Tuesday, May 31, 2011

It's itch like a Bitch!

Ok. Ini adalah update yang tak berfaedah. Kann?? Macam ada je yang berfaedah selama ni!

Tangan aku hari ni memang gatal-gatal nak update. Ni literally gatal-gatal ye adik-adik. Akak korang ni entah pasai apa tak tau, ribut takdak, angin kus-kus takdak, tup-tup dapat allergy reaction. Mana mai pun tak tau. Maka, habis la satu badan, kaki, bontot semua (tak termasuk pepek) naik allergy rashes yang merah-merah bak buah delima yang gatal ya ampun macam syaitonnnn!!






Azab kan tangan aku?? Tapi tetap la nak tunjuk cincin tiffany & co kan?? Gituh. Heyyyy aku beli sendiri okey. Takde spedo-spedo ye.

Agak lama jugak la aku suffer menda alah ni. Since Friday aku dok menggaru macam kera. Habis anti-histamine and cortisone cream aku sapu, still gatal-gatal lagi. Dalam kepala otak aku ni dok pikir la jugak if I did anything extra ordinary or non-routine. Rasanya takde. Huwaaaaaa bencinya! Tak boleh pakai hot pants gi jogging!! Boleyy??

Tapi dalam dok gatai sana sini tu, sempat la jugak aku pi usha kedai optical. Akhirnya terjumpa la frame RayBan wayfarer yang dah lama menjadi idaman kelabu asap aku ni. Terus akak order, siap suruh diorang letak prescription lens yang transition gituh. Yay suker!!

Sekali pakcik rumah aku cakap muka aku macam Gok Wan daaa. Babi betul!! Baru nak embrace new look. Bencilah!!!






Sangat tak sama kan aku dengan Gok Wan ni. Kan?? Kann?? Berani dia samakan aku dengan ponen tak siap ni!!

Sebenarnya banyak aku nak mencarut kat blog ni. Tapi takut la pulak kena tulah gituh. Buatnya allery aku ni makin teruk sapa nak jawab? Korang suka la kan mak kena santau bagai kan??

Ok lah. Can cin cau dulu!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 29, 2011

Motherhood

Hi uols!!

In my opinion, sifat keibuan tu adalah anugerah. Tak semua wanita ada anugerah tu. If ada pun, ramai yang tak sanggup. Ada kata susah. Ada yang sangat enjoy jadi ibu. For them, that is the best feeling in the world.

Sebab tu la seorang ibu sanggup berbuat apa saja untuk anak dia. Tabah menghadapi semua dugaan asalkan anak dia bahagia, gembira dan macam-macam lagi.

Bekerja di maternity department ni, aku jumpa macam-macam jenis orang. Ada yang perangai nauzubillah, syaitooonnn sangat perangai. Dah tahu mengandung, tapi masih tak sanggup nak give up smoking and minum alkohol. Kalau benda macam tu pun diorang tak sanggup berkorban, ni kan pulak nak membesarkan anak kan??

Ada seorang patient tu lagi lah aku tak tau nak klasifikasikan kategori mana. First, ni bukan la first time, in fact she already had 2 boys before. She is in her 40's, which already put her in her high risk group. She had to walk with cane. When I asked her what happened. She told that she had a spinal split disc for past few months. So, dia memang constantly sakit belakang. She can't even lie down on her back sebab it is too painful and she had to stop her medication sebab mengandung.

The reason she had to use cane/sick untuk berjalan sebab sakit lutut akibat berat badan berlebihan.

Can you imagine this??

My first thought when she told me the story, WHAT AN IDIOT!!!! That was such a stupid decision to get pregnant in her state. Dia bukan saja menyusahkan orang, but menyusahkan orang lain at the same time. She can't even walk without her husband's help. Ni macam mana nak jaga baby.

But at the same time, I adore her spirit. Sometimes kita tak tahu. Mungkin this one was really unplanned pregnancy, or kondom bocor ke. So, since dah termengandung kan, nak buat mana. Tu kan kuasa Tuhan. Takkan nak abort pulak kan? Unless kalau memang dia saja cari penyakit, tu memang la beyond stupid. To think that she will go through all the trouble, I wonder la if I am in her shoes, hish agaknya macam mana la I nak handle semua ni.

The other patient pulak, si dia ni memang dah tahu yang kandungan dia tu bermasalah. She had a baby with open skull and the brain tu herniated out from the head. So memang chances untuk survived tu agak rendah. So we did offer her medical termination. But she refused. She want to keep her pregnancy.

Miraculously, she managed to go to almost full term with the pregnancy. We had to deliver the baby via c-section and the baby only lived and breathed for few minutes.

I cannot imagine her feeling. First she had to go through the pregnancy and second she knew that the baby will never survived. It must be very hard for her. Penat-penat mengandung and carry the baby for few months for nothing. God knows what is her reason. Nak kata religion, in fact in Islam, kalau dah memang jelas tak dapat diselamatkan, ia boleh/harus digugurkan.

Entah lah. Ada orang tu suka-suki gugur anak, buang anak, dera anak dan macam-macam lagi. Ada jugak orang yang mengandung beranak bagai ni untuk dapat benefit or dapat duduk rumah free. Ada pulak orang yang desperate nak dapat anak, dah puas berIVF bagai, masih takdak apa-apa hasil.

At the same time, saya bersyukur sebab mempunyai mak yang sangat best. Walaupun ada ketika saya juga berharap yang mak saya tu Ziana Zain, atau pun puteri raja. Ala-ala lahir dalam rich and famous family gituh. Tapi bila difikirkan balik, adakah saya akan menjadi saya yang sekarang ni jika mak saya adalah Ziana Zain atau Julia Robert?? Rasanya tak la kot.

Sebab tu la saya sayang mak saya.

Wednesday, May 25, 2011

Bebola Babi Swedish

Hi uols!!

Hah betul ke? Aku dengar sekarang kecoh satu Malaya sampai la ke tanah Inggeris ni. Katanya Swedish meatball kat Ikea yang famous amos tu tak halal, i.e mengandungi babi??

Kalau ye, mrasa la masing-masing merasa jijik kan sebab I believe ramai yang suka gila makan meatball tu. Contohnya Leha dan Kak Fahya. Sila lihat perut masing-masing ye!! *larikkkkkkkk~

Entah betul, entah tidak. Selagi tak keluar arahan jabatan agama Islam dan KDNHEP, makan la sekuat hati.

Aku tak faham dengan masalah makanan halal haram kat Malaysia ni. Sebab nama pun negara Islam. Patutnya benda-benda macam ni tak patut berlaku. Sebagai rakyat Malaysia yang duduk kat Malaysia, aku rasa korang mesti la nak makan dengan bebas tanpa perlu ragu status makanan tu. Ye lah, negara Islam katakan. Lain la kalau kau gi kedai Ah Chong order bah kut teh semangkuk. Dah sah-sah la ada babi kan?? Kau ingat dia rajin nak substitute dengan daging ayam??

Lain la macam kat UK ni. Walaupun banyak kedai yang jual daging halal i.e disembelih secara sah mengikut hukum, kadang-kadang aku ni pun naik ragu-ragu. Kau tahu je la. Peniaga ni mostly nak kaut untung je. Susah nak cari yang jujur. Arab pulak tu. Boleh caya ke?? Matilah racist kan??Mungkin tak disembelih, tapi dia claimed sembelih. Tapi since kat sini takde jabatan agama Islam yang nak pantau, nama pun western country, maka akak redha je la dik non. Halal kata dia, halal la kata akak. Kalau dia tipu, dia la yang berdosa.

Kat dalam kedai yang so-called halallan toyyiba ni pun, ada satu sudut jual produk babi. Kau bayangkan la apa perasan aku?? Tapi tu bukan daging mentah la. Semua tu stock-stock daging yang dah diproses jadi salami, sosej dan terletak di bahagian asing dari tempah jual daging mentah halal ni.

Tu pun, nasib la aku ni bukan jenis karnivor sangat. So, tidak la aku meroyan kalau tak dapat makan daging seminggu. Aku suka makan ikan. So off course ikan tu halal. My favourite are salmon, mackerel and sea-bass. Ikan bilis pun sodap jugak! Sebab tu masa aku balik Malaysia dulu, aku angkut bawak balik 2 kilo ikan bills hokeyyy!! Seafood pun halal apa? Asalkan kau tak goreng guna lemak babi sudah la. Hahaha. Ops!

Berbalik kepada topic asal, jabatan-jabatan agama Islam dan badan-badan yang berkaitan ni sepatutnya lebih tegas pasal status halal ni. Kalau dah tahu tak halal tapi guna status halal palsu, jangan kompromi. Ambik tindakan kaw-kaw punya. Sebab makanan ni benda paling utama. Dan makanan jugak la sedikit sebanyak memberi kesan kepada peribadi sesorang tu.

Sebab tu la dalam al-Quran cakap, kalau kita ni makan atau memberi makan kepada zuriat kita, ia kena datang dari SUMBER yang halal. Bukan setakan benda makan tu je halal uols. Sumber tu pun kena halal jugak.

Kalau dok bagi makan dari sumber-sumber yang haram, tu yang bila besar pakat-pakat jadi mat rempit, bohsia dan jantan biadap yang takdak kerja dok pi merenjis-renjis dipilis asid kat random people. Kalau kau hari-hari bagi anak kau makan babi, mrasa la perangai pun macam babi kan?? Kalau bagi makan SOTONG?? Lukman sila jawab!! *larikkkkkkk~

Benda yang kita makan ni akan jadi darah daging kita. Sebab tu la kita kena jaga apa yang masuk dalam mulut. Kalau yang masih belajar tu lagi la banyak panting larang. Masa aku belajar dulu, makanan-makanan ringan, carbonated drink, buah-buahan yang masam seperti mempelam muda dan juga organ-organ dalaman seperti hati ayam, lembu, paru lembu...memang aku tak makan uols. Sebab benda-benda membuatkan kita mudah lupa. Sebab tu la masa aku student dulu, aku pandai uols. Matilah angkat bakul kan??? Aku tak sambung belajar kat oversea bukan sebab tak dapat offer ye, tapi Cik Mah hangpa la yang tak bagi cheq pi hangpa tau dak??

Mak aku siap bekalkan aku dengan kismis yang dia dah baca yassin pada malam jumaat. Mandrem baik punya. Aku yang asalnya student biasa-biasa terus cemerlang. Kan Leha?? Gituh!

Benda-benda ni memang tak boleh diambil ringan. Sebab tu la orang ramai marah dan hilang keyakinan. Sebab apa? Benda yang paling utama, paling asas tak dapat dilaksanakan dengan betul, dok sibuk pasal nak ban hari valentine dan keluarkan fatwa yang bukan-bukan. Quoted from Anna penulis blog Belacan Budu tu,

"Hal lubang pungkok orang bukan main lagi nak highlight, tapi hal makan yang memang orang lain buat tak pulak terjaga!!"

*saya tercampak ke belakang bila baca statement ni...pedas yet true!!

So, come on la kerajaan kerajaan Malaysia dan badan-badan yang berkaitan dengan sijil halal haram ni. Dah penat-penat buat forum halal product sampai terkenal seluruh dunia, tapi hakikatnya masih dibelenggu dengan benda yang aku rasa tak patut berlaku kepada negara yang so-called negara Islam ni.

Update: Berdasarkan sumber dari internet, i.e blog yanmieonline.com, ikea meatball adalah produk Malaysia yang mempunyai sijil halal dari Jakim. So, Payed kau tak payah nak rengsa-rengsa. Sila serang ikea dengan kadar segera.

PS: Kalau dah product Malaysia, panggil je la Malaysian meatball kan?? Hiks.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 19, 2011

Blog Traffic

Hi all!!

Aku ni sebenarnya takde kerja. Maka tangan aku yang runcing ni pun gatal-gatal la menggodek-godek blogspot ni.

Selama aku dok berblogging ni kan, tak pernah pun aku pi kat bahagian stats yang menunjukkan traffic kat blog aku yang nan hado ni. Couldn't even bother pun actually.

Sebab tu la aku tak peduli pun nak letak visitor counter tu. Bukan apa nok. Satu, aku ni dah berblogging sejak zaman jahilliah dulu lagi kan. Lately pulak makin banyak new blogger yang follower ribu-ribu, siap ada fan page bagai kat FB. So confirm la aku ni akan sentap masuk bijik sebab dah sah-sah la blog depa lagi ramai reader gituh. Mana tak ramai kalau setiap entry tu dok kompang kat FB. Kau ado??

Second, blog ni aku buat pun just for fun dan tempat mengadu nasib. Bukan tempat mencari makan, menjual diri mahupun buat pertandingan mewarna. So, ada orang ke takde orang ke, akak totap akan menulis jang hey!!

Ok. Berbalik kepada cerita asal, ni la antara benda-benda yang aku jumpak masa aku dok godek-godek blogspot ni.



Ni adalah traffic source untuk minggu ni. Mostly datang from blog Captain Lukman yang cantik tak terperi tu. Kalau masuk Miss Pahang confirm menang. Ye la, ado ke Miss-miss yang pandai bawak kapaltobang?? *matilahmak~

Yang tak tahan tu yang from google tu. Air mani bley?? Sejak bila kita ada buat open discussion pasal air mani ni?? Apekah??




Ni pulak senarai top 5 entry yang dibaca sepanjang minggu ini. Sekali lagi akak tercampak. Punyalah banyak entry aku tulis, pasal testis jugak yang korang suka eh?? Khennnnn!!!

Hah!! Ni yang paling aku tak tahan. Ni adalah top 10 most search keywords.




Air mani paling top gile!! Hahaha. Korang memang gila seks!! Air mani perempuan pun ada jugak ahahahaha. Sumpah akak tak pernah discuss pasal air mani perempuan. Kau gila Leha?? *ops~

Cerita pecah dara??? Bila masa aku ada tulis pasal pecah dara?? Pecah dara sapa?? Amierul?? Ford?? Tu tak payah nak cerita, diorang sendiri yang confess kat dating site diorang. Siap letak gambar-gambar senget benget dengan lidi sate dicelah montot masing-masing. Hahahaha *larikkkkkkkk~

Kote orang lelaki?? Konek lelaki?? Perempuan ada konek ke binatang?? Kalau dah kemaruk sangat nak tengok pergi la web-web gay yang bersepah kat Internet tu!

Gambar 'pere puan' pakai niqab? Kaedahnye. Ejaan pun pelik semacam. Kelantan kah?? Matilah mak kan?? At least ada jugak benda positif. Tapi aku tak pernah letak gambar orang pakai niqab. Kalau nak, sila la pergi kat blog Cik Epal tu. Banyak!! Siap ada pakai tudung dengan bunny ears you!! Jangan marah Cik Epal. Gurau jerh!!

Yang paling aku tak tahan tu, GAMBAR SOTONG!!! Hahahaha. Gila lawak. Sampai terpancut air mazi akak sebab gelak kat benda alah ni. Gambar sotong mana yang aku letak kat sini?? Amirul? Leha? Wawawon? Amir?? Ford?? Spin?? Matilah Spin pun sotong jugak!! LOL!!

Awas ye I bukan SOTONG ok!! Awas!!! AWASSS!!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Bila Kita Diuji Tuhan

Bila aku baca entry hasil tulisan kawan baik aku Shayda, ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada aku. Cukup untuk buat aku terhenti sejenak dan berfikir.

Ya, kita ni (especially aku) kadang-kadang kufur nikmat (selalu kot??). Kadang-kadang tu tanpa kita sedar. Kita selalu tanya dan mempersoalkan kenapa kita selalu bernasib malang? Kenapa kita selalu ditimpa kesusahan?

Tuhan tu sebenarnya nak menguji kita. Dia nak menguji sejauh mana iman kita. Nak pulak aku ni yang iman senipis kulit bawang, bila dah susah baru nak ingat Tuhan. Itupun nasib la tahu jugak naik ingat Tuhan, belum lagi sampai ke tahap nak bunuh diri bagai.

"Bersabar dan berdoalah kepada Dia".
"There's always a light at the end of the tunnel".
"Jangan putus asa".

Tu antara kata-kata semangat yang selalu kita/aku dapat. As Shayda said, kata-kata perangsang dan semangat ni hanya dialu-alukan daripada kelompok mereka yang rapat dan disayangi. Sometimes, a gesture without words tu lebih menyenangkan dan menenangkan daripada fake comfort words from kawan-kawan plastik yang kita tak tahu sejauh mana keihlasan mereka dalam melafazkan comfort words tersebut.

Tapi hakikatnya, ujian yang paling besar dari Tuhan tu adalah apabila kita ni diberi kesenangan yang melimpah ruah sampaikan kita terlupa untuk bersyukur atas rahmat yang Tuhan berikan.

Jadi, bila kita diuji Tuhan itu, bukan bermakna Tuhan membenci kita. Ketahuilah yang Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang sampaikan rahmat itu dikurniakan walaupun mereka itu dari golongan mungkar. Anggap la ia sebagai amaran atau peringatan supaya kita tidak terus lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi ini.

Untuk mereka yang sedang diuji Tuhan. Bersabarlah, berdoalah kepada Dia hanya kerana Dia yang lebih mengetahui segala-galanya.

Kepada Esah, bersabar dengan dugaan Tuhan. Kita buat apa yang kita mampu. Kita hidup selagi kita boleh hidup. Kita bertahan selagi kita boleh bertahan. Kalau dah ketentuan-Nya, siapalah kita untuk menghalang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. I don't know how does it feel to see your loved one bertarung nyawa. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan apa yang terbaik buat ayah Esah. Amin.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Hari ni adalah 16 Mei. Hari ini merupakan Hari Guru.

Guru atau pengajar, it is a same thing. Tidak terhad kepada guru yang mengajar di sekolah atau intitusi pengajian semata-mata. Walaupun ilmu yang diberikan itu sebesar zarah, mereka layak digelar dan dihormati sebagai guru. Tapi ilmu yang berguna je la. Tidak termasuk ilmu hitam, ilmu sihir dan ilmu menggoda jantan kaya. Kan Leha???

Jadi sempena Hari Guru ni, saya nak memberi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada:

1. Mak dan Abah saya yang merupakan guru pertama saya.

2. Guru-guru mengaji al-Quran yang garang kerana merotan saya sebab selalu salah tajwid ketika membaca al-Quran.

3. Guru-guru SK Bongor especially guru besar Cikgu Kamaruddin yang menatang saya bagai minyak yang penuh. Tak lupa juga kepada guru-guru Kafa.

4. Guru-guru SMK Baling yang sangat best. Cikgu Noraini yang tak mengenal penat explain konsep pengamiran dan fungsi ekspondan eh eksponen kepada saya yang biol dalam add maths ni. Teacher Zuraida yang vogue, cikgu paling sporting. Cikgu Kamaliah, guru fizik yang selalu baca tafsir al-Quran sebelum mulakan kelas. Tak lupa cikgu PJ yang denda saya dan Leha jogging keliling sekolah sebab ponteng kelas PJ. Kami insaf tak nak ponteng kelas lagi!!

5. Warden asrama paling garang, Cikgu BD kerana merotan saya sebab bangun subuh lambat, ketuk ketampi 100 kali sebab ponteng prep dan juga deraan mental serta fizikal termasuk membina reban burung dan mencabut rumput menggunakan tangan. Habis rosak kuku kita kan Leha?? LOL

6. Mr Tan, guru tuisyen add maths yang best tahap petala langit ke 7. Walaupun saya tak dapat A1 untuk add maths, tapi you managed to turn me from an E student into something that I can be proud of.

7. Pensyarah-pensyarah matrikulasi Institut Maxisegar kat Bukit Beruntung, Rawang. Walaupun tempat tu tempat jin bertendang dan beranak pinak, kat situ jugak la kami menimba ilmu yang tak dapat ditukar ganti.

8. Pensyarah-pensyarah ISB, UM yang banyak menabur ilmu pengetahuan yang berguna especially my Mama Edah yang best, Prof Yati yang menggunakan method yang mudah difahami, Prof Amru for believed in me dan ramai lagi.

9. Lecturers from VCollege. Mr Gent, Mrs Fonda, Mr Alan, Dr Tan, Dr Leong and Ms Yip, who once said that teaching me is like driving a lorry, if you're not used to it, you might end up with accident!!

10. Mr Alan for being such an idol and inspiration.

11. Professors, Doctors and staffs di HUKM yang banyak berkongsi ilmu, memberi dorongan dan tunjuk ajar, especially Prof Jam yang mempercayai kebolehan saya. To Ms Anson, Ms Fahya and Mr Shahrul, thanks for your guidance.

12. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan saya dari zaman tadika sampai la saya kerja ni, yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi, yang sentiasa memberi tunjuk ajar ketika saya blur, yang bagi pinjam nota ketika saya ponteng kuliah, yang bagi tiru lab report, yang ajar saya speaking English, yang terlibat dalam study group dan problem base learning, and the one who taught me that life is not as easy as we think it is.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk Mohd Izuan menjadi Mohd Izuan seperti hari ini.

Tanpa anda semua, siapalah saya.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 15, 2011

Kahwin

Hari ni aku dapat message terkejut beruk dari sekolah sekolah rendah aku. Perempuan yang maha-annoying yang aku pun tak tahu kenapa aku approve dia dalam friend list.

Before this dia ada complaint pasal gambar-gambar aku kat FB tu yang banyak ada gambar gereja with crucifix kat kubah-kubah gereja tu. Dah tu?? Nama pun gereja kan?? Takkan nak suruh depa potong kot?? Kaedah sangat!

So, lebih kurang macam ni la message dia:
"Lama x dengar cita ang? Bila lagi nak balik ker M'sia? And, bila aku leh rasa nasi minyak ang? X nak balik kerja kat sini ker?"

KANNNN?? Penuh persoalan. Kotnya nak tanya sihat ke?? Dah makan ke?? Ni tak. Terus masuk part bila aku nak kawin. Kaedah sangat. So, jawapan Encik Kunang-Kunang adalah seperti berikut:

1. Memang la lama kalau kau tanya pun sekali-sekala kan?? Lagipun perlu ke aku nak kompang seantero dunia pasal aku. My life is so boring. Asyik-asyik pi balik masuk keluar hospital je. Nothing interesting pun.

2. Saya balik Malaysia hujung tahun ni. Motif la sangat tanya 'lagi' kan?? Kalau tambang macam naik komuter gi midvalley from KL Sentral, setiap minggu saya balik ye. Nak sponsor ke??

3. Kalau dah kemaruk sangat nak makan nasi minyak, bukak la internet, cari resepi, pastu masak la sendiri!! Boleh makan dengan laki dan anak hanga. Baru la masing-masing sama kembang setaman kan?? At the moment, kawin tu not in the menu yet. Belum masuk dalam matlamat hidup.

4. Kau nak offer aku kerja ke Tipah?? Just so you know, aku masih baru lagi kat sini. Baru nak masuk 2 tahun. Belum puas lagi. Unless kalau ada sapa-sapa yang nak offer gaji match with what I earned now, mungkin boleh dipertimbang. *matilah demand~

Gituhhhhhh!!

Sebelum ni pun dia ada message aku jugak. Dia tanya berapa gaji aku kat sini. Aku cakap biasa-biasa je. Boleh la nak buat belanja hari-hari, bagi kat mak, bayar hutang PTPTIPU dan beli beg LV (tetap la kena letak kennnn?). Pastu dia kata aku poyo sebab tak nak bagi tau berapa gaji aku. Motif?? Dia yang dok busybody tanya gaji kita, kita pulak yang dikatanya poyo. Apekah??

Seriously, aku macam menyampah dengan orang asyik brag pasal aku tak kawin ni. I think aku dah brought up this issue beberapa kali kat blog. Aku masih tak faham dengan orang sakit otak yang suka sangat menyibuk pasal bila kita nak kawin.

Jodoh tu kan di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis aku ni naik ke jinjang pelamin tu tahun depan. Hujung tahun ni, sampai la cincin Tiffany & Co tu kat rumah Mak Lang ye Shayda. Benda-benda macam ni bukan boleh dok canang. Nanti kena jinx, terus membujang sampai ke tua.

Anyway, aku belum mandi lagi. So can cin cau for now!! Bye!!

Facing the Music

Hi all!

Dah lama rasanya tak update. Sebab utama adalah malas. Kedua, not in the right mood. Yang ketiga, too many story to write which end up kepada sebab utama. Banyak la alasan kau kan Leha??

Aku baru je lepas tengok Eurovision. This show sort of Juara Lagu with negara-negara Europe. Ok la. Not bad. Though I think the previous year was better. At least ada la few songs yang moved right with my ears and I end up download it through iTunes. Tahun ni macam hampeh sikit.

Thing about Eurovision ni, it's terlalu political. The songs normally very chessy-pop. And then undian-undian from negara-negara ni memang sangat tak boleh pakai because they tend to vote for negara jiran masing-masing walaupun lagu macam haram. As for UK, being the most hated country in the europe memang la jarang mendapat undian especially from negara pecahan balkan. Tapi bila susah, tahu la pulak mintak UK tolong bail out kan?? Kowser!! Tu belum part eastern European yang datang sini and jadi squatters kat property yang sah-sah ada tuan punya dan beranak-pinak kat sini semata-mata nak dapat benifit yang jauh lebih banyak dari negara diorang. Don't get me started!! *sambil berzikir supaya tak menyumpah seranah~

I consider my taste of music agak pelik sikit. Sikit je. Kalau tak caye tanya la Amirul. Aku ni suka lagu-lagu yang ada good value in lyric, pendek kata lirik tu kena bagus dan ada Grammy's value. Aku tak suka lagu hip hop atau lagu rap yang banyak effing effing tu. What's the point?? Benar muzik tu boleh digunakan medium untuk menyampaikan apa yang kita nak kata tapi tak dapat diluahkan secara terang-terangan (hah panjangnya explain!!), tapi tak bermakna ia menghalalkan kita untuk mencarut tak tentu hala.

Setiap negara ada identiti muzik masing-masing. India dengan muzik Bollywoodnya. Indonesia dengan muzik dangdutnya. Timur tengah pulak dengan lagu rentak irama padang pasir diorang yang aku tak tahu apa nama dia atau apa klasifikasinya.

Late 90's and 2000, blok-blok East Asian mula keluarkan produk masing-masing. Mula-mula keluar group cina-cina jambu macam F4. Lepas tu Jepun pun mula keluarkan produk-produk artis pop mereka yang digelar sebagai J-Pop seperti Ayumi Hamasaki dan Utada Hikaru. Sekarang, Korea la pulak tengah famous dengan artis-artis pop berkumpulan mereka yang diberi jolokan K-Pop seperti Wonder Girls, 2NE1 dan banyak lagi.

So, since K-Pop ni kira tengah in la sangat-sangat kan, maka Malaysia pun keluar la produk K-Pop. Biasalah, nama pun Bolehland. As if kita ni tak ada identiti sendiri kan??

So, aku macam tak paham kenapa??

Why K-Pop?? Why?? Why?? Kenapa tak buat kumpulan keroncong ke?? Nasyid ke?? Ye lah, lepas Raihan, Rabbani and Hijjaz, group nasyid yang ada sekarang ni pun macam dah desperate sampai kena bagi moden sikit sebab tak laku. Padahal masa zaman Raihan popular dulu, guna alat muzik basic je.

Dah la pakai macam tettt tetttt. Ish tak sanggup la aku nak elaborate pasal pakaian diorang. Perunding imej kumpulan ni memang patut kena rejam. Kalau orang korea pakai mungkin la nampak smart sebab diorang jambu. Yang ni??? Aiyohhhh sangat hina ok!!

Korang tengok la pose atas ni. Tak ke rasa macam nak muntah darah??

Tapi dengar cerita bebudak ni dah insaf and dah tukar nama kumpulan. Kata depa, diorang akan bawak genre pop melayu. Tak tahu la sejauh mana tulennya genre yang diorang pilih tu. Tahu-tahu je la pop song kan?? Kalau kena gaya, memang catchy. Kalau tak kena gaya, get ready la to kena maki kan??

Entah lah. For me, I prefer artist yang juga musician at the same time. They knew their own genre, they wrote their own song and they sang it from the soul. Macam Adele, Bruno Mars, Alicia Keys, Dixie Chicks (just to name a few)...those are the truth musician. It is not about how you looked, how your hair done or how good your dance is. It is all about the MUSIC!!!

Cheerio dolls!!