Thursday, January 05, 2012

Student-Student Kita..

Dua tiga menjak ni kan kalau korang perasan, student-student yang ala-ala naik carta semuanya nama bermula dengan huruf A kan??

Mula-mula pasal budak UCD terlebih pandai sebab membiarkan mak ayahnya membayar hutang piutang, manakala dia pulak sesedapnyer la kan lari ikut jantan. Ish tak payah la aku nak elaborate pasal ni sebab aku dah tulis before dengan panjang lebarnya.

Lepas tu, pasal student yang 'kononnya' hero mahasiswa semalaya sebab dia dengan berani matiknya telah menurunkan bendera gambar Abang Najib yang handsome tu sehingga menimbulkan kemarahan panglima-panglima ameno. I somehow think that this guy adalah sedikit pathetic. Ye lah, after dia turunkan bendera tu, maka banyak la ugutan bunuh dia dapat, so dia pun buat report dengan polis. Lepas tu, tup-tup dia panggil polis barua. If you're a police, kau rasa nak bela ke mangkuk macam ni? Orang macam ni kau nak junjung ala-ala Noraniza Idris and call him hero?? Pirah. Dah le membuat kacau di rumah orang satu hal. Eh kalau aku pun, kalau ada orang buat demonstrasi depan rumah aku pukul 1 pagi, aku akan call polis ye. Ni dah masuk kes mengganggu ketenteraman awam. Lagipun, if kau pegi rumah orang, orang tak bagi masuk, apa kau dapat dengan panjat pagar and baring atas jalan tu ye?? Balik je la rumah kau!

As much as I think yang AUKU ni semua tak perlu, but I don't think demonstrasi is the key to solve problem. Eleh, zaman-zaman sebelum AUKU ni ok je. Yang lagi kelakar masa aku kat UM dulu, kata tak boleh involve in politik bagai, tapi boleh la pulak puteri ameno masuk kampus cari ahli ye?? Kaedah sangat!!! Somehow, budak-budak ni bukan boleh dilarang. Makin dilarang, makin diorang nak buat. Nanti kalau fail exam sendiri tanggung ye. Tapi bila difikirkan balik, some of this student yang meminjam dengan PTPTIPU, yang beli handphone dan prepaid dengan duit loan, yang belanja awek tengok wayang pun dengan duit loan, I could not help but wonder apa relevannya diorang ni nak menuntut this so call kebebasan akademik? Mak ayah hantar masuk U suruh belajar, belajar le betul-betul. Dah habis belajar nanti, kau nak melingkup berpolitik sampai tercirit pun suka hati kau la.

Untuk rakyat biasa macam aku ni, dapat masuk U adalah HUGE. Bapak aku siap buat kenduri kesyukuran lah bila aku dapat masuk UM. Satu kampung datang you. Grand macam aku dapat pergi oversea. Padahal KL dengan Baling tu bukannya jauh mana pun. Mak ayah aku bukannya habis belajar pun, so off course they have a high hope for me to success in my education. So korang-korang yang dok sibuk berdemonstrasi tu, tergamak ke korang mengecewakan mak ayah korang? Apa yang mak ayah korang rasa if they found out anak harapan diorang dibuang universiti sebab nak jadi hero dengan berdemonstrasi?? Ish!

Sekarang ni kecoh pulak student yang once dapat 17A1. Ramainya la orang dok mencerca kat facebook dan blog pasal this student yang 'misbehaved' sejak-sejak belajar kat oversea. Walaupun dia tu public figure dan idola to some people, tapi dia tu pun manusia biasa jugak. Ketahuilah kami yang duduk kat over the sea ni banyak dugaannya. Tak semua orang imannya kuat seperti kak long-kak long yang berusrah 24/7, ada jugak yang hanyut. Tapi, kita ni sempurna sangat ke?? Maksum ke kita ni nak mengata itu ini kat dia??

Tak salah nak tegur, tapi tegur la secara berhikmah. Kau maki-maki apa kau dapat? Kalau kau terasa ada obligation untuk membetulkan ummah, apa kata kau pergi tegur sekali Kak Rosmah tu ye? Tu si Pasak Sandha dengan Nabila Huda tu, aku yakin sangat diorang tak pergi obersea pun sambung belajar, tapi tetap la dressing maut kan. In fact, budak-budak sekolah yang duduk melepak depan mangkuk tingkat Pavillion tu jauh lebih teruk by miles. Dah la tak pandai satu hal. Darjah kesiyalan pun agak melampau!

Apa pun aku jealous dengan dia ni. Dia pandai. Sambil-sambil buat medical degree, sempat dia buat degree in pharmacology. Tu belum masuk part writing papers untuk untuk medical journal. Aku pun belum sampai tahap macam tu lagi. Tu lah, kita dok sibuk-sibuk tulis kat blog pasal dia, dia dah siap dua tiga paper untuk publish dalam journal. You go gurl! I wish you all the best!!

PS: Aku sebenarnya pun tak berapa berkenan dengan orang yang pakai legging megging ni. Rimas le tengok. Kalau betis bunting padi takpe la kan. Ni betis bunting gajah, lagi mau tayang naaaa? *ops~

12 orang meroyan:

*Miss Geli^ said...

ha ah la..yang konon nasihat sampai pertikai islam tak islamnye amalina tu punya profile pic pun bole tahan celaka jugak..

bagi aku, nak nasihat bole, jgn sampai kaitkan mak apak tak ajar la..

nasihat, mencaci dan memaki adalah perkara berbeza..

dari kutuk amalina, baik pegi bakar majalah mangga!

Izuan Kunang-Kunang said...

Hahaha. Funnily enough, I thought majalah mangga tu dah melingkup bungkus, masa balik malaysia hari tu...ada lagi rupanyerrr!!! Ish, apa relevannya pose-pose tepi kolam mandi dengan headlines-headlines seperti Zakiah Tolak Adegan Ranjang or Hisham Tidak Dibela Sugar Mummy!!!!

Pok Amai-Amai said...

Hahahahah! Serius aku mmg suke sgt tulisan ko. Selambe...

Tapi kalau jadi apathy pun aku rs...tak baguih gak kan?

misha.w said...

bak kata Dr Fadzilah Kamsah yg i sgt sokong:

Doakanlah agar dia lulus pd Mei depan ni n pulang utk berbakti d Msia. Juga doakan agar dia jadi Muslimah yg Allah redha. Dgn menyebarkan gambar n video clip, kita akan memalukan dia n keluarganya. Memalukan org DOSA BESAR. Kitapun tak sempurna.Semua org boleh berubah n taubat. Kitapun belum pasti sempat taubat sblm mati. Org yg sibuk betulkan dirinya, TAKDE MASA NAK CARI SALAH ORG LAIN. Drp sibuk mengata, baik kita doakan dia n semua org jadi baik.

:)

dian said...

kan? sekurang kurang nya dia kaler rambut pun tetap genius, yang lain?
top up dosa melulu, lepas tu mampu kerja mekdi je? ( tak bermaksud merendahkan mereka yang bekerja dekat mekdi pun )

Izuan Kunang-Kunang said...

Kak Pok Amai-Amai, kalau rasa-rasa bersuara itu mengundang kepada perkara yang negative, bukan ke elok kita berdiam je khennnn?? Tapi orang yang bermolot macam aku ni memang susah nak jadi apathy hahahaha.

Misha, betul tu. Sape la yang rajin sangat dok pi godek gegambar si budak pandai tu ye. Pastu ada la jugak yang biol pergi letak kat blog and facebook sebagai bahan cercaan. Tak pasal-pasal menambah dosa secara PERCUMA.

Dian, iols pernah kerja mekdi ye...awas!!! Hahahaha.

shandye. said...

ala.. some of the bloggers tulis pasal that 17A1 girl tu sekadar nk instant hits untuk naikkan blog masing-masing je.

this one noob blogger yg i tanya, u kenal ke that girl. n his response was "ama who?"

nampak sangat artikel tu pn ala2 kopipes sahajork.

and yeah. i do agree, instead of bashing someone yg u sorta barely know macam amalina tu, nape tak go all crazy bash people depan mata klu u nk sangat bash people?

go bash that fasha sandha and countless other local celebs yg dressing tutup tak tutup tu. lagi bagus.

taik hama seberang laut cina selatan uols nampak... bangkai gajah depan muka uols pura2 tanak nampak plak.

Izuan Kunang-Kunang said...

Amma who?? LOL. Kelas statement kau Mariah. Dah pi cuci rambut!! *ttbe

@rep said...

nox. apa title papers amalina yg masuk journal tu? google x jumpa pown.

monstorious wife said...

Ha ah, gugle tak jumpa. eh, tapi dia kata tulis je, dah publish ke belom?

Izuan Kunang-Kunang said...

Final draf uols. Belum publish lagi yer...

1. "Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012, di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

2. "The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer" - for Journal of Clinical Oncology, di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.

Source from: www.hazrey.com

DBI said...

salam sam,

org org yang hebat ialah seorang yang semakin berjaya dalam hidup, makin dekat dengan tuhan, tapi tu memang susah lah nak dapat.