Sunday, October 09, 2011

Entry Angkat Bakul dan Perasan Cantik

Before I came to London, aku adalah orang yang paling malas sekali when it comes to beauty regime/routine. Nak mencuci muka pun malas, let alone la nak pakai masker bagai. Sebab tu la kulitkiewww ini azab. Bak kata Shayda, kulit berkarat tiada cahaya keimanan.

I started using pencuci muka masa umur 13 tahun. Walaupun tak perlu, tapi gatal fefet nak pakai. Ni semua akibat hasutan Leha. Masa tu, pencuci mula yg paling femes adalah Hazeline Snow yang iklan dia "Saya benci naik bas!". Leha jugak la yang menghasut aku dan Fifi pakai fair and lovely. Maklumlah budak kampung, kulit hitam berkerak harus la feeling feeling nak kulit putih macam jepun. Masa tu drama Jepun sangat meletop pom pom!!

Masa hormon level tengah tinggi, ada la dua tiga ketul jerawat keluar. Masa ni pun cuci muka macam nak tak nak. Sampai ke tahap malas, cuci muka guna sabun dettol bley? At this point, mak saya turut campur tangan dengan membekalkan produk-produk temulawak temubiawak dan macam-macam lagi.

Lepas tu, kulit jadi macam ok sikit. Still oily and occasionally breakout. Dah nama pun duduk kat negara tropika, so I didn't see the point la nak pakai oil control bagai sebab in the end tetap la akan berminyak balik. Hanya pondan yang pakai compact powder Miyami je kulit tak berminyak. Maklumlah pakai lima lapis katakan! Ops!

When I came to London, I thought my skin condition going to get better la kan. Konsepnya, cuaca sejuk, kulit menjadi kurang berminyak which akan reduce blocked pores yang menjadi punca acne. Rupanya it getting worst. I had breakouts and my skin became very dry at certain area and flaky.

Jadi, selepas mendapat 1st salary, aku pun terus ke kaunter Clinique and the salesgirl had suggested me to use their anti-blemish range. So I bought the facial foam, toner and moisturiser. It does improve my skin condition. The problem is the moisturiser makes my skin dry, especially during winter. So, I went back to same counter again and they suggest me to buy this moisture surge cream and apply it on the top of moisturiser that I'm currently using.

But skin still not as smooth as I wanted. So I bought an exfoliate untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati and blocked pores. The T-zone still oily and the salesgirl managed to persuade me to buy the masker. On the top of that, since I occasionally have a breakout, she asked me to get the spot corrector as well.

When I went to gym, I always brought along a nivea cream which I got it from pound shop (£1 je nyah!) because my skin always get very dry after the hot shower in the gym. Ia jugak dipakai ketika saya nak keluar berjogging in the cold or hot/dry weather. Rugi la kalau pakai yg mahal kan?? Gituh!

And recently I'm using SKII miracle water religiously. Akak kaunter SKII kat Harrods tu berjaya menghasut aku untuk beli menatang ni and I'm glad that I did. Tak tahu la, semenjak dua menjak pakai SKII, kulit terasa berseri-seri and all the dryness and flakiness on my skin are now gone!!

Inilah benda-benda mengarut yang saya pakai. Tadaaaaaaa!!



Tu diah!!! Bila tengok balik, banyaknyerrrrrrrr!!! Tak pernah sepanjang hidup aku guna product sebanyak ni!! Aku pun tak tahu since when I became a sucker for beauty product. But somehow I think I need it in order to keeping up with my appearance. We can't just rely on wuduk dan selawat semata-mata ye tak Kak Nita?

Sesetengah orang tu tak payah pakai pun benda-benda pelik ni tapi kulit dah cantik. Leha dari zaman sekolah pakai Sari Ayu Martatilaar. Sampai sekarang kulit dia mulus je.



I think kan, kalau uols nak cantik macam bekas ratu Doha, Lukman Al-Qatariah..the most important thing is drink lots of water to keep your skin hydrated, di samping memakai moisturiser. Pastu kena makan makanan yang berkhasiat. Jangan la asyik makan mee kolok je.

Speaking of mee kolok, tetiba rasa macam nak pergi makan mee kolok kat satok bridge bila balik Malaysia nanti! *ttbe menyimpang~

To Azmir, those condition adalah temporary je (hopefully). Probably kulit you tu terkejut and trying to adapt with the weather so to speak. Nanti lama-lama ok la tu. You might want to give SKII a try. I really recommend it! Hehehehe!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

11 comments:

Azmir Seed Fakkri said...

ana mohon share ya akhi.jzkk lol

captlukman said...

Thanks kak may sbb seru nama mak, tak cantik pun nok cuma guna nasihat kak nita je " banyak ambik wudu'!!*pitam*. kalau ko tgk mak skrg, yahampooooooooooon back to high school dah nok, berkarat hitam legam ala2 miss Papua new guinea*sedih*. patut la kalau kalah si popia adik kate tu sbb ko guna SKII*sujudssssssss*hehehe

payedd said...

meeltop skincare!! x mampu!

Izuan Kunang-Kunang said...

Azmir, kau memang suka pech lobs aku kat fb kannnnn??

Lukmang!!! Kau ambik air semayang ke air lain?? Tetttttttt!!! LOL

Payedd, I tak mampu nak pakai placenta bagai mcm you..hiks~

amjan33 said...

Iols pakai clinique 3step with pore refining serum. Clinique does make my skin smoother. Nak try sk-ii lines later.

monstorious wife said...

Nasib baik uolls tak beli cream delamer tu kannnn??
akak pakai bodyshop vit E moisturiser masa di UK, sangat bagus. tapi awas! jangan pakai kat malaysia harus berminyak2 muka uollss..

PUTUBAMBU said...

nampak okay jek...

Izuan Kunang-Kunang said...

Am, kalau kulit dah syantekkkkk, tak payah pakai pun takpe hehehehe

Akak Ilot, cream de lamer tu punya harga boleh buat I pengsan sekejap hehehe. Saya pernah pakai yg vit E tu kat Malaysia. Memang boleh goreng telur atas muka!!

Putu, tu gambar selepas pakai SKII. Gambar sebelum pakai telah dimusnahkan ahahhaha

C.Ann Farhan said...

Harrods!!!!! Konsep sangat!

iris said...

teringat ko pakai biore cool masa kat hostel dulu....cantik ko masa tu :P

Frid Firdaus said...

you lupa mention loreal for men (aaron aziz) masa 2007 sampai u pergi london.