Hi all.
It is official here in England that raya will be on 30th of August 2011. Sama la macam kat Malaysia, except we are 7 hours different je. Anyway, aku tak celebrate pun and I have to work on the top of it. But I guess, that is the bitter sweet merantau kat negara orang ye tak??
So, saya sebagai penulis blog tak bertauliah ini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali saya dan pembaca-pembaca blog tak berfaedah ini. Sekiranya saya pernah mengguris hati sapa-sapa melalui tulisan atau perbuatan saya, mintak maap banyak-banyak naaaa dari hujung split-end rambut uols sampai la hujung kaki.
Kepada mak dan abah, mintak maap banyak-banyak, mintak halal makan dan minum. Maaf kerana tak dapat beraya bersama-sama tahun ni. Semoga kita dapat beraya bersama-sama tahun depan. Saaaaayaaannnngggg mak dengan abah banyak-banyak!!
Kepada kawan-kawan, you know who you are, kalau ada salah dan silap atau terlebih kurang, kosong-kosong na. Quoted from my dearest friend, Ford: "Walaupun ucapan aidilfitri ini kelihatan sama pada setiap tahun, namun keikhlasannya tak pernah hilang...".
Here are some of the photos collection from raya tahun-tahun yang lepas:

Well, ni actually not a hari raya celebration pun. Sapa tah kawin kat Temerloh bley??

Dalam kebun getah kau!

With bestest buddy, Ford.

With my bestest friends. Kamilah Spice Girls (with 3 orang yang tak berapa gegurl)!! *matilahhhh~

Bersama buah hatikiewwww yang tembam dan kuat makan... *kipas siling roboh~

Tak faham apa fungsi bebola tu sebenornye...

Sewaktu zaman masih anak dara...eiiiiiiiii!!!!! *sila muntah darah~

Open house kat rumah Encik Muhi.
Ok lah guys. Raya elok-elok. Jangan main mercun. Jangan drive macam iblis. Ingatlah orang yang tersayang. Kalau makan kuih raya tu, ingat-ingat la orang kat London yang dok makan cupcakes, croissant, scones dan menatang-menatang lain. Sedih ok!!
Cherio and take care.
*mode mendengar lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf versi Kak Pah~






