Monday, December 17, 2012

Mari Menutup Aurat

Oh seperti biasa tajuk lebih over dari cerita sebenar.

Anyway, I memang mempunyai sedikit masalah dengan orang yang suka berdakwah tak kena tempat. Especially set-set yang semberona klik share dan SEBARKAN benda-benda tak diketahui kesohihannya. Macam kes In Sha Allah or InsyaAllah tu lah. Aku peduli hapa tulisnya macam mana. Janji sebut tu, bunyinya betul sudah.

Satu lagi yang I menyampah adalah set-set yang suka menagih like. Berapa juta like saya boleh dapat untuk kalimah Allah ni? Kau ingat kau like banyak-banyak dapat pahala ke? Baik pergi berzikir. Ada jugak faedahnya.

But there are people yang genuinely berdakwah (and I am not referring to Ustazah Ebi Adabi), which for me bagus lah sebab ada orang-orang macam ni. Mencerca dan berdakwah adalah dua perkara yang berbeza ye Ustazah. Orang yang genuinely berdakwah ni selalunya adalah set-set yang humble lagi non-patronizing. Niat diorang nak cari pahala disamping mengajak ke arah kebaikan. Bukannya nak cari glamer or nak tunjuk pandai. Ketahulah yang perbuatan tu sia-sia belaka.

Ok berbalik kepada tajuk asal. As I mentioned dalam post-post yg sebelum ni, aurat laki ni mudah. Tapi yang mudah tu lah yang paling susah nak ikut. Sebab tu lah aku ni masih lagi pakai seluar pendek sesingkat-singkat alam. Ish apa nak jadi tak tau. Orang kata old habit die hard. Nasib lah time ni musim winter. So tak kuasa la nak berseluar pendek bagai.

So disebabkan ini ni selalu sangat letak gambar bercelana pendek kat FB ni kan, maka akan ada la suara-suara yang menegur perihal diriku yang tak menutup aurat ni (including adik aku yang Ustaz tu). Tapi most of the teguran tu adalah yang dalam bentuk baik-baik, yang selalunya tidak akan dibalas dengan kata-kata kejian dan caci maki yang bersifat defensive. Ye lah, benda betul takkan la nak marah pulak kan? Dah terang-terang aku tunjuk aurat. Diam sudeh!

Lepas tu kan, ada la jugak kawan-kawan kat FB I tu kena benda yang sama. Yes, you should know yang some of my friends adalah terlebih daring. Gambar pakai spentot pun nak letak kat FB. Malu pulak bila dok berkomen kat status. Boleh tak pakai elok sikit?

Ok kawan FB yang sorang ni telah mengupload gambarnya kat pantai. Of course dia pakai swimming tight yang atas lutut tu with terbonjol sana sini macam jantan dot dot dot. Lepas tu kan, ada la sorang pompuan ni (or makcik) ni komen guna capital letters, "TOLONG JAGA AURAT!!". Khennnnnn? I masa tu dah ready nak reply, "Yang kau tengok sapa suruh?". Memang suka cari gaduh kan aku ni? Tapi entah macam mana hati aku tergerak nak klik profile perempuan tu. So, I pun kliklah profile dan tengok gambar-gambar dia.

Rupa-rupanya...

Perempuan itu adalah....

EMAK DIA!!!!!

Nasib baiklah aku tak carut di situ. Kalau tak mrasa potong kek!

Yang kau tu pun satu, dah tahu ada emak dalam FB, gambar-gambar yang tak senonoh macam tu jugak yang kau nak upload kan? Dah le FB dia tu penuh dengan bahasa pondan/adik-adik. Segala mak nyah nok semua keluar. Apa lah perasaan mak kau bila baca benda-benda macam tu. Mrasa rahim kembang kuncup!

So moral of the story? Jangan add mak kandung dalam FB. Add mak hayam sudeh!!!

10 comments:

blu4sky said...

salam IKK,
hahaha... sib baik mulut tak melazer erkk..kalau tak free2 kena maki dengan makcik tu..

as for the "LIKE" thing..you have said it..i feel the same way.. banyak benda lain boleh nak di"Like"kan.. so takyah lah kalimah Allah, gambo kaabah things like that nak di Like Like kan.. sangat tak kena... like you said, baik gi zikir lagi dapat pahala..

Mizz Coki said...

Hahahaah add mak hayam.
A;ah sib bek mak daku tak berFB bagai.
mau ditarbiahnya bila melihat anak perempuan sulongnya ini selalu mencarut dan nak bergusti kaedahnya dalam FB. hahahah..

Mak, ampunkan daku.

.ieLah. said...

hahahahahahaha omaigodd.memang nasib baik izuan tak laharkan makcik tu!

u are so funny. update lebih kerap plis? cewah :p

captainlukman said...

biasalah nok, ada sorg lg siap dok mention org ni tak pakai tudung, tak takut aurat bagai ke...tapi kau yg asyik dok nampak kesalahan orang tu, nampak ke kesalahan sendiri??OKtengsbyeeeeeeeeeeeeee

selamat menyambut hari natal*petirrrrrr*

adi said...

yes, merasa rahim mak dia kembang kuncup dan sedut anak dia masuk dalam balik tukar jantina pastu keluarkan jadi wanita soleha, gitu.

tinggi tak imaginasi aku?

faraherda.razalan said...

Hahahahaha! Ok. I ade share entry ni dgn kwn2 I sbb sgt kelakar!!!

Zoe said...

hahaha..
terbaekk izwan.
aku dari tadi tak berenti gelak.
aku rasa macam nak add je makcik tu jadik friend.miahaha~

Kak Zie said...

Hahaha....wpun sy ada fb tp sib baik tak add tuan blog.....tp mmg betul semua anak2 saya lama unfriend saya dr fb mereka. So takleh nak sekodeng

lemongrass said...

Hahahaha....nasib baik tak kena laharan Mak kandung kawan itu.
I pun memang tak faham betul lah orang2 yg add Mak or Pak sendiri kat FB pastu tayang gambar2 and status2 tak senonoh.
malu mak pak sekampung tengok perangai anak.
And I do agree dgn your statement regarding FB status dgn like tu. Menyampah betul kalau I nampak!

-ArmsRenee- said...

Omaigadd!!!! Penat tahan gelak.... Nice entry. Lama tak nampak...