Wednesday, February 29, 2012

Saya dan Tabligh

Islam teaches us to maintain a relationship with God. That's why we pray, we fast, we pay zakat, we wear hijab (korang yang perempuan la) and we do a lot of other things in His name because we want to be on His good side. Tu diah mula dah ceramah agama. But most of us (include yang feeling-feeling alim yakin masuk syurga ke-tujuh tu) often overlooked the fact that Islam ALSO teaches us to create and maintain good relationships with fellow human beings. That's the beauty of Islam. It's a complete religion. It doesn't only look at the mystical, God-centred, spiritual side of a person, but also looks at the open relationships between fellow human beings.

Sesetengah orang tu, dia giving way too much attention without giving thought on other smaller things like how to treat people around you, how to respect orang lain punya agama dan kepercayaan and the list go on.

Masa kecik-kecik dulu dan masa belajar, I have seen and experienced with the dakwah movement like tabligh and such. As much as I found that their intention and mission are amazing yang saya yakin InsyaAllah akan dapat balasan yang amazing jugak kelak, tidak la pulak saya interested nak join sekaki despite macam nak runtuh pintu bilik saya diketuk oleh budak-budak tabligh ni masa kat UM. Rumah saya pulak berapa tapak je from masjid. Tu kalau tak pergi berjemaah kat masjid, mrasa la kau dipandang serong oleh orang-orang kampung yang kejam itu, which make me wonder sometimes yang kita ni pergi masjid sebab takut orang mengata or kerana mengejar pahala yang 27 kali ganda tu?

So since rumah memang dekat masjid, for sure la akan menjadi sasaran tabligh ni untuk mengajak kita join majlis-majlis mereka. Memang la aku kowser kan? At one point, mak aku suruh duduk diam-diam jangan buka pintu. Tapi depa bagi salam mak oi. Bukan ke tu wajib jawab?? *matilah menjawab dengan mak sendiri*. Funnily enough my abah pun never keen on them for whatever reason that I don't bother to ask.

Tapi hasil dari pemerhatian saya, mereka ni ada banyak pengetahuan pasal Islam. Sanggup tinggal anak bini bergerak dari masjid ke masjid, dari kampung ke kampung untuk mengajar semua umat Islam ni ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar. Tapi sayangnya hubungan dengan masyarakat sekeliling tu tak ada. Tak ada personal approach yang boleh sejukkan hati orang di sekeliling. Usually mereka sangat selfish and very centric to the people within the movement itself. You only do what you think is right for you and the people within your circle, tapi dengan orang sekeliling, you tutup sebelah mata.

Masa kat UM dulu, ada la dua tiga ketul budak-budak tabligh yang saya rasa OK. The rest macam malas nak ambik tau. Particularly budak sebelah bilik saya, which happened to join dalam satu projek (bukan projek maksiat ye!) masa kat kolej dulu. How come orang yang dok preach pasal amanah Allah kepada kita as khalifah kat muka bumi ni, failed big time untuk melakukan amanah yang kita beri dalam melicinkan program/projek yang kita laksanakan tu? Bukan ke tu hipokrit namanya?

When I was growing up, after UPSR, most of the student yang sedang-sedang dan tak berapa cemerlang ni dilonggokkan masuk ke sebuah SMKTP kat pekan Baling tu. Aku memang tak nak masuk sekolah tu. Nak pulak bila mengenangkan yang aku akan satu sekolah dengan budak-budak kelas aku yang mostly JAHANAM mengalahkan jin ifrit. Aku nak masuk SMKB. Tapi tu la, A ada 2 ketul je. Jadi kurang layak katanya!!

Abah aku kata, 'Masuk sekolah pondok la!'.

Aku masa tu sebagai anak yang baik diam je la. Membantah pun tidak, setuju pun tidak. Masa tu memang pasrah je kalau kena masuk sekolah pondok. Lagipun, memang abah aku nak one of anak jantan dia (walaupun yang sorang tu selalu feeling-feeling dia adalah Zianab Zeng) untuk masuk ke sekolah pondok. Entah macam mana, tiba-tiba dapat surat masuk SMKB. Syukur!! *matilah anti sekolah pondok~

My adik lelaki (yang ustaz tu), masa ni masih hingusan dan ada sikit sipi-sipi perangai jin ifrit. Entah macam mana bila dah dekat-dekat nak UPSR tu dia buat perangai join tabligh. Dapat wahyu kah? Dok ikut la geng tabligh sampai ke celab bedah mana pergi menyampaikan syiar Islam. Siap curi pakai celak mekah mak aku dengan serban balut besaq ni ha! Abah aku memang la tak suka, but he never did stop him.

Sehingga la pada suatu hari yang hening dia kata kat Abah aku, 'Abah, cheq tak boleh pi dengan semua yang belajaq kat sekolah ni. Cheq nak masuk sekolah pondok!'. Maka girang la hati abah aku ni. Korang jangan tak tau, since dia masuk sekolah pondok ni, bukan main dimanja, ditatang, disayang dan dipeluk cium oleh mak abah aku, makcik-makcik aku, pak-pak sedara aku. Semua la dok puji baguihnya anak hangpa masuk sekolah pondok. Depan-depan aku pulak tu. Saja je kan? Maka di situ la bermulanya konflik anak jantan yang sorang lagi tu terasa hati dan feeling jadi anak terbuang. Ye lah, mana tak terasa bila parent kau asyik lebihkan yang di sinun dari yang di sini? *sambil seru batu belah batu bertangkup~

Tapi kan korang, lepas lama-lama dia kat sekolah pondok tu, dia pun dah tak hingin nak join or aktif dengan aktviti tabligh tu. Makes me wonder jugak la. Adakah he finally realised that being a good muslim is more than just menjaga hubungan spiritual dengan Allah semata-mata? Wallahualam, saya pun tak tau. In the end, dia sedar jugak betapa pentingnya SPM semua tu, which he end up ambik SPM. He went to one of the local SAR (Sekolah Agama Rakyat). Tapi off course result dia tak semantap habangnya kan?? Tetap nak angkat bakul nih!!

Kalau kita tengok sekeliling kita, banyaknya orang yang alim habis, tapi banyak kekurangan dari segi lain. The most judgmental people I know are usually the ones who claim to be walking in the path of Allah. Pakai tudung labuh tapi at the same time dok mengumpat orang yang tak pakai tudung. The most selfish people I know are usually the ones yang selalu berdakwah itu ini, tapi output takdak. The most hyprocritical people I know are usually the ones yang pandai berhujah pasal agama, tapi at the same time panggil aku khunsa. Entah lah nok. Kadang-kadang terpikir la jugak, how come orang-orang yang macam ni, can claimed that they represent Islam? Sedangkan our Prophet and His Companions weren't like that. They were kind to everyone, not only to the Muslims, but also to non-Muslims. They fought for Allah, but they were also sensitive towards the people around them.

Macam yang tabligh-tabligh tu. Ada some of them sanggup tinggalkan kerja sebab nak tumpukan perhatian pada kerja-kerja tabligh. Travelling around the country tinggal anak bini kebulur kat rumah sebab nak menjalankan amanah Allah. Habis anak bini tu bukan amanah Allah ke? Tu belum masuk yang bukak cawangan kedua, ketiga dan keempat sambil menabur janji manis pasal payung emas kat bini pertama. Apakah? Kalau aku jadi bini dia, mau je aku payungkan kepala dia kan??

I respect this people yang sembahyang tak pernah tinggal and have lots of knowledge pasal agama Islam, but at the same time they become the very people I pray that I don't become.

Ah well, I reckon iman kita semua ni tak sempurna. (mode muhasarawak diri sendiri)

Tuesday, February 28, 2012

Kau Ado?

Weekend hari tu konsepnya pergi Asian market kat Bayswater tu nak cari kicap kipas udang. Sekali hambik kau berangkut sakan dengan segala mak nenek perencah adabi, indo mee, mee kering, mee basah dan banyak lagi. Jenuh nak mengangkut balik ke rumah nyah hoi!


Terjumpa la jugak benda ni. Tak tau nama dia apa, but I used to love it when I was young. Ceh macam sekarang tua je. Masa kanak-kanak le. Benda ni jugak adalah secret ingredient untuk buat kek masam manis or kek lapis masam manis. Tapi aku tidak le nak buat kek. Makan begitu saja sudeh. Kau hengat aku rajin macam pompuan kat Bristol tu nak bakar kek bagai? *matilahhhhhh akak Lurpak!~




Terjumpa jugak biskut durian dengan 'durian cake' ni katanya. Macam lempuk pun ada jugak. Kalau buat bubur makan dengan roti sedap tu!!

Biskut durian tu ok la. Kalau you guys pernah makan aiskrim durian 50 sen yang beli kat pakcik motor, letak celah roti (bukan letak celah bedah ye adik-adik), rasa dia lebih kurang sama la. Tak dapat durian yang betul, dapat yang jadi-jadian pun ok lah nok. Syukur atas nikmat yang dikurniakan.

Agak pathetic bila mengenang betapa cravingnya kami-kami (aku je la kot?) kat sini dengan makanan Malaysia. No matter how far we travelled, how long we stayed kat negara sejuk kejung ni, perut tetap melayu. Kalau boleh hari-hari nak makan nasi dengan sambal belacan. Tapi tu la, rumah aku ni ibarat United Nation. So kena la ada variety of food. Kang pengsan pulak pakcik 2 ekor tu masuk dapur sebab dok bau belacan sokmo je kan? So tak boleh la nak makan nasi selalu. Sebab tu la badan aku ni ramping nyah hey (matilah perasan!).

Lagipun, anak makcik Rahmah ni memang rajin kan nak menumbuk sambal giling rempah bagai? Kau ingat aku ni gadis desa? Kang bising jiran tetangga aku ni ha. Tak pasal-pasal I kena pangkah you.

'Tumbuk sambal' yang lain aku rajin laaaaaa. Eh matilah korang tak paham! POMMMMM!!!

Monday, February 27, 2012

Proud and Prejudiced

Hish naik menyampah aku tengok documentary ni pasal this Muslim extremist dengan ELD.

ELD ni malas lah aku nak cerita pasal aku pun tak tahu hujung pangkal pasal group ni except getting pissed 24/7. Yang aku nak cerita ni pasal Muslim extremist ni.

Aku tak tahu la ketua depa ni, Sayful Islam ni otak dia kat kepala lutut ke kat mana eh? With Muslim yang kat UK cuma 4-5% from total population, kau ada hati nak promote undang-undang syariah? Punyalah banyak negara Islam kat dunia ni, UK jugak yang kau pilih ye?

I'm not denying hukum syariah ni dik non hoi. Tapi kau agak-agak la. Masa Rasulullah menakluk Madinah tu, apa perkara pertama yang dia buat?? Membina masjid dan mengislamkan penduduk Madinah!! Ni yang Islam pun berapa kerat. Yang betul-betul ikut syariat Islam pun boleh kira dengan jari. Lepas tu terpekik terlolong tepi jalan. Macam mana nak implement or even mendekatkan orang dengan kita if we keep portraying ourselves as a trouble maker?

Diorang ni tak tahu bersyukur ke?

Di saat negara diorang dok sibuk perang sana sini, British government buka pintu terima diorang masuk ke sini. Bagi bantuan kewangan segala walaupun kerja korang makan tido dan beranak pinak macam ibu kucing. Lepas tu diberi kebenaran untuk membina masjid, kebebasan untuk mengamalkan agama yang kita sayangi ni, lagi kau nak buat kacau kan? Dok pi buat demonstrasi masa orang dok pay respect to the 9/11 victims segala tu buat apa? Bukan ke tu menambah kebencian diorang ni kepada orang Islam? Tak pasal-pasal kita semua dicop sebagai terrorist. Tak pasal-pasal pompuan bertudung yang takde kaitan kena cerca.

Yes Islam will rise one day but obviously not this way la kan when we promote hatred and such. Especially not with Sayful Islam ni lah. Nama dah sedap. Sayang perangai tak semengah! Ye lah, kita dah buat orang benci kita, macam mana kita nak ajak orang ke arah kebaikan? Macam cerita perempuan yang buang sampah kat Rasulullah tu. Ada Baginda pergi kakikan perempuan tu? Takde kan? Dan disebabkan sifat Rasulullah, terbukak hati wanita tu nak menganut agama Islam.

Contoh yang baik dah ada banyak ditunjukkan oleh Rasulullah dan diceritakan berkali-kali dalam Al-Quran, hadis dan sunnah. Tapi puak-puak ni tetap la nak ikut perangai Osama jugak kan? Ish!

Respect is earned, not given. Kalau kita tak pandai hormat kepercayaan orang lain, macam mana orang nak hormat kepercayaan kita ye dak?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 23, 2012

Orang Yang Sangat Annoying



I think most of us selalu kena kot benda-benda macam especially for those yang duduk oversea or selalu travelling oversea. Memang banyak orang yang concern lelebih pasal status halal benda yang kita makan. Asal kita post gambar makan kat FB je, mesti tanya 'HALAL KE BRO??'. Kan Wahdi?? Annoying sungguh!! Ada ke orang yang saja-saja makan benda haram pastu heboh-heboh kat FB dan blog??

Macam komen anon ni, dah le tanya as if macam dia bagus, pastu berani dia kata no offence. Yang kau nak pening-pening sakit otak dok wondering dok pikir makanan yang kitorang makan tu halal kenapa? Tidak ke kau terpikir betapa tersentap bijiknya kitorang especially benda yang kau refer tu adalah hasil susah payah kitorang bekerja keras di dapur? Apa kau ingat kat seantero europe ni takde orang Islam ke? Mak aku yang tak sekolah tinggu tu pun tahu ada 2 juta orang Islam kat UK. Kau ingat takde kedai yang jual makanan halal ke?? Sempit sungguh pemikiran. Even kat London ni pun ada KFC yang halal. Lagipun kalau kau dah tau yang McD tu ada jual hamburger, kau order la fillet fish burger or veggie burger. Yang kau gigih nak order quarter pounder jugak tu kenapa kan??

As I said in my many-many entries previously, nak cari makanan halal tu tak susah. Banyak je kedai yang jual daging halal and such. Sejauh mana kesahihan status halal dia tu, saya berserah kepada Allah. Sebab yang berniaga tu pun orang Islam. Tipu dia, tipulah saya kan. Kalau dia menipu semata-mata untuk kaya, saya serahkan semua tu kepada Allah untuk mengadilinya.

Yang dok sibuk kat belah europe ni satu hal lah, yang kat Malaysia tu apa cerita? Berapa banyak kedai yang tak sah status halal? Berapa banyak benda-benda yang diclaimed sebagai halal tapi turn out ada DNA babi. Come on lah, negara Islam kot!



Yang komen ni pun sama jugak. Suker ye awak nak tanya-tanya kita. Memperingati sesama Islam tu tak salah, peringatilah sesama kita kan. Contoh ayat memperingati, 'Jangan lupa solat ye' atau 'Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya ke' atau 'Jaga tingkah laku dan adab semasa di negara orang'....tu baru la nama memperingati. Ni tak, intro je dah memerli. Pastu, selamba je tanya 'awak awak semua ni semayang ke tak?'. Eh kau kenapa?? Dah yakin masuk syurga ke??

Kalau nak tegur ke, nak nasihat ke, boleh tak direct to the source. Yang kau post-post nasihat kat wall FB, kat comment page on blog apa kau dapat? Orang menyampah ok!

Wednesday, February 22, 2012

Kedai Kasut Jalan Broughton

Entry ni ada unsur menunjuk-nujuk dan riak. Kalau tak suka jangan marah naaaaaa!!



Rak kasut saya yang built in kat wall. Would be nice kalau ada walk in wardrobe macam Carrie Bradshaw tu kan?




Ni favourite shoes yang selalu dipakai.




Ni the new addition to the kedai kasut Jalan Broughton. Oh my Ferragamo!!




Ni pun new addition jugak from Massimo Dutti. Super duper comfy!!

Most of my shoes adalah brown. Tak tahu kenapa I always have soft spot for brown shoes. Semua sepesen je. Tak begitu berani untuk bereksperimen dengan warna seperti merah atau kuning. Warna hitam pulak terlalu boring. Jadi, brown colour shoes adalah pilihan yang paling selamat.

Malam ni tidur peluk kasut!!

Monday, February 20, 2012

Black Magic Zaman Moden

I normally refuse to believe benda-benda sihir dan ilmu hitam ni, walaupun tak dinafikan yang benda-benda ni memang wujud. Most of the people only percaya bila benda ni berlaku depan mata sendiri.

I met with my friend, Z yesterday. While we were having our dinner kat Jom 'berambus' Makan kat Westfield tu, Z ada la cerita pasal the strike of black magic yang terjadi kat family dia yang terjadi when he was back in Malaysia for holiday last year.

Mula-mula jadi kat kakak dia. Lepas tu, kat abang dia. Funnily enough family si Z ni pun bukannya duduk kat celah-celah bedah di kawasan pendalaman. Ni kat Shah Alam ok. Urban jungle. Very unlikely sangat kan. Tapi tulah, orang kalau dah dengki ni, diorang peduli apa urban ke tak.

Kakak dia tu dah kawin anak 2. Anak dia yang sulung tu selalu bagitau yang dia selalu nampak nenek depan rumah. Lepas tu nampak nenek dalam bilik. Mula-mula his kakak thought tu just imaginasi je, tahu je la, budak baru umur 3 tahun, banyak imaginary friends konsepnya. Sehingga la bila kakaknya dirasuk meroyan-royan dengan suara yang jelas bukan suara kakak dia. Asal azan je menjerit-jerit menggelupar.

Abangnya pulak tak nampak sangat kena ilmu hitamnya. Except muka dia tiba-tiba naik jerawat yang sangat kronik.

So parent si Z ni decided bawak the kakak pergi jumpa dengan one of the Ustaz. Turn out the kakak kena buatan orang, which was her ex bf. It was an ancient story, but apparently that guy tak boleh move on and probably jealous melihat kebahagiaan rumah tangga kakaknya itu.

Since diorang dah ada kat rumah Ustaz tu satu keluarga, maknye si Z suruh la Ustaz tu tengokkan the abang. Mana la tau kot-kot the jerawat yang muncul macam kulit katak kodok tu adalah sebab buatan orang jugak. Well, memang buatan orang pun. Bukan seorang, tapi buatan dua orang. Satu dari office mate (abang dia kerja Petronas ok!) dan satu lagi dari jiran sebelah rumah.

Motif dia? Apa lagi kalau bukan dengki kan?? Yang jiran sebelah rumah tu tak tahu la kenapa. Menurut Z, around residential area rumah dia tu, ada sebuah rumah owned by seorang Imam/Ustaz, who decided untuk convert rumah dia tu jadi sekolah tahfiz. Apparently the jiran tu tak puas hati ke apa, telah memblack magickan Ustaz tu (sampai meninggal you!) dan abangnya si Z ni, yang volunteer mengajar English and Maths to students sekolah tahfiz tersebut. I wonder la jugak kenapa jiran tu nak sakit hati. Bukannya diorang guna rumah dia pun!! Suka hati la orang nak bukak sekolah tahfiz ke, nak buat reban ayam ke.

So banyak la benda yang berlaku. All the muntah darah yang keluar paku jarum segala. Lepas tu jumpa abu mayat, tulang mayat yang ditanam depan rumah.

It makes me wonder. Tak sangka pun ada jugak. Ye lah, di zaman-zaman moden when you can just express your anger or ketidakpuasan hati uols directly to tuan punya badan or indirectly i.e via email or social networking, masih ada orang yang dangkal pemikiran diorang sehingga sanggup guna segala ilmu hitam ni. Tidak ke diorang terpikir what if keluarga diorang sendiri yang kena??

Kenapa kita nak dengki? If you think your colleague is better than you, kenapa tak improve yourself and bersaing secara sihat untuk menjadi lebih baik? Why people have to resort to benda-benda setan ni? Tidak ke mereka ni tahu yang in one fine day they will get caught red handed?

Yang jiran tu pun satu hal. Kadang-kadang hal pasu bunga pun boleh bawak berperang. Itu pun, my friend's family ni still macam redha je kena buatan jiran yang betul-betul sebelah rumah. Kalau jadi kat keluarga kita, I'm sure one of us akan pergi goncang pagar rumah diorang!!

Dulu masa saya masih belajar kat Uni, kecoh pasal santau kat kedai makan di Perak dan di Kedah. Dengki melihat kedai makan sebelah yang ada customer berduyun tiba (sebut ikut style Juliana Banos), disantaunya orang yang pergi makan kat situ. Kita yang takde kena mengena pulak kena santau. Kaedah sangat! Engkau kalau nak suruh orang datang kedai kau, masak la sedap-sedap, pastu letak le harga yang berpatutan. Customer nowadays bukannya bodoh.

Ahli politik pun ramai yang guna ilmu hitam. Artis pun ramai. Semuanya nak instant result. Nak mudah. Demi nak menang pilihanraya, demi nak menang anugerah binatang fofuler, ada yang gigih masuk hutan cari Mak Esah, Tok Batin, bomoh Siam. Gigih naik rumah panjang cari bobohizan. Sanggup puja setan, puja mayat, puja janin dan macam-macam lagi demi nak mencapai matlamat masing-masing. Alahai.

Bila la mentaliti bangsa kita ni nak berubah ye?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Hari Ahad Yang Produktif

Produktif lah sangat??

Ah well, provided the weather sangat baik dengan matahari bersinar-sinar, so I grabbed my camera dan dengan gigihnya naik tube pergi ke centre London. Time-time macam ni kalau ambik gambar lawa sebab saya tak pandai lah guna photoshop bagai ni. Kalau cuaca elok, elok la gambarnya. Kalau cuaca kelabu asap, maka the outcome pun kelabu asap jugak la kan?

Once I arrived to The Monument, tiba-tiba rasa macam nak naik sampai atas The Monument tu. Selama duduk kat London ni, tak pernah pun naik sampai atas.

The Monument

The Monument ni dibina untuk memperingati The Great Fire of London yang berlaku pada 2nd September 1666. Panjang la cerita dia. Sila google kalau nak tau lebih lanjut. Bayaran masuk adalah £3 untuk dewasa.

Ya ampunnnnnnnn!!!! Semput okey mendaki spiral staircase sampai ke puncak The Monument ni. Ada la dalam 300 lebih anak tangga nak kena daki. Dah le tangga dia sempit.

The view from up the was not that bad. Nampak la most of the London landmark like St Paul Cathedral, BT Tower, Tower Bridge, The Gherkin dan banyak lagi.

One of the view from the top of The Monument

Nak turun dari The Monument tu ok la dari nak mendaki. Lepas tu masa nak keluar tu akan ada orang bagi certificate to certify yang kau dah naik benda alah ni. Gituh!

Lepas tu, terus jalan gi Tower Bridge, one of my favourite place in London. Tak tau la kenapa suka sangat datang sini dan tak pernah puas ambik gambar Tower Bridge ni. Everytime kalau ada kawan-kawan yang datang buat rombongan Cik Kiah ke London, tempat ni memang akan masuk dalam list. There is something about this place yang buatkan mata ni tak jemu-jemu melihat!!! *tu diah statement~

Tower Bridge

Orang minyak posing sakan kat Tower Bridge

Gituh le cerita hari Ahad saya. So weekend is officially over. Terasa malas pun ada jugak. Tapi itu le punca rezeki saya. Kalau tak mana nak cekau beli kasut Salvatore Ferragamo tu uols?? *tetap nih!~

Anyway, tahniah to my little brother and his wife upon the arrival of their second princess yesterday. Oh adik dah 2 anak. Abangnya bela anak ayam sajork!!!

My 2nd niece

Belum ada nama lagi. Yang sulung nama Raudhatul Asfa. Yang kedua ni tak tau la nama apa pulak depa nak letak. Something yang mula dengan R jugak la kot. Jangan pi letak Kate Middleton sudah. Hahaha.

Raudhatul Asfa

Inilah permata hati pengarang jantung saya. Yang sulung tu bukan main lagi sekarang mulut becok walaupun tak pandai bercakap lagi. Adakah turun dari Pak Longnya?? *petirrrrrr~

Ni yang hati meronta-ronta nak balik Malaysia!! Ish!!

Thursday, February 16, 2012

PhD part 2

Regarding my previous post, I think there is no point pun kita nak merempan why that Uni want to give her pengiktirafan atas kerja yang tak seberapa tu? Dah Uni tu nak bagi, kita nak kata apa ye dak?

Besides, why do we need to look back when we can actually move forward? So, let's move on!

- Posted using BlogPress from my iPhone

PhD

Sesetengah orang berhempas pulas setengah mati menyiapkan research dan thesis demi nak dapat sekeping sijil dan title Dr.

Sesetengah orang pulak, tak payah bersusah payah sebab boleh beli sijil PhD. Asal ada duit semua boleh jadi. Lepas tu buka kolej swasta kan?

Sesetengah orang pulak hanya perlu create projek yang I believe kuli batak dia yang buat, kerja dia cuma pose potong reben time launching the projek, pun boleh dapat anugerah Dokter Persuratan uols!! Walaupun orang tu agak tak berapa pandai sehinggakan tsunami kat Jepun tu dia kata berpunca dari kegagalan orang Jepun yang tidak menggunakan teknologi hijau. Lepas tu hobinya pulak menghabiskan duit rakyat membeli luxury items seperti Hermes Birkin dan bling bling. Untung kan jadi first lady??

Alahai!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 14, 2012

Cerita Air Mani dan Tetek


Membaca keyword-keyword yang digoogle oleh some people dan didirectkan to my blog boleh buat aku pengsan sekejap. Apa kejadahnye la korang dok search air mani keluar balik dengan air mani perempuan ni?? Dan sejak bila pulak blog aku ni ada kena mengena dengan benda-benda x rated ni??

Yang paling tak tahan tu, ada yang gersang pi search tetek makcik. Erk?? Punya la banyak tetek kat seluruh dunia ni, tetek makcik jugak yang korang cari ye. Tak cukup tetek yang ditayang secara free oleh Jeniper Lopeh tu??


Yang paling kesian adalah nama yang kat bawah tu sekali. Tak pasal jadi mangsa keadaan. Tu lah, memondan kuat kat Dublin lagi khennnnnnnn? Terus kena cop gay. Hahaha. Fakri, aku rasa kau kena gi mandi bunga kat tepi Shannon river tu buang siyal! *larikkkkkkkk~

Monday, February 13, 2012

Valentines Lagi...

Dua tiga hari ni kan, ramai la yang post-post kat FB pasal Valentine's Day ni. Yang sambut likewise yang tak sambut sama naik.

As for me, tak pernah pun officially sambut. Setakat keluar gi makan dengan Shahida kat CPK membuntingkan badan masing-masing sambil upacara menganyam ketupat, tak pernah la saya celebrate secara serious Senah oi. Kalau orang bagi cekelat, saya ambik. Kalau orang bagi card, saya ucap terima kasih. Orang fofuler macam saya memang ramai peminat misteri. Kau ado? *sambil libas rambut~

Salah ke tak salah, boleh ke tak boleh, ish sukar saya nak kata sebab saya bukan la orang bijak pandai. Despite I always believe yang kita ni kalau buat sesuatu tu bergantung dengan niat, sometimes, matlamat tu tak menghalalkan cara ye dak? Lagi pun bila membaca sejarah pasal Valentine's day ni, tidak ke korang yang beragama Islam ni terasa turn off nak sambut??

Selain itu, sambutan V day ni dah menjadi over rated dan over commercialised. It is like an oppurtunity for people to make money by ripping of from people who believed that they should make an effort on that particular day for their loved one, sehinggakan apek-apek jual bunga kat Petaling Street tu boleh menaikkan harga berganda-ganda semata-mata kerana V day ni. Anjing sangat kan?

Ada baiknya kalau duit tu disimpan untuk pergi holiday atau pergi honeymoon ke Milan ke, London ke. Orang kata jauh perjalanan, luas permandangan. Untung-untung dapat la anak made in London kan?? Lepas tu boleh letak nama Marsha Milan Londoh! *ya hampun~

Lagipun nak menunjukkan kasih sayang ni, tak semestinya on V day je. Hari-hari la kena menunjukkan kasih sayang. And it does not based on superficial material semata-mata. Menunjukkan kasih sayang sometimes can be from a little effort contohnya bila suami take turn memasak or lipat baju dan macam-macam lagi. Some people pulak prefer spontaneous in their relationship. Contohnya, takde ribut taufan tiba-tiba laki kau bagi cincin Tiffany. Bukan ke tu semua dapat spice up your life as a married couple?? Lain la kalau laki korang tu jenis ngelat dan kuat temberang. Tiba-tiba buang tebiat bagi hadiah, tu mesti ada makna. Silap-silap haribulan korang dapat madu you. Mrasa!!

Walaupun kita ni (as a muslim), dilarang atau tak digalakkan dari menyambut V day ni, tapi tak payah la kau nak post-post status yang macam bagus. Walaupun niat kau nak mengajak ke arah kebaikkan, tapi tak payah la tulis macam ni:

"Hari Valentines itu bukan hari kekasih. Ia adalah hari meraikan Paderi Valentina. Jangan la kita terpengaruh dakyah Kristian dan Yahudi laknatullah yang cuba menghancurkan dan memecahbelahkan umat Islam!!!"

Kan?? I wonder lah orang yang dok post-post benda macam ni takdak kawan yang bukan beragama Islam ke dalam FB mereka?? Tidakkah statement ni sangat offensive as if diorang yang beragama Kristian dan Yahudi memang dah takde kerja yang lebih penting dalam dunia ni selain menghancurkan umat Islam 24/7?

Apakah perasaan kita kalau diorang tulis, "Jangan wish kawan muslim anda Maal Hijrah. Itu semua dakyah orang Islam untuk menghancurkan agama Kristian"??

I'm sure akan ramai yang pakat pi buat demo depan gereja sambil bawak kain rentang. Pastu pose-pose baring depan pagar gereja sambil jerit, "Bangkit bangkit!! Mahasiswa!!"*eh tetibe!~

Kita ni sometimes suka menuduh agama lain dan bangsa lain nak menjatuhkan kita. Tapi tahu ke kita yang punca perpecahan umat Islam itu adalah sebab kita tak pernah bersatu pun in the first place?? Dah tu sesama Islam pun asyik nak bergaduh, nak bertumbuk bertampar, apa yang bersatunya?? Tak payah nak tunggu Yahudi tolong pecah belah, kita umat Islam ni memang dah sedia pecah belah!! Dan kita pecah belah pun sebab kebodohan kita sendiri. Lagi mau salahkan orang lain?? Bangau oh bangau sangat perangai!

Oh ye. Yang post tu satu hal. Yang paling tak boleh blah bila kat bawah setiap post tu mesti ada, "Sila share jika anda seorang Islam". Adakah akan kurang Islam kita kalau kita tak share?

Motif sangat!

Anyway, terpulang le kat korang lah nak sambut ke tak nak sambut. Cuma satu je la. Yang korang beriya-iya nak tunjukkan rasa cinta korang kat pasangan korang tu, cinta kepada Allah korang ada beriya-iya tunjuk ke tak?? Tu diahhhhhh!!!! *kilat~

Sekian.

Sunday, February 12, 2012

Ya Habibi!!


I just received this book yesterday. A graphic novel called Habibi by Craig Thompson. It didn't took me long to finish the book. Thanks tu Perempuan Penjual Buku sebab memperkenalkan saya dengan buku ini.

It is rather an interesting book with some 'erotic' scene. Interesting part is bila cerita dalam buku ni diselang-selikan dengan cerita nabi from muslim and christian perspective. I like the way the author cuba menghubungkaitkan cerita-cerita nabi ini dengan cerita yang cuba disampaikan. Some part ada terjemahan dari al-quran and some verses from Bible. It must be a very hard work for the author to do all research.

The negative(s)?

Well, some of the lakaran ada menunjukkan muka dan figura-figura nabi yang terdahulu, kecuali muka Nabi Muhammad. Barangkali penulis sedar akan sensitiviti masyarakat Islam yang memang PANTANG kalau ada yang cuba menggambarkan wajah Rasulullah dalam bentuk grafik. Tapi setahu saya, it is apply to all nabi bukan??

Selain itu, ketika penulis menceritakan tentang Nabi Nuh dan kapalnya, penulis menyatakan yang Nabi Nuh menghalang isterinya dari menaiki kapal tersebut sebab she is not a believer. Sedangkan kalau ikutkan cerita (yang saya tahu), Nabi Nuh ada mengajak isterinya naik ke kapal, but she refused. Barangkali cerita itu adalah menurut perspektif christian?

Begitu juga dengan cerita Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya. Dalam buku ini, penulis menyatakan yang Allah menyuruh Nabi Ibrahim mengorbankan kedua-dua anaknya Ismail dan Ishak. Tetapi setahu saya sewaktu peristiwa korban itu, Nabi Ishak belum dilahirkan kerana Siti Sarah ketika itu dikatakan mandul (which made Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar). Only on the later of life, baru la Siti Sarah mengandung dan melahirkan Nabi Ishak kan?

Wallahualam.

Buku ini juga ada memberi gambaran malaikat-malaikat dan Burak (kenderaan Rasulullah ketika malam Israk dan Mikraj) dalam bentuk grafik.

Isu yang cuba diketengahkan oleh buku ni bukan setakat cinta terlarang dan cinta terhalang. Tapi ia juga menyentuh isu alam sekitar, rasicm, slavery dan banyak lagi.

Apapun, all in all, this book is worth to read especially for curious mind like. If the book is good, I'd normally hook to the book and can finish it dalam masa yang singkat. I think that explain everything la kan?

Selingan:

Sangat terkejut beruk dengan berita kematian Whitney Houston. Sangat tak sangka. May she rest in peace and she will be missed. Malam ni nak karaoke lagu Whitney sampai pecah tingkap rumah jiran sebelah!!!

Saturday, February 11, 2012

Friends

Why do friends, after we've grown up, lose their importance? How many friends have we ignored and forgotten about in times of happiness and new beginnings? Despite the fact that they were the ones who laughed and cried, who with us through thin and thick for years and circled around our lives in the not-so-distant past. Why do they just lose their significance? Do we wake up one day realizing that they don't matter anymore?

It's like a tree. Throughout days, weeks and years...one by one the leaves fall. Up to the point where there's no more leaf left and the tree died.

Or like a ship that sinks in the middle of the vast ocean.

What happens to best friend forever??

Thursday, February 09, 2012

Tunggu Menunggu Membawak Puaka

To some of my patients, bagi diorang I was paid to wait for them. Walaupun, tarikh dan masa untuk appoinment the diberikan in advance, mereka ni tetap lah datang lewat and they mostly don't have a teeny weeny courtesy to call in advance bagitau yang diorang akan lewat dan sebagainya. Datang lambat satu hal. Lepas tu expect me to see them as soon as they arrived. Kita kena tunggu tak apa. Diorang kena tunggu tak boleh. Banyak cantik muka kau??

Kebanyakkan yang selalu datang lewat ni adalah set-set pariah low life yang laki bini yang kerja depa adalah menghabiskan duit taxpayer, set-set somalia yang selalu come out with seribu macam alasan, set-set gajah aprika dan jugak set-set pirate of the carribean. Kalau lambat sebab traffic ke, atau anak suddenly sakit ke takpe la kan. Ni alasan-alasan yang tak masuk akal seperti kena pergi ambik anak kat sekolah. Dah kau tahu kau kena ambik anak kat sekolah pukul 3 petang, yang kau pergi buat appoinment untuk jumpa doctor time tu jugak kenapa??

Nasib la kitorang kat sini selalunya kalau ada patient yang lambat, kita still tengok diorang. Tapi kau kena tunggu la sikit ye. Sapa suruh kau lambat kan?? Kalau tempat lain, kau lambat 10 minit pun dah kira burn ye kau punya appointment and you have to arrange the new one. Pernah sekali I have an appoinment to see the eye specialist pukul 4.30 after kerja. Well since most of available time on other day include weekend dah penuh, I have to take the risk la kan. Maka berwatson nyambek la aku pergi town. Cun-cun sampai 4.40. Perempuan syaiton tu kata I have to make another appointment sebab lambat. Cis!

Ok berbalik kepada cerita asal. So bila dah kena tunggu, lama pulak tu, maka terkeluarlah evil inside of them kan. Bermulalah adegan memaki-hamun terhadap makcik reception yang takde kena mengena tu. Kesian kena abuse. Kena ugut pun ada. In some cases kat A&E ada yang sampai baling-baling botol kicap. Most of yang kerja jadi front desk ni, kena ada ketahanan mental yang kuat untuk berdepan dengan patient yang adakalanya sewel dan tak cukup sifat ni. Ketahanan mental ye. Bukan kekuatan fizikal. Tak pernah la pulak aku tengok depa ni pi tumbuk patient.

Macam kes bertumbuk kat KFC tu. Pasal ayam KFC pun sampai bertumbuk-tumbuk. Tu belum ayam China, ayam Thailand dan ayam-ayam lain. Tak kisah la sapa yang mulakan, sapa yang mengeluarkan racist slur and what not. Bagi aku la kan, kau bila kerja dalam bidang customer service ni kan memang apa-apa pun, customer always right. Period. In whatever circumstances, sebagai pemberi service ni you have got to keep yourself cool and in control even in darkest or horrible day of your life.

So, bila pelanggan marah sebab kena tunggu lama (probably kebulur nak makan ayam khen?), kau cakap je la elok-elok. Ayam tengah masak ke, ayam habis ke, ayam dalam reban ke. If he or she keep on membebel-bebel sebab kena tunggu lama, kau suggest je dia pergi KFC lain. Ada beribu KFC kat KL tu. Lagi bagus kalau kau bagi address sekali. Tak guna bertikam lidah dengan orang yang tengak naik hantu macam ni. Lagipun I am sure akan ramai penonton. If you keep yourself calm, so at least orang nampak yang pelanggan yang meroyan itu yang gila sebenarnya. So kalau masuk youtube, orang boleh nampak sapa yang salah.

As a service provider jugak, kita pun ada hak kita. Kalau pelanggan tu dah start guna abusive language and potentially threatening your life, kau telefon je lah polis. Apa susah? Malaysia kan ada undang-undang??

Kalau kau dah tak tahan sangat, kau ambik benda-benda yang dia order, kau bawak gi belakang. Pastu kau kangkang baik punya ayam KFC dia tu. Rasain!!

But, never ever punch you customer!!

Wednesday, February 08, 2012

Aurat Siti Nurhaliza

Panas je tajuk kan?? Walhal yang ada?? Well, actually aku ni takde ribut salji bagai, tiba-tiba tergerak nak tulis pasal cover Glam yang bini Datuk K ni jadi glam-glam ala Madonna. Anyway, kudos to editor Glam sebab it was actually a good strategy to letak 4 cover yang berlainan. I'm sure peminat mati kering Siti Nurhaliza akan beli keempat-empat majalah sebagai koleksi.

Yes, walaupun lambat, apa aku peduli? Setelah baca kat SINI dan kat SINI dan komen-komen yang macam haremmmmmm, maka aku decide untuk tulis pendapat saya yang tak berapa berfaedah ni.

Aku ni pun bukan la peminat Siti walaupun aku dalam diam-diam dok dengar lagu Di Batas Waktu dari album Sanggar Mustika. Sedih OK. Dan-dan meroyan teringat kat parent (tetibe kannn??).

Aku nak tanya korang la kan. Siti ni pernah ke pakai tudung? Pernah ke dia tutup aurat betul-betul? Tak pernah kan? Berpakaian sopan..YES! Menutup aurat jauh sekali. So what the fuss with the issue dia bukak tudung ke tak when she actually never wear one? Setahu aku dia pakai selendang ala-ala cover hujung rambut jer. Dan menjadi bertambah bengong bila one of the artikel tu mengatakan yang siti tak buka tudung, tapi sebaliknya dia pakai serkup dan rambut tu adalah wig semata-mata. So, apa konsep ni?? Penulis artikel tu tak tahu ke yang pakai rambut palsu ni pun sama haram walaupun niat nak menutup aurat?? Bukan ke tu dah memberi gambaran yang salah pasal menutup aurat kat orang yang baca as if kalau kita pakai tudung, kita boleh pakai rambut palsu sebab ia menutup rambut kita, so kira tutup aurat la macam tu? Ish!!

Aku bukan la nak mengeji Siti. Bagi aku la kan, at least dia cuba la jugak untuk pakai sopan. Unlike macam sesetengah artis tu, menyanyi berlakon tak seberapa, tapi pakaian nauzubillah sampai tersembul kuih pau bagai. Tinggal kuih karipap je belum nampak. Lepas tu, lagi mau buat keluar statement tak bersalah. Dikatanya memang macam tu baju itu direka oleh designer. Pulak. Designer yang salah. Ler, kau kalau dah tahu baju tu memang mendedah tetek, cari la baju lain dari designer lain. Bukan ke banyak designer kat Malaysia tu??

Lepas tu nama glamer pelik-pelik. Neelofa lah. Khilafari lah. Ikan pari-pari lah. Macam-macam aku baca. Padahal aku yakin sangat nama dalam IC adalah Saodah. Tak pun Joliah. Ataupun Kamaliah. Pastu, feeling-feeling glamer tukar jadi Camelia khennnn? Koser sangat!

Menutup aurat ni sebenarnya agak susah untuk seorang wanita (bagi aku la). Even dah pakai tudung litup bagai ni semua, ada je yang tak sempurna. Tak boleh material jarang la. Kena tutup dada lah. Baju kena labuh dari punggung lah. Tak boleh ikut bentuk badan la. Lepas tu tak terhad kepada pakaian semata-mata je. Perbuatan, tutur kata, semua kena jaga serba-serbi.

Dan memang le lumrah manusia tu, tak sempurna. Jangan kata Siti Nurhaliza la, even orang yang pergi Mekah berbelas kali pun still tak insaf-insaf. Asik nak mengata mengeji orang sambil pose-pose pakai cermin mata sebesar-besar alam. Padahal sebelum gi Mekah dok kompang satu Malaya kata nak berubah, nak tinggalkan dunia pondan bagai. Hakikatnya? Tu lah, as I said kita ni manusia dan kita ni memang tak sempurna. Susah benor nak berubah. Tak kisah lah. Yang penting, kita kena ada keinginan untuk cuba berubah. Nak berubah ni kena buat perlahan-lahan, sebab perubahan yang dibuat secara drastik ni selalunya tak kekal lama. Lepas tu jadi lah kes sekejap pakai tudung, lepas tu bukak balik, lepas tu pose-pose half naked tepi kolam renang tunjuk half cup of tetek dalam majalah Mempelam, majalah Hoi dan Majalah URTB macam Hajah Lokmang kat Ganu nung! *Eh*

Itu perempuan yang kena tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Lelaki yang aurat mudah, yang kena cover bahagian dari pusat ke lutut tu pun susah nak buat kot. Ramai je kantoi pakai seluar atas lutut. Tukang tulis blog ni lagi lah daring sampai bogel-bogel. Eh bogel-bogel masa nak tukar pakai baju kat locker room di gym je lah. Hahaha. Matilah kantoi di situ!!

Ok sila abaikan.

The point is, kita ni semua pun tak sempurna dalam memelihara aurat kita. Sapa lah kita nak mengata aurat Siti Nurhaliza kan??

Yang kau feeling-feling Ustazah Bahiyah tu kenapa??

Sunday, February 05, 2012

Let It Snow!!




I am probably too old to get over excited, but who cares anyway! Besides, what's the point of having winter and cold weather if it not snowing? Thank God it's finally snowing, otherwise this winter will be so boring and plain. Walaupun takat 10cm je, better than nothing ye dak?

The best part is to sit by the window and watch the snow falls (sambil minum teh tarik). It is simply blissful!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, February 04, 2012

I'm Not Your Bapak Ayam!!





Aku seriously terkejut bila dapat email di atas. Motif sangat kannnn nak cc kat aku. Kenal pun tidak.

Lagipun apa yang best sangat dok berkongkek 3some 4some bagai ni? Suka le buat kat perempuan macam tu? Apa kata kalau korang 3somekan kakak korang ke, adik perempuan korang ke...tak pun mak korang ke, baru ada akai!!! Ish!

- Posted using BlogPress from my iPhone