Ayo dah lama tak update. Tak larat sebab buat 2 kerja is one thing. Malas is another thing. But mainly adalah malas. Knowing me, kalau membuat benda-benda yang tak berfaedah, biarpun penat, tetap ku tempuh jua. Penat-penat pun sempat je join London Naked Bike Ride. That was last week. Meriah satu London melihat yang tua, yang muda berbogel-bogelan sambil kayuh basikal di bawah terik mentari 22 darjah celcius. Tapi I tidak la berbogel you. Giler ke hapa. I keep my private part for private eyes only ok. I joined this bike ride pun sebab for a good cause (konon lah!), bukan nak ogling buah tembikai dan terung panjang (and terung bulat) ye. Kalau setakat nak cuci-cuci mata tu, hujung jari je..eh!
Anyway, entry ni bukan nak cerita pasal naked bike ride. Yang tu I cerita lain kali. Entry ni ada unsur membuat ketupat dan gewamp-gewamp. Nak mengumpat pasal sorang akak PhD tudung labuh ni lah uols. Eh perlu la kan precise gila sebut tubung labuh.
Akak tudung labuh ni student PhD kat universiti terulung kat London ni. Set-set pandai la ni. Sebab set-set pandai je dapat masuk uni ni. Kalau sekadar di pinggiran je, kau pergi University of Surrey sajork!! Aiyoh mulut I, mrasa kena cili. Jangan marah na. Dapat sambung PhD tu, kira pandai la. I ni haram apa pun takdak. Harapkan PgDMU tu lah as higher qualification.
Tapi akak ni, dalam pandai-pandai dia, terserlah la jugak bangang dia. I kenal dia pun sebab dia datang antenatal check-up dan beranak kat hospital I kerja ni. Kalau sekali takpe you. Kalau 3 kali, apakah maknanya? Kau datang UK ni nak belajar ke nak membuat anak?
So you guys imaginelah, kalau dah mengandung beranak segala, of course kena ambik maternity leave, i.e pengajian kau tu kena extend for 1 semester lah kan? Correct me if I'm wrong. 3 kali beranak, means 3 kali extend. Eh I tak kisah ye kalau dia datang belajar guna duit sendiri. Ni datang dibawah tajaan KPT ok. I don't know lah how she can get away with it sebab mengikut cakap-cakap kawan I yang buat master/PhD kat UK, KPT dah ketatkan syarat-syarat for those yang kena extend sebab beranak pinak ni.
Belajar kat oversea bukan murah ye. Yuran dia 3 kali ganda from local students ok. Dah datang tu bawak laki dan anak-anak lagi (yes dia dah ada 2 orang anak masa mula-mula datang UK), of course la semua tu ditanggung ye tak? Especially bila mendapat laki yang kerjanya menggoyang telur di rumah sahaja. Lepas tu suruh I tolong recommend kan laki dia untuk kerja kat hospital I. Cleaner pun takpe katanya. Eh, takde maknanyer. Ingat hospital ni I punya? I dah bagi contact person, pandai-pandai la you all pergi contact orang tu. Lain la kalau director hospital tu scandal dengan I.
So campur tolak allowance sana sini, tak ke beribu-ribu lemon jadinya? Walaupun beranak kat UK ni free of charge, tapi bila you dah kena extend belajar semua tu, yuran and other allowances bayar pakai bulu hidung ke? It is taxpayer's money ok!! It is duit tax you, you and you!! *sambil tunding jari~
Yang laki dia tu pun satu. Kau tak kesian ke kat bini kau yang nak ke kelasnya, labnya, nak membuat thesisnya...dah kalau asyik dok mengangkang, mengandung dan beranak..bila la nak siap semua tu ye? Dah la akak ni buat course engineering. Duduk kat council pariah Greenford sinun. Lepas tu berulang-alik naik bas and underground pergi kelas kat centre London dengan perut boyot. Honestly! I yang tak mengandung ni pun boleh stress ok. Lepas tu dok komplen kat I tak tahan duduk UK lah, sejuk lah, crime rate tinggi lah, itu la..ini la..habis kalau dah asyik dok beranak sakan, bila lah kau nak habis akak oi!! I nak cakap lebih-lebih, I ni sonographer cabuk je. Kang dia masuk bab-bab rezeki di tangan Allah, terus I terdiam di situ sambil maki dalam hati.
Suka hati kau la akak oi.
Orang lain pun sambung PhD kat oversea jugak, tapi takde la sampai beranak-pinak macam ibu kucing. Kalau yang sambung PhD tu laki dia takpe la jugak. Ye lah, bukan dia yang kena beranak bagai, so memang takde lah nak maternity leave segala. Eh si Dr Lurpak tu pun takde nak beranak pinak. After dah submit thesis, barulah gigih stock up pregnant care and ovulating kit bagai (ops matilah pecah rahsia di sini..ampunnnn!). Kawan-kawan I yang kat Oxford and Glasgow tu, dari datang UK sampai la balik Malaysia, takde pun bertambah anak. Tak payah yang datang UK. Yang sambung buat PhD kat Malaysia pun tak kuasa nak beranak pinak bagai. Ye lah, tak cukup dengan stress membuat lab yang fail je memanjang, ditambah pulak dengan supervisor yang puaka, perlu ke menambah stress dengan membuat anak? Unless kalau membuat anak tu boleh menghilangkan stress you all, then I rest my case lah.
Tapi ni I nak pesan kat you all semua yang suka membuat anak ni, kalau boleh jarak-jarakkan la kandungan you all tu at least 3 tahun. Jangan la pi buat setahun sekali macam raya aidilfitri pulak. Bagi chance for your body to recover before mengandung balik, especially set-set kencing manis darah tinggi ni. At least, get your kencing manis and blood pressure under control. Kalau set-set yang overweight lepas beranak, bagi berat badan tu normal before you nak plan mengandung balik. Nanti, asyik dok mengandung beranak, mengandung beranak...maka body you pun akan sihat bagaikan johan. Nanti laki you cari yang baru, jangan la nak merempan ye. Orang laki ni memang banyak akal kalau bab nak berpoligami, walaupun diri sendiri gendut tak ingat.
Another reason untuk jarakkan kandungan adalah sebab kesian kat anak-anak you. Tak sempat nak bermanja, tup-tup adik baru muncul. Terganggu perkembangan mental ok. Nanti akan muncullah drama-drama diriku kurang kasih sayang mak bapak. Gituh.
Enough ranting! I nak sambung tengok Ugly Betty. Cheerio~
PS: I memang jeles dengan orang yang sambung PhD.
PS: I memang jeles dengan orang yang sambung PhD.


