Thursday, December 29, 2011

Antara Cip Wan, Cip Kodok dan Dhia

Pergh!! Seriously, selebriti Malaysia memang suka catfight kan?? Dulu Tok Ti dengan Tok Pah. Lepas Azwan Ali dengan Poziah Ahmad Daud, Azwan Ali dengan Ifa Raziah, Azwan Ali dengan Didie Alias. Lepas tu heboh pulak pasal Cip Wan dengan Adlin, pastu Cip Wan dengan Cip Kodok. Ape daaaaaa!!

Sekarang, masing-masing dok berbalas pantun sakan kat sokabar dan dekat facebook. Tak professional sungguh!!

Alahai. Uols tu kan public figure, patutnya jaga la tingkah laku. Jangan la lepas laku macam Pasha Sandak tu. Jaga tutur kata. Jangan le asyik nak meroyan je kerja.

Ok, honestly aku tak pernah tengok pun MLM tu sebab tak kuasa nak tengok. Lagipun takde disiarkan kat sini, dan aku pun malas nak beryoutube bagai. Aku sebenarnya pun dah tak berapa berkenan dengan lawak-lawak zaman sekarang yang sangat lame. It is either berlakon jadi pondan or berlakon jadi perempuan. Tu je modal yang asyik diguna pakai. I think zaman-zaman kutuk pondan ni dah berakhir bila Imuda dah tak jadi Sam dan siri 2+1 tu dah takde. Zaman-zaman jantan berlakon jadi perempuan ni pun dah sejak zaman-zaman Senario dulu. Well at least ada jugak aku tergelak sampai terkencing.

Lawak sekarang?? Aku ni sampai dah naik menyampah tengok muka Apek yang asyik dok ulang pakai lawak and the same catchphrase untuk semua movie yang dia berlakon. Don't get me started on Johan dan Zizan yang tak best tu. Angeline Tan dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu lagi lawak ye!

Tapi aku minat Cip Kodok ye. Movie dia macam Setem and Papadom tu for me sangat brilliant. Tapi tidak le aku kata apa yang dia buat tu betul. Bila you dah dijemput dan menerima pelawaan untuk jadi peserta MLM, maka you kena la tahu yang you akan dikritik dan perlu bersedia untuk dikritik bila yang you buat tu tak cukup bagus. Ye lah, bukan senang ye nak buat orang ketawa. Setiap minggu pulak tu. So off course la there will be ups and downs la kan.

And as for juri or si pengkritik pulak, since aku tak tengok so aku tak tahu la sepedas mana kritikan tu. But whatever it is kan, bagi aku pengkritik tugas dia mengkritik. So dia hanya menjalankan tugas dia iaitu bagi komen la. So, tadah la telinga whether you like it or not.

Tapi tu lah, kita ni manusia sesama manusia pun kadang-kadang kena beringat yang kita ni semua ada kelemahan kita. Let it be pengkritik or yang dikritik. To me, there are 2 types of critic. Kritikan yang membina tak semestinya kena guna nice words je. Boleh pedas, but tak semestinya kena meroyan and such. Kritikan yang berlapik pulak tak semestinya membina, it could be yang pengkritik tu couldn't care less about you. Sometimes, it is not good to be too nice, but it doesn't hurt to be a slightly polite either.

Lagipun, let's face it yang kita hidup kat dunia ni sentiasa berhadapan dengan kritikan. From out parent, our teachers, our friends, our enemies, our boss dan ramai lagi. So, it is all down to us on which angle we want to see this comments and critics. Kalau semua orang setuju dan ikut je apa yang kita kata dan apa yang kita buat, there will be no point of living la kan?

Lepas tu yang aku tak paham tu, kenapa la diorang punya die hard fan ni lebih over dari diorang?? Minat gitu-gitu sudah. Tak payah le nak membela artis kesayangan korang tu sangat. Bukannya dia boleh bagi syafaat pun kat korang kat akhirat nanti.


Serious aku tak boleh tahan gelak. Selamba je pergi tulis kat wall Cip Wan macam ni?? Kalau aku jadi Cip Wan, mampus aku titik perempuan ni sampai keluar taik! Eh matilah meroyan!


Ni lagi satu sindrom die hard fan. Sampai nak menyakaikan nama orang. Mana la tau tu memang nama betul dia kan??


Ni lagi satu. Siap sampai menggunakan bahasa-bahasa kesat yang melampau! Ish tak faham aku. Yang korang nak bela-bela sangat artis korang ni kenapa?? Dapat duit ke?? Menyampah la aku.

Masalah fan-fan fanatik ni kan, diorang ni taksub kat 'idola' diorang tu sampaikan apa saja yang dia buat betul belaka. Apa yang idola dia pakai, walaupun tak ubah seperti kain langsir, tetap nak julang kata best dress bagai. Pendek kata, tak nampak salah langsung. Perfect belaka la. Bila artis kesayangan diorang nyanyi semput tak sampai key, they always come to defend on his or her behalf... 'owh, dia penat sebab kena promosi album dekat so and so' .... 'dia tak sihat'... 'dia mengandung la bodo' ....and yada yada yada. Tapi bila keluar album, tetap la download kat internet secara haram kan?? Kaedah sangat!!!

Kalau mak aku, confirm dia akan kata macam ni, "Ha yang artis tak tentu hala tu hangpa nak bela sangat. Yang alim ulama' dok kena hina macam-macam, dok kena kata macam-macam, takdak sapa pun nak bela kan? Yang artis hangpa dok puja, dok ikut. Nabi Muhammad?? Awat hangpa tak puja?? Awat hangpa tak ikut sunnah-sunnah Baginda??".

Enough said, mak aku menang!!

By the way, Tentang Dhia tu cerita menatang apa? Habis penuh wall aku dengan status pasal Tentang Dhia sampaikan senior aku yang askar dan gagah perkasa ni pun boleh update status yang dia sebak melihat rasa cinta Dhia kepada suaminya. Ish pondan ke dia ni??

PS: Saya tak paham dengan orang yang tak habis-habis tegur pasal ucapan christmas bagai ni (walaupun christmas dan habis). Ok, macam ni lah ye, if you are so insecure in your "Islamness", or lack of it, that you easily feel threatened by just saying out Christmas greetings to your Christian friends, then I feel sorry for you!!

Wednesday, December 28, 2011

Post Xmas Part 2

Boleh la pulak ada part 2 iye?

Anyway, just bagitau apa yang aku dapat for this Xmas. Konsep riak menunjuk-nunjuk la kan?? But then again, this year ala kadar je except the decoration yang mengalahkan rumah berhala.




Since than lepas dah dapat tiffany elvavi bagai, kalau tahun ni dapat benda yang sama, mahunya weols semua makan pasir. So tahun ni makcik santarina rumah weols ni kata, hadiah ala-ala kadar sudeh!! Tak payah beli yang mahal-mahal. Ekonomi tengah tak bagus. Bagi hadiah mahal-mahal pun buat apa kalau buat kerja rumah malas (oi tu direfer kat aku lettewwww!! Phuih!!).

So kitorang sepakat nak meminimakan hadiah weols la kekdahnya. Tapi aku tengok kat bawah pokok krismas tetap la melimpah ruah. Suka hati korang la. Esok kalau takde duit, jangan bingit kat telinga aku!

Apapun, aku sangat happy sebab my santarinas bagi kindle, along with the leather case and £20 voucher! Wohoooo!! Oh aku memang la tanpa segan silu bagi hint-hint yang aku nak kindle. Lagipun bukan ke makcik 2 ekor tu jugak yang komplen aku ni terlebih-lebih beli buku sampaikan tak muat nak letak kat book shelves?




Hadiah yang lain biasa-biasa je. Perfumes, DVDs, shirt etc. Walaupun daku mengharapkan kalau tak dapat elvavi, dapat berryberry pun jadilah. Cis hampeh! Terpaksa la aku heret pompuan jahat sekutu rapat aku gi Bicester Village.

Oh I'm so in love with my kindle and I'm actually glued to it...literally!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Post Christmas

Aktiviti selepas Xmas adalah sangat tak best. Since weols dapat dua hari Bank Holiday, maka banyak la masa terluang untuk membuat aktiviti yang tak berfaedah seperti couch-potatoing dan makan cekelat pemberian rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan serumah yang banyak tak terhingga.

Tak terpikir la pulak nak pergi ke mana-mana sebab bila masuk winter ni, terus je rasa mandom dan malas sesangat, even ke kedai tesco express depan rumah. Ye lah, nak kena berbungkus-bungkus macam nasi lemak and have to wear shoes instead of sandal..sangat leceh la!

Aku pun tidak la rajin nak keluar bershopping. Sebab for sure akan ramai hantu syaitan keluar time tu berpusu-pusu membeli-belah. I hate it if I got stuck in the crowd.

Kalau Zara dengan H&M kat Padang Barat tu, on regular basis pun dah macam tongkang pecah, I'm sure on boxing day, the staffs can't be bother to fold back all tees and jumpers yang dipunggah oleh manusia-manusia pendek akal kat sini.

In fact, aku tak pernah gi shopping pun time boxing day selama aku duduk kat sini. Bencilah nak mengharungi orang yang ramai macam syaitoooon ni. Pastu kan siap ada kes tikam menikam lagi you. Kalau tikam nombor takpe la jugak. Ni tikam orang!! Tak sure la pulak aku whether this knife attack were malice or just random attack. Tahu-tahu je la, kat UK ni ramai orang suka main tikam secara random. It's fun to them to watch others bleed to death!!

Most of them yang buat benda-benda tak berfaedah ni adalah set-set pariah council estate yang anti social. Sebab tu la aku ni tak rajin pergi belah-belah Elephant Castle, Croydon (rumah Leona Lewis dan Adele) dan east London sinun, walaupun ada Burberry outlet kat Hackney. Mak takut kena rampok nyah!!! Aku ni dah la tak pandai silambam bagai. Sedang habang-habang polish yang gagah perkasa pun boleh dirampok oleh budak-budak gagak yang berumur 16-17 tahun, apatah lagi aku yang lembik ni?? Hanya mampu menjerit dengan decibel yang tinggi ala-ala Mariah Carey je uols!

I'm back to work now. So rasa macam agak ok. Lagipun, mak naga cuti sampai new year. So aman sikit ofis walaupun for sure akan banyak patient yang nak dientertain. Takpe lah. Better dari duduk mengangkang kat rumah. Hanya buat taik mata dan membesarkan badan je!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, December 24, 2011

Shoulda Woulda Coulda

Bila kita ada kawan yang dahulunya bengkang bengkok seperti ular kena palu, tiba-tiba berubah menjadi straight dan nak kawin bagai, rasanya most of our reaction akan jelik semacam kan?? Tak tahu kenapa, padahal benda tu benda baik. Patutnya kena la bagi sokongan.

Tapi kena tengok la jugak what's the reason behind it, sebab some of them ni pun bukannya betul-betul nak berubah. Hanya sekadar nak mengaburi mata masyarakat or mak ayah suruh kawin. Kawin tu just cukup syarat je. Kesian sangat perempuan yang mangsa jantan-jantan tak sedar dek untung ni. Dah beranak pinak pun masih nak menjalang lagi kan?? Keji sangat!! Takde ke panglima-panglima yang nak tolong ludah muka diorang ni?? Eh!

Korang rasa, perlu ke tak perlu bagitau bakal isteri about your past?

I think, it is important for those guy yang who was gay previously bagitau his future wife yang he was gay before and now dia dah insaf and dah berubah (make sure betul-betul insaf la ye!). Because, I think sooner or later she will found out anyway. Benda-benda macam ni bukannya susah nak korek. I'm sure akan ada mulut-mulut lahanat yang suka membawa cerita. So, it is better to know it from tuan empunya diri daripada tahu from mulut-mulut longkang pondan-pondan or dari mulut jantan-jantan simpanan you. You don't need to tell her all the details.

Lagipun better to know sebelum kawin than after kawin. How do you feel if you found out the woman that you're married to rupanya dah ditebuk tupai tanpa kerelaan dia?? Or dia pernah kena rape before? Same goes on this matter.

I'm sure most of the woman will appreciate it. If she didn't care about your past, lucky you!! If she found it hard to accept your past, than she's not the one for you lah kan?? Lagipun, jodoh tu kan di tangan Allah?? I'm sure there are loads of girl yang ok with it.

Besides, you cannot build a relationship based on lies!

Anyway, it's christmas eve-eve today and I'm just finished wrapping all the presents. My flatmates had it all ready since October. Yeah! So I'm really way behind, but hey better late than never!

Here are some photos taken from the christmas decoration. Our house are pretty much looking like a mini winter wonderland Kudos to R, who worked so hard to put up everything. He is always exited with christmas.






So, I want to take this opportunity to wish all of my friends who is celebrating, have a lovely christmas and happy new year.

Sebelum ada ustaz dan ustazah jadi-jadian bagi komen mengecam yang bukan-bukan pasal syirik dan tergelincir akidah if we wish kawan kita happy christmas, here are the link yang discuss about this matter. Sila baca dan fahamkan ye.

Cheerios!!

Saturday, December 17, 2011

Kahwin Gay Eh?

Kan? Kecoh satu Malaya pasal bekas medical student UCD (senior ko la kan Seed?), yang parent dia buat laporan kata hilang tak balik-balik, tup-tup muncul gambar dia bercumbu-cumbuan ke seantero dunia dengan caption yang boleh buat mak bapak dia rasa nak bunuh diri. Ish! Korang boleh la baca kat SINI, SINI dan SINI. Tak kuasa la nak upload gambar-gambar tu. Masalahnya, betul ke?? Sahih ke cerita ni?? Atau sekadar TROLL je?? Wallahualam.

I am more interested to read the comments from ustaz dan ustazah jadi-jadian yang mencadangkan agar budak ni dibunuh and so on. Bagus sangat kan. Kau preach macam-macam pasal dosa pahala, pastu nak membinatangkan orang dan membunuh orang..apakah??

Tu belum masuk part bangang yang tak dapat bezakan antara civil partnership dan kahwin, tak dapat bezakan antara council building dengan gereja. Diorang ni tak tahu ke yang even kat UK ni pun masih tak membenarkan gay wedding, dan tak ada church yang benarkan gay wedding? Tu belum masuk part menghina agama lain. Sekarang sapa yang bodoh sekarang?

Some of us ni, yang kononnya straight tak bengkok-bengkok ni pun ada yang Islam pada nama je. Tapi bila ada-ada isu macam ni, dan-dan jadi alim taik kucing. Bila ada orang-orang bukan Islam hina Rasulullah (s.a.w), kita pun meleting, nak bakar itu ini, junjung kepala lembu bagai. Tapi kau yang kononnya marah sangat tu, dalam sehari, berapa kali kau berselawat ke atas Baginda?? Bila orang hina Al-Quran, kau marah. Tapi Al-Quran sendiri dibiar berhabuk dalam bilik, buat perhiasan yang kononnya untuk menghalau jin dan syaitan. Padahal syaitan yang besar tu...kau la kan?? *matilahhhhhhhh~

Pastu, siap ada bagi cadangan suruh kerajaan supaya mengkaji penghantaran pelajar ke UK untuk sambung belajar. Disuruhnya kerajaan hantar diorang ke negara-negara Middle East. Dia kata boleh belajar di samping mendalami ilmu agama. KATA KAU!!!! Padahal, pak-pak arab tu pun ramai yang gay. Even Taliban pun ada lelaki simpanan kalau korang nak tahu. Dah ada bini empat, tapi still ada LELAKI SIMPANAN ok!! Siap sesama sendiri boleh berebut lelaki yang diorang minat sampaikan boleh membawak kepada pertumpahan darah semata-mata berebut jantan. Ini orang yang kau julang sebagai hero Islam?? Sila malu ye!!

Orang kalau nak menjalang, kat tandas masjid pun boleh buat ok!! Jangan nak salahkan persekitaran. Jangan dok kata kitorang yang duduk kat luar negara ni senang terpengaruh dan senang MURTAD. WTF? Kat Malaysia tu lagi ramai yang murtad dari kitorang yang duduk kat sini!!

Actually, kalau benda ni betul sekalipun, I couldn't care less about it. Dia nak jadi gay ke, nak jadi showgirl ke, dia nak jadi Beyonce ke...dia dah baligh, dah cukup umur. Pandai-pandai la bertanggungjawab pasal diri dia. Kita doa je that he will find the light at the end of the tunnel dan semoga Allah bagi hidayah kepada dia dan kita semua. Hidayah tu milik Allah. Dia boleh bagi dan dia boleh ambik balik. Some people dapat hidayah di awal kehidupan, but towards the end of their life, Allah tarik balik hidayah tu. Some people hidup bergelumangan dengan dosa, tetapi di saat ke penghujung nyawa, Allah berikan dia hidayah. Maka beruntunglah mereka yang beroleh hidayah di saat menghampiri kematian.

I am more concern about his parent.

Kita ni kalau nak buat jahat sekalipun, jangan la nak babitkan orang lain, especially mak ayah kita. Tak cukup ke susah payah diorang selama ni untuk membesarkan kita, now hutang belajar pun diorang jugak yang kena tanggung?? Bukannya sikit, dekat sejuta tu!!

Masa aku sambung belajar dulu pun aku terikat dengan scholarship with 3 years bond with so and so company. I managed to work there for 2 years and end up broke the contract sebab tak tahan and I have to pay huge sum of money. At that point, I don't know where to turn but my parent. Terketar-ketar masa tu nak mintak tolong from my dad. He end up guna duit EPF. My relationship with my dad became bitter and I've got no one to blame but myself. Terasa macam anak tak berguna sangat. Nak membayar balik pun banyak sangat halangan. Not that I don't want to pay back, but I wasn't financially stable to do so. But in the end, alhamdulillah, I pay my dues (and still paying) to my dad, I pay my PTPTIPU loan (and still paying with ridiculous extra charge yang dipanggil KOS PENGURUSAN!!) and I support my family.

Kita kena ingat yang restu mak ayah tu adalah restu Allah jugak. Kalau parent kita tak merestui kita, kau rasa Allah akan restu hidup kita ke tak?? Sedangkan kita tahu, walau sejahat mana pun ibu bapa kita, kita masih kena hormat mereka. Pernah dengar cerita pasal pemuda yang mandikan dua ekor babi, which turn out yang those babis adalah mak bapak dia?? Sampai ke tahap tu sekali kita kena hormat mak bapak kita ok!

So, to whom it may concern, tak baik buat kat mak ayah macam ni. Despite all this gay marriage malarky, I still believe that they will love you dearly. Bawak-bawak la berbincang. Yang dok share gambar-gambar kat FB tu, udah-udah le. Kesian kat mak bapak dia. Kita pun tak tahu hujung pangkal cerita ni.

To those yang tak habis-habis dok gebang pasal bala dan kiamat ni kan, all I can say, mati itu PASTI...kiamat itu PASTI. Takdenya sebab si dia ni, esok tu akan kiamat. Dan jugak bukan sebab goyang gerudi Inul yang menjadi punca gempa bumi dan tsunami di Indonesia. Ia berlaku akibat Indonesia terletak di kawasan lingkaran api pasifik yang sangat tidak stabil dan mempunya aktiviti seismik yang aktif!! Bawak-bawak ler beramal dan jangan menambah dosa kering dan dosa-dosa tak perlu!

Sekian.

Wednesday, December 14, 2011

The Reason(s)

This is one of the few reasons why choose to do obstetric ultrasound.




The baby is sucking the thumb!! How could you not love that?? :-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 13, 2011

The Filthy Filthy Gym!

As I told you guys before in many many of my previous posts, I can't complain much about the state of the gym that I'm currently join because I only paid £20 per annum and the rest was paid by my employer. Lucky me!

Lagipun, aku ni tidak la segigih pondan-pondan angkat berat kat Celebrity Fitness Lot 10 tu!! *matilaaaahhhhhh!!* Setakat nak buat kardio and few sit up, perlu la nak pergi yang high end and bayar mahal-mahal? Ada basic equipment dah cukup.

But I really have an issue with the cleanliness in this gym. The shower cubicles are always filthy with body hair. Wash basin is dirty with some bastard's facial hair and shaving cream. The dressing table are dirty too with hair tonic yang dipakai oleh uncle-uncle beruang. Bau jangan cakap. The floor in the locker room is always wet, like really really wet, which I don't get it. Why it is so difficult to keep the floor dry? It's very unhygienic! Susah sangat ke?? Why is it so difficult to dry yourself up before entering locker room? Is it too much to ask?

Pastu, kat dressing table tu adalah body cream untuk kegunaan ramai (yang tergantung tu). Please refer kepada gambar di bawah...



Satu hari tu kan, ada la sorang lelaki beruang yang yang tak sadar diri ni masuk locker room tanpa seurat benang. Tetibe semua cermin retak seribu!! *matilah drama sangat!* Buta mata aku buat beberapa saat Leha oi! Takde ke yang elok sikit nak berbogel dalam gym ni? Apesal asyik orang tua set set kimpah ni je?? Perut dia besar you, sampaikan if you want to look for his 'barang kemas', it will be like mencari harta karun ok!! *petirrrrrrrr~

So, pakcik ni dengan selambanya jalan depan aku, gi guna body cream free ni. Dia tekan 'prett....prett'. Dia sapu krim tu kat celah bontot dia yang retak seribu tu. Pastu dengan tangan yang sama, dia tekan lagi 'prett...prett'. Dia sapu pulak kat celah-celah testis dia. Terasa dunia aku ni gelap!!!!!

Ish ish ish. Nasib la aku ni jenis pergi gym bawak seisi rumah toiletries datang. Hai...untung lahhhhhhh sapa yang guna krim tu lepas tu kan??

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 11, 2011

Penjarakan MULOT Dia!!

Okeh anak-anak ikan semua. Mak ayam korang (matilah feeling mak ayam kan??) dan selamat berambus balik ke tanah Inggeris yang sejuk kejung ini.

Hari ni aku cerita pasal mulut becok or tak sayang mulut. Bercakap pasal tak sayang mulut ni kan, I think everyone aware yang aku ni pun termasuk dalam golongan-golongan yang cakap lepas dan ikut sedap mulut je. In fact, I think most of us pun kadang-kadang terlepas cakap and so on kat blog, facebook, text messages and etc. Ni bukan sebab selalu makan bontot ayam!! Cuma mulut tu laju mengeluarkan kata-kata sebelum sempat otak berpikir. Maka keluar la bermacam-macam kata cerca yang tak disengajakan. Sometimes tu, kita takde la pun maksudkan apa yang kita kata. Probably it just too difficult for some to digest. Sudahnya jadi salah paham yang boleh membawak kepada pergaduhan yang langsung tak memberi benefit to both side. Kalau dapat duit takpe la jugak!!

Tapi ni aku bukan nak cakap pasal aku, atau pasal bebudak k-pop yang biol tu. Ni pasal sorang celeburiti bermulut becok (bukan Hazrey ye adik-adik) yang memang famous la dengan rantings and ramblings kat fb fan pagenya tu. Ala yang kata baju pengantin Memeh tu berkedut tu..EH..POMMMMM!!!!

Let's cikpat!!

Ada la satu hari tu kan, dia tu dok brag la pasal dia dapat jemputan makan-makan kat butik eLVavi depan Pavillion tu hah. Launching holiday collection ke hapa ke God knows lah kan. Eleh, memang la dia kata dia bukannya nak riak, tapi from the dia bercerita tu?? People boleh interpret into 1001 macam cerita lah kan. Dia kan fofuler?

Al-kisahnya, dia kata program tu start pukul 7. Pastu kan, ada la budak pompuan ni (yang aku rasa pun tegur tak kena tempat) pergi tulis macam ni la kat bahagian komen:

"Hu..hu..Why 7pm and not 8pm?? Agaknya majlis tu ramai foreigner tak payah solat maghrib kot?"

So, harus la jantan bermulut laser tu melenting!! Dia pun update la status yang panjangnya berjela-jela mengata kat budak perempuan ni and called her KAMPUNG dan lain-lain lagi.

Pastu, peminat-peminat fanatik dia yang taksub sangat kat seleburiti sorang ni pun pakat-pakat la join mengata kat budak ni dengan mengata budak ni as ustazah jadi-jadian la, perempuan gila meroyan la, jealous la, pakai beg eLVavi petaling street la dan macam-macam lagi lah.

Ok, here are my opinions.

Baik the seleburiti, the girl and the fans, tiga-tiga hampeh. As for that girl la, walaupun niat dia tu baik, but then again benda-benda tu kan hal peribadi. Lagipun I don't think yang dia perlu mention whether dia sembahyang ke tidak. Perlu ke kompang satu fb??

Lepas tu kan dik, kita ni as orang Islam, pandai-pandai la nak allocate masa nak gi sembahyang time bila. Tak kira la function tu start before maghrib ke, after maghrib ke. Takkan la setiap majlis kena ada tentatif program sembahyang?? Adakah kita ni jenis bangsa yang kena bagitau, bagi masa untuk buat, baru nak buat?? Kalau program agama kat masjid tu lain lah. Memang kita akan solat berjemaah dulu sebelum nak dengar ceramah mahupun makan free. Lagipun kat KL, semua shopping complex ada surau yang selesa untuk beribadat. It shouldn't be a problem kalau nak solat. Cuma nak dengan tak nak je.

Macam time kerja la. Some of the employer, takde letak pun time out 15 minutes untuk sembahyang. Maka somewhere in between the busyness of membuat kerja yang berfaedah dan tidak berfaedah tu, kita ni pandai-pandai la nak excuse gi sembahyang, walaupun pada ketika itu kita tengah on the phone bersama blogger terkenal (kan Bro Hazrey hahahaha)!! I think majikan pun boleh paham. Even my leader yang bukan Islam ni pun faham. Kadang-kadang tu siap tanya I dah sembahyang ke belum. Malu tak kita? Memang lah penat nak explain waktu sembahyang yang berubah-ubah, especially bila kita kat negara empat musim yang maghrib sekejap pukul 9 malam dan sekejap pukul 3 petang. But then again, what harm could it do?? In the end, kita jugak yang senang kan?

Yang si seleburiti tu pulak, awak tu kan public figure. Dah berumur pulak tu. Kata dah lama makan garam, sepatutnya the way you react pun kena la tunjuk macam dah lama makan garam. Yang nak terasa sangat tu kenapa?? Benda-benda macam ni, is either you ignore or jawab secara berhemah la. Kata belajar sampai obersea bagai kan? Ini tak. Jawab macam ala-ala terasa. Pastu kata perempuan tu kampung. Heloooo awak tu pun asal kampung jugak. Jangan nak feeling-feeling urban sangat ye!!

Kalau jawab elok-elok apa salahnya. You react macam tu hanya menampakkan you tu tak matang dan mudah melenting. Bawak-bawak le bersabar. Awak tu dah nak dapat second cucu!

Yang peminat pun satu hal jugak. Boleh tak jangan menyokong membuta-tuli? Walaupun korang tu fanatik habis la kan, doesn't mean you guys have to mengiyakan je apa yang dia kata. Sometimes, ada jugak benda-benda yang dia tulis tu merepek dan perasan bagus. Perlu ke korang as a peminat nak julang statement tu sepertimana dijulangnya Kak Ani time nyanyi lagu Dikir Puteri masa Juara Lagu?? Kaedah sangat!!

Anyhow, status tu ada sekejap je. Lepas tu tuan punya fan page tu delete the status for whatever reason yang dia saja yang tahu. Probably dia baru sedar that the way he expressed his anger was inappropriate la kot??

Tapi standard la kan..terlajak perahu boleh diundur, terlajak jadi pondan mrasa la kena cerca sampai mati kan?? *matilahhhhhhhkau Leha~

So, sama-sama la kita beringat-ingat dalam mengeluarkan kata-kata baik secara lisan mahupun bertulis.