Wednesday, March 26, 2008

Merindu kedamaian dulu...

Korang, lately aku rasa sangat MALAS bleyy?? Malas sampaikan sari yang aku pakai pun aku biar meleret macam ni. Kenapa ha??

Malas nak makan...
Malas nak tengok TV...
Malas nak kerja...
Malas nak bercakap...
Malas nak tido...
Malas nak letak gel kat rambut...
Malas nak sembahyang... (Ya Allah, lalainya aku...)
Malas nak call mak aku...
Malas nak ke gym...
Malas nak bangun awal...
Malas nak update blog...
Malas nak reply message...

Haishhhhh!! *mengeluh

I don't know why suddenly my life can be so boring. Hmmmm *mengeluh lagi

I need a BREAK!!
Nak tengok laut puas-puas...
Nak dengar bunyi deruan ombak menghempas pantai...
Nak menghirup bayu laut...
Nak menikmati kebebasan seperti camar...
Nak main pasir putih di pantai, melihat ia berubah acapkali pasir menghemas badai...

Kadang-kadang aku rasa seperti mahu berlari ke hutan...
Menikmati titisan embun di pagi hari
Melihat si KUNANG-KUNANG, yang memberikan sinar cahaya yang gemilang di malam hari... (melampau betul imaginasi)
Mendengar bunyi cengkerik yang seolah-olah berzikir...
Menyusuri denai yang dipenuhi pohon kehijauan...
Mendengar bunyi anak sungai dan deruman air terjun...

Terasa ingin melihat pelangi...
Melihat susunan 7 warna, kombinasi ciptaan Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana yang sangat indah...Subhanallah

Will I ever found the rainbow's end??

Kenapa aku rasa macam ni?? Aku pun tak tahu...
Bisakah aku temukan kedamaian yang aku impikan??
Atau harus aku berlari ke hutan, dan kemudian ke pantai?

Wednesday, March 19, 2008

Korean Trip Part 2

TU DIAH!!! Belum pun sempat korang khatam part 1, sekarang dah ada part 2 kan?? Mrasa!! Ni pun aku dah cuba pendekkan kepada 6 bahagian. Kalau tak lagi panjang jawabnya. Ye la, aku ni suka sangat ambik gambar. Kalau boleh semua gambar aku nak letak kat dalam entry aku ni untuk mempermudahkan cerita yang hendak aku sampaikan.


Ni bukan bas kilang yer korang, ni adalah bas awam~

Aku punya ideologi (ideologi katanya) dalam mengambil gambar ni mungkin susah sikit untuk orang lain faham. Aku sangat cerewet dalam setiap aspek. Walaupun di mata orang, gambar aku ambil itu barangkali tidak se'perfect' mana pun, tapi aku mendapat satu kepuasan yang sukar aku ungkapkan dengan kata-kata mahupun umpat carut dan keji mengeji.

Aku kurang menggemari gambar2 senget benget yang begitu menjadi trend muda-mudi sekarang, especially kalau ambik gambar up close kat muka untuk diletakkan dalam profile myspace mahupun friendster. Suka sangat la ambik gambar muka dengan kedudukan kamera senget benget. Seni katanya!! Kan Amirul??

Kalau kepala senget 45 darjah tu lain la ngek. Ni dah la kepala di'angle'kan kepada 45 darjah, kamera pun turut senget sekali. So teknik kamera macam tu aku kurang berkenan sket.

Aku suka ambik gambar tegak (which is posisi asal objek yang aku ambik tu). Meaning, kalau aku ambik gambar contohnya orang berdiri, aku akan ambik gambar tu secara menegak (tak kisah la sama ada secara portrait atau landscape).


Mr Juk (betul ke eja ni??) from Philippines, Duda Idaman *bleyyy??

*yang pakai jaket hitam tu yer, bukan yang kertu tuh...


Delegates from Singapore, Cambodia and Vietnam


Delegates from Bangladesh

Eh!! Panjang pulak membebel sampai lupa tujuan sebenar aku tulis entry kali ni. Jom sambung cerita untuk episod ke-2 siri jelajah korea bersama Izuan Kunang-Kunang!!!

Episod 2

"Kisah lelaki berjiwa wanita yang tidak gentar naik roller coaster berkali-kali"

Masuk jerr entrance taman tema yang dipanggil Everland ni, terus aku capai dia punya guide map. Aku ni excited sikit bila masuk dalam theme park ni. Maklumlah masih muda remaja katakan (konon...).

Yang paling mengexcitedkan aku adalah bilangan roller coaster dan permainan extreme lain yang tak terkira banyaknya (okay la, macam genting or sunway lagoon).


The Entrance of Everland Resort

Mahal skali entrance charge dia!! Nasib baik ditaja!! Kalau tak matila aku tak jejak tempat nih. It takes around 2 hours from the hotel. So sempat la I terlelap sekejap atas bas on the way ke sini. Ganti tido masa atas flight sebab tak boleh tido sangat. Tak comfortable gitu. Ye la, naik kelas ekonomi katakan. Ada la terlelap sekajap dalam 2 jam sebelum mendarat mcm tu.

Kat dalam resort tu ada macam-macam bentuk bangunan yang direka mengikut bangunan-bangunan or mercu tanda terkenal. Contohnya gambar kat atas ni macam gereja yang kat St. Pittsburgh, Russia kan?? Kan?? *matila kalau fakta salah

So, since masa sampai kat situ dah ala-ala nak masuk pukul 12 tgh hari, they decided to have a lunch before kitorang menjelajah dalam resort tu.

Terus masa tu aku dah mula risau tentang makanan yang aku nak makan especially when it's come to halal or haram. Orang kata the best way, don't ask, just eat it. Nanti kalau tanya banyak-banyak, seolah-olah kita telah insult tuan rumah kan?? Tapi, masa lunch tu, since boleh order sendir, bukan makan makanan yang diorang dah order, maka aku mengambil jalan selamat dengan order benda-benda yang ada tulis seafood. Thank god menu dia in english.


Ni la yang aku order, Seafood Spaghetti. Yummy!!!~~


Ni appetizer dia. White carrot pickle. Berkerut-kerut muka aku bila makan!!


Nampak tastilicious kan??


Kimchi!!~~

Kimchi adalah menu wajib dalam setiap hidangan orang korea. Pergi la ke restoran mana sekalipun, hatta restoran barat mahupun jepun, pasti kimchi ni akan dihidangkan bersama-sama.


Side order, bubur jagung...


Dan pencuci mulut, cheese cake yang Masya Allah...sangat sedap!!

Masa makan kat sini, aku tawakal jer la. Mana tau diorang ada guna lemak cikBAB ke dalam makanan aku tu. I berserah jer uols!! *sambil pose-pose syukur

Mak Cik dari Bangladesh tu order apa punya spaghetti tah. Tiba-tiba datang la spaghetti dia bersama 2 ketul sosej cikBAB!! Tak ker membebel orang tu sekajap sehingga pihak penganjur pening kepala nak menguruskan dia yang very der fussy. Sudahnya mak cik tu makan bubur jagung jer.

After makan, maka bermulalah sesi penjelahan ke dalam taman tema tu. All of us dikehendaki naik kabel car. Padahal ada jer laluan untuk pejalan kaki, tapi untuk memendekkan masa, ambik je la caber car, bukan kena bayar pun.

Aku sangat kelakar tengok mak cik yang dari Bangladesh tu terkial-kial naik cabel car tu sebab kekangan dari sari dia yang ala-ala 8 meter tu dipusing-pusing dan dipintal dari hujung kaki ke hujung kepala. So bila nak naik tu, sangkut sana sini la jawabnya. Dah la potong barisan. Kureng betul. Nasib baik warga emas!

Sebelum kitorang berpecah dan buat hal sendiri kat situ, tetap la ala-ala rombongan sambil belajar, kitorang semua beramai-ramai pergi tengok mentang-menatang kat situ and have fun kat taman safari dan juga mystery house sambil tengok bird show.


Hoh!! Siapakah ini??


Penguin!!!


Birds Show!!

Burung-burung ni datang bila tuan dia panggil. Meriah gituh!!


Tetibe ada seekor merak putih kat situ (I agak je la...) *matila tak tau tu burung apa~


Mak singa (Bella ker?? larikkkkkk!!) tengah berehat sambil buat naked sunbath atas batu hampar.


Bapak-bapak singa sedang melepak.


Harimau putih~


Beruang yang comel dan jinak~


Jambatan buluh


Apo tah nama benda ni. Sangat best. Dan yang paling penting, I share the seat with Jun Kim. Suka suka suka!!!!

Benda ni sepatutnya dinaiki 5 orang je. Tapi since group kitorang ni menjadi 6, terpaksa squeeze in Jun Kim ke tempat duduk aku dan berkongsi waterproof cover. Hiks!!~


PPC kat jambatan =p


Mystery house yang tak berapa misteri. Terasa diperkotak-katikkan seperti budak-budak tadika bleyy??


Itik nila!!~


Ni pose bergambar sebab kesian pompuan tengok pompuan korea tu takde orang nak bergambar dengan dia bley?? LOL~~

Lepas habis jer rumah misteri (misteri ke?? misery adalah!! LOL), maka kitorang semua diberi free time, which mean kitorang boleh bergerak secara bebas dalam taman tema tu.

Aku sangat teringin nak naik roller coaster kat atas tu. Ala-ala dangerous sangat. Tapi malangnya belum dibuka lagi. Hampeh betul!!

Sudahnya, aku naik roller coaster pink nih jerr!! Ada la 5-6 kali aku dok ulang naik mende nih. Best uols!! Si Jun Kim dengan Jack Lee awal-awal lagi dah lari dari naik benda-benda macam ni. Takut tinggi katanya bleyy?? Yang Mr Nukki pulak bila naik, terus ala-ala pucat. Jerit mengalah perempuan. Hayooo!! I jer menten kanak-kanak ribena dapat gula-gula!! Pening kepala diorang tengok aku dok naik turun mende roller coaster ni berulang kali.


From left: Jeap, Me, Kenny and SJ

Jeap (nama sebenar dia Phariya *matila pariah LOL) is a fun girl to be with. Sangat sporting dan peramah. Dia juga la orang yang bertanggungjawab memecahkan lobang I. Keji taw!! Tahu la kat Thailand tu ramai PLU kan?? Tu la yang gaydar dia kuat semacam. Siap bole detect I yang coverina ni. Mencikkkkk!! Dah la pecahkan lobang I depan si Kenny ni. Keji!!

Al-kisahnya, i ni dok bersawadikap sakan dengan dia. Ye la I kan ada darah-darah siam tak menjadi gituh kan? Hehehe. Pastu I cakap la kat dia yang I tahu sikit-sikit bahasa Thai. Contohnya macam untuk 'sawadikap' tu diucapkan pada lelaki, 'sawadika' untuk perempuan.

Tiba-tiba dia tambah lagi satu, sawadiha. Pastu I tanya la 'sawadiha' tu untuk sapa pulak. Dia kata 'sawadiha' untuk shemale or sissy guy bleyy?? Lepas tu, dengan selambanya dia telah men'sawadiha'kan aku. Babi sangat!! *ops


Kuda ku lari gagah berani!!


Waaaa!! I suka sangat naik benda ni. Apa benda tah nama dia?? Kat Time Square ada satu, tapi kecik jer. Yang ni besar dan tinggi. Lagi menakutkan!! Sangat best!! *sambil jerit suara halus


Dah la baru lepas makan, rasa macam nak terkeluar je isi perut aku....


Tokyo drift?? *matila tiba-tiba teringat sora pompuan jepun yang dok nyanyi guna sora kepit part korus lagu Tokyo Drift =p


Jack Lee tengah pegang SOSEJnya *larikkkkkkk!!


Jun Kin & Jack Lee: Kami bukan Gay!! *sesuatu sangat kan gambar ni LOL~


Alice in wonderland?? *matila PISA


One of my favourite image. I captured this at the theme park.

Lebih kurang dalam pukul 5 macam tu, kitorang semua bergerak balik meninggalkan seribu satu kenangan di sini. Straight from theme park, all of us went for dinner at COEX exhibition centre.

Citer pasal dinner dan the next day tu akan I masukkan dalam part 3 nanti. Mrasa korang baca sampai muntah!!

Baca jangan tak baca!! (ulang 5x)

Akan datang....

Episod 3

"Kisah perut babi di dalam kimchi....."


Eeewwwww!!!~~

Monday, March 17, 2008

Korean Trip Part 1

----------------
Now playing: Chris Daughtry - Home
via FoxyTunes

I'm staring out into the night
Trying to hide the pain
I'm going to the place where love
And feeling good don't ever cost a thing
And the pain you feel's a different kind of pain

I'm going home
Back to the place where I belong
And where your love has always been enough for me
I'm running from
No, I think you got me all wrong
I don't regret this life I chose for me
But these places and these faces are getting old
So I'm going home
Well I'm going home

The miles are getting longer, it seems
The closer I get to you
I've not always been the best man or friend for you
But your love, remains true
And I don't know why
You always seem to give me another try

So I'm going home
Back to the place where I belong
And where your love has always been enough for me
I'm running from
No, I think you got me all wrong
I don't regret this life I chose for me
But these places and these faces are getting old

Be careful what you wish for
'Cause you just might get it all
You just might get it all
And then some you don't want
Be careful what you wish for
'Cause you just might get it all
You just might get it all, yeah

Oh, well I'm going home
Back to the place where I belong
And where your love has always been enough for me
I'm not running from
No, I think you got me all wrong
I don't regret this life I chose for me
But these places and these faces are getting old
I said these places and these faces are getting old
So I'm going home
I'm going home

__________________________________________

Episod 1

"Kisah budak kampung yang first time jejak kat bumi winter sonata"

Pelakon utama: Izuan Kunang-kunang

Pelakon Tambahan: Abang-abang pramugara yang hensem lagi PLU, Lelaki-lelaki korea yang seksi, serta 2 orang lelaki Kelantan yang bongoks *ops


Tu diah!!! Seronoknya budak ataih ni.... (sapa la photographer ni?? tak sempat aku nak ready). Yes korang semua, aku dah selamat pergi dan pulang dari menuntut ilmu kat Seoul. Ilmu apa tak tau hiks.

Actually, aku ke sana sebab mengikuti cardiac, breast and obstetric ultrasound course. Gigih tak bonda menjajah menuntut ilmu?? And among them, aku rasa aku yang paling muda (perasan sangat!! ceh!!). Yang lain semua 25 tahun ke atas *cheq baru 19 okies...chihihihi =p

So, tibalah masa untuk aku menceritakan segala mala pasai trip aku ke sana kan?? Kalau tak, marah pulak peminat nanti leyy?? (macam ada jerr...LOL)

Tapi, at least ada jugak orang yang aku tak kenal, tetiba message kat MySpace bgtau dia selalu baca blog aku. Yang paling best, ada kawan si Ikhsan yang dok kat New Zealand, ada tanya dia, "Kenal tak Izuan Samuelicious?? Kitorang baca blog dia...". Ha?? Kau ado?? Ado?? (matila ada unsur-unsur riak lagi takbur).

Eleh, Mak LEEmah tu, pembaca dia seantero dunia ok...tak kecoh pun??

Well, Mak LEEmah tu dah berapa tahun berblogging?? Mak Leemah tu blogger established la bapok!! Kalau ada pondan yang tak baca blog dia, memang pondan tu pondan kayu!!! *larikkkkkkkkkk~

Malaysian Best Airport, KLIA

Maka, tepat jam 10 malam, bertarikh 9 March 2008, berangkat la aku ke KLIA bersama kuncu-kuncu aku. We arrived there around 11.30 pm. Pastu check-in. Abang yang check in tu macam comel...leyy??

Selepas check in, my bosses (matila boss ramai) and I pun ambik train pergi International Terminal. So, sementara nak tunggu masuk kapal terbang tu, weols berpecah dan aku pun berjalan la sorang-sorang kat situ menyusuri kedai-kedai bebas cukai yang tak berapa bebas cukai. Tangan ni gatal jer nak beli perfume segala mak nenek!!

Dalam pukul 1 am tu, aku dah pergi ke gate. Hayooo, beg aku sangkut kat imigresen leyy?? Tetiba je makcik kertu tu suruh aku keluarkan botol air. Then, aku bgtau la I don't bring any (honestly I didn't!!). Makcik tu check beg aku, tapi dia tak jumpa. Pastu, makcik tu scan sekali lagi beg aku, and she ordered me the same thing. Lerr...memang takde. Pastu makcik tu ambik aku punya hair gel and buang it into the basket.

"You can't bring this. This is more than 100mL". By the way, gel tu 150mL. FUCK!! Aku baru je guna beberapa kali. It is LOREAL ok!! (padahal murah jer...). Mencik!! Puas aku pujuk rayu mak cik tu, siap nyanyi lagu Mas Idayu;

"Boleh la boleh...boleh la boleh"

Tapi kalau dah hati tu jenis hati cap batu lesung kan?? Poorahhhh!! (Tetap nak salahkan orang jugak kan?? LOL)


Nampak tak laki yang baju belang macam banduan tu?? Tu la lelaki kelantan yang bongoks bersama kawan dia kat sebelah... (ampun Mak Leemah, I tak berniat nak kutuk negeri uols, I cuma nak cakap pasal 2 ekor makhluk ni jer...jangan salah anggap ye)

It started sebelum masuk dalam kapal terbang lagi. Dua ekor nih dok pandang-pandang aku, pastu gelak-gelak. From their language I'm pretty sure that they are from Kelantan. Kalau orang tengok korang, pastu gelak-gelak sambil tengok-tengok korang, apa korang rasa?? Mesti korang rasa macam bagi penampar sedas dua kan??

Dah la I have no clue what they are laughing about!! Is it because of my winter jacket yang maybe too OVER to the top to their eyes??

Kat dalam kapal terbang pun sama. Kot ye pun nak gelak or kutuk orang, agak-agak la. Jangan la tunjuk sangat body language tu sampai orang tu bole perasan bodo!! After all, kau tu bukannya bagus mana pun STUPID!!! Sheeeeshh~~

Bengang aku sekejap. Nak je aku letup kapal terbang. Aku ni memang pantang kalau orang ransang dan maknam (means carut la...) aku tak ketahuan punca. Nasib baik ada abang pramugara yang hansamu datang coolkan I...hiks =p

Aku tido jer sepanjang perjalanan tu. Tak kuasa la nak tengok movie Enchanted yang ditayangkan tuh.


Why my boss tak beli air ticket Japan Airlines?? I teringin sangat nak naik B747 (MAS guna A330 jer pergi Korea). Asyik naik B737, A320 and A330 sajork!! Bila la nak merasa naik A380 yang 2 tingkat tu noh?? Mrasa SIA jer yang ada setakat nih....

Yeahhhhh!! Sampai la jua aku kat Incheon International Airport ittew!!


Muka budak tak mandi~~

Suhu that morning mencecah 1 degree. So, memang sejuk. Hidung aku berdarah occay!! Bukan berdarah sebab tengok jantan la pantat!! Berdarah sebab berlaku pertukaran suhu yang sekaligus menyebabkan saluran darah kembang kecut tali kecapi, then kapilari darah pun pecah...shit!!!


On the way pergi hotel~


The highest tower in Seoul City (I guess la....)~


Wah!! Menara Trump pun ada!!!


Ha?? Sapa nih??

Ni lah Jun anak Uncle Kim hehehe. Nama dia Jun Kim. Dia sangat comel dan peramah. Sebab tu aku suka dia *tu diah statement

Adik-adik sangat mudah jatuh cinta kan?? Contohnya Kimi *larikkkkkk~


Me with Ratu Kebaya dari Korea....leyy??

Ni adalah SJ. Actually SJ tu initial dia. Tak tahu la pulak aku apa nama sebenar dia. But she's a very nice girl. Masa dia datang Malaysia dulu, aku tak la rapat sangat dengan perempuan ni sebab masa tu aku pun busy, dia pun busy. Alih-alih, dia pun join program kat Korea nih. Aku sangat jealous dengan kejelitaan dia *matilakau~~


Bunga-bunga tulip sedang kembang semangkuk~

First time tengok bunga tulip depan mata, I'm so excited!! Terjerit-jerit sambil lompat-lompat, "It's tulip...it's tulip". Matila semua orang pelik tengok peragai budak sekor nih hehehe.

Bunga-bunga tulip ni ada bermacam-macam warna. Sangat la cantik bunga-bunga nih. Rasa macam nak petik bawak balik tanam kat Malaysia satu.


Tulip yang berwarna seakan-akan purple~


Tulip kuning!!


Tetap kan nak ambik gambar lompat?? LOL~~

This just show how excited I am....


Belum hilang penat naik private jet I tu (matila verangan), aku telah dibawa untuk menghiburkan abang-abang Korea kat Taman Tema Everland yang ala-ala Genting tu. Apa kelass!!! *ops

Actually, ni hanyalah 1/6 dari story aku di Korea. Banyak lagi aku nak cerita, tapi kena la tunggu next punya post ek...TUNGGUUUU!!~~

Akan datang....

Episod 2

"Kisah lelaki yang berjiwa wanita, tapi tidak gentar naik roller coaster berkali-kali..."

Oklah korang semua. I want to pack my stuff because I have to go to Ipoh tomorrow. Tengok!! Belum hilang penat aku, dah kena outstation. Nasib baik I maintain gebu *tetibe

See ya!!!

PS: Attention to Acai and Apau. Kalau korang tak datang entertain aku...SIAP!!~~ *matila diva syndrome..LOL