Tuesday, January 31, 2012

Blogger Gila Carta

Yes adik-adik semua. Bukan artis je yang gila carta sekarang ni. Blogger pun dah gila carta. I think contoh yang paling baik adalah perempuan gila kat Temasik tu yang claimed 40 ribu orang baca blog dia sebab dia kata dia adalah blogger yang awesome (self-proclaimed ok!). Walhal orang baca blog dia tu just want to see how she make a fool of her self yang bimbo mengalah Parit Hilton. Macam mana boleh menang Most Influential Blog, aku pun tak tau. Padahal ada je blog-blog lain yang lebih bagus dengan readers mencecah ratus ratus ribu sehari!

Takpe, tu tak penting. Yang penting, penyakit gila carta tu dah berjangkit sampai ke seberang tambak uols!!

So, adik-adik semua, sila lah undi blogger terkenal ni yang hensem (sikit) dari Hafiz Awan Nano tu, Bro Hazrey untuk World Blogger and Social Media Awards 2012 bagi kategori Most Vocal Award (walaupun dia nyanyi sumbang) kat SINI.


Kelasssss kau Maria!!

Provided yang dia ni wartawan/journalist yang resourceful, so I believe all of you want to be in his good book la kan. Otherwise, mrasa la nanti muka korang terpampang dalam MHI, 999 dan Bersamamu. So, sebelum dia merempan dan meroyan, baik korang vote dia sampai menang.


Yang penting penting, tolong VOTE OUT kan blogger 'pen MERAH, pen biru, you marah, I lap you' tu! Matilah catfight 5 tahun lepas tak habis-habis lagi kannn?? Ops! Blog dia tu bukannya blog vocal. More like blog hari ni aku berak keras, esok aku sembelit, lusa aku berak cirit birit. Sangat tak perlu dan sangat salah kategori ok! *matilah korang tak paham~

So, undi jangan tak undi. Undi sampai lebam. Untung-untung dapat la burger ramly sorang sebijik. Kalau tak dapat, sila contact saya. Nanti saya bagi alamat rumah dia. Hahahaha *gelak syaitonnnnnn~

To Bro Hazrey, all the best!!

Plan

Ish pelik betul aku dengan some of the registra's plan on their patient. Diorang ni tak discuss dulu ke dengan consultant??

Yang baby with AC (abdominal circumference) slight reduced to below 50th centile, rajin la pulak diorang plan suruh datang next week untuk check liquor volume and Doppler walaupun tak perlu. Yang baby terang-terang AC kecik below 5th centile, takde la pulak dia plan suruh datang next week untuk check liquor volume and Doppler. Confuse dot com mek!!

Sekarang ni diorang request (kat aku le tu especially) kata, kalau buat placenta localisation tu, tak payah letak type 1,2,3 and 4. Letak je reaching os, covering os or how many cm close to the os. Is it my fault korang tak tahu types of placenta previa??

Suka hati korang lah!!! *matilah membebel di pagi-pagi buta. Memang berkat kan rezeki??

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ungrateful Patient(s)..

I loathe my patient(s) who always complaint about UK healthcare system. Period. Ah well, it probably not the best one in the world, but at least better than some countries. It's like nothing is ever good enough to them, except the benefit money (off course!). They keep on yip yapping on and on like 'in my country they do this like this' or 'in my country they do that like that'. And did I mentioned that those who complaint and whinged were actually came from the country that had to ask the world aid to help their falling apart country??

I seriously don't understand with these people.

Why bother coming to this country then if it not good enough to you? At least, regardless all the differences, we never choose our patient and we still provide you with care and not to mention it is all FREE and on taxpayer's money. And yet, you still have a cheek to demand this and that.

Ungrateful bastards!!

Thursday, January 26, 2012

Serabut?? Memang Serabut!!


Seriously, is this for real??

Memang serabut kepala otak tengok menatang 4 ketul menari tergelek-gelek tertonggek-tonggek!! Perempuan yang sebut serabut weh tu macam nak terberak je aku tengok. Apa punya pesen pakai lagu ni tak tau. Sapa la stylist diorang ni eh?? Kalau dah tahu lengan, peha dan betis tu gedabak macam roti john, bawak-bawak la pakai yang sopan sikit. Ish!! Perut buncit pun ada hati nak pakai fesyen balut nangka kan?? Daripada berselera nak makan, terus tak lalu nak makan.

Tak tahu la sama ada diorang orang Kelantan atau tak. Sebab ada yang kata perempuan-perempuan tak cukup sifat ni adalah dari selatan Thai, walaupun video klip tu memang terang-terang kat Malaysia i.e Kelantan kan??

Tak kisah le. Cuma aku tak paham satu je. Kebanyakkan perempuan selalu kata yang lelaki ni selalu mengekploitasi wanita sebagai simbol seks ke sex appeal ke and so on lah. Tetapi dalam masa yang sama, terdapat jugak segelintir perempuan yang tanpa segan silu menonjolkan diri mereka sebagai simbol seks, dedah sana sini and some of them can't even keep their legs close. Ironik bukan? Perempuan-perempuan macam ni lah yang telah menchonteng permanent marker kat muka perempuan-perempuan lain yang tak suka dijadikan bahan/simbol seks dan memberikan persepsi buruk kepada perempuan-perempuan yang lain.

Lagipun, aku tak tahu la tang mana yang menarik dan tertariknya bila berpakaian dan menari tergedik-gedik sedemikian rupa. Tidakkah mereka ni ada mak bapak?? Apakah perasaan mak bapak mereka bila melihat anak gadis mereka menari terkinja-kinja macam monkey ni?

Ni lagi satu video diorang. Mengucap mak nyah!!



Kalau mu tok ser, kawe seribu kali tok sek deh!! And yes, you are doomed!! *matilah~

Ironic

Most of the people yang perasan bijak pandai dan perasan bagus kat developed country like UK and US, they always condemned the 3rd world country and developing country for allowing this child bride tradition (which will lead to child/teen pregnancy as early as 14 and 15 years old).

But at the same time, they failed to notice and failed to fix their own mess for having the highest rate of teen pregnancy among the developed country!! The worst of it, these teenagers actually have an access or source to get a better sex education and free contraceptive compare to those from this so-called 3rd world country, and yet they getting pregnant like there's no tomorrow!!

Conversely, the teenager in developing countries and sub Saharan Africa countries, they don't have this kind of support. Some of them don't even know what sex is until they had one.

Well I guess some people tend to look on other people mistakes than their own shitty mess to make themselves feel better. It's like blaming the foreign workers and immigrants for the increasing unemployment rate. Right?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 21, 2012

Bahasa Macam...?

Can someone explain to me, bahasa jenis apa ni??

Seriously, aku memang menyampah dengan orang yang tulis dengan short form tak masuk akal macam ni. Nak-nak pulak kalau adik sendiri. Aku ni memang dah tak larat nak berleter kat adik aku yang memang well known as kepala batu lagi kelabu asap. Sampai kan bila dia texting abah aku pun tulis macam ni. Tak ke pening orang tua tu??

Yang aku heran tu, kat FB bukannya kena bayar pun per character. Apa motifnya nak guna short form yang susah orang nak faham ni??

Thursday, January 19, 2012

Ekspedisi Mencari Macaroon!


Last weekend, despite the cold winter, I've decided to go out to Covent Garden. Dari duduk mengangkang kat rumah, bukannya mendatangkan hasil pun. Thank God ada matahari (bunyi macam iklan sabun basuh kain pulak). Bersemangat sikit nak keluar. Kalau kelabu asap, I'd rather stay indoor.

One of the reason kenapa aku nak pergi Covent Garden tu adalah nak mencari cafe ni lah. I blamed it to Wahdi, who succeed in making me craving for macaroon. And thanks to him sebab introduced me to Laduree, one of the best known makers of macaroon in the world. It is based in Paris (off course!) and I was thinking to go there when I'm going to Paris in May/June, until Wahdi told me that they have a branch in London. What a shame!! Orang yang tak duduk London lebih tahu selok belok London than the Londoner. Ish!

Ispahan (rose macaroon with raspberry)!

When I read on the internet, most of the customer expressed their disappointment on the poor service. Fortunately, my experience was rather OK. I was greeted by a nice waitress who managed to get me a seat on the roof terrace. The waiter who took my order also polite and really nice guy (and oh so gorgeous!). Except, I've been told of not to take photo. Macam lah aku pedulik kan??

Assorted mini macaroons.

Tray of treat on the next table. I have to try this next time!

In term of money wise?? Nak datang once in a while boleh la. For someone yang value money like me (sila muntah banyak-banyak), harga dia boleh tahan mahal for a simple meal. Ye lah, kalau setakat nak gi minum-minum petang kena bayor sampai £50, bukan ke elok kalau duit tu disimpan untuk dana membeli kasut LV?? At least, kasut LV tahan bertahun-tahun. Kalau agak dah boring pakai boleh jual kat eBay.

Anyhow, I'm looking forward to go to Laduree again, but next time has to be the one yang dekat Paris lah. In the meantime, I just enjoy the red velvet cupcakes from Hummingbird cafe. They are fab and addictive!!

Isn't it gorgeous??

Wednesday, January 18, 2012

DSLR

When I went back to Malaysia on November last year (ttbe speaking khennnnnn?), semasa saya tengah berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang dan Pavillion, sungguh banyak anak-anak ayam lepasan sekolah yang mengusung DSLR. Kaya sungguh mereka.

I only can afford DSLR after many many years working and saving. The reason why I was so tergedik-tergedik to have one because I love taking photo and DSLR is a must if I want to take better photo. Walaupun menurut pakar photografi, you don't need a good camera in order to take a good photo. All you need is a good technique. But since my technique masih diperingkat amateur, saya percaya sedikit sebanyak dengan adanya DSLR, minat saya to brush up my technique to take better photo semakin bercambah like a mushroom after the rain.. *matilah peribahasa~

Cuma yang saya tak berapa faham dan tak berapa berkenan dengan beberapa individu yang dikira sebagai acquaintance di dalam FB saya. After spending thousands ringgit on charge card or cash on DSLR, all they did was taking their own photo. Camwhoring with DSLR!!! Dengan pose teleng-teleng seperti sakit leher. I'm sure depa ni makan leher ayam banyak sangat. Sambil mulut dimuncung-muncungkan seperti anak Khatijah Ibrahim tu. Apa nama dia?? Khilafari?? Fumakilla?? Konon bibir mungil la kan?? Padahal.... *sila sambung sendiri~

Serious saya tak faham!! Lepas tu, ambik gambar reflection sendiri kat cermin dalam tandas Pavillion. Why it has to be tandas Pavillion?? Kenapa bukan tandas Central Market yang azab neraka tu??

Annoying sungguh!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 16, 2012

Kunang-kunang Under Attack!

Kemain lagi tajuk!!


Ni sapa punya kerja ni?? Kurang asam sungguh!! Motif sangat kan letak nama macam tu?

Sudahnya, satu hari suntuk hosmet aku si uncle P tu dok panggil Kunang. Amboi kemain lagi suka kau ye? Dah la sebut kunang, bunyinya KUNENG!! 'Hello Kuneng'. 'How are you Mr Kuneng?'. Cis!! So, I was the joke of the day!

Anyway, thanks na kepada kakitangan unit ultrasound jabatan O&G yang kuat ngelat dan rajin pergi jusco (i.e Kak Fahya). Tanpamu, tidak merasa la aku nak minum teh tarik iniewwww! Kalau sudi hantar la lagi.


*pose tarik teh*

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 15, 2012

Annoying Much??

1. I loath ustaz dan ustazah jadi-jadian who keep on copy paste surah-surah dan hadis-hadis yang tidak diketahui kesahihannya kat blog, FB dan ruangan comment YouTube. Yang penting, mukadimah kepada komen tu adalah carut-carutan kepada benda mak sendiri, lepas tu letak hadis dan terjemahan ayat-ayat Al-Quran. Apekah?? Kalau kau rasa si polan binti si polan itu buat something yang bertentangan dengan ajaran Islam, and you think you have the obligation untuk betulkan dia, kau pergi la nasihat terus kat dia. Kau meroyan-royan kat blog, kat youtube semua ni, aku yakin sangat orang yang kau refer tu tak baca, so dah jadi dosa mengumpat. At least, kalau le orang tu memang buat buat salah, at least dia still boleh mintak ampun dengan Allah. Kau yang dok mengata belakang dia tu?? Kau tak tahu ke yang dosa kau tak akan terampun selagi orang yang kau kata tu tak ampunkan kau??

2. I hate it bila kita tengah tengok kusyuk TV pastu at the same time ada orang bercakap-cakap benda tak perlu. Udah le aku ni ada problem nak paham english since kefahaman english aku ni limited. Boleh tak bercakap time iklan??

3. Saya menyampah bila ada orang meroyan pasal nasib dirinya yang sering menjadi mangsa dalam percintaan. Kenapa dia sering diduakan?? Kenapa dia sering ditipu oleh siamang durjana?? Kenapa dia sering this and that!! Pendek kata, dia ni mangsa keadaan all the time. Walhal, yang dia pernah buat kat orang lain tu apa?? Dia sebelum ni pun dua kali limasuka mempermainkan perasaan orang lain. Karma la kan?

4. Dan saya jugak naik berbulu bila ada orang selalu meroyan kenapa dia masih tak bertemu cinta sejati, masih single on and on and on, as if he/she the only person kat dunia ni yang single. Kononnya lah!! Orang yang jadi andartu andalusia tu rilek je. Lagipun jodoh ni kan di tangan Tuhan?? Besides, awak tu single bukan sebab takde orang nak. Awak tu yang high demand!!

5. Tak faham dengan sesetengah orang yang selalu complaint berat badan yang mencanak-canak, tapi bila makan macam makan untuk setahun. Makan benda berlemak-lemak dan kalori tinggi, tapi tetap maintain minum diet coke dengan harapan akan kurus sebab minum diet coke. Konsep kau?? Bila kita ambik gambar dia and upload kat FB mula lah meroyan yang kononnya kita ambik gambarnya from ugly angle. Masalahnya nok, mana-mana angle tetap la SERUPA!! Dah le exercise ala kadar, lepas tu berani mati kan treat diri sendiri dengan makanan yang super kalori ke atas effort yang tak seberapa tu. Yang penting, bila nampak orang yang lebih gemuk, sesedap la mulut mengata orang kan. Walhal diri sendiri pun sipi-sipi ikan paus bunting, lagi mau banyak bunyi!

6. Saya sedikit menyampah dengan orang yang kuat berpolitik kat FB. Let it be pro kerajaan ke, pro pembangkang ke. Kalau dah assabiyah tu, dua-dua sama je. As much as I don't really like Bang Nuar, but since mahkamah dah bebaskan dia dari tuduhan tu, means either dia tak bersalah or he has a good lawyer la kan. Or probably Seyful punya lawyer tu yang not a good lawyer. Or takde bukti yng kuat menyebabkan keputusan memihak kepada bang Nuar. Whatever it is, I am sure kalau dia betul-betul bersalah, dia tak akan lepas hukuman kat akhirat. Tak payah la kita ni nak berlagak macam Tuhan, nak menjatuhkan hukuman sesedap rasa. Kita pun sebenarnya tak tau apa yang terjadi between Bang Nuar dan si Seyful. Nanti kang tak pasal-pasal dapat dosa fitnah. Kan dah jadi bodoh kuasa dua tu namanya?

7. Annoying dengan orang yang selalu complaint pasal duit dah kering, but never fail to show off barang-barang yang dishopping, jetsetting sana sini, berjoli katak ke sana dan ke mari, makan kat tempat-tempat mahal...apa motif kau??

8. Kenapa orang yang takde kaitan dengan kita selalu pressure pasal kawin?? Kenapa lepas bertahun-tahun tak jumpa dengan kawan kita, first question yang dia akan tanya adalah, "Dah kawin ke belum?", "Bila nak jamu kami makan nasi minyak?". Kau kalau dah kemaruk sangat nak makan nasi minyak, suruh le laki kau kawin lagi satu!! Kenapa makcik-makcik kita selalu sibuk-sibuk pasal kita yang single mingle ni? Dah habis dikahwinkan anak-anak dia, anak orang pun dia sibuk nak ambik tau eh?

9. Sesetengah orang suka besarkan isu-isu kecil like video budak-budak kecik yang menari shuffle kat sekolah. They are just kids and they are having fun. Apa masalahnya?? Kalau pun diorang pakai songkok and pakai tudung, so what? Budak-budak sekarang mana dah nak main batu seremban, lempar kasut, konda kondi bagai. Aku lagi annoying menengok budak-budak dalam idola kecil tu. Tak paham kenapa perlunya ada rancangan realiti untuk jadi artis segera untuk budak-budak yang masih sekolah ni. Pastu bila kena vote out menangis bagai nak rak as if their life is over. Yang penting mak bapak lagi over dari anak!

10. It is annoying bila kita tak tulis blog, semua isi penting untuk next post bermain-main dalam kepala. By the time kita nak tulis, terus jadi blur. Yang ni just nak mencukupkan point yang kesepuluh jer. Hiks.

Daaaaaa~

Wednesday, January 11, 2012

Aku Pun Nak Femes Jugak!!!

Dua tiga menjak ni banyak pulak muncul video-video tak cukup sifat. Kelihatnnya, mereka ini mahu mencuba nasib nak jadi femes ala Najwa Latip dengan post video memasing kat YouTube. Alahai!! Kalau sedap takpe la dik non oi. Ni yang hado???



Yakin je ko kan walaupun salah lirik?? Jangan kata sedetik lebih dik oi. Video length yang sedia ada pun dah boleh buat Anuar Jen sawan babi!! *matilah cakap ikut sedap mulut~



Yang ni pulak sama jugak. Balik-balik dalam kereta. Buat la dalam jamban ke. Memang BERIBU SESALAN pun tengok video ni!!



Yang ni pulak rasa macam nak bagi penampar je kan?? Terlentik-lentik. Dah la cakap, "Hi. Now I want to song Beyonce song, Listen". Owh tidakkkkkkkk!!!!

Tak tahu la kalau bebudak ni kena troll. Maklumlah, some people memang suka menyanyi and record video sendiri ketika melalak untuk koleksi sendiri. Aku pun ada buat ok. Lagu Awan Yang Terpilu lagi you (dan lagu Kak Pah). So sapa yang dapat curik mekbook aku ni, mrasa la kan??? Manalah tahukan tetiba laptop kena curi ke, terus muncul kat internet untuk dijadikan bahan umpatan dan caci maki. Waaaaaa mintak simpang!!

Same people pulak delusional. Ada yang feeling-feeling suara gemersik seperti buluh perindu. Tapi yang hado?? Bukannya buluh perindu, buluh betong pun belum tentu. Pastu bajet akan ada la komposer yang accidentally saw your video and approach you to record an album.

I applaud them for their tahap keyakinan yang setinggi gunung walaupun suara sekadar dipinggiran je. Cuma tak kena tempat je. Besides, kenapa perlu jadi penyanyi?? Jadi la dokter ke, peguam ke, cikgu ke...ada banyak respectable career yang ada kat dunia ni. Memang la menyanyi ni senang kaya, tapi kalau suara sedap dan bernasib baik macam Siti Nurhalija la kan. Kalau takat suam-suam kuku ala-ala Tushee ataupun Lina Kamsan, baik kau jual insurans je dik! Gunakan tahap keyakinan kau yang tinggi tu untuk approach orang beli insurans. Komisyen pun banyak!!

Berusahalah!!!

Anyway, ni version Sedetik Lebih yang best sikit. Enjoy!!!

Friday, January 06, 2012

Don't Wear Clothes That Poke Eyes...

I never like seeing women in legging. Legging should be banned dari muka bumi ni and whoever created this effing ugly 'thing' patutnya dititik sampai cirit. Though there are some exception on the normal black legging or yang skin colour punya legging, but it has to be wear under the dress or skirt, bukannya dipakai sebagai seluar ye adik-adik.

Contoh pemakaian legging yang sesuai.

Kat UK ni memang dah macam jadi trend kalau bab memakai legging ni, especially bila time winter. Ye lah, walaupun time sejuk macam ni, ada jugak yang berani mati pakai skirt pendek, but with legging underneath them lah. Otherwise, mrasa kaki beku sekejap!! Some are way too daring dengan memakai sheer legging as pants (not under their dress or skirt) and show of their underwear yang berbintik-bintik atau underwear yang ada strawberi-strawberi kecik. Sungguh tak menarik and it can make your eyes bleed!



Tu belum masuk yang pakai legging yang animal print lagi. Ada sekali tu kan aku nampak kat ATM, ada sorang makcik burung gagak ni, tak padan dengan betis bunting gajah, selamba je dia pakai leopard print legging yang aku rasa telah di'stretch' semaksima mungkin. I bet kalau le legging tu boleh bersuara, sure dia akan menjerit dengan suara kepit ala-ala doraemon "Lepaskan saya! Lepaskan saya!". Dah le sheer sampai nampak spentot yang tak perlu. Baju dia pulak ala-ala cheetah punya skin. Handbag dia pulak kuda belang. Tak tahu ke dia yang those animals are fighting with each other in the wild??

Anyway, I find the issue (boleh baca kat sini) on MINDEF website (english version) was rather embarrassing than amusing. Come on la, laman web kementerian kot. Bila dibaca apa yang dipanggil sebagai staff's dress code tu, terasa macam membaca direct translation yang dicedok sebijik-sebijik menggunakan google translate. Tak tahu la yang ni memang human error or software error.



Aku pun tak tahu la apa yang diorang merepek gedebuk gedebak kat sini. Ye lah, English aku ni pun ala-ala ke laut china selatan, but one thing for sure, I will never use 'clothes that poke eyes' in any of my daily conversation la kan. Unless kalau baju yang dia pakai tu diperbuat dari kulit doghoyan atau kulit landak ler. Itu memang lah menjolok mata!!

Lepas ni apa pulak ye?? Adakah akan keluar ayat-ayat seperti:

"We can't believe anyone nowadays. Too many enemy in the blanket!"

"Oh God, the smell of his perfume makes me dizzy dizzy fly!"

"Sometimes, some problem, we have have to solve it like pulling a hair out from the flour.."

Kelassssss kan???

Maka saya sebagai rakyat biasa yang takde apa-apa kepentingan pun, secara peribadinya memang menyokong agar PPSMI diteruskan, supaya benda-benda yang aib macam ni tidak berlaku. Tapi everything is said and done, maka kita tunggu dan lihat je la. Honestly, tak akan kurang pun jati diri seseorang tu hanya kerana dia tak bercakap BM or pakai kebaya walaupun sekadar nak ke kedai seberang jalan sana. You can take me out of malays, but you will never take malay out of me.

Thursday, January 05, 2012

Student-Student Kita..

Dua tiga menjak ni kan kalau korang perasan, student-student yang ala-ala naik carta semuanya nama bermula dengan huruf A kan??

Mula-mula pasal budak UCD terlebih pandai sebab membiarkan mak ayahnya membayar hutang piutang, manakala dia pulak sesedapnyer la kan lari ikut jantan. Ish tak payah la aku nak elaborate pasal ni sebab aku dah tulis before dengan panjang lebarnya.

Lepas tu, pasal student yang 'kononnya' hero mahasiswa semalaya sebab dia dengan berani matiknya telah menurunkan bendera gambar Abang Najib yang handsome tu sehingga menimbulkan kemarahan panglima-panglima ameno. I somehow think that this guy adalah sedikit pathetic. Ye lah, after dia turunkan bendera tu, maka banyak la ugutan bunuh dia dapat, so dia pun buat report dengan polis. Lepas tu, tup-tup dia panggil polis barua. If you're a police, kau rasa nak bela ke mangkuk macam ni? Orang macam ni kau nak junjung ala-ala Noraniza Idris and call him hero?? Pirah. Dah le membuat kacau di rumah orang satu hal. Eh kalau aku pun, kalau ada orang buat demonstrasi depan rumah aku pukul 1 pagi, aku akan call polis ye. Ni dah masuk kes mengganggu ketenteraman awam. Lagipun, if kau pegi rumah orang, orang tak bagi masuk, apa kau dapat dengan panjat pagar and baring atas jalan tu ye?? Balik je la rumah kau!

As much as I think yang AUKU ni semua tak perlu, but I don't think demonstrasi is the key to solve problem. Eleh, zaman-zaman sebelum AUKU ni ok je. Yang lagi kelakar masa aku kat UM dulu, kata tak boleh involve in politik bagai, tapi boleh la pulak puteri ameno masuk kampus cari ahli ye?? Kaedah sangat!!! Somehow, budak-budak ni bukan boleh dilarang. Makin dilarang, makin diorang nak buat. Nanti kalau fail exam sendiri tanggung ye. Tapi bila difikirkan balik, some of this student yang meminjam dengan PTPTIPU, yang beli handphone dan prepaid dengan duit loan, yang belanja awek tengok wayang pun dengan duit loan, I could not help but wonder apa relevannya diorang ni nak menuntut this so call kebebasan akademik? Mak ayah hantar masuk U suruh belajar, belajar le betul-betul. Dah habis belajar nanti, kau nak melingkup berpolitik sampai tercirit pun suka hati kau la.

Untuk rakyat biasa macam aku ni, dapat masuk U adalah HUGE. Bapak aku siap buat kenduri kesyukuran lah bila aku dapat masuk UM. Satu kampung datang you. Grand macam aku dapat pergi oversea. Padahal KL dengan Baling tu bukannya jauh mana pun. Mak ayah aku bukannya habis belajar pun, so off course they have a high hope for me to success in my education. So korang-korang yang dok sibuk berdemonstrasi tu, tergamak ke korang mengecewakan mak ayah korang? Apa yang mak ayah korang rasa if they found out anak harapan diorang dibuang universiti sebab nak jadi hero dengan berdemonstrasi?? Ish!

Sekarang ni kecoh pulak student yang once dapat 17A1. Ramainya la orang dok mencerca kat facebook dan blog pasal this student yang 'misbehaved' sejak-sejak belajar kat oversea. Walaupun dia tu public figure dan idola to some people, tapi dia tu pun manusia biasa jugak. Ketahuilah kami yang duduk kat over the sea ni banyak dugaannya. Tak semua orang imannya kuat seperti kak long-kak long yang berusrah 24/7, ada jugak yang hanyut. Tapi, kita ni sempurna sangat ke?? Maksum ke kita ni nak mengata itu ini kat dia??

Tak salah nak tegur, tapi tegur la secara berhikmah. Kau maki-maki apa kau dapat? Kalau kau terasa ada obligation untuk membetulkan ummah, apa kata kau pergi tegur sekali Kak Rosmah tu ye? Tu si Pasak Sandha dengan Nabila Huda tu, aku yakin sangat diorang tak pergi obersea pun sambung belajar, tapi tetap la dressing maut kan. In fact, budak-budak sekolah yang duduk melepak depan mangkuk tingkat Pavillion tu jauh lebih teruk by miles. Dah la tak pandai satu hal. Darjah kesiyalan pun agak melampau!

Apa pun aku jealous dengan dia ni. Dia pandai. Sambil-sambil buat medical degree, sempat dia buat degree in pharmacology. Tu belum masuk part writing papers untuk untuk medical journal. Aku pun belum sampai tahap macam tu lagi. Tu lah, kita dok sibuk-sibuk tulis kat blog pasal dia, dia dah siap dua tiga paper untuk publish dalam journal. You go gurl! I wish you all the best!!

PS: Aku sebenarnya pun tak berapa berkenan dengan orang yang pakai legging megging ni. Rimas le tengok. Kalau betis bunting padi takpe la kan. Ni betis bunting gajah, lagi mau tayang naaaa? *ops~

Sunday, January 01, 2012

Goodbye 2011, Hello 2012!!


Diam-diam tak diam, dah masuk 2012 pun. Time flies so fast!! Another year gone, a new year has come.

So, what are the highlights from 2011. To be fair, nothing much pun. Good and bad were fairly at the same level. Tapi tetap la I nak list few thing that happened in 2011:

1. Adik perempuan kesayangan saya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya. Alhamdulillah. Walaupun langkah bendul but who cares? As abang yang sulung, bila adik perempuan kita dah selamat bernikah dan berkahwin (especially dengan orang yang kita yakin dapat menjaga adik kita dengan baik), terasa bagai diangkat beban yang tergalas di bahu. Tu diah BM kau!! I always worried about my sister(s). Walaupun kita ni percaya yang mereka ni bukannya jenis yang buat benda-benda tak senonoh, tapi bila tengok banyak kes rogol bunuh, serta-merta teringat kat my sisters...takut the same thing happen to them. Tapi Alhamdulillah semuanya baik. Saya doakan semoga jodoh mereka berkekalan till death do them apart.


2. Saya tak banyak melancong mahupun melencong tahun lepas. Since saya ni masih junior, maka annual leave adalah seciput seperti taik kambing. Tapi saya bersyukur sebab dengar cerita orang yang kerja dengan private company, ada yang annual leave tak sampai 20 hari pun. So saya dapat 27 hari tu pun dah kita untung baaaaaaanyak! Tahun ni cuma sempat pergi country side kat Munich sambil pose petik-petik apple dan buah pear. Lepas tu pergi Hanoi dan Ha Long Bay, Vietnam. The rest jalan-jalan dalam UK sahajork like Bath, Salisbury etc. Nevertheless, the journey to Ha Long Bay was ah-mazing!! I will definitely going back there next time!!


3. Balik Malaysia 2 kali and jumpa my lovely and beautiful niece for the first time in April. Lepas tu jumpa lagi when I went back in November/December. Despite it was only few months away from April to November, but she changed so much!!! She finally crawling, laugh a lots and keep on showing her 4 wisdom teeth!


4. Managed to lose few kgs and maintain my weight at 65kg for few months before naik baik 2-3 kilo. Pastu turun balik. Pastu naik balik. Ups and downs. Susah rupanya nak maintain berat badan ni ye??

5. First attempt 10km run. I did charity run on behalf of Children Heart Federation for British 10km Run. Managed to collect about GBP200 donation. I wish I could collect more. After that, I run for Starfish Project, a charity programme to help kids with HIV in Africa.


6. Registered with Red Cross to donate some of my salary (every month) to help their charity programme(s).

7. Losing a beloved friend, Khairul Izwan to lung cancer was hard. I was devastated. I still find it is hard to believe that your gone. I hope you found a better place up there. You will always be remember. Al-Fatihah.


8. There was another episod hitam in my life, but I don't think it is appropriate to write on here. Whatever it is, I took it as a reminder from yang Maha Esa agar tak lalai dalam menjalankan tanggungjawab saya.


So gituh le sedikit sebanyak bitter sweet and sour experiences sepanjang tahun 2011. As I'm looking forward to the new year of 2012, off course la akan ada resolutionnyer kan??

Antaranya adalah:

1. Attend more conference.

2. Do a half marathon and marathon. In fact I've already registered to do half marathon in one of the oldest marathon in the UK (not sure la in the world ke tak) in March. It is Bath half marathon. I'm so looking forward to it! Hopefully I can finish it less than 3 hours.

3. Visit more places in the europe continent like Belgium, Italy, Greece, Spain, Netherlands and Ireland. Not necessarily all of the above la. Dapat pergi 2-3 pun jadi la. Ada yang nak sponsor??

4. Look after my weight and my health. Eat healthily. Go to the gym more frequent. Excercise/running/jogging before going to work.

5. Be more responsible. Stop over thinking and judging. Stop expecting to much for other people. More work, less talk (as if la kan??). Kurangkan perang dingin bersama Mak Naga. Less complain and whinge.

6. Spend more time on prayer's mat than on the bed and sofa. Try not to miss sembahyang Subuh especially on weekend and during summer when Subuh habis awal. Sekarang time winter boleh la mantain sebab subuh habis pukul 8am!! After that?? I need to push myself to get out from the bed more often!!!

7. Reading more books.


Before anyone ask about settling down or kawin dan apa saja yang sewaktu dengannya, I'll leave to God. Whatever He decide, I'll be happy with His decision. Till then, I'm going to live my life and enjoy 2012 with style and gratitude, InshaAllah.


Lastly, kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, terumpat, termengata, terlaser dan macam-macam ter lagi, saya mintak maaf banyak-banyak. Semoga di tahun 2012, kita semua diberkati olehNya. Sama-sama lah kita kurangkan membuat dosa dan rajin-rajin menambahkan pahala.

Happy New Year to all of you!!