Tuesday, June 02, 2009

Pak Dukun Bertunang Lagi....

Tu diah..lama skals aku tidak menghupdate blog ni. For almost 2 months gituh. Ye la uols, sedangkan blog IMAH yang DIVArina tu pun aku jarang nak jengok, inikan pulak blog sendiri kann?? Mak busy uols..busy sampai tak sempat nak update bagai. Kaedah sangat Cik Peacock dok sagat dan smash mak kat TB ni. Kannnn?? Dok sibuk tanya mak itu ini, ni mak nak tanya..BILA LAST UOLS SEMAYANG BERJEMAAH?? *ops matila takde kena mengena

Nok, tulis blog ni cuma hobi sampingan je uols and lately I don't have that passion that force me to update. Gituhhh. Bukannya ada orang baca pun. Hanya sekadar catatan dan rakaman kenangan, buat tatapan..di saat jasad dan jiwa berjauhan... *matilah jiwang~~

Okeylah..straight to the point, aku nak bagitau hangpa semua yang adik aku yang hangpa semua dok puji hensem, alim..apa lagi?? *sambil tala mic kat audiens


Sorry la uols, adik aku dah tak available ye!!

Tapi yang menyampahnya, bila adik aku dah bertunang ni, banyak pulak suara-suara sumbang seperti keldai yang dok mempersoalkan status solo aku. HELLO?? Being available at 26 years olds is not a big issue pun kalau nak dibandingkan dengan perang kat Palestin. Motif sangat!! Sibuk je mak cik, mak long, mak ngah, mak teh, mak uda dan lain-lain lagi..KOSERR MAK nak layan uols...baik mak pi sembang dengan pak cik yang dok sibuk masak ayam masak merah . At least dapat la jugak ratah-ratah ayam..bukan ratah pak cik tu yerrr *ttbe


Ni la wanita yang berjaya mencuri hati adik aku tu...cantik macam aku kan?? Cuma tang bertudung tu je la yang tak sama. Mak free hair uols. Belum sampai seru lagi bleyy??

Tapikan, ada la kawan aku tu, laki dia tak suka dia pakai tudung uols. Aku pun tak paham la dengan jantan-jantan macam tu. Dah la dia tu baru berjinak-jinak nak pakai tudung, tapi tak mendapat sokongan suami. Kesian uols. Tapi yang kelakar, since dia insist tanak tunjuk rambut dia kat orang, maka suami dia pun suruh la dia pakai rambut palsu. Bleyy?? Kata suami dia lagi, kira ni sama la dengan pakai tudung, tak menunjukkan rambut sendiri...

KANNN?? Mazhab Imam MURTAD mana tah suami dia pakai!!

*matila sempat cikpat lagi nih..


Anyway, tunangan adik aku ni Cikgu English uols. Dia ni baguih la pada pandangan mata aku. Mak Teh aku (bukan mak aku yer..) berkenan la sangat dengan pilihan adik aku ni. Sejuk perut tengok la...sejuk pepet la..dan macam-macam lagi la. Kaedah sangat. Anak sapa yang kawin ni?? Sibuk je mak teh aku tu!

Tapi dia ni, nama je cikgu English. Tapi, on the phone dgn adik aku, dok ber'ANA', 'ANTE', anta planta bagai. Naik menyampah aku dengar bila adik aku on the phone. Dah kena penyakit orang bercinta sampai makan pun dok sms.


Tapi, sebagai KAKAK (kakak katanya), aku doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Ye la uols, aku ni mana la berkeinginan ke arah tu. For me, marriage is just a burden...gituhhh.

Okayah uols, mak beradu di khayalan dulu naaaa....