Friday, March 25, 2011

Cara-cara Untuk Glamer

1. Masuk reality TV.

Dalam reality show tu boleh la korang brag pasal korang tu anak orang susah, nak bantu keluarga, kena tinggal suami, ibu tunggul anak 5 dan macam-macam lagi untuk meraih undi sms.

Walaupun nyanyian korang ala-ala Siti Saerah nyanyi salah key, tapi sure public will vote for you sebab kesian kan??

Agak-agak kalau tak berbakat tu, masa audition, pakai la macam MJ ke, tak pun ala-ala meroyan sikit especially bila judges kata korang tak layak. Jadi as delusional as possible. Confirm popular lepas tu!

2. Nyanyi lagu Inggeris walaupun pronunciation ke laut, pastu upload kat YouTube.

Kan Rosalinda?? Akak tercampak tengok video lagu Welcome to Malaysia uols tu. Mrasa la kena cerca sekuat hati. Tak sanggup aku tengok sampai habis!! Apa kau kata dalam vid tu?? Ledi jentelmen??

3. Rakam video miming nyanyian artis sambil buat aksi kartun.

Akan lebih berkesan kalau orang tu cikgu. Bukannya terhibur pun. Macam nak bagi lempang pun ada jugak!

4. Pakai baju seksi, lepas tu bagi statement bimbo.

Contoh statement bimbo: "Saya tak tahu yang baju ni seksi dan mendedahkan. Saya pakai sebab nampak cantik dan lain dari yang lain".

Lepas tu keluar la gambar kau kat blog-blog hiburan dan majalah. So, masing-masing dapat saham kena bakar api neraka. Even bapuk yang takdak nafsu pun dapat dosa free, sebab hakikatnya dia tu jantan. Matilahmak!!!

Gituh. Dah terkeluar separuh kopek konsepnya, kaedah sangat la kan kalau kau tak tahu. Lain kali bagi statement zass sikit.

Contohnya: "Kau sibuk pehal?? Aku pinjam duit kau ke?? Aku ni bini kau ke? Suka hati la aku nak tayang kopek ke, pepek ke??".

Bley?

5. Jadi PA ahli politik, pastu buat laporan polis sebab kena liwat.

Ni lagi gempak. Walhal satu Malaya dah tahu yang kau tu menadah kan? Siap ada DNA ni. Sah-sah kau berbare-back sakan.

Lagi best kalau yang tertuduh dah tua nak mampus. Pastu buat statement yang korang tak dapat melawan kehendak nafsu binatang orang tua tersebut. Gituh.

Nak tambah glamer, pi masjid buat sumpah sumpah bagai sambil pose-pose bersimpuh ala-ala victim teraniaya. Kowser mak!!

6. Rakam video ahli politik tengah buat seks, pastu buat sidang akhbar kata korang ada video lucah, buat tayangan perdana kat situ.

Lagi best kalau benda tu dibuat time-time orang tengah mourning pasal tsunami dan time pilihanraya dah nak dekat. Lepas tu buat statement macam bagus. Kononnya nak dedah itu, nak dedah ini. Entah betul, entah tidak.

Yang pasti, masing-masing pakat dapat dosa free free sebab dok tengok video berkongkek tu.. *ops

7. Panjat KB Mall, pastu pose-pose nak bunuh diri.

Mula-mula ingat nak gertak je balak yang telah buat janji manismu dengan uols, which turn out jadi janji pelesu. Bikin kecoh satu KB.

Pastu datang la habang bomba, pujuk-pujuk supaya jangan bunuh diri. Sekali tertolak, terus jatuh. Mrasa fracture sana sini!!

Elok-elok muka lawa, terus jadi macam muka hantu bungkus. Nasib kau la Leha!!

Anyway, I balik Malaysia hari ni. See you in Malaysia!! Yahooo!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 24, 2011

Frequently Asked Questions

Q: Baby saya ni tinggi tak?
A: Saya tak ukur tinggi baby. Nanti dah lahir ukur la tinggi tu puas-puas. Yang saya ukur adalah CRL (crown-rump length) jika kandungan berusia antara 7 hingga 14 minggu. Selepas 14 minggu, hanya anggota badan yang tertentu akan diukur untuk melihat perkembangan dan tumbesaran bayi.



Q: Kaki baby saya panjang tak?
A: Penting ke panjang? Saya tak ukur saiz kaki bayi. Yang saya ukur adalah saiz tulang peha i.e femur length. Tetapi kita boleh predict sama ada bayi tersebut menghidapi Dwarfism Sydrome berdasar saiz dan bentuk tulang femur.

Q: Saya baru 3 bulan mengandung. Kepala bayi dah ke bawah ke?
A: It doesn't matter sebab masih diperingkat awal. Kedudukan bayi akan berubah-ubah sehingga minggu ke-35.

Q: Saya dah 20 minggu mengandung, tapi tak rasa pergerakan baby. Is it normal?
A: It is normal. Mostly you will feel slight movement masa 20 minggu. Only after 24 or 25 weeks you will start to feel a constant movement.

Q: Bolehkah saya melakukan hubungan kelamin (atau berzina) semasa mengandung? Adakah baby saya akan cedera akibat tujahan yang dahsyat?
A: Boleh. Ini kerana rahim wanita mempunyai pintu rahim (bukan pintu rumah Abg Rahim) yang kuat. Zakar lelaki hanya boleh masuk dalam vagina canal hingga ke pintu rahim. Ia tidak pernah/boleh menembusi pintu rahim. Kau gila??

Q: Warna apa mata bayi saya?
A: Kita belum ada teknologi untuk melihat warna mata bayi melalui ultrasound.

Q: Adakah rambut bayi kerinting seperti rambut laki saya.
A: Entahlah cik. Sebab itu bukan my main concern and kita pun tak dapat periksa sama ada rambut dia kerinting atau tak.

Q: Kita boleh tahu ke baby ni gay atau straight?
A: *terus hempas kepala kat dinding*

Membaca amalan mulia. Sebelum anda memalukan diri dengan soalan-soalan tak masuk akal, sila buka internet or baca buku dahulu.



This is one of good book written by Dr Patrick Chia from FMGC Taman Tun.

Cheers!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 23, 2011

Tahan Nafas

As-Salam and Hi all.

Semalam kan hari Selasa uols. As always I memang tak suka klinik hari Selasa sebab hari tu depa buat sebagai klinik diabetic untuk mak-mak buyung ni ha.

Kesian you. Diorang yang asalnya takde kencing manis, tup-tup bila mengandung, dapat kencing manis yang lebih dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM). Dan selalunya, mak-mak buyung yang GDM ni mostly BMI masing-masing 40 ke atas.

So, you can imagine lah. Sedangkan BMI 30 dah dikategorikan sebagai obesiti, kalau dah 40?? Silalah jawab sendiri. I pun sometimes takut tengok diorang.

Complication pun banyak. Pre-eclampsia la, baby macrosomia dan worst case adalah still birth. Selalunya still birth time late pregnancy. Tengah excited tunggu tarikh nak beranak, tup tup meninggal dalam perut.

Kalau lahir pulak, mostly besar dan sihat bagaikan johan. Susah nak teran ye. Tu belum masuk part yang penat-penat beranak, bila besar perangai macam syaitonnirrajimmmm!!! Matilah melalut.

Mostly yang ada GDM ni adalah set-set yang mai dari Som-som dan Paku-pakis / Asia belah selatan. Dalam white population ada jugak, tapi tak seramai puak-puak yang I mentioned di atas.

So semalam, ada la perempuan ni dah 25 minggu mengandung. Dia baru je tau uols. Ni kes tak follow period or just simply ignorant la kot? Yang paling best dia ni under lots of medication. Set lengkap la ni. Kencing manis, darah tinggi, thyroid and so on. Months before that dia ada gastric by pass.

Ok lah, the baby is fine. Yang tak fine tu mak dia. As she lift up dia punya perut tu, mak kau bau dia memang jahanam sangat!! Frankly I almost muntah hijau atas dia.

I ni actually can go through anything. Berkat buat forensic entomology, mostly bau-bau busuk lagi pelik ni, I boleh handle. Tapi yang semalam punya tu...fuh!! I have to hold my breast eh breath throughout the session ye.

It is funny though in a way. Orang-orang putih kat sini (yes dia adalah mak putih), mostly obsess dengan antibacteria bagai ni. Sampaikan sabun basuh baju pun nak antibacteria. Tapi yang kelakarnya, basic hygiene seperti mandi tu tak la pulak dipraktikkan. Ish!

Tah la. I thought bila buat dah maternity, akan jarang la I jumpa patient-patient yang 'harum' sundal malam macam ni. Tak macam on general site. Tapi macam sama jer.

Ada setengah tu kuku macam kuku beruang, kaki berbau, mulut berbau, dan macam-macam la.

Mak berserah je nok!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Spring Has Sprung!!

As-Salam and Hi all.

This few days, the sun finally came out and the temperature rise up to 10 Celsius. So kalau yang feeling-feeling pakai trench coat tu kan, mrasa la ketiak berpeluh.. *ops~

Walaupun not official spring yet, but it is really nice to have such good weather after long suffering cold and nasty winter!!

All the flowers are started to bloom. The daffodils and snowdrops are everywhere.

Here are some photos that I took around my house (and the corner).



This are pink magnolia. I took this at the nearest park, Walpole Park. Nice combination with the blue sky.


Daffodils!!! You know that spring when you see daffodil start to come out and bloom. They are everywhere. Mostly wild but pretty!


Another magnolia with huge petals. They smell nice too.


Narcissus. A daffodil look alike but small compare to daffodil. I took this one with my phone on the way back home from work. It grow wild around the hospital.


Jasmine. This one is right in front of my door, owned by Mr. R who always look after his garden.


Purple iris. One of my favourite flower. I like yellow iris too. The name is as pretty as the flower. Boleh buat nama anak hehe.


Primrose (kalau tak silap I la). Ni la yang orang guna buat primrose oil..I assumed!! Bley?


Tulips!!! What a spring without tulip? I just can't hate this flower. Let it be red, white, yellow or purple, I really really like tulip a lot!



After all, spring is always be my favourite season. Period!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 21, 2011

Lelaki dan Testis

As-Salam and hi all.

Ada satu time tu I ada terbaca kat status one of my senior yang memang terkenal the gilaness dan kebiolan kepala otak dia. Lebih kurang macam ni la dia tulis..

"When woman got pregnant, everyone will go and rub her tummy and say congratulation. But no one ever come to rub the guy's testicle and say good job!!"

Terus I tercampak dua kilometer bila baca status tu bley?

Testis sangat significant bagi lelaki seperti mana significantnya payudara kepada wanita. Ia juga penting dalam menentukan tahap kesuburan lelaki.

Takde maknanyer kalau barang kemas hang tu gadang 9 inci tapi kandungan spermanya nearly zero. Itu cuma bagi kepuasan seksual semata-mata, but tiada hasil yang dapat dituai gituh. So jangan hina orang yang punai panjang sejengkal yer.. *matilahmak~

Mostly guys akan rasa tidak sempurna if they have just one ball. Macam perempuan, payudara kena ada dua belah kan? Kalau nasik lemak 50 sen sebelah je, sure la akan rasa kekurangan.

Bak kata Samantha Jones dalam Sex and The City, "Men's testicle is like an earring. They have to come in pair".

Touching or gentel the testis can be very arousing to some guys. Tak percaya? Cuba balik karang try kat laki masing-masing. It is either barang kemas dia naik atau kaki dia naik ke muka uols!! Ops!!

Tapi, dalam dok penting ni, tak ramai lelaki ambik berat pasal testis diorang (I bet in everything pun sama jugak kan?). How many of you spend sometimes to check your testis regularly. I bet none of you does.

So, since the number of testicle cancer makin naik, rajin-rajin la check testis uols tu ye cik abang. I did explain how to do it in my blog before. Tak susah pun. Just gentel-gentel and try to feel the different. Lagipun testis ni agak superficial, so senang nak periksa kalau ada ketumbuhan.

Lepas tu try picit-picit sikit. Kalau ada ketulan yang beri rasa sakit, cepat-cepat la gi check kat doktor. Jangan malu-malu. Better be safe than sorry. Orang laki ni jenis susah nak admit yang diorang tu sakit. Kurang-kurangkan la ego awak tu sikit ye.

Kalau laki uols jenis malas nak periksa, uols offer la nak periksa. Sambil-sambil loi tu, check la testis dia... *matilah melucah~~

Selamat mencuba!! *petirrrrrrrrr~

Sekian. Pesanan khidmat masyarakat ini disampaikan oleh Rokiah Mansur.

PS: Kalau testis besar sebelah tu normal yer.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 16, 2011

Diam Lebih Baik



As-Salam.

Baru-baru ni, kecoh satu Malaya (in fact satu dunia) pasal kita punya WANITA no. 1 ni telah buat statement yang aku rasa agak bodoh dari bijak la. Tak percaya?? Sila klik kat sini yer. Satu dunia dok mengata dia uols!!

First of all, tsunami tu bukannya disebabkan oleh global warming atau percemaran alam akibat kegagalan manusia mempraktikkan teknologi hijau seperti yang digembar-gemburkan oleh perempuan pipi tembam ni. Tu bencana alam la perempuan!! Bencana alam ni, kau teknologi hijau pucuk pisang pun tak mampu nak menghalang yer. All we can do is pelan kecemasan 'what we should do?' bila bencana tu datang secara tiba-tiba. Kau hengat tsunami tu macam banjir lumpur atau tanah runtuh yang diakibatkan oleh deforestation and such ke??

Yang kedua, if she referring to nuclear plant tu at least make sense la jugak. But still tak tepat yer. Despite of the risk of radiation leak/explosion, pengunaan teknologi nuklear as a energy source adalah lebih bagus dari penggunaan bahan bakar seperti petroleum, arang batu dan gas asli yang memang mencemarkan alam. Penggunaan tenaga nuklear tu mengurangkan carbon emission yang menyebabkan global warming. Not to mention la bahan bakar ni pulak adalah dari sumber yang tak boleh diperbaharui. In the next 10 or 15 years, habis la bahan bakar ni.

Kalau kita bandingkan dengan penghasilan tenaga melalui empangan hydroelectric, well actually hydroelectric tu pun tak mesra alam jugak sebab ia mengganggu ekosistem bila nak bina empangan tu.

Kalau dibandingkan dengan sumber tenaga lain seperti guna kincir angin dan tenaga solar, banyak mana la sangat tenaga dapat dihasilkan. After all, among semua source of energy, nuclear plant lebih efficient berbanding semua yang di atas. Ia adalah sumber yang boleh diperbaharui, tidak mencemarkan alam (unless kalau ada kebocoran la) dan menghasilkan tenaga yang banyak dan cukup untuk penggunaan bagi negara industri macam Jepun tu.

Yang ketiga, speaking of teknologi hijau, ni aku nak tanya la, apa yang laki hang implement dalam teknologi hijau ni?? Sedangkan kempen recycle pun tak berjalan, inikan pulak nak teknologi hijau bagai kan??

Tu belum masuk bab pelepasan karbon lagi. Jumlah kereta kat KL tu lagi banyak dari jumlah orang yer. So korang boleh agak la banyak mana la pelepasan karbon tu. Tu belum masuk part keretapi enjin diesel ni. Negara lain dah bertahun guna keretapi elektrik.

Then, banyak mana la kereta hybrid or electric car kat Malaysia tu?? Boleh kira dengan jari je lah. Kalau ada pun, mesti mahal nak mampus. Kalau nak galakkan orang guna, kena la jual murah kan?

Statement dia ni memalukan je lah. As if macam dia tak pergi sekolah. So Paris Hilton. Kalau tak pandai, buat cara tak pandai. Cakap takziah or simpati sudah la. Kalau tak tahu, lebih baik diam. Tak payah nak mention and elaborate bab teknologi hijau global warming bagai. Tak payah nak tunjuk pandai. Tak pasal-pasal, Malaysia jadi international joke.

So, pesanan untuk adik-adik yang masih belajar, belajar la rajin-rajin. Walaupun kita ni berangan-angan atau berazam nak kawin dengan menteri, orang kenamaan segala, ilmu tu kena la penuh di dada. Kalau tak, nanti jadi mangsa cacian orang. Ilmu tu tak dapat dijual beli walaupun seseorang itu jutawan mahupun Siti Nurhaliza! *matilahmak~

By the way, walaupun botox (botulinuum toxin) tu adalah protein yang terhasil dari bacteria Clostrodium botulinum, tapi ia tak termasuk dalam teknologi hijau yer.

Sekian.

Monday, March 14, 2011

Wanita Jugak Yang Kau Pilih

As-Salam and hi all.

Peranan wanita terlalu significant dalam hidup aku. Firstly, dah tentu la mak aku tu wanita kan? Without her, tak ada la aku dan korang pun tak merasa la nak membaca blog aku gituh!

She was my first teacher. Then masa masuk tadika, cikgu tadika tu pun wanita.

Dah masuk sekolah, baik rendah atau menengah, my favourite teacher selalunya wanita. Dan wanita-wanita ini jugaklah merupakan guru untuk subjek-subjek penting seperti Add Maths, Biology, English, Physique and Chemistry.

Masuk university, I adored my female lecturers, especially my supervisor for my final year project. At one point, I told myself that I want to be like her, educationally lah dik oi, bukan physically. Kau gila?

Jadi wanita ni sebenarnya susah. Ambik contoh mengandung dan melahirkan anak. That can be the sweetest dream or the worst nightmare. If I am a woman, I will never put myself through it!

Aku menjadi menyampah dan pelik dengan preferance sesetengah parent yang prefer to have a baby boy over baby girl. Tak tahu la apa sebab. Cultural maybe?

Mostly orang yang from region south Asian dan middle eastern prefer baby boy. Yang belah West Bank pun sama jugak.

I once read this book titled Burn Alive. It is about a Palestinian girl yang dibakar hidup-hidup sebab telah menchonteng permanent marker ke muka family dia. Ni kes termengandung luar nikah la.

Put aside part yang dia sengaja cari penyakit, tapi sampai nak bakar hidup-hidup time dia mengandung, kau tu sapa?? Tuhan ke??

Fortunately she survived dan anak dalam kandungan dia pun selamat. Masa dia kat hospital, mak dia datang bawak racun suruh dia minum, sebab dia dah menjatuhkan maruah keluarga boley?

Dalam buku tu, dia ada cerita yang dia nampak mak dia suffocate her baby sisters sebaiknya sahaja diorang lahir. Ye lah uols, zaman tu mana ada ultrasound. Kalau ada pun tak semua rajin nak le hospital. Time beranak baru tau laki ke perempuan. So bila keluar tu perempuan, terus dia cekik bagi mampus.

Pastu bila makan, dia punya ayah, abang dan adik lelaki akan makan dahulu. Yang sisa-sisa tu baru la dia dengan mak dia makan.

Tak le kejam namanya for people yang value Islam as the way of their life? Sedangkan Islam tu meletakkan darjat wanita pada kedudukan yang tinggi.

Sesetengah suami tu pulak, mentang-mentang dia ada hak ke atas isteri dia, dikerahnya perempuan tu macam gamba abdi. Dah elok perempuan tu pakai tudung, dipaksanya pakai niqab, sebab tak nak jantan lain tengok bini dia. Tapi dia boleh la pulak usha perempuan lain kan?

Pastu, tak izin keluar rumah. Kalau keluar jugak durhaka. Habis tu, kalau anak dah nak mampus kebulur, dapur tak berasap, durhaka lagi ke nyeh??

Ada setengah tu gunakan alasan kawin lagi 3 sebab nak dapat anak lelaki. Nikah tu bukan semata-mata zuriat je abang hey!

Tak cukup dengan itu, hak-hak wanita tu dinafikan. Tak diberi pendidikan sebab diorang lagi utamakan pendidikan anak lelaki diorang. Bagi diorang perempuan ni, kalau pandai pun nanti kerja duduk dapur dan beranak jugak.

Ada juga suku sakat yang tak suka wanita serba serbi. I'm not talking about gay. I'm talking about lelaki yang tak suka wanita lagi maju dari dia.

Tak suka menteri wanita, tak suka president wanita, tak suka pemandu wanita, tak suka pilot wanita...tapi pramugari depa suka la pulak kan?? Kenapa tak prefer pramugara?

Diorang ni kadang-kadang sexist tak bertempat. Tapi dalam-dalam tak suka itu ini, bila bini dia mengandung dan datang for antenatal check up, tahu la pulak nak request doctor wanita. For someone yang perasan superior dari wanita, tapi request for doctor wanita, shame on you!!

I believe those people yang asyik guna agama sebagai alasan not to be seen by male doctor tu sebenarnya cetek pengetahuan agamanya. Aku boleh terima alasan segan dari alasan yang agama larang laki tengok perempuan bukan muhrim!!

Especially when it comes from a guy yang pakai seluar pendek, tapi bini dia berpurdah sakan. Enough said!!

So, korang boleh agak la apa yang buat aku meroyan tak tentu pasal kan? Hiks!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 11, 2011

The Rage of Mother Nature

As-Salam and hi all.

For the last 2 hours I was glued to the couch and watch the BBC news on earthquake and tsunami. Catastrophic and devastating.

The earthquake was among the powerful and the tsunami swiped through several miles from the coastline. The death toll is rising and there are lots of people still missing.

I once experienced one small tremor when I was in KL. It was terrifying enough for me.

This is the sad sad time to all of us. My heart and condolences goes to those who had lost their loved one in this catastrophic event.

For those who made a stupid joke and comment on FB about the ultraman and this is happened as a 'balasan' for what Japanese armies had done in world war 2, you are as stupid as pig and ignorance!!

We can built many anti-shock building. We can spend lots of money to built the tsunami alert technology. But we can never stop mother nature.

Betapa kerdilnya diri kita ni di bumi Tuhan. Let us pray for our safety.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 10, 2011

Because You Are Fat!

Hi all.

Ok. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas dan lepas...fuhhhhhh!!

I always have an issue dengan perempuan mengandung yang obesiti. In this case yang terlampau gemuk sampai nak angkat kaki ke atas examination couch pun kena ada orang tolong angkat kaki. Cuba la korang bayangkan kalau set-set yang 200 kilo ke atas ni pengsan di tengah jalan, tak ke mampus nak mengusung pergi hospital?

I met this fat lady the other day who's pregnant at her 40's. She is 20 weeks pregnancy and she's there for anomaly scan.

OK. This is going to be so much fun.

First of all, this is not the type of gemuk yang perut dia jenis soft and tender. Sepanjang aku kerja ni, I must say that I do encountered with woman who had fat belly but happen to be easier to scan and clearer to see than those skinny one, kan Kak Fahya??

Tapi perempuan ni, perut dia keras macam batu you. As if semua lemak tu dah mengeras. Puas aku tekan probe ultrasound tu, tak tenggelam langsung bahagian yang ditekan tu. Nak tengok baby's heartbeat pun susah, not to mention the heart structure la.

She was an anxious patient. She was worried that she had a miscarriage due to bad cough last few days. I was like, huh?? I asked her whether she had a bleeding or not. She said no. So I said to her, then you have nothing to worry about.

So, the baby is well and alive. I managed to scan the baby eventually. But, I scheduled her to come back in few weeks just for double check. Ye lah, with the lapisan lemak like that, many things kita boleh missed. So, better be safe than sorry la kan?

At the end of it, dia ada tanya whether baby size ok ke tak sebab dia kata berat dia tak naik-naik pun since mengandung. Kan?? I told her, you should be glad that you didn't gain any yet. Just wait, lepas ni naik macam tepung naik sendiri kot. Baby size is fine by the way.

One thing yang aku tak faham pasal perempuan mengandung ni kan, diorang selalu ingat bila diorang start mengandung, dan dan tu jugak la berat naik. Tak ye dik non. Kadang-kadang tu dah 5 bulan mengandung pun berat uols maintain dan perut pun tak nampak macam mengandung. Sebab tu la aku tak terkejut if ada perempuan yang turn up kat klinik without knowing that they pregnant and dah 5 bulan!!

That is the reason why doctor-doctor ni suruh uols watch out your cycle. That is the only way that you can have the first impression whether you are pregnant or not. Kalau dah 3 buan red cross tak datang, gi la farmasi beli pregnancy test kid jenama clearblue and viola. If it is positive, then cepat-cepat la ke klinik. If it is not, pun kena pegi check jugak. Mana tau kot-kot ada masalah sakit puan yang berkaitan kan?

But she is a lovely lady by the way. Very polite. Unlike some yang gelap-gelap dari aprika sana tu. Sangat banyak songeh dan attitude problem. Yang local pun sama jugak. Sangat rude. Diorang yang gemuk, dikatanya mesin tu tak bagus, sebab tu ultrasound image kelabu asap bley??

Aku paling pantang sekali kalau yang jenis pengotor. Ada satu patient tu, perut dia jenis banyak lipatan-lipatan macam gunung lipat. So I asked her to help me to lift up her belly, so that I can see the baby clearer. Bila dia angkat, hambik kau. Daki bertakung!! That was so gross and disgusting!! Bau tu jangan cakap la. Punya la kotor sampai ultrasound jelly yang crystal clear tu bertukar menjadi kelabu lah. Macam ni punya orang pun ada ke?? Ish!

Ada setengah tu pulak, baru mengandung 5 bulan, berat naik berkilo-kilo, disalahkannya baby yang sebabkan dia gemuk. Padahal berat baby belum pun cecah setengah kilo. So how??

And the worst part is most of them yang obesiti ni, tak sah kalau tak datang satu pakej dengan masalah kencing manis ketika mengandung. Dekat hospital tempat aku ni, diabetic team dia semuanya ikan paus belaka. Dari consultant, nurse dan midwife. Nasib la yang dietitian tu body ok sket. So, can you imagine la this people yang dok gedebuk gedebak bagi nasihat kat perempuan-perempuan ni supaya control berat badan dan diet bagai, they themselves pun masing-masing macam muffin kan??

Kepimpinan melalui teladan sangat!!

Bye for now.

Wednesday, March 09, 2011

Justice

As-salam.

Agak kelakar baca yesterday's newspaper. Ada la sorang pakcik Muslim extremist kena denda £50 sebab bakar poppies at Armatice Day memorial service.

Agak bodoh la jugak pakcik ni. Kita ni kalau buat kenduri arwah, tiba-tiba ada keling sebelah rumah dok katok main tabla, confirm kita marah kan??

Bukan ke kita sebagai orang Islam ni diajar untuk hormat agama dan budaya orang lain? Disebabkan dia sorang, habis busuk nama orang Islam. Tak pasal-pasal kita semua dicop sebagai extremist.

Pastu tak tahu diuntung satu hal. Kalau dah tak suka dengan budaya kat sini, yang kau datang duduk kat England ni kenapa?? Pi la duduk Pakistan tu. Tak pun duduk kat palestin, kalau dah nak berjihad intiada bagai.

So, for me £50 fine tu tak masuk akal. Patutnya, humban je dalam lokap!

Speaking of justice, sometimes agak kelakar bila baca hukuman yang dijatuhkan ke atas crime offender.

Macam ada sorang budak perempuan ni dok duduk dalam kereta. Tiba-tiba datang budak hitam ni, pi lempaq bata ke muka budak perempuan tu. Apa pasai tak tau.

Hukuman dia?? 18 months gi pusat tahanan juvana. Bley?? Masuk situ ibarat honeymoon la bagi diorang. Makan dapat, tido free. Habis teruk pun kena liwat. Tu je. Sangat tak adil. Patutnya, kita suruh that girl lempar bata ke muka budak hitam ni balik!!

Bila I baca kat FB and blog, ramai orang marah sebab takda tindakan diambil ke atas pengkid pembunuh anak kucing yang kejam ittew. Apalah salah anak kucing tu ye?? Kejam betul!

Kat UK, sepak kucing pun kau kena dakwa ye. Sampaikan at one point aku rasa yang binatang ni dapat better justice dari kita yang manusia ni.

Entahlah...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 06, 2011

Nasi Lemak Fa

As-salam.

Matilah bunyi tajuk macam lucah kan?? Haiyoh. Ni bukan I nak cerita pasal nasi lemak 50 sen sapa-sapa you. Ni I nak cerita pasal makan nasi lemak betul yer!

Last Saturday, I managed to get my lazy arse in the tube, sitting in there with all the weirdos, all the way to East London for one bloody hour!! Semata-mata nak makan nasi lemak yang dimasak oleh Cik Fa kita ni ha. Demi nasi lemak, kena bersemangat!

Sebenornya, weols dah lama dah dok berjanji kelly ng nak berdating makan nasi lemak kat center London, tapi masa dan keadaan tidak menentu. Dia busy. I pun busy. Sudahnya dia kata, "Hang mai la rumah aku, aku masak nasi lemak. Just bagi tarikh bila nak datang". Gituh!!

Akhirnya sampai jugak I jejak ke rumah Victorian si Fa ni.

It was a pleasure to meet her. Nasi lemak tu jangan cakap la. Memang tip top. Not to mention the beef rendang. Ni kalau bukak restoren, boleh totop Jom Makan (more like Jom Berambus Makan) yang overrated mahal tu uols!! Dua tiga kali jugak la tambah. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal!

Nasi lemak with beef rendang, spicy anchovies and crispy fried anchovies!

Sopannya dia!! *matilahhhhhhh~
Muka happy sebab dapat makan!! *sambil hidung kembang kempis

I asyik dok meratah ikan bilis tu je uols. Tu memang favourite. Dah la crunchy. Yang I dok goreng kat rumah ni, haram la nak crunchy. Keras kejung macam kunyah getah sekerap.

Lepas makan, cik pat kejap sambil layan Jian (anak perempuan Fa yang DIVA habis ni!). Lepas tu si Fa ni bawak keluar la bubur pulut hitam. Sedap!! It has been ages since my last one. Tu pun tak ingat bila. Maklumlah, when I was in Malaysia, I don't really bother to eat this. Mostly I makan bubur kacang hijau dan bubur durian.

Diva cilik, Jian. Nak makan pun pakai shades yer!!!!

Tuan rumah yang pandai masak!

Lepas tu weols rileks kejap. Sambung anyam ketupat. Then, dia bawak keluar pulak kuih seri muka (my fav!!) dan kuih bakar. Aiyoh. Memang meletop perut I masa tu uols.

Kuih seri muka yang berseri-seri macam tukang makan dan kuih bakar~

Kuih seri muka si Fa ni memang sedap. Ni pun kalau buat jual laku ni. I jarang makan kuih-kuih ni masa duduk kat KL dulu. Especially masa time bulan puasa. Dua kali tawaf kat bazaar Ramadhan kat Tasik Permaisuri tu pi mai pi mai, sudahnya I settle with popia or karipap sardin. Jarang nak membeli seri muka ni. I cuma makan yang my mum buat je. Tu pun bila tahun tah my mum buat. Kalau nak beli tu memang haram la kan, sebab mostly ia dibuat super duper manis. Pastu, part yang hijau seciput jer, pulut yang lebih. I ni suka tang hijau tu lebih. Kan Fa kan??

It was indeed a great afternoon. Hopefully next time boleh la I bertandang lagi naaa. Nanti buat la pulak nasi ayam, nasi tomato, nasi daging... *matilah muka tak malu~

Psst, uols tahu tak, si Fa ni rumah dia bersepah sangat!! Bersepah dengan Louis Vuitton uols. Main campak-campak jer!! Atas lantai, tepi tangga, bawah meja dan merata-rata. Mampooooo?? Mak makan hati uols!! *sambil order online~

Thursday, March 03, 2011

Best Revenge?

As-Salam.

Saya adalah seorang pendendam. I'm not going to lie about it. Tapi bukan la jenis yang psycho sampai nak bunuh, bakar mahupun letupkan orang (matilah Altantuya). I ni jenis yang dendam lite-lite je. Tak kuasa la nak Mak Esah bagai. Tak memberi pekdah pun. Menambahkan dosa ada la.

Most of the time I pendam je dendam kesumat I ni. Ibarat api dalam sekam, lama-lama terbakar la jugak kan?? Tapi, at the same time I ni jenis lembut hati. Pemaaf dan susah nak marah orang dan mengamuk tak tentu pasal.. *matilah entry memuji diri sendiri..ops~

Uols ingat tak pasal siamang yang ada fling-fling dengan I long-long time ago, then kononnya weols ni an item. Tup-tup lepas 2 minggu dia kata dia masih ada hati kat ex dia. Ingat tak?? Ingat tak?? Ala siamang yang kononnya model tu, tapi yang hado?? Jangan kata model, jadi maskot pun takde orang offer nok. Tu semua propa je.

Walaupun dia meremuk-rendamkan cintaku nan suchee ni, I still maintain as his kawan plastik. Tu pun I tak tahan you. Sebab drama dia sangat laha. Dia ni jenis kalau drama, mengalahkan Didie Alias. Dia akan buat-buat bunuh diri boleh?? Bukannya bunuh diri betul pun, tapi just message kat semua orang yang ada dalam phonebook dia, kata dia nak bunuh diri. Gila tak nok??

Yang paling best, ada la satu time tu kan. Dia text I kata dia kat hospital sebab dia cuba commit suicide dengan kelar tangan dia. Tup-tup 2 hari lepas tu I jumpa dia kat Al-LaQueenrina kan?? Motif sangat!

Pastu dia ni jugak jenis suka buat drama kat status FB uols. Kata nak bawak diri pergi jauh la apa benda lagi dia merepek. Kata pegi Holland bagai. Tapi I tengok gambar kat FB ada gambar-gambar kincir angin je. Gambar dia?? Nan hado nyah. Takde satu pun gambar dia!! So boleh percaya ke?? Yang ada gambar dia adalah kat Cameron Highlands dengan Ulu Yam je uols!!

At the same time pulak, I selalu dapat text dan jugak message yang menyatakan betapa rindunya dia kat aku. Phuihhhh!! As if I'm going to fall for that pretender/fake comfort words la kan?? Lesson learned. You're the last person that I'm going to fall in love again!!

Then recently pulak, dramanya lebih kurang sama la macam yang sebelum. Dia dok bragging about kenapa orang tak pernah menghargai kasih sayang dia. Poorah cit!! Kau lupa apa yang kau buat kat aku dulu?? Cakap manis romantik kucingtaik bagai, sudahnya kau main-mainkan perasaan aku.

Though aku buat tak kisah masa tu, but deep down I was really hurt that I keep on cursing on you that someday someone will do the same thing to you. I think that is the reason why all your relationships were sinking like a Titanic.

And as for me, I will keep on watching your drama and keep my mouth shut (walaupun rasa macam nak laser, tapi I rasa takde pekdah), and who knows that I might give an applause or standing ovation for your great performance!

After all this year, I have learned that live my life happily is the greatest revenge ever!!

Tuesday, March 01, 2011

Aku dan Perempuan Itu..

As-Salam.

Satu ketika dulu, masa aku masih bersekolah rendah, belum baligh gituh, aku ada la minat dengan sorang girl ni. Kan? Konsepnya aku ni in denial ke hapa ke, God knows. But I really like her sebab aku kan sekolah kat kampung. Kat situ, dia je yang putih melepak, gegurl yang lain semuanya gelap-gulita dan tidak menarik! *matilahhhhhh~

Aku masa sekolah rendah dulu mana la comel sangat uols. Ala-ala ugly duckling gituh. Tak hensem. Not to mention pondan la kan. Tapi I ketua pengawas ye. Berani?

So, I told her that I like her. Tapi cinta sucheeeku ini ditolak mentah-mentah sebab dia mahukan LELAKI, bukannya bapuk. Terus I pitam sekejap. Dia memilih untuk bercinta dengan atlet sekolah yang wakil negeri masuk olahraga, bola sepak dan hoki. Walaupun, jantan tu hitam macam bontot Pian.. *matilahhh lagi~

Ye lah nok. Aku ni tak mampu la nak wakil negeri masuk bola bagai. I cuma mampu wakil negeri gi Kem Sains je nyah hey!!

After sekolah rendah, we went to the same sekolah menengah. While jantan yang dia suka tu gi sekolah lain sebab result UPSR azab! Lebih banyak D dari C katanya! *ops

So, I tried to win her heart again. Kenapa la aku buduh sangat masa tu aku pun tak tahu la. As expected, she rejected me for a second time. Ok fine lah. Aku nak kata apa kan?? Dari awal sampai la habis SPM, I tried to avoid her.

After habis SPM, kitorang buat hal masing-masing until both of us get connected back through friendster. But bit and piece la. Masa ni aku pun dah tak minat kat dia, sebab........ (sila isi dengan ayat yang korang suka ye!).

Perempuan ni dulu satu kelas dengan Leha. So of course la dia ada kawan dengan Leha kat FS. At the same time, Leha dengan I duduk sama-sama kat KayHell. Maka, weols terjerumus ke lembah yang penuh dengan hedonisma ni. Sosiyal la konon kan??

At one time tu, Leha ada la letak gambar dia kat FS dengan rakan-rakan sosiyal dia. Minah ni, dengan gigihnya dok tengok gambar satu demi satu, sampai la dia nampak gambar Leha yang ada tindik kat telinga.

So, aku tak tahu la apa masalah minah loser. Dia dengki kot sebab weols duduk kat KL, while she was stranded kat pekan lap kaki (Baling), pastu kerja jual tudung bawal.

Maka, dia dengan mulut jahatnya pi bagitau kat mak dia yang Leha dengan aku ni dah rosak akhlak sejak duduk kat KL. Dia kata kat mak dia yang aku ni dah jadi perempuan (bila masa aku jadi perempuan tah), manakala Leha dah bertindik bagai kat telinga!!!

Mak perempuan tu pulak kerja satu department dengan mak Leha. So, mak perempuan ni dok membawak mulut la kat tempat kerja dia tu. Boley?

Mak mana yang tak sedih kan bila orang bagi tau yang anak dia tu dok rosak akhlak kat KL?? Maka mak Leha pun call la Leha sambil meroyan ala-ala cerita Batu Belah Batu Bertangkup, kononnya Leha dah menconteng permanent marker kat muka dia gituh. Aku pun kena tempias sekali, maklum la aku agak rapat dengan keluarga Leha.

Leha pun jadilah bengang teramat sampaikan dia kata, kalau dia jumpa perempuan tu kat pekan Baling, dia nak gentel bijik kelentit perempuan tu, pastu dia nak cilikan burit perempuan tu dengan cilipadi, cili boh, cili potong dan macam-macam cili lagi.

After that incident, memang kitorang dah malas nak layan betina garit (baca: gatal burit) tu. Lama jugak la, until last few months aku jumpa dia balik kat Facebook (pulak dah!).

Masa ni aku dah handsome. Tak macam dulu. Sekarang body bergetah dan berbubble butt you. Matilah vain sangat! Dia pun kata aku dah makin handsome (motif?). Siap chat kat FB ni dik soal siasat. Maklum la sejak keje kat London ni, saham I naik baanyak you.

Dia siap kata kalau balik Baling nanti, singgah la rumah dia. Cis takde kerja aku nak singgah. Baik aku singgah rumah Mak Lang. Untung-untung dapat makan nasi daging!! Pastu dok tanya, dah hensem ni, bila lagi nak makan nasi minyak? Ape kelas nasi minyak!! *ops

Tapi bukan nak kata la. Most of budak-budak kelas aku yang masa sekolah dulu handsome nak mampus, tapi sekarang rupa sekadar di pinggiran je. Adakah gene handsome diorang tu dah tamat tempoh?? Yang muka buruk macam beruang pulak, tup tup bila jumpa balik, choms gituh!! *ttbe tukar topik~

Berbalik kepada perempuan ni, baru-baru ni dia kawin. Dia ada la invite but I have to declinelah. Unless dia nak sponsor flight aku balik Malaysia, mak on je nyah!

Tapikan uols, aku ni sangsi asmara sangat bila tengok gambar suami dia. Sesuatuh la. Rambut ala-ala Justin Bieber. Kulit gebu ala-ala Kak Pah. Pose pulak ayu-ayu coverina.

Aku tak puas hati. Aku pi la jenguk FB suami dia. Hmmm, favourite artist, Shahir AF8 kan? Pastu tengok mutual friend, keluarkan muka captain Lukmang yang cantik tak terperi tu.

So, I pun keluarlah teori kebarangkalian macam ni:

Premis 1: Dia minat Shahir.
Premis 2: Dia kawan dengan Lukman.
Kesimpulan, SAH BAPUK!!
*matilahmak~

Kannnn? The fact yang dia kenal Lukman menguatkan lagi teori aku. Matilah sapa yang kawan dengan Lukman dia adalah pondan!! *ops~

Aku cuba la nak korek-korek rahsia dari Lukman. Tapi mak cik tu kata nak tunggu aku balik KL, baru dia nak bergossip. Kaedah sangat!!

Anyway, aku pedulik hapa dia nak kawin dengan mak nyah sekalipun. But after looking back to our history, kau tak rasa ke yang ni semua KARMA??

Sekian.

PS: Masa dia tolak cinta aku, aku sumpah yang dia akan dapat laki pondan. Adakah semua ini kerana mulut ku yang masin innieww???? Hmmmmm....

- Posted using BlogPress from my iPhone