Bila kerja kat tempat yang mementingkan seniority, lain pulak cerita. Nak pulak kalau fresh graduate, pastu terus masuk jadi pegawai bagai. Harus la kena bambu dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang kubur kata mari tu dengan alasan mereka lebih senior, jadi mereka lebih tahu. Ye ke?? Pooodaaaah!! Hakikatnya hampeh!!
Aku senang je. Mana aku rasa aku patut hormat, aku hormat. Tak kira la pangkat apa pun. Sebab at the end of the day, kita akan harapkan bantuan kakitangan sokongan untuk bantu kita. Tapi when its come to right or wrong, kalau aku rasa aku kena bagi amaran or peringatan, redah je uols!! Orang-orang macam ni bukan boleh bagi muka sangat, nanti dipijaknya kepala kita. Biar dia berpijak di bumi nyata yang dia tu haya kerani cabuk mahupun atenden kesihatan jer. Biar diorang tahu sikit stage diorang kat mana. Aku peduli apa kau tu senior ke, senior citizen ke, pokok pangkalnya, gred mak lagi tinggi dari uols!! So, kau berani ke nak rampas stage mak??
Kalau setakat suara biasa ala-ala Siti Saerah tu, motif kau berangan tarik key Gemilang Jacklyn Victor kan??
Aku ni tak kisah orang nak bergurau dengan aku sebab aku memang suka melawak sambil melaser. Tapi sendiri mau ingat jugak la. Jangan nak trigger kemarahan aku dengan menyentuh isu-isu sensitif sebab whatever it is kau tu pekerja bawahan. Dok mengumpat belakang aku kata aku melenggang segala...kurang asam betul!! HELLO?? Korang tu sape?? Kalau setakat kerja susun fail, tolong sedar diri sikit bole tak?? Motif kau nak maknam aku yang ada master ni?? *tu diah, aku dah mula menyentuh isu sensitif pasal education background..
*Maknam = Mengumpat/mencarut
SO, tolong la hormat org yang lebih superior dari kau, sebagaimana aku hormat orang yang lebih superior dari aku. Jangan sampai mak seru ular mak keluar!!

Hai dewi ular jadi-jadian...keluarlah uols!!
Sebut pasal superior pulak, walupun hati kecil aku ni seringkali mempertikaikan kedah mahupun method yang digunapakai oleh mereka yang bergelar PROF ini, tapi aku sedar stage aku kat mana. Ye la, dah nama pun kerja bawah depa. And off course la diorang lagi hebat dari aku yang sebesar semut ni, walaupun kecik tapi gigitan berbisa..gituhhh tetap taknak kalah!! *matilamak
Tapi at the end of the day, kalau aku buat silap, mis-diagnosis bagai, diorang jugak yang kena bertanggungjawab. Tapi lepas tu, mrasa la kena surat tunjuk sebab bagai. Koosee!! Kena marah tu adat la. Selagi bertahan, butakan mata, pekak kan telinga. Belajar dari kesilapan. Macam yang pernah aku baca dalam sebuah buku ni, dia ada quote lebih kurang macam ni la:
"It doesn't matter if you drop the ball, it's how you pick it up that is important...".
Kau faham tak maksud dia?? Lebih kurang macam ni la aku faham. Tak kisah la walau macam mana sekalipun, jangan sesekali takut untuk gagal. It doesn't matter if you had failed. The matter is how you overcome it and how you redeem yourself back. Which mean, learn for not doing the same mistake. Thomas Elba Edison melakukan sebanyak 1000 eksperimen sebelum terhasilnya lampu. Manakala, Alexander Graham Bell dikatakan gila apabila dia bagitau dia boleh bercakap dengan orang yang berada jauh dari dia dengan menggunakan telefon yang dicipta oleh beliau.
Kadang-kadang tu, bila kita buat sesuatu yang bagus atau baik, tiada sebarang kata pujian hatta ucapan terima kasih pun kita tak dapat. Like I care pun kan? Lagipun mak aku pesan, jangan buat sesuatu tu hanya untuk mendapat sanjungan atau pujian melangit. Ironinya, bila kita buat salah, walau sebesar kuman sekalipun, riuh sekampunglah kanak-kanak ribena kat sini. Biasalah, macam aku cakap susah nak puas hatikan semua orang dan susah untuk buat orang suka kat kita.
Sesetengah tu, bila kita cuba buat baik macam mana pun, tetap la nampak buruk di matanya. Semua tak kena la pendek kata. Bila kita freak out, dikatanya kita ni Drama Queen..bleyy?? Kau kenapa? *matila emo sekejap~
Mampus lah nak ambik peduli. Kita dah buat apa yang terbaik, orang nak hargai ke tak, lantak lah. Mampus keras aku nak ambik kesah. Takat2 kutuk kat blog jer. Orang kata;
"Tak hidup dek puji, tak mati dek keji...".
Have a great weekend korang!! Daaaaaaaa~~
