Tuesday, February 28, 2012

Kau Ado?

Weekend hari tu konsepnya pergi Asian market kat Bayswater tu nak cari kicap kipas udang. Sekali hambik kau berangkut sakan dengan segala mak nenek perencah adabi, indo mee, mee kering, mee basah dan banyak lagi. Jenuh nak mengangkut balik ke rumah nyah hoi!


Terjumpa la jugak benda ni. Tak tau nama dia apa, but I used to love it when I was young. Ceh macam sekarang tua je. Masa kanak-kanak le. Benda ni jugak adalah secret ingredient untuk buat kek masam manis or kek lapis masam manis. Tapi aku tidak le nak buat kek. Makan begitu saja sudeh. Kau hengat aku rajin macam pompuan kat Bristol tu nak bakar kek bagai? *matilahhhhhh akak Lurpak!~




Terjumpa jugak biskut durian dengan 'durian cake' ni katanya. Macam lempuk pun ada jugak. Kalau buat bubur makan dengan roti sedap tu!!

Biskut durian tu ok la. Kalau you guys pernah makan aiskrim durian 50 sen yang beli kat pakcik motor, letak celah roti (bukan letak celah bedah ye adik-adik), rasa dia lebih kurang sama la. Tak dapat durian yang betul, dapat yang jadi-jadian pun ok lah nok. Syukur atas nikmat yang dikurniakan.

Agak pathetic bila mengenang betapa cravingnya kami-kami (aku je la kot?) kat sini dengan makanan Malaysia. No matter how far we travelled, how long we stayed kat negara sejuk kejung ni, perut tetap melayu. Kalau boleh hari-hari nak makan nasi dengan sambal belacan. Tapi tu la, rumah aku ni ibarat United Nation. So kena la ada variety of food. Kang pengsan pulak pakcik 2 ekor tu masuk dapur sebab dok bau belacan sokmo je kan? So tak boleh la nak makan nasi selalu. Sebab tu la badan aku ni ramping nyah hey (matilah perasan!).

Lagipun, anak makcik Rahmah ni memang rajin kan nak menumbuk sambal giling rempah bagai? Kau ingat aku ni gadis desa? Kang bising jiran tetangga aku ni ha. Tak pasal-pasal I kena pangkah you.

'Tumbuk sambal' yang lain aku rajin laaaaaa. Eh matilah korang tak paham! POMMMMM!!!

5 comments:

book seller said...

hahahahaa...lawak dik!... :)

entri ni patut dikirimkan kepada yang selalu bertanya pasal halal haram makanan yang budak2 oversea makan... :)

serata donia dah ada asian market..takkan tu pun dorang tak tau?..apadaaaa.... :p

akak faham tulisan yang last tu..hahahaha... :p

Izuan Kunang-Kunang said...

Hahahaha. Standard la..orang belum kawin. Eh!! *petirrrrrrrrr :P

Pok Amai-Amai said...

Hahahahah! Durian letak celah bedah? Tak tahan statement tu.

Ye ke tumbuk sambal? Pengsan terus Cik Anon pas nie. Terus solat taubat 10 hari 10 malam.

DeLancrettLurpak said...

Ciss kauuu! Tak memasal blizzard dkt London sebab kau kutuk perempuan lindungan kaabah = deLancrettLurpak, kahkahkah!


Kalau nak buat bubur durian guna durian cake tu, ko kena guna 2-3 batang durian cake (eee batang? apakah penjodoh bilangan yg sesuai?). Tak cukup ok satu, tak terasa kedurianan nye.

Eh, ye ke? guna biscuit tu eh buat cake? Awat cheq taktau, hehehe

Izuan Kunang-Kunang said...

Mommy Fara, hahaha. Cik Anon terus qiamullail 44 malam!!

Akak Lurpak, sungguh lucah kamooo!! Hahaha. If you are referring to picture number one, tu bukan biskut. Nama dia Haw Flakes. Tak tau nak panggil apa. Tau makan jer. Itu la secret ingredient yang orang selalu guna buat kek lapis masam manis tu.