecik-kecik, kitorang basuh baju semua kat sungai je. Time tu, tandas pun ada satu yang dikongsi oleh 5-6 keluarga yang berumah di sekitar tu. Masa membasuh ni la makcik-makcik dok bergossip sakan. Diorang jugak bergossip time beli ikan kat apek yang datang ke kawasan rumah dengan motor kapcainya tu. Tak lupa jugak time duduk kat tangga mencari kutu masing-masing. Setiap kampung akan ada sorang tukang gossip yang membawak mulut. Mukadimah dia bila sampai depan rumah, "Oi Mah (nama pendek mak saya), hang tau dak pasal anak cik Besah tepi sungai tu?". Salam pun tak bagi. Tu suasana biasa circa 1985 to 1990 kat Kampung Seberang Pekan, Baling yang asal hujan je banjir, asal hujan je banjir.

Sekarang, orang dah tak duduk cari kutu kat tangga untuk bergossip. Sekarang orang baca blog gossip je.

As blogger la kan, I guess semua orang ada hak nak blog apa yang dia suka. Dah blog dia, suka hati dia la nak tulis pasal bulu pubis pun. Pembaca pula ada kuasa untuk memilih blog mana diorang nak baca. Mostly memilih blog pasal gossip artis lah. For example, blog Beautiful Nara tu, satu hari je dah cecah ratus ribu orang lawat. Same goes with blog Perez Hilton. Bagi orang yang guna blog sebagai sumber pendapatan, mencanang kisah kat artis adalah satu cara untuk menambahkan jumlah pengunjung. Kau jangan tanya berapa orang baca blog aku Leha. SEDIH!! Level aku tak sama dengan level orang lain!! *matilahhhh defensive~

Honestly, aku pun baca jugak blog gossip ni once in a while. Sekadar bacaan ringan. Takde la aku ni nak baca religiously. But I am more interested membaca komen-komen kat blog tu, especially komen-komen kat blog Beautiful Nara. Amboi, masing-masing feeling tulis komen sambil pakai name tag ustazah dan ustaz.


Kau kalau takde tudung/scarf Burberry macam ni, jangan berani panggil diri kau tu Ustazah!!! *matilahhhhhhhhhhh~

Ada jugak komen yang terang-terang menunjukkan yang depa ni mempunyai taraf mentaliti dan IQ yang sangat rendah. Boleh tak buat research dulu sebelum meninggalkan komen. Tolong jangan memperbodohkan diri sendiri!

Kalau tak percaya, cuba baca kat SINI dan kat SINI. Jangan salahkan aku kalau korang sakit otak.

Paling aku tak boleh blah bila on one of the post pasal anak Redza Minhat yang baru lahir tu, ada la pulak mangkuk-mangkuk yang dok pertikai pasal jarak masa from hari baby lahir dengan hari diorang kahwin. Rajin ye korang buat kajian kan? Kau ingat semua baby kena dilahir cun-cun 9 bulan ke? Ape ke bengong diorang ni!

Yang bawah ni pun satu hal jugak. Yang ni komen from entry pasal Neelofa pergi London and Paris.


*sambil urut dada, bersedia untuk mencarut*

Zara, apesal kau ni BODOH sangat? Kau tak reti baca menu ke? Kalau dah tulis Roasted Pork Noodle dalam menu tu, kenapa kau nak order benda alah tu. Kalau menu tu in French and kau tak paham apa menatang tu, tanya la waiter. I'm sure the waiter don't mind to explain sebab kau bukannya makan free. Tak pun tanya la whether they have any vegetarian option.

Kepala otak tu boleh tak jangan sempit sangat. Bawak-bawak la baca encyclopaedia atau buku-buku yang berfaedah. Jangan lah asyik dok baca blog gossip je!! Ni la akibatnya kan?

Thursday, March 22, 2012

Life For Share..

Some people don't have a problem to share or rant about everything on facebook. I mean EVERYTHING!!

And I am no good either lah. Bagi aku FB tu not just a medium untuk keep in touch with friends and long lost friend(s), it also tempat meluahkan perasaan dan caci maki yang tak terperi terhadap mak-mak buyung yang tak bertimbang rasa dan banyak lagi.

I also don't have a problem with people yang suka upload gambar handbag Prada yang diberi oleh sugar daddy masing-masing (sebab aku pun buat benda yang sama hehehe), cuma bukan pemberian sugar daddy. Gua tak main la sugar sugar daddy ni. Eh suka la kita nak letak gambar kasut ke, gambar makanan ke...bukannya letak gambar kote kan? *tu diah mula dah mencarut~

But I hate reading about people yang dok sibuk canang betapa coolnya diorang sebab diorang minum arak i.e minuman beralkohol. Keep it to yourself boleh tak? Tak perlu nak cerita kat seantero pengguna FB yang minuman kegemaran kau adalah long island tea. It is pathetic ok! It is far from being cool for crying out loud! Lagipun, punyalah banyak air yang halal diminum, yang tak halal dan bau macam nok haram tu jugak yang korang nak kan?

Orang yang hari-hari minum pun takde kecoh macam tu. Kawan aku yang tonggang dua tiga botol absolute vodka and still able to walk on the straight line (not to mention drive) takde pun nak kompang satu dunia. Kawan-kawan aku yang non-muslim ni pun tak segigih tu, walaupun minum arak ni dah macam minum air masak.

I am no angel either but absolutely la aku tak minum. But that is not the point. The point is perlu ke nak bagitau kat semua orang yang kau tu minum? Pergi ke nak upload gambar kau pegang Heineken nak tunjukkan betapa 'cool'nya kau? Tidak ke kau takut nanti esok lusa akan ada adik beradik sepupu sepapat belah mak bapak kau yang bermulut becok macam bontot ayam tu jumpa gambar tu online, and the next thing you know, satu Kuala Kedah tau yang kau tu rosak akhlak?

Orang sekarang ni banyak PhD. Bukan PhD philosophy doctor, tapi penyakit hasad dengki. Kau upload gambar pegang gelas wine, terus kena cop kau tu minum wine walaupun yang dalam gelas wine tu adalah ribena.

Masa celebrate Xmas and New Year, kawan saya yang reformed alcoholic ni celebrate with sparkling champagne instead, which was absolutely alcohol free. Walaupun begitu, I never allowed him to upload my picture raising the glass on the FB. A thousand stories can come out from one photo. The next thing you know, gambar kau muncul kat blog-blog picisan untuk dijadikan bahan maki hamun secara berjemaah oleh ustaz dan ustazah jadi-jadian. Just because sorang budak melayu kawin gay dengan orang putih, habis semua budak melayu kat UK ni dicop gay!! *ttbe lari topik~

Same goes to yang open tak bertempat. As much as I respect your opinion and your openness dalam mengupdate status kau yang panjang mengalahkan karangan BM kertas 2 tu, tapi tak perlu la nak update cerita panas dalam kelambu kau. Tak perlu nak update, "I have the best sex ever last night. Dua round you. Batang mat salleh tu memang besar. Aku puas!!". Erk?? Apa motif kau?

Benda-benda macam tu keep it to yourself saja boleh tak? Sakit otak aku bila bukak FB pagi-pagi keluar benda-benda yang boleh membawa kepada terinzal secara tidak sengaja. Adoi!

Paling tak le blah, 3 hari lepas status main dengan jantan. Lepas tu, tiba-tiba update status, "Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah". Boleh? Yes memang la semua yang berlaku tu ketentuan Allah, but definitely not including the part kau main dengan jantan tu lah. Tu bukan ketentuan Allah. Tu sendiri cari penyakit namanya!!!

Sorry post kali ini sedikit vulgar.

By the way, baby Iffa dah keluar hospital. Thanks for all your doas.

Sunday, March 18, 2012

Iffatul Nisa'




Saat ini, permata hati saya yang kedua, Iffatul Nisa' sedang berada di ICU Hospital Seberang Jaya. Menurut ibu saya, Iffa pada awalnya demam. Apabila dibawa doktor untuk mendapatkan rawatan (di klinik), doktor tersebut mengatakan paru-paru Iffa ada mengeluarkan bunyi while he was checking her breathing through the stethoscope. Hopefully it is not a lung infection. He was the one yang mengarahkan agar Iffa diberi rawatan segera di hospital.

At this moment, I don't know hujung pangkal cerita since the fully investigation belum dibuat. Walaupun sudah hampir seminggu di hospital, tiada siapa pun yang memaklumkan kepada adik saya (bapa kepada Iffa) tentang what sort of sickness yang sedang dihadapi oleh Iffa. I am furious. Malah menurut ibu saya, Iffa masih belum di'scan' seperti yang telah di'plan' oleh doctor yang merawat Iffa.

Sama-samalah kita mendoakan agar Iffa cepat sembuh.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 17, 2012

If you don't have a job, jadi la Amah..

RM 700 banyak tu. Dah la untuk satu kerja je. Kalau kau kena memasak, membasuh, jaga anak, kemas rumah, berkebun, pergi pasar...dah berapa kerja tu? 6 kerja times RM 700, dah jadi RM4200. Banyak tu. Mengalahkan gaji jadi houseman you.

So I assume, yang mampu gajikan maid yang mahal macam ni adalah ahli-ahli koporat, ahli keparat, jutawan premium beauty, jutawan one drop perfume dan menteri la kot? Kau ingat senang nak buat rambut Kak Ros kau tu?? I'm dia perlu at least empat orang nak tolong setkan rambut kembang sejambak dia tu! *ops~

Siapa yang buat idea bangang macam ni??

Dah le some majikan sediakan bilik untuk maid ni. Pastu makan minum semua dibagi. Ada sesetengah tu siap bawak maid diorang gi melancong bagai. If diorang nak tetapkan harga macam tu, lepas ni baik korang charge sewa bilik, bil electrik, bil internet, bil air dan jugak makan minum ye. Jangan bagi free. Even ubat demam pun suruh diorang bayar! Dah kena macam tu baru ada akai. Ingat orang Malaysia ni kaya-kaya ke?? Sedangkan gaji 4-5 ribu sebulan pun lepas tolak hutang rumah, kereta, bil, nafkah bini, bagi kat parent, belanja sekolah..sudahnya berapa je yang tinggal? Nak menyimpan pun tak dapat! Tu pun nasib bini kerja.

Daripada gajikan orang Indon yang banyak songeh tu, yang silap-silap haribulan bersenggama dengan laki korang, tak pun bawak boifren bangla diorang bersenggama dalam rumah korang masa korang pergi bercuti ke luar negara, baik kita upah local people je jadi maid. I'm sure ramai makcik-makcik di luar sana tak kisah dapat lebih setakat mengasuh anak dengan memasak. Boleh la makcik-makcik tu feeling-feeling jadi Aibeleen Clark or Minnie Jackson macam dalam novel The Help tu.

Tak pun buat akademi melatih amah. Ambik mana-mana yang budak perempuan yang gagal sekolah tu. Daripada biar diorang jadi bohsia atau memalukan diri dengan pergi uji bakat Akademi Pantatsia, baik galakkan diorang masuk akademi jadi amah. Ada la sikit bakti kepada masyarakat. Lepas tu dapat gaji yang halal. Boleh la buat belanja beli beg Guess yang korang idam-idamkan tu. Dari mengharapkan abang rempit korang yang haprak tu, dok janji bulan bintang bagai. Jangan kata bintang, taik bintang pun takdak!

Susahnya nak hidup selesa sekarang ni eh? No wonder la most people decided not to get married or having kids. Tak payah nak serabut kepala otak pikir pasal menatang ni semua!!

Wednesday, March 14, 2012

The Story of....

1. Imam yang baling kasut

I don't really know the whole story. So, pardon me if I get it wrong. All I know is that he is no longer an Imam at so and so masjid, which made him no longer eligible untuk duduk kat quarters Imam kat masjid tersebut. Arahan suruh pindah tu katanya dah lama dikeluarkan. Tapi biasalah, demi nak duduk free kan, maka dia pun ingkar up to the point where majlis agama have to get perintah mahkamah.

So, on the day of hari perbicaraan tu, maka dia pun bangun meroyan sambil kata, "Ini tidak adil, ini tidak adil bagiku", seperti YUNA time Juara Lagu, seraya melontarkan sepatu ke muka hakim perbicaraan tersebut.

To be fair sebagai manusia biasa, I believe yang kita semua ni ada perasaan marah. Tapi dia Imam, bukan penyanyi dangdut. Kalau kat kampung-kampung, Imam ni bukan setakat jadi Imam sembahyang berjemaah kat masjid je. Dia jugak guru agama and respectable figure yang menjadi tempatan rujukan orang-orang yang kurang ilmu agama seperti saya. If Imam yang selalu preach sabar itu separuh dari iman, but he himself sendiri tak dapat kawal perasaan marah dia..so lagu mana nih? Bukan ke dah contradict dengan apa yang dia preached?

Sementelah kita semua tahu yang marah tu datangnya dari syaitan dan kita disuruh banyak-banyak beristighfar atau mengambil wuduk bila marah? Dan bukan ke kita jugak diajar yang dugaan-dugaan ni datangnya daripada Allah untuk menguji kita? Jika Imam pun tak dapat nak terima qada' dan qadar, macam mana dia nak ajar kita supaya menerima qada' dan qadar dari Allah dengan hati yang terbuka?

Lepas tu, bila didakwa menghina mahkamah baru nak bercerita pasal bermaaf-maafan bagai siap sembahyang sunat segala. For what? His initial act bukan saja memburukan profession Imam, tapi at the same time memberi gambaran tak baik kepada orang Islam. Cukup-cukup la dengan cerita guru agama mencabul, guru agama meliwat dan macam-macam lagi. Kalau orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat pun tak betul, who can we turn to untuk merujuk masalah-masalah agama yang berkaitan??

2. Adik Nurul Nadhirah

Again, Malaysia dikejutkan dengan horrifying tragedy about pembunuhan kanak-kanak. Baru 5 tahun kot. Mana pergi perikemanusiaan kita?? Hanya sebab nenek mangsa pernah menghina etc to si pembunuh, as a revenge, bunuh cucu dia?? What a sick society we are living in? Kau marah kat nenek dia, kau pergi la ludah muka nenek dia tu. Yang kau sampai nak bunuh budak tu, kau dah kenapa??

Apart from that, the parents (in general), have we ever learn anything from load cases of child abduction, rape, sodomy and murder in recent years? Bukan sikit, tapi banyak. How many times we read in newspaper or heard on news that kids gone missing because of their parents were not paying attention? We are no longer live in the 80s or 90s. Back then, I went to school and back to home on my own since I was 7. There were the time that I missed the bus and I had to walk home. Sometimes along the way, there will be someone who offer me a lift or a ride. But they never did molested me. God forbid, especially in the kampung or town where everyone basically knows everyone.

Back then, you can always count on your jiran. If by petang tak balik rumah, my mum tak payah panggil satu kampung cari saya. All she did was pergi rumah jiran and ask whether they saw me or not. The next thing I know, she was waiting by the river sambil pegang rotan, ready to libas me for mandi sungai without adult surveillance!!

Orang sekarang? I don't think they even know their next door's neighbour name!!!

Nowadays, terlalu ramai orang bertopengkan syaitan. People don't really care or bother about others. We are too selfish untuk ambik tahu pasal benda-benda penting macam ni. Benda-benda tak penting like laki si Tipah main bontot pondan or anak si Talib tu lembut macam sotong, benda macam tu rajin la depa ambik tau. Kerja mengumpat dok menambah dosa.

So obviously we can't change people. But we can always change ourselves. Ada mata pandang. Ada telinga dengar. Ada mulut cakap. Ada akal bertindak. Jangan sampai benda yang sama berulang lagi. Tengok anak masing-masing. Never left them unattended hatta pergi jemur kasut depan rumah. Even kalau kita keluar rumah pun, never left your children at home tanpa ada jagaan orang dewasa. Kalau kat UK, mrasa la anak korang tu diambik oleh social service sebab negligence. Ambik la kejadian yang berlaku kat adik Dirang ni sebagai pengajaran untuk semua parent supaya tidak alpa and look after their kids.

Kepada kawan-kawan, jangan la dok mengutuk mengata mak kepada si Dirang ni. Tak usah nak menambah kesedihan mereka. Dok sibuk mengata orang, nanti kena batang hidung sendiri baru ada akai kan?

Kepada keluarga adik Dirang, bawak banyak-banyak bersabar.

Kepada adik Dirang, Al-Fatihah.

Tuesday, March 13, 2012

Seminggu Yang Lepas


Last week, saya kena pergi to this Sonographer Support Meeting kat Aston University, Birmingham. Kat sini la kot si akak Lurpak tu pi berdating dengan SV dia eh?

Meeting was bosan. Sangat ya hampun bosan. Pasal Down's screening lah, pasal qualification untuk buat Down's screening. Since my team and my department semuanya dah dapat green flag (which means prestasi baik), maka me and my colleague decided untuk berambus balik awal.

Some of the view in Aston University.


My colleague, Inga.

I captured this one masa kat M42..kot?

Plan asalnya memang la nak balik awal. Mengenangkan traffic ke arah London time-time nak masuk maghrib yang memang akan sesak seperti syaiton, supir saya bawak mengalahkan pelesit dalam cerita Fast and Furious!!

Tapi sudahnya, instead of drive balik London, kitorang singgah kat sini....

Bicester Village!!

We arrived about 5pm. So we have only 2 hours to do our (bit) shopping! So I told Inga, kita berpecah and meet at the car afterward.

Khennnnnn??

Total damage?? Jangan risau, I managed to control the devil in me. Thanks to kedai Salvatore Ferragamo, Gucci dan Tods yang menawarkan harga kasut yang separuh dari harga kat Harrods, tapi haram takde size 8. Menyampah!

____________________________________________


The Riverside.

Last Sunday I went to Bath for half marathon. This my first attempt actually to do half marathon. Sebelum ni dok buat 10km je. This time around, I entered as individual, not with any charity. Sebabnya?? Takut tak dapat lari sampai garisan penamat. Even on the day for that half marathon pun still rasa macam tak mampu habiskan. But I kept telling myself to keep on running.

Orang minyak.

Seawal pukul 6 pagi dah bangun bersiap-siap. Pukul 7 pagi, my friend picked me up kat rumah and bergerak ke Bath yang mengambil masa about 2 hours.

Walaupun pagi tu agak sejuk around 6-7 degree, tapi tetap la embrace myself pakai skimpy macam ni sambil tayang bulu kaki.

Warming up konon.

Start/Finish line.

Tapi as all the participants gathered kat garisan permulaan tu, matahari pun mula keluar. Thank God for that.

The weather was so beautiful. Bath people were awesome!! Masa lari tu, ada la few laluan tu lalu kat kawasan perumahan. The people was so supportive and keep on cheering to the participants.

The Church.

The first 10km was ok. I managed to maintain my running speed. Tapi bila dah masuk kilometer yang ke 15-16, mula lah terasa macam dah tak larat. But it did not stop me from running, walaupun ada time rasa macam nak stop and just jalan to the finishing line. Makin dekat dengan finishing line, makin terasa stress. Especially when you thought that the finishing line is not far ahead from you but it turned out to be far!!

At the last corner before finishing line, baru la nampak garisan penamat at the end of the road. Masa tu baru semangat nak mengerah all the energy left dan pecut sekuat hati.

Yeah, I made it!!!

During the day, the time recorded as 02:00:59s. I must say that I am quite pleased with the time as I thought I will be finishing around 2 hours 30 minutes. And yes, I am proud with myself. Walaupun lepas tu lutut rasa macam nak tercabut.

Next time, I will do it for charity.

Treats for champion!

The treat after finishing half marathon were seafood sizzling noodle and vegetarian spring rolls, along with ice lemon tea yang menyamankan.

Official result!

The next day baru dapat official result. I made it just under 2 hours. It could not get any better than that. Even yang selalu lari half marathon pun tak dapat lari selaju ni.

Kan Ford??

Thursday, March 08, 2012

Hermes Birkin


Fuiyoooo!! Banyak tu handbag Kak Mah gebu kita. Semua Hermes Birkin pulak tu. Kelas kau Maria!! Berkat jual pau inti kacang le tu. Aku yakin sangat!! Untung la orang yang rajin menabung ni. Orang yang simpan ASB ribu-ribu tu pun belum tentu dapat beli handbag Guess. Guess ni kira paling cikai la! *matilahhhhhhh~

Satu handbag Hermes Birkin tu harga dia paling busuk pun £4,000 lebih. Tu kira paling koman punya la. Banyak tu! Kalau kau UK dah boleh beli kereta sebijik. Paling mahal boleh mencecah sampai puluhan ribu (or ratusan ribu) pounds!! Harga handbag ni bergantung kepada material beg sama ada calf skin, or ostrich skin, or lizard skin. Yang paling mahal adalah handbag yang menggunakan kulit saltwater crocodile sebagai material. Harga handbag tu juga bergantung kepada jenis metallic hardware yang digunakan. Kalau guna emas, mrasa lah gadai bulu pubis!!

Handbag ni adalah handmade dan ia hanya dibuat divPerancis by an expert artisan. Masa yang diambil untuk menyiapkan sebuah handbag adalah 48 jam. Gigih ok nak potong jahit kulit biawak bagai. So, in case kalau korang ni dah rengsa sangat nak pakai satu handbag Hermes Birkin ni, pi la tunggu kat depan butik dia di Paris nu. Setiap hari akan ada satu handbag dibawa masuk. So, bila hangpa nampak je tukang hantaq beg tu mai, cepat-cepat hangpa pi ligan dia. Lain la kalau korang tu VVVIP, tak payah nak waiting-waiting list bagai ni.

I don't know lah why people go gaga over this handbag yang tak berapa cantik ni. Even handbag elvavi or berybery pun ada yang lebih cantik dari handbag Hermes Birkin ni. Mengenangkan harga yang mahal beribu-ribu lemon, kalau aku jual body selama 28 tahun pun belum tentu dapat beli handbag ni uols. Jangan kata Hermes, handbag HAMIS pun belum tentu nyah heyyy!! Eh!! *petirrrrrrrrr~

Lagu satu, is it justify to totting around your expensive handbag pergi ke majlis potong reben merasmikan balairaya Kampung Fefet Bercabang Tiga, sedangkan di kalangan rakyat jelata masih ada yang tak cukup makan, tidak mendapat bekalan air bersih and some don't even have an electricity?!

Sibuk sangat nak pakai Hermes, entah-entah sebut Hermes pun tak betul!! *ops~

Tuesday, March 06, 2012

Holoprosencephaly At 12 Weeks

Last Friday, my very first patient waited anxiously since 8 in the morning. Aku ni start kerja pukul 8.30 pagi, memang la aku rajin kan nak datang awal? Nak pulak kalau jarak rumah dengan hospital tempat aku kerja tu, kentut pun boleh dengar.

Agak annoying bila makcik kaunter kata yang she keep on coming back and forth tanya bila nak start scan sedangkan dia datang awal. Ish. Ni lah masalah with some patient. Diorang tak suka tunggu. I don't mind diorang datang awal, in fact aku lagi suka. Tapi masalah tunggu menunggu ni memang la perkara biasa kat hospital. You can't expect people to see you on the spot. Even hospital yang berbayar pun kena tunggu jugak ok. Apatah lagi yang free kan?

*Tetibe melencong*

Anyway, berbalik kepada my first patient ni, when I called her in my room she was so nervous. She told me that was so sick last week that she took couple tablets to ease the flu and cough, include antibiotic.

I asked her to lie down the examination couch and start looking for the baby. There it was a baby with heart beat. She was relieved, in fact she cried out of joy. I continued with what I need to do. CRL measured correspond with 12 weeks. Nuchal thickness was normal. Both hands and legs seen. Baby's head was alright and normal stomach seen. Sambil scan tu, aku dok bercerita la apa yang tengah tengok. I told her roughly looks all right.

But I guess, I spoke to soon. I was almost finish with the scan when suddenly I decided to do a final check on the baby's head and brain. There was something not right about the brain. I did not appear as it should normally. The brain doesn't look complete.

Since, the baby's head was down and the mother quite a big lady, I explained all the situation and suggested internal scan through vagina. Off course le patient cuak. Provided I am not very sure with what's the abnormality that I am dealing with (though I'm quite convinced that it might be something related with holoprosencephaly), it did not help much.

*Holoprosencephaly is the condition where the forebrain of embryo, prosencephalon failed to develop and divide into 2 hemispheres.

Nah. It's alobar holoprosencephaly!!

*Taken with Iphone and has been edited with Instagram*

It was not just that. Further scan with the feto-maternal consultant revealed a polydactyl and small exomphalus. All these findings consistent with genetic disease called Patau's syndrome or Trisomy 13. But we are still waiting for the CVS result.

The prognosis for this condition normally very poor and fatal, especially for alobar holoprosencephaly. Most of the baby usually died before the were born or few minutes afterbirth.

The cause of this condition still unclear. Mostly it is genetic related though there were evidences of some cases with non-genetic factors.

I do felt a bit of guilty. Ye lah, after you told them that everything looks all right and suddenly you have to break the bad new, rasa bersalah tu still lingering myself. I can't even look at their face.

At the same time jugak rasa bersyukur sebab tergerak nak check further when I was actually almost finish with the scan. It is better to find out the abnormality at 12 weeks than later at 20 weeks. Lagi haru jadinya!

When I was a student sonographer, books and teachers told me that the most important things to check or to do at 12 weeks are: viability, number of fetus, dating, and nuchal thickness. So, to check for abnormality tu tak termasuk pun dalam protocol. Tapi bila dah start kerja ni, my seniors selalu pesan jangan takes everything for granted. Always check up to max within the limits of the view. Which means, selagi boleh check, selagi boleh tengok, check dan tengok betul-betul. Walaupun patient tu nanti akan datang balik untuk anomaly scan at 20 weeks, better find out now than later.

Tapi tu lah, dalam dok berhati-hati and gave all my very best, there were few cases of missed diagnosis. I always hard on myself because for me, there is no room for mistake and misdiagnosed is not an option.

But then again, I am just a human. Bak kata pepatah, to error is human. Kalau asyik kau je betul ala-ala miss-know-it-all or miss wikipedia bergerak pun nanti orang menyampah jugak khennn? *ttbe melalut~

To a friend who just lost a baby recently, my heart goes for you.

Friday, March 02, 2012

Hero Kampung Dusun

Saya memang tak tahu menahu sangat pasal Lynas, rare earth dan nadir bumi bagai ni. Chemistry memang bukan bidang saya walaupun I'm (or was) quite good in organic chemistry dan mampu menghafal jadual berkala.

I don't think that I need to write a long essay on what is rare earth material sebab rasanya dah banyak orang or blogger tulis pasal ni and you can read it here and here. Senang cerita kalau takdak rare earth ni maka tiada lah iphone dan ipad, sebab rare earth tu diperlukan untuk membina komponen-komponen benda pintar ni.

Jadi apa pendirian saya tentang isu ni?

Susah nak cakap. First of all, if we are talking about radiasi, semua benda kat dunia ni mostly akan ada radiasi including your very own handphone. Even matahari pun ada radiasi. Kita memang hidup dikelilingi oleh radiasi, bezanya the degree of exposure. Tapi kalau ia (this kilang memproses rare earth material) dilakukan dengan sempurna dan teliti, I am sure ia akan membawa banyak positive outcome than negative. Macam kat Jepun tu, left right centre ada nuclear plant. I am sure in the future Malaysia pun akan terpaksa beralih kepada penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik, especialy bila bahan bakar like petroleum dan gas asli dah tak ada.

Secondly, saya kurang yakin yang Malaysia ready untuk mengurus dan mengendalikan kilang berteknologi tinggi, apatah lagi yang beradiasi. Ye lah, sedangkan isu bahan kumbahan ladang penternakan babi pun tak tahu nak diuruskan, ada hati nak uruskan bahan yang beradiasi? I'm sure akan ada orang-orang yang bertopengkan babi akan mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan lebih. Sudahnya apa yang tergadai?? Rakyat dan alam sekitar!

Tapi, why oh why isu ni perlu dipolitikkan? Kenapa tiba-tiba ramai yang muncul jadi environmental hero? Sedangkan Sungai Klang, Sungai Gombak dan sungai-sungai lain kat Malaysia yang dah lama tercemar, tak ada sapa pun ambik peduli. Mana environmental hero ni bila penternak babi buang sisa kumbahan babi sesuka hati? Mana environmental hero ni bila ada kilang buang sisa toksid dalam sungai? Mana environmental hero ni bila ada pihak suka suki pi tebang hutan kat kawasan hutan simpan depan rumah Khir Toyo tu? How about kadar perlepasan karbon?? Takkan semua nak tunggu Karam Singh Walia je??

If you really care, stop using plastic. Start guna paper bag or reusable shopping bag. Recycle all the newspaper, bottles and aluminium can. Bawak bekas tapau makanan instead of guna bekas polystyrene. Guna tumbler instead of paper cup for your starbucks coffee. Kongsi kereta or use public transport or naik basikal, if you really really care!!

Then, keluarlah pulak isu pasal tatoo si Erykah Badu.

Memang la sedikit offended, but saya anggap that it was just mere ignorance or lack of sensibility or she just don't know. I don't think that anyone kat dunia ni yang in their right mind akan saja-saja buat benda offensive like this and bikin controversy. Sebab, the potential untuk mendapat bom adalah tinggi, especially when we living in community yang sikit-sikit nak sentap.

Cuma saya tak faham tu kan, isu tatoo tu dah lama. Kenapa baru tiba-tiba muncul balik?? And kenapa initially dia diberi kebenaran yang suddenly nak cancel bila semua persiapan dah dibuat. Kenapa tak halang in the first place, if it justify yang dia tu tak bermoral and so on?? Speaking of moral, artis yang kat Malaysia tu apa kurangnya? Beyonce tak boleh buat concert sebab pakai sexy dan tak sesuai dengan adat timur dan negara Islam. Habis yang Nabila Huda dengan Zarina pontianak tu? Diorang duduk kat Timbuktu ke?? Boleh tak selaraskan rules and regulation ni? Artis Malaysia yang beragama Islam pakai baju terkeluar kuih pau boleh. Artis barat yang tak bermoral tu, tak boleh la pulak ye. Yang bergambar tepi kolam renang dalam majalah Mempelam dok tunjuk perut melimpah macam muffin dan bulu dada yang ada 3 urat tu? Takde sapa pun yang bersuara kan? Ish!

Dah habis isu tatoo tu sudah la. Death threat?? Apa ke bodoh sangat orang yang bagi death threat secara terang-terangan kat FB tu. Buat malu orang Malaysia je. Kau ingat kalau kau bunuh dia, kau dapat tiket express masuk sorga kah? Ajaran imam murtad mana yang kau ikut? Pernah dengar cerita pasal seorang lelaki Badwi yang kencing dalam masjid, Rasulullah SAW hanya menyuruh sahabat membasuh kawasan kencingan orang Badwi tu? Ada Rasulullah SAW suruh sahabat pergi parangkan orang Badwi tu?? Ada Leha?? Ada??

Orang kita memang suka besarkan benda-benda yang remeh sedangkan banyak lagi isu-isu besar yang perlu diberi perhatian, most of us diamkan je. Dok sibuk hentam pompuan ni, we forget our own little troubles. Why we Muslim always have our priorities messed up?

Yang kelabu malami tumbuh bak cendawan lepas hujan tu masing-masing buat tak nampak kan? Kau raid la 44 kali pun, tetap teguh berdiri walaupun podium dah reput. Minuman beralkohol begitu mudah dibeli semudah membeli ABC (air batu campur), but nobody says anything. Mulut-mulut semua terkunci rapat. Bila sorang kantai minum arak secara, kecoh satu negara nak hukum sebat bagai.

We loooove to ban this and that. Artis ni menari tak sesuai dengan budaya dan agama kita, tapi at the same time boleh la pulak buat rancangan Sehati Berdansa dan rancangan menari seperti beruk-beruk Kepop. Kita letak rules and regulation untuk pengarah-pengarah filem yang nak buat filem seram or filem hantu, agar ia tidak terlalu tahyul dan mempegaruhi orang yang menonton. Tapi at the same time, drama Indon bawang goreng bawang hangus yang terang-terang lebih tahyul tu, boleh la pulak ditayangkan. Apa kes pari-pari pakai seksi kena kurung suruh kau baca Al-Fatihah untuk lepaskan dia dari cengkaman Nenek Bertha yang kejam itu?

We made a massive hoohaa on Valentine's day, but we remain silent bila ada polis traffik ambik rasuah secara terang-terangan disiang hari. We still remain silent bila ada pihak-pihak yang seleweng wang negara, wang rakyat, duit kutipan zakat dan sebagainya untuk kepentingan sendiri. Hipokrit sangat!

Tu belum masuk isu-isu murtad. We blamed non Muslim sebab memurtadkan diorang ni, but we failed to look why they murtad in the first place. Bila ada saudara baru masuk Islam, takde sapa pun ambik peduli dan bagi sokongan demi memastikan kelangsungan pegangan dia. Bila orang tu murtad balik ke agama asal, dan dan kecoh satu Malaya.

Don't get me started on rogol anak sendiri, cucu sendiri, anak sedara sendiri. Isu buang anak, isu penyalahgunaan public fund, isu perkauman dan banyak lagi isu-isu yang lebih penting dari isu tattoo Erykah Badu yang terang-terang tak membawak faedah kepada negara.

As much as I agree that the tattoo is offensive, but I also believe that she has learned her lesson. Forgiveness to those who are ignorant is justified. Let us move on and change our focus on bigger issue!