Monday, April 02, 2012

Anak Aku Pandai English. Anak Kau??

Ada la satu masa tu kan, aku terjenguk kat page FB friend aku ni. Tu diah tak habis-habis lagi pasal FB khennnn? Takde la kawan rapat, just kenal-kenal gitu je. Dia tu doktor pakar, aku ni sapa la kan? Konsepnya enggang sama enggang, aku ni burung merak. So how??

Kisahnya, dia ada update pasal conversation dia dengan anak dia yang baru balik dari sekolah.

Mak Budak (MB): So, how was your BM exam?
Anak (A): Ok. For penulisan, I chose the one where you had to complete the karangan. It was about being home alone and suddenly...
MB: What did you write?
A: There was a peragut in the house.
MB: Why? Peragut means snatch thief!
A: Oh man! I thought it meant robber! Now I won't do so well.
MB: ??

Lepas beberapa hari lepas tu, dia ada update pasal anak dia dapat markah BM 45%.

Aku tak kisah le apa yang dia nak update tu. Cuma aku tak faham why she (and her friends) found it amusing. Adakah sebab anak dia tak pandai BM, maka dia rasa itu kelakar??

Oh before ni, dia ada kompang jugak kat FB that she will only speak to her kids using Queen's English. Kelas kau Maria!! No wonder la dia tak kisah pun anak dia reti BM ke tak, walaupun terang-terang dari jauh orang dah tau depa tu melayu.

Bagi aku it is a good practise kalau parent nak bercakap guna English kat rumah with their kids. Sebab nanti yang pandai English sapa? Anak depa jugak. Aku sendiri pun kagum dengan budak-budak yang umur baru 5-6 tahun tapi cakap English lebih English from the English themselves. Unlike aku yang lambat sikit nak fasih. Nak salahkan mak bapak pun, both of my parent sekolah tak habis. Tu pun aku bersyukur sebab diorang pentingkan pendidikan aku dan adik beradik aku. Nak salahkan cikgu? I guess, cikgu pun rasa turn up nak ajar lebih-lebih sebab sekolah pun kampung yang mostly budak-budak memang tak minat belajar. So kami-kami yang minat nak belajar lite-lite ni terpaksa la guna other sources untuk improvekan English.

Jadinya, bila dah tua-tua macam ni baru nak brush up my English, maka grammar pun lintang pukang seperti Ziana Zain semasa dia jadi pramugari MAS. *matilahhhhhhh kena maki dengan Izzu~

Tapi, dalam kita dok gigih ajar anak kita bagi pandai English, jangan la sampai lupa bahasa sendiri. Bila dah umur 10-11 tahun macam tu, perompak dengan peragut pun tak dapat dibezakan, bukan ke tu kronik namanya?? Tidak ke kita malu kalau ada bangsa yang bukan Melayu lebih fasih bertutur dalam BM berbanding anak kita?

Anyway, I am off for the whole week till Easter day. So, dari dok mengangkang kat rumah, I have decided untuk mengembara solo to Amsterdam.

My reading materials

Tapi pergi tak lama pun. Beberapa hari je. Lagipun kos penginapan sangat mahal. Off course la aku takkan duduk kat hostel (sharing room up to 6-7 persons) since aku pergi sorang. Kalau pergi ramai-ramai tu lain la cerita. To think that I might have to share the room dengan budak-budak remaja party animal yang datang ke Amsterdam mencari keseronokan hedonisme semata-mata, I would rather pay a little bit more for a single bedroom with private bathroom.

That's all for now. Kalau kuku tak sakit, nanti aku update live from Amsterdam. Selamat bekerja!!

8 comments:

Anonymous said...

Amsterdam? Kelas kau izuan.. Jgn lupa post pics utk pembaca tegar uols k.. Take care

izzu said...

hahaha, i terbaca nama i diseru!!!

awas u, walau apa pun, kak ziana zain tetap idola i, pose peminat fanatik.

thanks to come, hilite nama i, ley

wow, i teringin jugak nak ke amsterdam. i suka konsep u yg tidak begitu berorientasikan hedonisme. since dah masuk umur 30 tahun, hedonisme sudah lama ditinggalkan, mau mengabdikan diri pada Nya sahaja.

mrasa solat subuh, hidung kembang kempis bau weed :)

u lama lagi kan di UK ? i nak kumpul duit, so next year i leh cucti2 europe bersama bakal girlfriend i, melawat u.

no nana no, kami tidak akan duduk sebilik, sbb kami bukan mahram lagi. dah kawen, baru boleh, ley

izzu said...

jap, i rasa i salah istilah pasal mahram itu. sepatutnya bukan muhrim, aite.

tolong betulkan i, :)

Izuan Kunang-Kunang said...

Anon, insyaallah. Nanti bila balik London I'll post the pics on blog and fb.

Izzu, aiyoh seru je terus datang lol. I lama lagi kat UK. Selagi apa yg I idamkan tu tak tercapai, selagi itulah jasad ku di sini. By the way the last time I check, mahram adalah unmarriageble kin. Muhrim tu pulak maksudnya in the state of ihram.

Anash said...

Anne frank?
wow...
pernah baca "the diary of anne frank" (kena paksa masa tingkatan 3,,huhu)

cool..solo traveller...
updet eh

book seller said...

selamat jalan, moga dipermudahkan semua urusan... :)

anne frank, kisah yang bagus untuk dibaca, kalau berkesempatan, singgah la muzium dia sekali.. :)

by the way, akak ada add izuan kat fb..if u don't mind.. :)

izzu said...

ic, u ada target tertentu di UK rupanya. apa target u di UK tu ? boleh ke i tau ? kalo target u tu, long term, mrasa sempat la lagi nak jalan2 ke sana :)

PUTUBAMBU said...

happy holiday izuan! take care!