Friday, June 27, 2008

Meraba dalam gelap....


Malam yang gelap
Sunyi....
Tiada bulan
Tiada bintang
Meraba di dalam gelap
Dengan hati yang sepi
Melankoli....

Meraba??

Meraba apa tak tau....

Hey meraba tu bukan bermaksud aku meraba orang okeh. Aku hanya hilang arah, jadi tangan yang dikurniakan Tuhan Maha Agung itu aku gunakan untuk mencari dalam gelap, agar aku tak terlanggar tiang dinding dan yang sewaktu dengannya. Nanti kang tak pasal-pasal aku jatuh terkangkang.

Sekurang-kurangnya, aku tak gunakan tangan aku tu untuk tabur pasir dalam periuk nasi orang. Kau faham maksud peribahasa tu Shah Andrew?? *ops

Aku juga tidak mengunakan tangan-tangan ini untuk membuat onar di muka bumi seperti merompak, mencuri dan membunuh.

Eh, apakah yang aku bebelkan ni? *matila muka amir berkerut~

Hey benci betullah aku dengan oustation yang tak henti ni. Esok kena gi Ipoh. Pastu on manday, nak kena pergi Hospital Kuala Pilah pulak. Motif la sangat aku kena pergi sana? Dah takde orang lain ke yang boleh buat demo tu?? Asyik-asyik aku jer? *matila kufur nikmat


Walau apapun, aku syukur. Sekurang-kurangnya aku tak kena melacur kat lorong untuk mencari sesuap nasi.... *wah statement!~

Rezeki Tuhan bagi redha jer *nanges

.

.

.

Lately macam best pulak aku dok browse job kat Aussie. Pantas je jari jemari aku ni menaip email dan hantar resume ke sana. Tapi aku sentap!! Tiba-tiba diorang suruh aku daftar dengan ASAR (Australian Sonographer Accreditation Registry) dulu before buat application?? Macam celaka. Aku ingat once my course dah accredited by ASUM (Australian Society of Ultrasound), tak payah la aku bersusah payah nak register segala mak nenek tu. Ropa-ropanya, mana-mana sonographer yang berdaftar dengan ASUM, kena berdaftar dengan ASAR jugeks!! TIDAKKKKKK!!!

Kalau senang dihujung jari takpe. Ni MASYAALLAH!! Sangat menyusahkan hidup!!

So aku pun mulalah emo.

Terus aku masuk redtube, then cikcapan!! *petirrr


*ops

Eh takde lah!! Acah je tu....

I just tanya one of my friend yang kerja kat Hospital in UK. London to be exact. Then dia ada suruh aku masuk kat satu web nih, and it's really helpful dan actually it is easier to work as a sonographer in UK than Aussie itself. Tapi bila masuk bab nak dapat permit semua tu je la yang aku tak berapa nak faham sangat. So, setakat ni aku main hantar jer resume aku kat semua tempat yang aku berkenan. Kalau ada rejeki, ada la. Kalau takde, aku kerja je la kat Malaysia.

Mesti ramai yang wonder kenapa before this aku macam beria-ia nak pergi Aussie, then aku tak minat, pastu out of sudden tiba-tiba nak kerja kat oversea balik. Especially for those yang rapat dengan aku la...

Senang cerita, aku sendiri pun tak tahu. I don't know what I want. Buat masa ni, apa jer oppurtunity yang ada, aku ambik jer. Dah tak kuasa la aku nak mengabdikan diri kat tempat 'neraka' ni. Waaaa bebaskanlah aku dari sini!! BEBASKAN AKU!!!! *sambil goncang jeriji

*Bukan goncang jeriji di kepala katil yer zuhaili...chihihihi~

Tunggu tawaran baru macam menunggu hujan tahi bintang yang berlaku 1000 tahun sekali. Is it worth to wait for something yang tak pasti?? Wahh, marah Imran Ajmain nanti sebab dia kan sanggup tunggu sampai 1000 tahun katanya!! Tunggu sapa tatau! *wink

By the way, lots of people tertanya-tanya about my status.
Bercerai?
Digantung tak bertali?
Nusyuz? *matila Beego


"Abang nak pukul saya...pukullah!! Tapi ceraikan saya sekarang jugeks!!!"

Hmm, that is another thing yang sukar nak aku jelaskan. Can we just leave the topik??

Because, aku banyak benda lagi nak fikir instead of relationship. Entah la. Sukar aku nak rungkai kan persoalan tu. Ibarat menarik rambut dari tepung. Kalau boleh taknak la tepung berselerak, rambut pun tak putus. Tapi, do I have a choice?

Yes I have!!
I can choose to be happy.

But with who?

Frankly, I don't have anyone. Jauh sekali kalau nak katakan yang aku ada someone else. Neither do him. Aku percaya pada kejujuran dia.

Nak kata aku unhappy, pernah ke korang nampak aku bermuram durja ha Amir? Zuhaili?


Pernah korang nampak aku lari sambil tarik rambut macam ni?? Pastu korang kejar aku dari belakang sambil panggil "Anjali!! Anjali!! Sabar uols!!"

Walaupun bekerja dengan Pak Cik Nurakas dan Ibu Syaitan, aku tak pernah la bermuram durja. Except masa Amirul left. Tu pun cakar-cakar tanah ala ratapan anak tiri yang sekejap je. Sekarang dah back to normal. Dia pulak yang dok cakar-cakar tanah kat sana sebab nak balik sini.

Entah la uols!!

I just keep quiet je la benda-benda macam ni. Tak kuasa nak mencanang kompang seluruh alam sambil nyanyi lagu Tinting Noraniza Idris tu. Kalau ada, ada la. Kalau takde, takde maknanyer aku nak pose-pose pasrah Erra Fazira ye. Serta merta aku akan keluarkan borang untuk mencari suami baru. Tu diah!! *matila aku

Tu lah, in life kena optimistic!!


Korang nampak tak betapa optimisticnya aku??

Hidup ni kena berjuang. Memang la sometimes ada low point. Kadang-kadang semua benda tu tak menjadi. Tapi if we cry out loud keluar air mata darah pun, nothing can be change unless kita yang ambik tindakan untuk move on dan berubah.

Berjuanglah saudaraku!!

Terima la hakikat hidup ni tak seindah yang disangka. Life is not a fairytale sweetheart, di mana at the end of the story akan datang putera naik kuda bawak kasut gelas, then kahwin and live happily ever after.

Berkorban apa saja....

Oklah guys, I'm going to Hospital Ipoh esok. Ada talk kat O&G department. Kali ni bukan I yang bagi talk, tapi menghadiri talk. Masih banyak lagi yang perlu belajar...


And I'm glad that I'm still here, masih bernafas dan dapat meneruskan perjalanan hidup aku yang bagi aku exciting sesangat!!

Orang kata, experience is the greatest teacher.

Hope semua orang dapat sedikit manfaat melalui bacaan kat sini. Instead of bercerita something yang merapu, kita kena tahu jugak bahawa dalam tawa itu ada tangisan....

Lagipun, dah ramai orang complaint yang blog aku ni dah tak ubah macam diari. Nothing exciting katanya....ha Megat??

Ok la, I nak pack barang for my trip tomorrow. Hope everyone have a GREAT weekend!!

Take care....Daaa~~

----------------
Now playing: Des'ree - Life
via FoxyTunes

Friday, June 20, 2008

Spread your wing and FLY~


He (God) says He will never forsake you
Or leave you alone
Trust Him~

WOW!! Penatnya rasa!! Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Macam bola pula rasa. My life really like a roller coaster right now. Macam menyampah pun ada sebab almost everyweek kena oustation. Paling pantang sekali kalau yang short notice. Dah tahu-tahu aku ada clinical on Friday kat Hosp. Ampuan Rahimah, tetap la nak hantar aku pergi utara sana kan?? Kaedah sangat!!

Next week pun sama. Yang lebih dahsyat adalah bila kena attend talk on weekend. Nasib baik la aku ni excited nak pergi ke talk tu sebab yang bagi talk tu bukan calang-calang orang okeh. So, tak kisah la kurbankan my weekend for something yang berguna right?? Instead of pergi karaoke kan Pisa??

Boleh tak aku nak complaint yang aku dah tak larat with this oustation ni?? Kalau gi oversea takpe la jugak. Tak payah suruh, sekarang jugeks aku pergi KLIA *lol :p

Bukan sebab tak suka travelling. Suka!! And actually it is exciting to travel around and to get paid at the same time. Tapi bila dah kerap sangat, mentally and physically jadi tired. At one point rasa macam nak hilang tanpa khabar berita buat sementara, pastu pergi sembunyi kat dalam hutan. Off phone segala. After dah released semua tekanan, baru buat comeback bleyy??

Eiii stress la complaint-complaint ni. Apapun, bersyukur je dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan, kan Amir??

Actually, aku baru je sampai dari Penang petang tadi. Dalam keadaan penat yang belum hilang akibat dilambung tak tentu hala oleh bas ngok ngek tu, aku tetap la gigih pergi gym dengan Spin. Maklumlah, dah lama rasanya tak menjenguk gym akibat keadaan jadual yang selalu membawa aku ke luar dari kawasan KL. Sia-sia je bayar. So nak tak nak terpaksa la pergi. Sebab dah bayar kan??

Masa dalam kereta, on the way balik dari gym, tiba-tiba terkeluar kat radio lagu Kekasih Gelap by Ungu. And I felt so weird bila both of us sang that song together. Entah kenapa. I just feel weird about it.

Hey, I bukan kekasih gelap Spin okey!!
*matilakau

Tetiba rasa teringin pulak nak makan nasi lemak panas kat mapley SS14. Tempat yang aku selalu lepak dgn kawan-kawan UM dolu-dolu.

And kat sini jugak la, entah apa sialnya hari tu. Sedang aku duduk makan-makan kat situ. Tiba-tiba ada sorang budak datang kat aku bagi kertas. Dia kata ada orang bagi. Pastu dia tunjuk la siapa orang tu, then mamat tu angkat tangan sambil sengih macam kerang busuk. Eiiii malunya masa tu!! Dah la bukan taste aku (kan?? kalau taste mesti la layan..lol!!). Kot ye pun nak mengorat, jangan la depan kawan-kawan perempuan aku. Hayoooo..tak sesuai betul!!

Hmmm...apa la cerita si Amirul kat Tambak Johor tu ek?? Wah..baru seminggu pergi terus dapat scandal yer?? Kelas!! Dah la scandal hensem!! Patut la Amir ala-ala letak gambar Amirul kat atas meja, siap sembah sujud bakar colok segala sebagai tanda kekaguman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata!!

Makan hati katanya!! LOL~

Kan Amirul? Dalam dok berkeluh kesah tentang nasib diri yang ala-ala tidak laku, sekali zass datang berduyun tiba (ikut slang Juliana Banos).

Tapi yang kelakarnya bila aku dengar permintaan bersyarat laki tu yang aku rasa tak masuk akal!! Ada ke dia dia suruh Amirul tambah berat badan?? Hayoooo, apa punya permintaan tu??


Tak cukup berat ke macam ni?? *larikkkkkk

Jangan marah Amirul...hiks~

Eii tak faham la aku dengan jantan macam tu. Punya la Amirul tu beria-ia diet untuk dapat bentuk badan yang mengiurkan, tup-tup dia suruh tambah berat. Potong stim betul!!

Takpe la Amirul!! ONS sudeh!! Tak payah buat steady... *petirrrrrr~~

Ayo jahatnya aku menghasut orang buat benda-benda tak baik huhuhu *nanges

***************************************************

Korang pernah mimpi pelik-pelik tak?? *tu diah soalan

Mai sini aku nak cerits kat hangpa. Ada ka suatu hari tu aku mimpi mak dengan abah aku hantaq aku masuk pondok, bleyy??


TIDAKKKKKKKKK!!! Aku nak balik!!

Sabor je la aku masa tu. Siap lepas hantar aku, mak dengan abah aku terus pindah dari Kedah ke Johor. Motif??

Maka tinggallah aku dengan budak-budak pondok yang seringkali tengok aku sebagai orang yang paling pelik kat situ. Mrasa pakai jubah pink *pengsan~

Yang paling best, bila Ustaz yang merupakan Pengetua kat situ mula soal-siasat yang bukan-bukan kat aku....


"Baik kamu mengaku yang kamu ni suka kat lelaki...kamu ni GAY kan??"

Terus aku kejung dengan soalan Ustaz tu!!

Maka sambil feeling-feeling watak Neng Yatimah, aku pun menjawab:


"Tidak Ustaz!! Tidak!! Saya bukan gay! Bukan!! Saya straight!! Betul Ustaz...saya tak tipu!!"

Zassss~~

Apapun, mimpi tu mainan tidur....

*matila gambar Adha tengah tido...hiks

Jangan marah Amir *wink*

Have a GREAT weekedn guys!! Daaaaaa~~

----------------
Now playing: Mariah Carey - Fly Like A Bird
via FoxyTunes

Tuesday, June 17, 2008

Sesuatu yang tertunda...

Wahhh...such a long time eh??

24 hours are never enough right? Agaknya if we've been given 49 hours pun, we will still complain masa tak cukup this and that.

Ok this entry is dedicated to Amir yang selalu push me to update. Sorry dear, I can't fulfill your appetite (blog I makanan ruji katanya) since I'm busy dengan kerja dan perjanjian syaitan *petirrrr

Spin pun I dah lama tak jumpa *blush*

Tapi, tadi baru je balik dari tengok Kungfu Panda dengan Spin. Such a hilarious movie!! And that panda sangat la comel dengan perut dia yang buncit! He's so remind me of Amirul. Huhuhu. I hope he's doing great kat sana. Jangan jadi penunggu Tambak Johor sudah...lol~

Sori sebab I tak sempat nak update your birthday story yang dah lama lepas tu (26 May). You pun perasan kan lately I banyak outstation. We hardly meet. Nasib baik ada phone yang bill dia company bayar. Boleh jugak I bergayut dengan you kan?? Hiks~


Serena katanya!! Sapa la yang salah eja gossip tu?? Mangkuk betul~

Oh ya, tak dilupakan juga kepada kawan aku yang tak berapa cantik tanpa mekap nih. Selamat Pengantin Baru yer Toji atau nama sebenarnya Farah. Toji tu nama tomboy dia.. *larikkkkkk

Akhirnya kahwin juga kau dengan BF kau yang selalu jadi punca pergaduhan engkau dengan aku. Well, I can't help if your BF had fall in love with me. Hehehe. But at the end, he still choose you. Ye la, apa la yang ada kat I ni?? *nanges

Jangan marah Toji...hiks~

Lately, aku memang banyak giler travel ke utara tanah air. Boleh kata every week la aku ke utara. Sakit pinggang okeh. Tu belum masuk kes tayar pancit kat somewhere area Gurun time-time nak masuk senja. Malas nak cerita panjang pasal pancit nih. Tapi abang dari PLUS yang tolong kitorang tu bukan main lagi cabul mulut dia. Dia pesan jangan duduk lama-lama sangat kat situ sebab tu kawasan kemalangan. Banyak orang mati katanya. Serta-merta bulu ari-ari eh bulu roma aku menegak. TIDAKKK!!~~

Tapi one good thing bila selalu pergi utara ni, bole la jugak aku balik kampung jenguk mak abah aku tu. Kira win-win situation la...bleyy??

Dapat jugak la aku balik tengok belukar kat belakang rumah aku yang ala-ala hutan dalam cerita Spiderweb ni :)

Lagipun aku dah rindu sangat kat mak dengan abah aku. Dah lama rasanya tak hidu bau rumah tu, dengar bunyi cengkerik pada waktu malam atau mendengar kokokan ayam jantan di waktu pagi.


Kat KL mana ada kabus tebal macam ni bila waktu pagi~

Dah penat berulang alik pergi utara, tup tup aku kena pergi Genting pulak. Tapi takpe la. I took this as a vacation to me. So, enjoy je la. Bukannya selalu bole pergi ke Genting, and bermalam kat sana dan yang paling penting, fully sponsored!!

Hey aku pergi Genting bukan nak pergi bakar colok untuk upacara sembahnyang mendiang Goh Tong yer. Aku pergi ke sana sebab ada conference. Aku pun tak paham la. Banyak-banyak tempat, Genting yang diorang pilih untuk persidangan O&G. Maka berbondong-bondong la doktor-doktor sakit puan ke sana bersama sanak saudara diorang. Siap ada yang tak masuk coference pun, tapi sibuk jalan-jalan kan Dr. Ida?? *larikkkkkk

Maka menginap la aku kat Hotel First World dengan Adha....

Hotel First World tu sangat la hazab. Ditambah pula dengan orang yang melimpah ruah ramai macam musim haji. Diorang ni takde rumah ke? Kalau dah ramai tu faham-faham je la. Aku ni rimas sikit kalau orang-orang ramai. Walaupun aku selalu gi clubbing, tu lain la. Ni nak makan pun, still ada makhluk-makhluk yang berebut mengalahkan mangsa ribut Nargis. Padahal makanan tu banyak je. Siap diorang refill everytime food habis. Tak faham la aku dengan suku sakat yang kebulur tak tentu hala ni.

Tu belum lagi hal nak guna lif. I have to say la, lif kat First World tu sangat la tak effisien. Dah la kena tunggu lama. Padahal lif banyak. Yang paling aku pantang sekali bila ada hantu-hantu yang tak reti beratur dan suka main redah jer ni. Kurang asam betul!

Enough about hantu laknat tu semua. But I do have lots of fun up there.


With Adha *saja je nak bagi Amir jeles..hiks~

Bole tak aku pakai ala-ala winter macam ni?? lol~

Ada aku kesah??

Tapi dalam dok carut-carut aku pakai tebal kat tempat yang sejuk lite-lite nih, ada jugak la orang tu at the end terpaksa pinjam jaket aku sebab sejuk kan Adha?? Nasib baik aku bawak ekstra jaket.


At the same time, sempat jugak aku naik Flying coaster ni hehehe. Tapi tak puas arr sebab boleh naik sekali je huhuhuhu


*sila abaikan gambar kat belakang tu*

Last week dengan this week, aku busy ke Penang pulak. Then weekend hari tu aku kena bagi talk untuk obstetric and 3D scan kat Kelana Jaya. Such an unprepared punya talk. Dengan slide aku berterabur. Pastu patient yang jadi model pulak, ayo...takde ke yang kurus sket?? Don't get me wrong. Bukan nak kutuk sapa-sapa. Masalahnya, aku kan kena buat demo untuk ultrasound scan. So, I really need a thin or normal moderate size patient if I want to show untuk orang hadir to my talk macam mana nak tengok organ dalam badan.

I try my best to get a good image, but I'm a bit dissappointed. Jatuh saham macam ni...

Okey, esok aku kena pergi Penang lagi....and one thing for sure, I don't want to miss this Mee Udang Sungai Dua.


If you ever go to Penang, you have to try this!!


Khusyuk betul Dr. Fawziah makan hehehe~


Huhuhu...2 hari cuti macam tak puas pulak rasa. Supposely aku update blog, but it turn out aku buat benda lain. Keluar dengan Ikhsan, lepak kat rumah Spin, tengok movie dan macam-macam lagi. Pastu sekarang ni pulak gigih berfacebook, so bertambah la malas aku.

Ok lah, nak pack barang untuk pergi Penang esok. Take care guys and cheers!!~~

Sunday, June 08, 2008

Hilang dalam gelap...


Tak daya menahan air mata
Dan meratapi hiba
Menyesal dan meronta

Hatiku kan selama
Memuja
Dan menyinta
Kau kekasihku....

HILANG...

Jauh melangkah

Menghilang....

Kau kekasihku

Tiada ku kesalkan

Biarlah....


Ku rela....


.

.

.

Maaf kerana tiada update because I'm just came back from conference in Genting. Melalui hari-hari yang sangat lah sibuk....sudah 2 weekend berturut-turut saya terpaksa kerja dan weekedn yang berikutnya pula saya kena bagi talk. That's mean, dah 3 minggu berturut-turut saya kerja tanpa hari minggu.

Jadi, bagi mereka yang menganggap blog ini sebagai 'makanan ruji' diorang (kan Amir??), sekali lagi saya memohon maaf atas kehadiran warkah kosong tanpa berita ini.

Tetapi janganlah khuatir kerana banyak cerita akan menyusul kelak. Berilah sedikit ruang masa untuk saya berfikir.

Thanks atas sokongan anda *wah macam selebriti pulak hiks
Ok lan, can cin cau dulu...daaaa~~

To Amirul: All the best in JB. Make sure you balik every 2 weeks yer ;)


I know you love me.... XOXO Gossip Girls