Saturday, November 29, 2008

Final Day....


Yeahhhhh!!
Hari kebebasan sudah tiba!!
Kebebasan apakah??

Hari ini adalah hari terakhir aku berkhidmat di tempat kerja aku sekarang.
Sudah dua tahun berlalu rasakan bagai semalam aku lapor diri.
Terlalu banyak yang aku pelajari.
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui.
Tapi semua itu mengajar aku menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan...

Kesempatan ini aku ambil untuk ucapkan setinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada bekas majikan aku, rakan-rakan sekerja dan mereka yang pernah bekerja dengan aku atau dikerjakan oleh aku... *matilaaaaaaa

Terima kasih banyak-banyak!!!

So, nantikan kemunculan aku di HUKM pulak....lalalalalalalala~~

*sambil heret beg samsonite ala-ala bebudak AF

Tuesday, November 25, 2008

Perihal Allergi dan Pisang Goreng....

Salam semua!!! Maafin gue kerana menghilangkan diri. Aku sibuk pasang susuk dengan Mak Esah ni ha *ops.

Ye la, sejak-sejak YOGA diharamkan ni, terpaksa la aku pasang susuk sebab aku dah tak boleh buat YOGA MUKA I nih. Padahal pakai susuk pun haram lagi mengharamkan kan?? *matila

Actually, aku balik kampung last week. Dah lama rasanya tak menjenguk aku punya Family Affair Ministry sejak balik KL since raya. Miss my folk so much!!! Lagipun, at this time aku rasa macam nak keluar dari kesibukkan kota dan bertapa kat kampung. Too many things happened lately dan sedikit sebanyak berlaku insiden yang mencalarkan hati aku dan pihak-pihak lain. Aku benci bila aku menjadi punca menyakiti hati orang. Nak pulak jika aku tak berniat nak menyakiti hati orang tu. Not to mention perasaan yang tercalar. But I can deal with it. Hati yang tercalar ni sekejap je. Like I always said to 'HIM',

"I need someone to obsess with, so that I can get over my obsession towards you...."

So?? Sentapkah?? Tak payah la nak sentap dengan apa yang aku lafazkan dari hati aku ni. Kalau nak dihitung sentap aku ni, sampai esok pun tak habis aku nak ungkit. So, apa yang lepas tu, biarkan ia berlalu. I'm trying my best not to obsess about you anymore.

By the way, aku kena allergic reaction hari Ahad hari itu. Keji betul!!

Nasib baik la muka aku tak bertukar jadi macam ET ataupun senget benget seperti muka BELLA (ampunnnn Bella). Aku cuba mengalami bengkak-bengkak dan itchiness kat tangan and kat peha aku yang gedabak seperti roti john nih. So cuba la korang bayangkan. Kalau peha aku ni ibarat roti john, agak-agaknya peha AMIRUL tu roti apa la gamaknya eh?? *matila carotz



Ni semua gara-gara deep fry tofu yang menggiurkan!! INI SEMUA SALAH FORD!! *tetibe

Actually aku ni ada allergy toward soy milk and soy's product, except soy sauce aka kicap. Kalau yang tu aku tak boleh makan, habis la...tak meriah la kalau makan nasi tak berkicap ni huhuhuhu.

Entah bila la aku develop allergy terhadap produk soya ni, padahal selama ni soya adalah benda penting dalam diet aku. I started to get itchiness dan bengkak-bengkak ni since awal this year masa Pisa menumpang rumah aku. Matila ini semua salah PISA...chihihihi. I guess preservative dalam soy milk tu yg sebabkan aku tak boleh minum soy milk anymore. Ingatkan dengan ambik produk soya yang lain I will be ok. Rupanya tak. And this is the worst I ever had.

By the time I got the reaction, I went to nearest pharmacy to get anti-histamine, tapi pharmacist dia da balik bleyy? So I just take medication the next day kat my place. I asked the nurse to inject me with 1cc piriton, lepas tu aku pass out kat my office. Sangat la sleepy. This is my first time ambik piriton. Before this aku just biar jer sampai bengkak tu surut. Tapi this time aku dah tak boleh handle kehatalan yang melanda. So sekarang, semua bengkak dah surut dan tiada lagi kegatalan!! *tu diah macam iklan tuala wanita jerr.....chihihihihi

Ok!! Enough about masalah allergy aku nih. Apa kata kita bercerita pasal pisang goreng. Bukan pisang orang yer. Ni betul-betul punya pisang goreng!! Hehehehe.


Normally, bila balik jer dari kerja especially kalau aku shift pagi, aku akan singgap membeli pisang goreng yang berdekatan dengan LRT Wangsa Maju. Lalu dengan suara kepit aku pun mula bersuara,

"Bagi saya pisang goreng dua ringgit", kata aku sambil melibas rambut aku ke belakang dengan penuh sopan santun.

Tiba-tiba,

"He he he he...pisang goreng", kedengaran suara kiki lalat (perempuan la) di tepi aku tengah mengekek ketawa dengan kawan dia.


Apa yang kelakarnya fantet??

"Motif kau ketawa cik nurakas??", tanya aku dengan penuh rasa nak simbah minyak panas kat muka dia.

"Because you called it pisang goreng instead of goreng pisang", kata cik nurakas itu tak nak kalah.

"Well, I believe it supposed to be pisang goreng because goreng pisang itu menunjukkan perbuatan. Poor you. You must be failed in your bahasa in SPM", kata aku sambil catwalk dan buat sign to the left, to the left to her.

Motif??? Ok let me sexplain kenyataan aku sebentar tadi.

Pisang adalah subjek, manakala goreng itu adalah perbuatan. Jadi dalam hal ini, adalah tidak wajar jika diletakkan perkataan yang menggambarkan perbuatan di hadapan subjek *matila kenyataan superficial

Jadi, goreng pisang tu tak sesuai sebab ia melambangkan perbuatan menggoreng pisang. Sama la seperti kita panggil nasi goreng. Kita tak panggil ia sebagai goreng nasi kan? Unless kalau kau tu mat salleh yang baru belajar BM, so kau akan ala-ala blur, lalu translate word by word contohnya fried banana akan jadi goreng pisang. Tu boleh la excuse. Ni hari-hari cakap BM pun takkan masih tak faham konsep subjek dan predikat dalam struktur ayat BM??

"Saya nak makan goreng pisang".

Ayat di atas adalah sangat jelas kesalahan bahasanya. Lain la kalau ia diubah jadi begini...

"Saya nak makan penggoreng pisang!!" *matilaaaaaa~~

**penggoreng pisang = tukang goreng pisang

Contoh satu lagi,

"Bagi saya goreng pisang 2 ringgit".

Ayat di atas menunjukkan seolah-olah kau mintak keizinan tuan kedai itu untuk menggoreng pisang kat situ dengan harga dua ringgit..bleyyy??

Jadi, ada soalan??


"Saya Cikgu!!! Saya Cikgu!! Saya!! Saya!!"

Sudehhhh!! Takde maknanyer aku nak menjawab soalan korang semua. Not now!!

Tu je nak tulis....

DAAA!!~~~~

*matila entry paling bosan...huhuhuhuhu

Sunday, November 16, 2008

Free to be you...


Sometimes I don't understand with people yang tak boleh jadi diri diorang sendiri. I mean everybody have flaws dan kita semua ni bukan malaikat (read: I'm no angel too..), jauh sekali mempunya sifat-sifat terpuji seperti Rasulullah S.A.W.

Just be yourself and I love you for that. Unless kalau yourself tu adalah perompak, perogol bersiri dan segala mak neka jenayah. Mintak simpang okay. Maksud I kalau you tu memang jenis yang kuat bershopping, perlu ke bagitau kat I yang you benci dengan orang shopaholic pastu siap bagi nasihat kat I how to be a good shopper...bleyyy?? Koser la orang-orang macam ni.

Tu belum lagi dengan yang berlagak DIVA kononnya kerja dia hebat, education bagus, income meletop, TAPI hakikatnya dia kerja ofis boy jerr. Perlu ke?? Excuse me, aku bukan jenis yang menilai orang mengikut pekerjaan (except kau buat kerja-kerja kotor la...tapi, kebanyakkan orang buat kerja tu, ada kisah masing-masing kenapa diorang buat kerja macam tu..). Kenapa nak malu dengan kerja yang bagi kau rezeki halal tu? Perlu ke nak menipu pekerjaan kau tu??

Sebut pasal tipu pulak, aku memang pantang orang yang penipu. Don't lie if you're not good at it. Melainkan kau tu jenis kaki penipu, aku nak buat mcm mana kan??

Senang cerita....

Jadilah diri sendiri.
Jujurlah dengan diri sendiri.
Ukur baju badan sendiri, bukan badan Kate Moss. (Take note Amirul..you're no longer size 0!! LOL)
And please...don't be a pretentious type of person.

Even aku pun bukannya perfect pun.
Perfection is my enemy.
I'm still wear ripped jeans and kasut koyak.
Recycle my shirt if it not dirty yet (tapi underware mak tak recycle yerr..choiii!!).
I don't have car and still using public transport, and aku tak malu pun pasal tu. At least, knowledge aku pasal jalan kat KL better dari orang drive.
I'm clumsy, kelam kabut and cepat sentap sometimes, but I'm easily cool.

And by the way, I'm a BITCH...if some of you didn't know yet.
I'm free to be me, and you free to be you.

Lalalalalala...have a great weekend!! *sambil betulkan curl depan cermin berbingkai kerawang emas

Daaaaaaaa!!~~~

-------------------------
Now playing: Francesca Battistelli - Free To Be Me
via FoxyTunes

Thursday, November 13, 2008

Pagi Jumaat yang permai.....

Uiks, lamanya tak menghupdate kat sini. Biasa la uols, kau hengat aku ni kerja tulis blog je ker?? Dapat gaji pun tak!!

Apa pun I nak jerit welcome back to my friend Amirul (gambar di bawah) yang kembali berblogging selepas hiatus yang panjang. Ghetooo. Silalah klik di SINI, SINI dan jugak SINI untuk membaca blog kawan I yang fabulous ittew.


"Macam ni la hidup I...GUMUKS", kata Amirul sewaktu press conference perlancaran blognya tempoh hari di pusat pelacuran terkenal kat JB.

Ok lah, tu jer benda yg aku nak cerita kat hangpa semua. Kelas tak??

Daaa~~~~

Friday, November 07, 2008

Anugerah Illahi...


Anak adalah anugerah terindah terutama untuk pasangan yang sudah berumahtangga. Kehadiran mereka mengindahkan lagi sebuah perkahwinan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk menunjukkan 'kejantanan' mereka. Manakala bagi wanita, keperitan menanggung seksaan ibarat nyawa seperti dihujung tanduk, terasa berbaloi tatkala mendengar tangisan bayi yang keluar dari rahimnya.

By the time you see those, tak boleh rasanya jika kita tak jatuh cinta tatkala menatao wajah mereka yang sangat la comel. I love the smell of the baby, tapi bukan masa lepas keluar dari rahim la. Selepas dia dimandikan, pastu diletakkan bedak bayi.

Ok lah, apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya??

Kisahnya macam ni, baru-baru ni adalah seorang wanita yang melahirkan anaknya kat tempat aku ni. Dia ada la cerita kat nurse-nurse yang jaga dia pasal suami dia yang suka pukul dia. Actually badan dia penuh dengan lebam-lebam akibat dipukul suami dia.

Jadi, disebabkan perangai suami dia yang 'syaitan' tu. dia decide untuk serahkan bayi tu kepada majikan dia. Besides, all expenses paid by majikan dia la. And I heard majikan dia bagi dia RM 12,000 for the baby. Astagfirullahalzim. Bukan perbuatan dia tu sama ke macam nak menjual anak??


Dah la maknya tu Muslim, tapi anak dia takde sapa pun yang azankan. Nak harapkan suami dia?? Datang jenguk pun tidak. Jadi aku ambik la kesempatan untuk azankan bayi ni, walaupun dia bukan anak aku. Tapi aku rasa itu tanggungjawab aku.

Tapi yang aku tak puas hati tu, majikan dia non-muslim. Sorry if what I'm trying to say here will offended my non-muslim friend.

Bayi tu dilahirkan dengan fitrah. Ibarat kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak itu. Kalau diajar jadi yahudi, yahudilah jadinya. Sebagai seorang Islam, aku rasa terganggu dengan keputusan ibu bayi tersebut nak serahkan bayinya kepada majikannya yang bukan Islam itu. Bukan itu saja, aku juga minta jika dia tak mahu jaga, serahkan saja pada aku. Biar aku jaga. Or at least, hantar ke rumah kebajikan!!

Entahlah, nasihat aku dan staff nurse kat situ langsung dia tak peduli. Dia kata lebih baik anak itu dengan majikannya dari menjadi mangsa pukul suami dia.

Aku dah takde jalan lain, jadi aku dengan kawan aku decide untuk buat aduan kat Jabatan Kebajikan Masyarakat. So, we gave all the details about the parent, address and everything. Aku pun tak tahu sama ada tindakan aku ni betul atau tidak, tapi aku rasa berdosa jika aku terus biarkan bayi itu tinggal bersama dengan majikan ibunya.


Apalah dosa bayi ini??
Semoga ALLAH melindungi engkau sayang.....

Wednesday, November 05, 2008

Gotta Tell You..


[My Wish - Rascal Flatts]

I hope the days come easy and the moments pass slow
And each road leads you where you wanna go
And if you're faced with a choice, and you have to choose
I hope you choose the one that means the most to you
And if one door opens to another door closed
I hope you keep on walking till you find the window
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile
But more than anything, more than anything

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold
And while you're out there getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too
This is my wish...

I hope you never look back, but you never forget
All the ones who love you, in the place you left
I hope you always forgive, and you never regret
And you help somebody every chance you get
Oh, you find God's grace, in every mistake
And always give more than you take
But more than anything, more than anything...

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold
And while you're out there getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too
This is my wish...

_________________________________________________


Yes, I did it!!
Sometimes, bila confess kat orang yang kita suka boleh mendatangkan banyak kebaikan, mahupun keburukan.
Tapi, at least kita tahu sekarang, better than later, especially if it rejected la.
And I do feel good bila dapat lepaskan apa yang terbuku kat dada aku.
Rasa released sangat!!
Mungkin dia bukan untuk aku.
Tapi aku masih ada Mazri...kan Mazri kan?? Kan?? *nanges

Tapi takpe la...
I still berpegang kepada prinsip "cintai dia yang mencintaiku...."
Don't wanna love you if you don't love me...
Don't wanna need you if you won't need me too...

It took lots of gut untuk aku buat semua tu...
Tapi tak berhasil
Nak bergundah-gulana??
Ada la sekejap
Lepas tu terus bukak Manjam cari mangsa *petirrrrr

By the way, I dah dapat tawaran HUKM
Lalalalalalallalalala~~~

-----------------------
Now playing: Macy Gray - I Try
via FoxyTunes