Hi semua...sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah pun. Rasanya seperti baru semalam kita sambut tahun baru 2007 kan?? **matila ketinggalan zaman
Terlalu banyak suka duka yang telah aku tempuhi sepanjang tahun 2007. Terlalu sukar untuk aku tulis satu persatu. Namun begitu, banyak yang aku telah belajar terutama dalam memahami watak dan jiwa manusia yang berbeda dan kompleks. Aku berharap tahun depan akan menjadi lebih baik dari semalam.
Dan tahun ini juga menyaksikan berlakunya lagi sejarah hitam dalam kehidupan manusia. Bulan Disember seolah-olah telah disumpah menjadi bulan yang yang penuh dengan sejarah hitam. Jika sebelum kita melihat peristiwa tsunami yang sangat menyayat hati, tahun ini kita berhadapan dengan bencana alam seperti banjir besar yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di Indonesia, Bangladesh dan tempat-tempat lain. Kita terpaksa akur dengan kekuatan alam ini, tetapi mungkin kita tidak sedar apa yang berlaku ini sedikit sebanyak disebabkan oleh kelalaian manusia dalam menjaga alam ini.
Kita juga dikejutkan dengan perginya Benazir Bhutto, bekas Perdana Menteri Pakistan yang dahulunya hidup dalam buangan, tapi kembali ke bumi Pakistan, membela nasib rakyatnya yang dikatakan tidak dibela sewajarnya oleh kerajaan semasa pimpinan Presiden Pervez Musharraf.
Sejujurnya, aku ini sangat tidak bagus dalam berbicara hal-hal politik. Hal-hal politik tempatan mahupun antarabangsa. Ia sesuatu benda yang sangat asing dengan jiwa aku. Dari apa yang aku baca, Benazir mempunyai sejarah yang sangat pajang di Pakistan. Bermula daripada bapanya Zulfikar Ali Bhutto yang juga merupakan bekas Perdana Menteri yang dihukum bunuh kerana dituduh terlibat dalam komplot membunuh sehinggalah kepada pembunuhan kedua-dua abangnya dalam satu keadaan yang meragukan. Kadang-kadang aku terfikir, adakah kembalinya beliau ke Pakistan untuk membela rakyatnya, atau untuk dirinya sendiri. Siapalah yang tahu kan?? Itu hanya andaian aku semata-mata.

Apalah sangat kematian seorang bekas perdana mentari kalau nak dibandingkan dengan jumlah kematian akibat tsunami yang dilaporkan mencecah sehingga 220, 000 itu. Tetapi, ironinya kematian beliau jelas menunjukkan kepincangan politik yang bukan sahaja di Pakistan tapi di negara-negara ISLAM yang lain. Mesti ada yang tertanya mengapa saya [CAPS] perkataan Islam itu. Jika kita telitikan, terlalu banyak perebutan kuasa berlaku di negara-negara Islam. Di Afghanistan, Iraq, Syria dan tidak terkecuali Palestin, jelas menunjukkan betapa gilanya mereka untuk menjadi orang yang berkuasa. Di Palestin contohnya, sudahlah negara itu huru hara akibat tekana rejim Yahudi laknatullah, dalam masa yang sama puak pemerintah dan Hamas sering bertelingkah sesama sendiri. Mereka tidak boleh duduk semeja dan berbincang. kenapa hal ini boleh berlaku sedangkan Islam sangat mementingkan persaudaraan?? Jika kita selami sejarah Rasulullah S.A.W semasa baginda berhijrah ke Madinah, baginda berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.Di samping itu, pembunuhan Benazir berlaku dalam bulan Zulhijjah. Ia adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang oleh Allah S.W.T termasuk bulan Zulkaedah, Rejab dan Muharam!!
Kenapa umat Islam hari ini sanggup membunuh demi mencapai apa yang dihajati?? Kerana terlalu gilakan kuasa, sanggup membunuh saudara seagama...
Detik-detik terakhir sebelum beliau dibunuhRakyat Malaysia patut bersyukur dgn apa yang kita ada sekarang. Jangan hanya kerajaan menaikkan harga minyak kepada RM 1.92 seliter, dah sibuk nak buat tunjuk perasaan dan perhimpunan bantahan. Kalau kita tengok nasib-nasib rakyat di negara jiran, nasib kita boleh dikatakan baik dan terbela. Aku ni bukan la penyokong kerajaan yang kuat, dan jauh sekali aku ni pembangkang. Cara aku mudah sahaja, yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan.
Setiap orang harus tanamkan rasa sayang terhadap negara kita ini. Tak kiralah engkau tu Cina ke, India ke, penyokong PAS ke, penyokong HINDRAF ke....yang penting kita semua orang MALAYSIA!! Tak ada negara yang lebih baik dari negara kita. Kalau setakat masalah-masalah kecik yang tak seberapa tu biasa la kan. Bukannya semua orang itu sempurna.
Jika HINDRAF kata nasib mereka tidak terbela, orang India ditindas dan lain-lain lagi, apa kata kita bawa mereka ke perpustakaan dan selak balik buku sejarah. Rasanya nasib orang India di negara kita jauh lebih baik dari orang India yang tinggal di India!! Jika di India, jika anda berkasta rendah, anda tidak layak untuk mendapat pendidikan atau dalam erti kata lain tidak dibenarkan ke sekolah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang.
Perkara paling utama sekali, kita kena rapatkan jurang perkauman di negara kita. Kalau boleh, wujudkan satu sistem persekolah sahaja. Kenapa perlu wujudkan SRJK?? Mungkin kenyataan in berbau prejudis, tapi percayalah aku tidak prejudis. Apa yang aku ingin katakan ialah, kenapa perlu diwujudkan sekolah mengikut kaum sedangkan kita semua adalah rakyat MALAYSIA?? Takkan hilang identiti sesuatu bangsa itu hanya kerana mereka bersekolah dengan bangsa lain, bak kata pepatah, "ular menyusur akar tak akan hilang bisa...". Lihat sahaja kawan aku Amirul yang bersekolah di SRJKC. Beliau boleh berbahasa mandarin jauh lebih bagus dari orang Cina dan ini diakui oleh rakan-rakan beliau yang berbangsa cina. Beliau gemar mendengar lagu mandarin, meminati lelaki Cina tapi dalam masa yang sama, beliau tetap makan sambal belacan dan masakan melayu yang lain walaupun beliau menggunakan chopstik!!
Akhir kata, terima kasih tahun 2007, satu tahun yang cukup indah bagi aku dan semoga tahun 2008 akan menjadi lebih indah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008